Selasa, 8 September 2009
Waktu mengejar-ku
Salam Ramadhan
Bersyukur kepada Allah kerana limpah rahmatnya, dapat sekali lagi penulis mencuri masa untuk menulis didalam Coretan Dari Permatang & Bendang. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering memperingatkan penulis agar meng'update' blog ini. Dengan kesibukkan waktu, dapat juga penulis menitipnya.
Sememangnya waktu sentiasa mengejar kita dari belakang. Walaupun kita bergerak jauh darinya, ia tetap mengejar kita dengan kadar kelajuan yang sama. Begitu juga jika kita terleka atau berhenti, ia tetap mengejar kita dengan kadar kelajuan yang sama. Tidak ada istilah cepat atau lambat sewaktu ia bergerak. senantiasa 'constant' dari dulu, kini dan selamanya. Minggu ini merupakan dugaan yang paling berat Allah timpakan kepada diri ini. Hanya diuji dengan masa sahaja, cukup membuatkan diri ini tersungkur di pertengahan perjuangan.
Bermula dari jumaat yang lepas, malam tersebut penulis ada 'Test' subjek Statistik. Dituruti dengan mesyuarat kelab dan seterusnya ke usrah. Paginya pula bersama-sama sahabat ber'tahajud' di masjid universiti. Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Seterusnya, pagi itu juga saya terpaksa menghadapi 'Test' subjek Network Analysis dan pada petangnya 'Test' Control System. Semuanya diri ini terpaksa menghadapi berbekalkan preparation yang sedikit dan tawakal kepada-Nya. Alhamdulillah, rasanya boleh jawab separuh dari soalan-soalan itu.
Allah tidak melepaskan penulis begitu sahaja selepas itu, sekali diri ini diuji dengan masa. Penulis dihidangkan dengan 6 assignment dan project yang perlu diselesaikan dalam masa seminggu sahaja. Semuanya assignment dan project untuk subjek yang dianggap killer oleh pelajar-pelajar kejuruteraan elektrik. Terkial-kial penulis dibuatnya, satu demi satu tugasan perlu disiapkan. Ditambah pula dengan pandangan kawan-kawan sekelas terhadap penulis yang dianggap 'orang baik' didalam kelas, kalau penulis tidak dapat menyiapkannya pasti menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri. Berat sungguh ujian ini.
Hampir 5 hari hidup dalam keadaan yang 'tidak normal', sekali lagi Allah menguji hamba yang daif ini. Kali ini, dikekalkan subjek ujian tersebut iaitu masa. Pagi jumaat itu penulis menerima mesej dari seorang sahabat, ada mesyuarat 'addhock' katanya. Selepas asar, penulis terus bergegas ke kampus untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tepat saja jam 6 ptg, sekali lagi penulis berkejar-kejar ke mesyuarat yang seterusnya. Setelah itu, kami sama-sama berbuka puasa di masjid universiti.
Selepas solat sunat terawikh pada malam itu, sekali lagi penulis dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi persatuan. Ada agenda yang penting untuk dibahaskan didalam mesyuarat tersebut. Ternyata perbahasan agenda yang penting itu memakan masa hampir 2 jam. Naik biul kepala penulis.
Penulis terpaksa bermalam di masjid universiti berbekalkan pakaian solat terawikh tadi, ini kerana waktu semasa mesyuarat selesai melebihi pukul 12 malam. Menjadi peraturan universiti, tidak dibenarkan mana-mana pelajar memasuki universiti melebihi pukul 12 malam. Pagi esoknya, penulis bergegas ke salah satu kolej kediaman universiti. Terdapat program Qiammullai bersama pelajar baru. Program itu diakhiri dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang staf universiti. Selepas kuliah subuh berakhir, penulis menghadiri suatu lagi kuliah yang khusus untuk Majlis Tertinggi persatuan. Petang itu pula, terdapat perjumpaan bersama semua ahli persatuan. 'Bicara Majlis Tertinggi bersama ahli persatuan'.
Keesokkan harinya pula, penulis diamanahkan untuk menggerakkan progarm persatuan iaitu 'Program Bubur Lambuk'. Pagi itu juga penulis bergegas ke tempat kejadian untuk membuat persediaan memasak bubur lambuk yang akan diagihkan kepada semua warga universiti. Penulis merasakan bahawa penulis-lah orang pertama sampai, rupa-rupanya ada lagi yang lebih awal sampai. Pok Deng, Akhi Zaim dan Akhi Amir sudah bersiap sedia untuk 'melambukkan' bubur lambuk. AJK memasak bubur lambuk hanya 5 orang sahaja, semuanya terdiri daripada ahli rumah sewa penulis. Berkat keikhlasan dan kerja keras 5 org AJK ni, menjelmalah 2 periuk besar bubur lambuk.
Petang itu, semua Majlis Tertinggi persatuan dijemput untuk mengagihkan bubur lambuk itu kepada semua warga universiti. Program itu berakhir pada pukul 6.30 petang.
Sekali lagi penulis bergegas ke satu lagi kolej untuk majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat perjuangan yang seangkatan. Sampai sahaja disana, ada sahabat yang menarik muka dengan penulis kerana terlebih terlewat. "Ampun ya pak!".
Selesai sahaja majlis berbuka puasa, penulis terus memecut motorsikal dengan kadar 100km/j menuju ke rumah sewa. Tanpa menghiraukan lagi keselamatan diri, penulis terus 'menggilakan' diri ketika menunggang motorsikal. Matlamat penulis hanyalah satu, iaitu sampai ke rumah dengan kadar yang segera. Sebenarnya penulis mengejar waktu untuk bersiap-siap ke masjid universiti untuk solat isyak disana.
Sampai saja dirumah, penulis terus mandi dan mempersiapkan diri. Ternyata apa yang penulis merancang sebentar tadi bukanlah perancangan yang terbaik untuk penulis pada waktu itu, mungkin Allah ingin merehatkan diri ini setelah hampir seminggu sibuk dengan pelbagai urusan. Selesai saja menyiapkan diri, penulis terus tertidur dibuai mimpi diatas lantai rumah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan