Sabtu, 10 April 2010

Gambar-gambar yang menyentuh jiwa haraki

Salam Perjuangan,

Kali ini saya hanya ingin berkongsi koleksi-koleksi gambar yang menyentuh jiwa seorang ahli haraki:

Senyum mereka...









Serius mereka...






Kasih sayang mereka...








Semoga mereka berada didalam golongan yang dipilih Allah untuk memasuki syurga-Nya...

Khamis, 8 April 2010

Belanjawan APCO diluluskan. Tahniah!

Salam Perjuangan,

Belanjawan APCO diluluskan

Semalam 7hb/4, sidang parlimen telah meluluskan perbelanjawan untuk APCO. Keputusannya yang bersetuju 88 dan yang tidak bersetuju 57.



Mahfuz diminta keluar dewan


UMNO seolah-olah tauma dengan gelaran ‘Umno Apco, Apco Umno’ yang dipopularkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat sejak sesi pagi semalam. Ekoran itu, Ahli Parlimen Kuaka Krau Datuk Ismail Mohamad membuat usul menggunakan Aturan Mesyuarat 36(12) mengheret Mahfuz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pertikaman lidah di Dewan Rakyat dilihat mulai panas apabila Timbalan Speaker Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyebelahi Ismail dengan tidak terlebih dahulu memberikan justifikasi yang matang pada usul yang dibawa oleh Ismail itu.

Mengulas...

Dah teruk dah. Trauma dah geng-geng tu...
APCO APCO APCO APCO

Semasa
Oh Malaysiaku APCO...

MCA pula 'belasah' PERKASA

Salam Perjuangan,

Semalam, Jawatankuasa Pusat MCA semalam mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata.
Bernama

ulasan dari chek...

Kahkahkah!!!
Cempera (loghat utara) la geng-geng perkauman melayu ni.
Nak perjuangkan bangsa sendiri tapi dalam masa yang sama kononnya nak perjuangkan perpaduan kaum pulak.
Kalau dapat tentangan dari musuh, ok la jugak. Ni kena tentangan dari geng 'sebulu' pula tu.

Sekarang ini mesti depa tengah serabut kepala otak, dok pikir macam mana la nak handle perjuangan diorang ni:
1.) Kalau nak harapkan slogan 1 Malaysia saja tak boleh. Nanti orang melayu pula terasa, "mana hak keistimewaan orang melayu?".
2.) Kalau nak laungkan semangat perkauman macam PERKASA, tak boleh juga. Depa kata kita ni rasis, pastu nanti mesti depa akan tuntut hak bangsa depa sama.
Geleng kepala aku dibuatnya.

Mai sini minta pandangan chek (ganti diri nama dalam loghat utara), kalau chek senang saja. Bawak je atas nama ISLAM, InsyaAllah semua bangsa akan dapat terima. Kerana Islam ini ADIL dan SAKSAMA untuk semua bangsa didunia ini termasuk yang non-muslim.

Rabu, 7 April 2010

Apa kebendanya APCO?

Salam perjuangan,

Sejak seminggu dua ni, panas di parlimen membincangkan mengenai APCO. Isu APCO ini dibongkar oleh ahli parlimen-ku sendiri (Permatang Pauh), Anwar Ibrahim. APCO dikaitkan dengan gagasan 1 Malaysia, ianya sama seperti One Israel yang dilaungkan mereka dalam beberapa tahun yang lali.

Apa itu APCO dan kaitan dengan 1 MALAYSIA?

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

sumber: zainulfaqar.wordpress.com

ulas sikit je...

Terbaik la Bro Pakaq, penjelasan yang cukup details. Beserta dengan pengakuan APCO di laman web-nya lagi.
Hah! dah ada yang menyorok bawah meja.

Hari tu bukan main lagi tuduh ahli parlimen aku (Permatang Pauh) tu agen yahudi.
WOI! Dah la dia tu ahli parlimen tempat aku, sebelah kampung pula tu. Kalau hangpa tuduh dia agen yahudi, bersangkut paut juga dengan aku.
Takkan aku ni pun dalam kawasana jajahan yahudi pula?

Mangkuk ayun betul! Ni yang aku nak HARIA orang...

Mentari Di Ufuk Timur

Salam perjuangan,

Sepanjang aku hidup sebagai manusia ini, sememangnya aku tak boleh lari dari fitrah manusia yang mahukan hiburan. Aku langsung tak nafikan hal itu. Jujurnya, kadang-kadang aku juga 'melayan' lagu-lagu yang disimbolikkan oleh sesetengah orang sebagai lagho. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Selagi mana tidak terlalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah, maka bagi aku itu tidak jatuh pada tafsiran lagho.

Tedapat satu lagu dari kumpulan Search yang begitu 'makan dalam' ialah lagu Mentari Di Ufuk Timur. Lagu inilah yang terngiang-ngiang di telinga Amy ketika beliau mengerjakan umrah di Mekah. Sebelum ini beliau menyangkakan lagu yang dinyanyikan beliau itu semata-mata ditujukan oleh cinta manusia. Tetapi peristiwa di tanah haram begitu menyentuh hati beliau. Ternyata lagu yang terngiang-ngiang di telinga beliau itu sebenarnya ditujukan untuk Rasulullah...


Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Allahuakhbar!
Sememangnya hidayah itu milik ALLAH...

Tanda-tanda Kematangan

Salam Perjuangan,

22 tahun?
Adakah aku telah matang?
Bagaimana yang dinamakan matang?
Kalau sudah matang, matang dari sudut mana?

Kita akan menjadi matang jika...

1. Kita dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat kita tidak tercapai.

2. Kita mampu menyembunyikan perasaan kita. Tak kisah la perasaan apapun yang bergelora didalam diri, hanya kita sahaja yang tahu.

3. Kita tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. Ditambah pula, kita mengakui kehebatan seseorang itu.

4. Kita dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

5. Kita dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya diuji dengan perkara maruah dan peribadi.

6. Kita terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud kita.

7. Kita memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

8. Kita mampu mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

9. Kita menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. ( orang tua??? hehehe)

10. Sekiranya lelaki, kita dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

11. Sekiranya wanita, kita dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Erm...cuba kita check balik diri kita. Adakah kita memenuhi kriteria-kriteria ini???
Kalau tak ada langsung, maknanya esaok pagi-pagi kita boleh tengok cerita kartun Shin Chan la...
SEBAB KITA TAK MATANG LAGI!!!
HEHEHE

Bila Nik Abdul Aziz berkata, aku pula terpesona


Salam perjuangan,

Nik Abdul Aziz b Nik Mat. Erm...tak tahu nak cakap apa lagi berkaitan individu ini. Sangat hebat orangnya. Tiada pemimipin yang menggunakan Islam seistiqamah beliau dalam apa jua keadaan. Sekali gus, tiada ulama yang memiliki wilayah pemerintahan untuk diuji kekesanan Islam bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul selain Nik Abdul Aziz. Walaupun sehebat manapun sesarjana ulama samada di timur atau barat, tetapi mereka belum diuji 'live' yakni berdepan dengan pemikiran sekular yang pekat likat bermaterialistis dalam segenap segi dan dimensinya. Itulah individu yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Tertarik dengan kata-katanya...

1. Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan.

2. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan.

3. Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit.

4. Tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji.

5. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan.

6. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup?

7. Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan.

Mengulas sikit...

Terkedu dibuatnya bila aku mendengar kata-kata dari individu ini. Kiasannya cukup 'terkena' sekali dengan manusia yang hidup dengan sezamannya.
Tak tahu nak tulis apa lagi, aku harapkan semakin ramai manusia menemui fitrah kejadiaannya bila mendengar kata-kata puitis dari individu bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ini.

Wallahualam.

Ahad, 4 April 2010

Khabar Gembira dari dua sahabat

Salam Perjuangan,

Hari ini hari ahad. Paginya redup-redup saja. Seperti biasa, aku akan buka blog permatangbendang ini untuk mengetahui isu-isu semasa melalui blog-blog yang telah aku 'link'kan dengan blog permatangbendang ini. Tapi pagi ini, aku disapa di dalam blog ini oleh 2 orang sahabat/sahabiah ketika aku di Pongsu Seribu, Azrul dan Afifah. Kedua-dua mereka dari UPSI. Tak sangka pula aku, posting mengenai "Dari Pongsu Seribu menggegar Kampus" telah menemukan aku dengan sahabat-sahabaiah yang telah terpisah sejak 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah...

Melalui blog-blog mereka yang telah link di cbox blog permatangbendang ini, aku dapati mereka ini telah jauh berjalan meninggalkan sejarah-sejarah lama ketika di Ponsu Seribu. Masing-masing telah berubah kepada yang lebih baik. Ada yang sudah menjadi presiden-presiden @ ahli majlis tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam di kampus masing-masing, ada yang menjadi Presiden atau ahli majlis tertinggi di persatuan-persatuan di kampus masing-masing, ada yang menjadi Majlis Perwakilan Pelajar di kampus masing-masing. Hebat-hebat semua...tinggal aku seorang saja yang menjadi insan kerdil di lapangan-ku ini.

Khabar Gembira dari 2 Sahabat

Melalui penangan posting "Dari Pongsu Seribu menggegar Kampus" ini juga aku dikhabarkan dengan 2 berita gembira dari sahabat/sahabiah-ku ketika di POngsu Seribu.

1. Sahabat dari UM (Zul Amirul aka Ketua Pengarah Lujnah Dakwah PMIUM)
Merupakan salah seorang sahabat karib aku ketika di POngsu Seribu. Alhamdulillah Khabar hari ini terlalu manis, bila buka sahaja emel group, ada walimah dari sahabat ini, akan berlangsung cuti nanti. Sudah menjangkakannya, walaupun belum pasti bila, akhirnya diumumkan juga. Keberlangsungan yang sangat dijaga.

Sudah matang rupa-rupanya sahabat aku ni. Aku sangat teruja dgn keyakinan sahabat ini, kerana biasanya muslimin pilih untuk kawin bila dah punya kedudukan yang kukuh, dah ada rumah sendiri,tapi tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk berbaitul muslim. Dalam hidup yg sentiasa diuji, mapu hadapi. Hebatnya ditarbiyah, Hebat jg muslimat itu. Jgn lupa doakan kami semua juga.

2. Sahabiah dari USM

Berita yang kedua, juga dari sahabat segerombolan ini, memberi khabar kepada sahabat/sahabiah Pongsu Seribu akan dapat anak saudara baru, tidak lama lagi. Anak saudara baru pertama generasi kami.

Sahabat ini berkahwin dalam usia yg sangat muda, 20thn, demi menjaga syariat ALLAH, meneruskan keberlangsungan dakwah, melaluinya dengan penuh thiqah.

Terfikir, bagaimana dia hadapi hidup-hidup sebagai isteri, sebagai pelajar, dan bakal ibu. Sungguh kuat sahabiah ini. Sangat komited dengan kerja2 dakwahnya lg. Tidak tolak ke tepi kerja2 Islam.

dah tak tahu nak ulas apa lagi...

Hari ini terasa diri aku begitu kerdil sekali, melihat sahabat-sahabat se-permainan telah melangkah jauh dari aku.
Ada yang menjadi orang-orang besar di kampus masing-masing...
ada yang telah bertukar watak kepada yang lebih baik...
ada yang telah mempunyai ister/suami...
ada yang akan mendapat cahaya mata...
ada yang akan melangsungkan walimah...
ada yang telah dilamar dan melamar...

Sekarang, tinggallah aku sahaja yang masih lagi belum mencapai seperti mana sahabat/sahabiah ku sekarang...

Semoga kalian berada dalam golongan yang sedang menanti di depan pintu syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang jernih dan putih, tempat yang menjadi simbolik KEMENANGAN AGUNG oleh pendokong-pendokong agama ini.

Allahuakhbar!