Sabtu, 19 Mac 2011

Saya juga sayangkan Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini. Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan. Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini. - Malaysiakini-

Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Ingatkah anda semua mengenai Revolusi di Timur Tengah?
Ingatkah anda betapa'kuku besi'nya Muammar Gadafi, Hosni Mubarak dan beberapa lg diktator yg telah merompak hasil negara mereka?
Tahukah aset kewangan dan harta2 diktator-diktator tersebut?
Saya rasa semua anak-anak Sarawak mengetahuinya...mengapa rakyat Mesir, Tunisia, Bahrain, Libya bangkit dijalanan.

Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Ingatkah lagi mengenai sejarah penjajahan bumi Sarawak oleh keluarga Brooks?
Ingatkah lagi berapa banyak hasil bumi Sarawak yang dirompak Brooks?
Ingatkah lagi derita dan sengketa datuk nenek anda ketika itu?
Ingatkah lagi perjungan si Rentap yang gagah menentang penjajah Sarawak?

Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Tahukah anda erti dan maksud sebenar 'dijajah' dan 'penjajah'?
Tahukah anda bahwa Sarawak sebenarnya sedang dijajah?
Tahukah anda Sarawak telah-sedang-akan dirompak lagi?
Tahukah anda bahwa Sarawak sedang dikuasai oleh diktator?

Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Anda semua tahu kemewahan Taib Mahmud
Anda semua tahu bilangan harta-harta Taib Mahmud
Anda semua tahu hampir semua aset Sarawak dikuasai oleh kroni-kroni Taib Mahmud
Anda semua juga tahu negeri anda derita sejak 30 tahun
Anda semua juga tahu hasil bumi Sarawak masih lagi dirompak!

Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Dimanakah si Rentap dizaman ini?
Dimanakah hilangnya roh perjuangan Rentap?
Jangan biarkan pahlawan negeri anda derita di saat ini, kerana anak cucunya telah lupa 'perjuangan Sarawak'.



Wahai shbt2 ku yg berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang,
Negeri Sarawak sedang derita
Jangan biarkan diktator itu berundur begitu saja
Jangan biarkan kroni-kroninya melepas tangan begitu saja
Jangan biarkan rakyat Sarawak melupai kejahatan mereka
Jangan biarkan bumi-mu di 'jajah' lagi.

Bangkit anak Sarawak!
Revolusi anda patut bermula!
Cetuskan ia!

-Saya bukan anak Sarawak...Saya anak Pulau Pinang-

Khamis, 17 Mac 2011

17 Mac

Tanggal 17 Mac 1988,
Bersamaan 28 Rejab 1408 Hijrah,
Jam 7.48 pagi.
Seorang ibu muda yang berumur 24 tahun
Telah melahirkan seorang bayi lelaki
Di Pusat Perubatan Sakit Puan di Sungai Petani.
Lalu si ayah yang berumur 29 tahun
Mengumandangkan azan ke telinga bayi tersebut
Warna mereka berdua pun hampir kurang sama
Mungkin ini dinamakan 'bapak borek anak rintik'.




Sekarang,
17 Mac menjelma kembali.
Tarikh keramat bagi si anak datang lagi.
Bagaikan menatang minyak yang penuh.
Maka genaplah 23 tahun kehadirannya didunia ini.

Segala puji bagi TUHAN yang menciptakannya.
TUHAN yang memberikan rezeki kepadanya.
TUHAN yang melebarkan kasih sayang kepadanya.
TUHAN yang menetapkan jodoh, rezeki dan ajalnya.

TUHAN yang mengurniakan kepadanya
seorang ibu,
seorang ayah,
seorang abang,
4 orang adik,
beberapa orang sahabat,
puluhan kawan-kawan,
ratusan kenalan,
segelintir musuh,

Dan yang paling utama,
TUHAN telah mengurniakan kepadanya nikmat ISLAM dan IMAN.
ALHAMDULILLAH...Syukur YA TUHAN sekalian alam.
Atas nikmat-nikmat yang ENGKAU berikan kepada si anak tersebut.
Nyata jika dakwat dari 7 lautan dunia digunakan,
untuk si anak mengarangkan nikmat-nikmat ENGKAU,
Nescaya tidak lagi mencukupi untuk menulisnya.

Tepat 17 Mac.
Si anak tidak mengharapkan sesiapa untuk hari bersejarah ini,
Kerana si anak tahu,
Siapa sebenarnya dirinya,

"Wahai si anak!"
"Ingat pesanku ini"

"Janganlah engkau mengharapkan sesuatu dari orang lain"
"Janganlah engkau meraih simpati dari orang lain"
"Janganlah engkau menarik perhatian dari orang lain"
"Janganlah engkau lemah dihadapan orang lain"

"INGAT!"

"Engkau tidak layak untuk dipuji"
"Engkau tidak layak untuk dipuja"
"Engkau tidak layak untuk dijulang"
"Engkau tidak layak untuk dicanang"
"Engkau tidak layak untuk didendang"
"Engkau bukanlah seperti orang lain"

"INGAT!"

"Engkau tidak layak untuk MENERIMA!
"Kerana hidup engkau wahai si anak,
"Hanyalah layak untuk MEMBERI..."

"INGAT!"

"Engkau adalah dari titisan air hina!"
"Itulah yang layak bagimu, wahai si anakku..."

"INGATLAH!"
"Sesungguhnya inilah tarbiyah dariku kepadamu"
"Agar engkau tidak larut dengan keasyikan dunia"
"Agar engkau tidak ujub dengan tipu daya dunia"
"Agar engkau tidak berbangga dengan pengorbananmu"
"Agar engkau tidak takabbur dengan jihadmu"

"Hari ini..."
"Hari ke 23 tahun hidupmu"
"Hanya satu pengharapan dariku wahai anakku"

"Supaya engkau mengenal erti perjuangan sebenar"
"Supaya engkau menikmati lazatnya pengorbanan"
"Supaya engkau menjumpai nilai keikhlasan"
"Akhir sekali anakku..."
"Supaya engkau menjadi golongan terpilih ketika di Yaumul Mahsyar...Amin Ya Robbi"



Mentiti hidup dimakan usia.
Umur bertambah tempoh hidup berkurang.
Sehingga datang seruan istimewa.
Si anak akhirnya akan kembali jua kepadaNya.

17-03-2011,
Wahai, si anak yang hina.
Yang disayangi sentiasa kerana Allah semata-mata.
Di kesempatan ini, tarikh ini, hari Khamis ini,
daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu.
Semoga dikau beroleh gembira dan bahagia.
Diberkati hidupmu oleh Allah dalam naungan rahmat dan redhaNya.
Semoga dikau menjadi insan mulia.
Bahagia di dunia, di akhirat jua..

p/s: Si anak sedang menunggu panggilan dari ibunya...Untuk mendengar suara ibunya yang mengucapkan kepadanya, "SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU!"

Selasa, 15 Mac 2011

Dia C.A.N.T.I.K

Salam


Posting saya pada kali ini lebih kepada pendekatan santai dan feel...so, u'all just layan je la...

Firstly, jom saya bawa anda layan dulu video mat lutfi ni, letih urat perut saya ketawa.




Cantik?

Cantik ini selalu ditujukan kepada kaum Hawa

Agak susah saya hendak tafsirkan erti CANTIK ini. Naik bingung saya untuk menyelami lautan CANTIK ini, terutamanya ketika ingin menemui dibahagian dasar lautan CANTIK.

Sebagai manusia ciptaan ALLAH yang sempurna sebaik-baik kejadian ini, ternyata dalam diri saya memiliki sifat inginkan kepada perkara CANTIK.
Itu adalah fitrah kejadian saya,
fitrah kejadian anda,
fitrah kejadian kesemua makhluk ALLAH yang bernama manusia.
Ya! Saya ingin memiliki sesuatu yang CANTIK. Saya akuinya!

Tapi, dalam diri saya tertanya-tanya...

Apakah yang dikatakan cantik?

Adakah ianya dari rupa paras?

Kalau melalui rupa paras dan fizikalnya, maka hanya segelintir orang sahaja yang memiliki 'title' CANTIK itu.

Jika rupa paras menjadi ukuran kecantikan, mengapa ALLAH menjadikan rupa paras dan fizikal manusia yang berbeza-beza?
Bahkan ada pula yang tidak memiliki rupa paras yang menawan.

Dan jika kita meletakkan CANTIK itu dari rupa paras dan fizikal, maka bagi manusia yang tidak dikurniakan ALLAH rupa paras dan fizikal yang tidak menawan, mereka TIDAK akan merasa erti CANTIK didalam diri mereka. Jika begitu, maka kehidupan mereka adalah sia-sia!

Jadi, jika kita ertikan bahawa CANTIK itu datang dari rupa paras, maka kita telah mengHODOHkan manusia ciptaan ALLAH yang lain. Yakni manusia yang tidak memiliki rupa paras yang menawan.

Soalnya, bukankah ALLAH menjadikan semua ciptaan-NYA itu cantik?

Dan bukankah ALLAH sukakan perkara yang CANTIK, maka diciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian. Maknanya setiap manusia mempunyai potensi untuk CANTIK!

Jadi, dimanakah sebenarnya terletak CANTIK tersebut didalam diri seorang manusia?

Mmm...naik bingung saya dibuatnya. Dalam kebingungan ini, teringat pula pesan Nabi. Buku panduan hidup didunia ini adalah Al-Quran dan Sunnah.

Nabi pernah berkata; "dunia ini adalah perhiasan..."
- Maknanya 'perhiasan' adalah barang atau jasad yang CANTIK. Kalau tidak CANTIK, kita tidak akan namakan ia sebagai 'perhiasan'. Macam di ruang tamu rumah kita, kita akan hiasi dengan barang-barang yang CANTIK seperti pasu bunga, bunga, perabut yang mahal, TV yang besar, set sofa yang empuk...itu semua adalah barangan CANTIK atau erti kata lain 'perhiasan'. Jadinya, segala isi dunia sememangnya CANTIK!
Ya, saya telah menemui jawapan CANTIK ini.




Nabi menyambung dalam kata-katanya itu; "dunia adalah perhiasan, sebaik-baik hiasan adalah WANITA SOLEHAH." -Hadith riwayat Muslim-
- Tadi saya mengajak anda berbincang mengenai isi dunia yang CANTIK. Tetapi kali ini Nabi menambah lagi 'key x-factor' CANTIK. Katanya, sebaik-baik 'perhiasan' adalah WANITA SOLEHAH. Dalam erti mudahnya, WANITA SOLEHAH adalah yang paling CANTIK sekali!
Ya, saya telah menemui jawapan kepada perkara yang PALING CANTIK SEKALI.
Thanks ya Rasulullah, salam dan selawat keatas baginda.

Bila kita fikir-fikirkan, memang benar perkara yang PALING CANTIK adalah WANITA SOLEHAH. Sebab kesemua wanita mempunyai potensi untuk menjadi PALING CANTIK.
Yang kaya atau yang miskin
Yang muda atau yang tua
Yang kurus atau yang gemuk
Yang cerah atau yang gelap
Yang telinga capang atau yang bertelinga kemek
Yang berhidung mancung atau yang berhidung kembang
Yang bermata bulat atau yang bermata sepet
Yang tinggi atau yang rendah
Yang berambut lurus atau yang berambut rinting
Yang bertudung labuh atau yang tidak bertudung
Yang berjubah atau yang ber'skirt'
Ketahuilah...
Kesemua mereka mempunyai potensi untuk menjadi yang PALING CANTIK, yakni menjadi WANITA SOLEHAH.

Now, saya mencari yang PALING CANTIK itu untuk menemani sepanjang hidup saya. Agar anugerah 'PALING CANTIK' itu juga dapat saya miliki bersama...sebab saya lelaki, lelaki tak boleh jadi 'PALING CANTIK' seperti dalam hadith Nabi tadi...huhuhu (sedih). Dapat kongsi 'PALING CANTIK' pun jadilah...




Ketahuilah, ALLAH sukakan pada perkara yang CANTIK!
Dan saya juga sukakan pada perkara yang CANTIK!

Isnin, 14 Mac 2011

Bantah LOJI NUKLEAR di Malaysia!

Lagi loji nuklear meledak di Jepun. Sila perhatikan video ledakan di loji nuklear tersebut.



Kisah Kerajaan menipu rakyat

Kerajaan jepun telah mengSAHkan ada kebocoran radioaktif di loji fukushima. Negara jiran berjaga-jaga, negara asian juga perlu berjaga-jaga. Telah ada tiga ledakan
kerajaan jepun masih tak mahu menerima hakikat tentang bahaya radioaktif. Tapi tentera laut amerika tahu yang kerajaan jepun kelentong tentera laut amerika telah celah dari kawasan itu - walau oun 100 batu dari tempat ledakan - ertinya radioaktif telah mula bertaburan.

Tetapi bila kita menonton TV atau membaca akhbar meloya, pastinya kita tidak akan terasa bahang ledakan nuklear ini. Kerana sememangnya diciptakan situasi 'tenang' ini agar rakyat tidak melatah dengan apa yang berlaku. Lihat sajalah filem 2012, yang menceritakan pembohongan kerajaan kepada rakyatnya demi mahu menjaga kreadibiliti pemerintahan mereka. Akhirnya, semua rakyat merana atas pembohongan mereka ini. Itu bukan rekaan semata-mata, tetapi ada kisah benar didalam sesebuah kerajaan yang dayus!
Jadi kepada rakyat dunia, dengar dan ketahuilah bahawa radioaktif sudah mula merebak ke ruang-ruang udara. Lalu udara-udara itu bergerak merentasi sempadan negara-negara jiran dan seluruh dunia tanpa sempadan.

Tragedi Petaka nuklear Chernobyl 1986

Pada tahun 1986, telah berlaku satu petaka di Chernobyl yakni di Ukraine. Petaka meletusnya nuklear di daerah berkenaan. Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. Lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.



Kesannya, mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku. Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.



Jangankan manusia sahaja, haiwan-haiwan serta tumbuhan-tumbuhan juga turut menjadi mangsa radioaktif ini. Hasil dari pengaruh radioaktif ini boleh menjadikan sesuatu benda hidup itu menjadi mutan!



Malaysiaku amat HEBAT!

Jepun walaupun mempunyai 60 tahun pengalaman dalam tenaga nuklear. Dengan teknologi di Rusia dan Jepun pun tidak dapat menahan karenah si 'budak nuklear' ini, tetapi Malaysia dengan selambernya bernekad ingin membina loji nuklear terbaru di rantau Asia Tenggara ini.

Kenyataan Menteri Tenaga, Hijau dan Teknologi Datuk Seri Peter Chin semalam bahawa rancangan Malaysia untuk membina dua loji nuklear akan diteruskan meksipun Jepun berhadapan dengan masalah ekoran gempa bumi dan tsunami dan bahawa “kerajaan tidak akan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi tanpa memakumkan orang ramai.

Begitulah 'bijaknya' menteri-menteri kita...Kalau jadi apa-apa kepada Malaysia akibat nuklear ini, mari kita sama-sama tuntut di akhirat.

*Kenapa Malaysia beriya-iya hendak membina loji nuklear ye?
Sebab kos pembinaannya begitu mahal
Lagi kos mahal, lagi banyak duit masyuk poket aku
Lagi banyak duit masyuk poket aku, lagi jauh aku tinggalkan Malaysia ni...kahkahkah

'Matahari Terbit' sedang menangis



Tiada kata yang boleh diungkap mengenai bencana yang sedang melanda di Jepun sekarang ini.

Gempa Bumi dan Tsunami

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera.




Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Satu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.



Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.

Ledakan Loji Nuklear pula menyusul

Ditengah-tengah kekalutan menghadapi bencana gempa bumi dan tsunami, Jepun digemparkan lagi dengan ledakan loji nuklear elektriknya. Reaktor Ke-6 di loji eletktrik tenaga nuklear Fukushima telah kehilangan kemampuan untuk mendinginkan reaktor utama sejak gempa bumi kuat yang disusuli landaan tsunami di Jepun, Jumaat lalu.

Reaktor Nombor 3 di loji elektrik Nombor 1 Fukushima kehilangan fungsi itu setelah reaktor-reaktor Nombor 1 dan 2 pada loji Nombor 1, dan reaktor Nombor 1, 2 dan 4 pada loji Nombor 2 mengalami kesulitan yang sama, kata Tokyo Electric Power Co. (TEPOC), operator dan pemilik loji tersebut hari ini.

Kebimbangan ini kian melonjak kerana nuklear ini mempunyai perangainya sendiri. Sekali 'ia' naik angin, habis satu semesta 'diajarnya'. Lelaki, perempuan, orant tua, kanak-kanak, bayi, janin, binatang, hidupan laut, pokok-pokok, tumbuhan-tumbuhan dan semua yang berada dibumi habis dikerjakannya. Sejarah 1986 di Chernobyl, Ukraine telah menceritakan segala-galanya.

Kebiadaban Akhbar Rasmi Malaysia



Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.
berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.

Saya Malu Menjadi Rakyat Malaysia

Cubaan datang bertubi-tubi di Jepun. Mulai dari digoncang gempa bumi, dihentam tsunami. Yang terbaru ancaman bencana nuklir menyusul ledakan Loji Elektrik Tenaga Nuklear Fukushima. Musibah itupun membuat trauma bagi warga 'Matahari Terbit'.

Dengan musibah sebegini yang melanda Jepun, tetapi negara kita masih lagi boleh bersenda tawa. Sementara penduduk dunia yang lain sedang berusaha untuk menawarkan khidmat bantuan keselamatan ke Jepun.

Disaat ini, hatiku bertanya...
Dimana perginya Najib Abdul Razak?
Eh, silap da...dimana perginya Rosmah Mansor?
Apakah Rosmah tidak menghantar bantuan dari Malaysia ke Jepun?
Jangankan manghantar bantuan, ucapan takziah pun tak ada!

Ahad, 13 Mac 2011

Selagi ada RINDU...



Wahai Jiwaku, ISTIQAMAH lah engkau dengan PERJUANGAN...

Wahai Jiwaku, THABAT lah engkau dengan HARAKAH ini, kerana engkau amat memerlukan HARAKAH ini...

Wahai Jiwaku, RINDU lah engkau dengan UJIAN yang mendatang dalam PERJUANGAN, kerana ia bisa membersihkan dosamu...

Wahai Jiwaku, ingatlah KEKASIHmu adalah RASULULLAH, SUNGGUH dia sentiasa merindukan mu...

Wahai Jiwaku, AZAM lah untuk BERTEMU KEKASIHmu itu, biarlah beribu batu...

Wahai Jiwaku, pautlah CINTAmu kepada TUHANmu, DIAlah pemilik segala yang ada pada dirimu..
.

Wahai Jiwaku...SEMOGA ENGKAU LARUT DENGAN SEMUA INI SEHINGGALAH TIADA BULAN DAN MENTARI,I, BULAN DAN BINTANG, OMBAK DAN LAUT, LANGIT DAN BUMI...
SELAGI CINTA BERSEMI...