Jumaat, 11 September 2009

Berasa diri SIBUK, tapi ada lagi yang LEBIH SIBUK

Nabi lagi sibuk dari aku...

Merasakan diri inilah yang paling sibuk sehinggakan kadang-kadang menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang membanggakan. AllahuRobbi...

Sedangkan aku terlupa bahawa nabi lagi sibuk dari aku. Pelbagai peristiwa telah menunjukkan kegigihan baginda dalam menyampaikan risalah Islam.
Diri baginda digadaikan hanya untuk Islam, secara total. Tidak pernah baginda mengeluh apatah lagi merunggut atas apa yang telah baginda lalui...

Antara peristiwa yang menceritakan tentang perihal kegigihan baginda tanpa mengenal waktu ialah ketika perang Khandak atau dipanggil perang Ahzab. Perang yang paling popular dibahaskan didalam usrah-usrahku yang lepas.
Antara peristiwa tersebut:

1.) Nabi tertidur dek kerana keletihan mengorek parit mengelilingi kota Madinah. Saidina Abu Bakar & Saidina Umar menjaga beliau yang sedang tidur dari dikacau oleh sahabat yang lain. Tiba-tiba datang sahabt bernama Abu Waqid Al-Laitsi kearah Nabi, lalu terjaga Nabi dari tidur. Terus baginda berkata, "kenapa tidak kejutkan aku yang sedang tidur tadi?". Baginda mengambil cangkul dan terus mengorek parit.

2.) Ketika Nabi sedang tidur dalam khemah perang, tiba-tiba terdengar suatu jeritan "Ya Khailallah!" (pasukan kuda Allah). Terus baginda bangun dan bertanyakan kepada salah seorang sahabat apa sebenarnya yang berlaku. Lalu sahabat itu berkata bahwa ada askar musyrikin menyerang MAdianah. Lantas baginda masuk kedalam khemah dan memakai baju perang terus meluru ke medan pertempuran. Pagi subuhnya barulah baginda pulang ke khemah untuk solat berjemaah.

3.) Aisyah berkata, “Rasulullah saw. selalu pergi menjaga lubang di Khandaq sehingga apabila beliau kedinginan, beliau datang kepadaku. Lalu aku hangatkan dalam pelukanku. Apabila beliau telah hangat, beliau keluar lagi menjaga lubang itu. Beliau berkata, "Aku tidak khawatir terhadap kedatangan orang-orang (musuh), tetapi aku khawatir mereka datang sementara aku tidak berada di lubang itu." Setelah Rasulullah saw. berada dalam pelukanku dan telah hangat, beliua berkata, ‘Andainya ada orang yang saleh menjagaku

4.) Hari demi hari berlalu. Pengepungan masih berlanjut. Angin dingin bertiup kencang. Medan perang semakin berat. Apalagi untuk pria paruh baya seperti Rasulullah saw. Dalam usia 57 tahun, tubuh Rasulullah saw. harus selalu siap siaga berjaga dan siap berperang setiap waktu. Beliau selalu bergerak cepat dari satu titik pertahanan ke titik pertahanan lain yang mendapat gempuran musuh. Serangan itu terjadi kapan pun tak kenal waktu. Siang dan malam. Rasulullah saw. hampir-hampir tidak bisa tidur selama peperangan berkecamuk. Rasulullah saw. adalah manusia biasa. Tubuhnya lelah. Kelelahan yang tiada tara. Tidak ada waktu istirahat untuk Rasulullah saw. Tidak ada.


Ya Rasulullah...
Engkaulah pejuang-ku yang hakiki.

Ya Allah
Hambamu ini telah merungut setelah apa yang dilalui.
Hamba selalu merasakan diri inilah yang banyak menyumbang kepada perjalanan bahtera dakwah.
Pantang melakukan pengorbanan, pasti nak mengungkit apa yang telah aku lakukan.
Aku tidak ikhlas bekerja.
Kerja-ku bukannya untuk-Mu Ya Robbi.

Ampunilah hamba-Mu ini.

Ku akui kesilapan, banyak kulakukan sepanjang berada dalam bahtera ini...

Ku insafi kekurangan yang ada padaku ini sehingga menimbulkan fitnah kepada sahabat-sahabat seperjuangan...

Ku kesali kejahilan ilmu dan amal-ku ini, banyak berkata tanpa perbuatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan