Jumaat, 7 Mei 2010

Nota Akhir Sang Suami

LELAKI MATI TINGGAL NOTA UNTUK ISTERI

Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.


nota dari aku:

kau bacalah berita ini. ulangi sekali lagi. bila aku membacanya petang tadi ayer mata aku meleleh. pipi aku panas dan basah

hati aku koyak berderai.

lihatlah kesah cinta ini. inilah kesah cinta yang agung. inilah kesah uda dan dara. inilah hikayat laila dan majnoon. inilah roman ali dan nina. inilah cinta romeo kepada juliet.

bertapa setianya sang suami kepada sang isteri.

sepuluh tahun mereka berpisah. sepuluh tahun mereka diduga. sepuluh tahun mereka memendam rasa. sepuluh tahun cinta terhalang.

pastilah terpisah kerana pencarian. pastilah terpisah kerana pekerjaan. akhirnya mereka bertemu kembali untuk memulakan penghidupan baru.

bayangkan senyuman yang meliar.
bayangkan ketawa di hati.
bayangkan janji janji yang telah dilafazkan.
bayangklan kata kata lunak yang terhambur.
setelah sepuluh tahun berpisah pastilah janji janji diikat untuk membina istana yang baru.

bukan janji untuk bercuti ke kota paris
atau berjanji membeli sepasang prada
atau masuk ke pavilion untuk minum secawan kopi
jauh sekali untuk ke dubai membeli anting anting

berjanji bersetia untuk satu kehidupan
berjanji bersetia untuk mencari pekerjaan
berjanji bersetia untuk menjadi sang suami yang baik
berjanji bersetia untuk menjadi sang isteri yang sempurna

hidup ini
hidup ini
hidup ini satu perjalanan yang maha panjang

kau baca berapa ringgit ditemui dalam saku sang suami
pasti tidak dapat membeli secangkir anggur merah
berapa ringgit agaknya yang akan diwariskan untuk anaknya yang baru berumur lima bulan.

kau sedarilah sang suami ini tidak memiliki saham pnb
sang suami ini tidak pernah tahu tentang ketuanan melayu
sang suami ini tidak tahu yang jackie chan dan
michelle yeoh telah membeli harta di seberang takir

ketika monsoon cup dahulu dimana agaknya sang suami
apakah ketika itu sang isteri sarat mengandung
atau sang suami memimpin sang isteri melihat betapa
lumayannya perahu di sungai duyung

tapi - tengkujuh dan taufan bukan yang mereka cari
hanya sepinggan nasi dan samangkok gulai untuk pendiding diri.


kau ingat sang suami ini tahu tentang duit petronas?
kau ingat sang suami ini tahu tentang wang ehsan?
kau ingat sang suami ini tahu tentang kontrek masjid kristal?
kau ingat sang suami ini tahu tentang stadium yang runtuh?

nah! kau hitung berapa hutang yang belum terbayar?
sekali lagi kau ulang baca
lihat berapa hutang sang suami yang belum dibayar?

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk membeli sebatang havana

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk melayan happy hours


-petikan dari tukartiub.blogspot.com (hisyamudin rais)

Khamis, 6 Mei 2010

Sembang lebat...

Salam perjuangan.

Dalam kalangan manusia ini, ada juga yang sembangnya hebat, idea bombastik tapi sayang tak berpijak pada bumi yang nyata. Isinya kosong, yang tinggal hanyalah angin-angin sahaja...

Ahad, 2 Mei 2010

Baitul Muslim: Muslimat, nah tengok apa yang dah jadi dengan muslimin antum!

Salam perjuangan,

Baitul Muslim?
Hari-hari saya dengar pasal perkara ini, dah naik mual. Kejap-kejap datang sahabat ni, tanya pasal perkara ini. Lepas itu datang pula sahabat yang lain, juga pasal perkara ini juga. Saya tahu la banyak sahabat-sahabat yang seangkatan dengan saya ini sudah hampir ke tahun akhir pengajian. So, masing-masing mahu cari pasangan hidup sebelum keluar dari lapangan kampus ini. Masing-masing pakat teruja nak memilih yang mana satu mawar berduri didalam taman dakwah ini.

Dialog bersama sahabat

"Macam mana nak pilih pasangan hidup?", tanya seorang sahabat kepada saya. (bukan sorang je, ramai...)

"Anta minta je kat Allah, senang cerita. Kalau tanya ana pun, ana bukan tahu apa-apa. pengalaman pun tak ada." Jawab saya.

"Anta cakap senang la. Ana tanya elok-elok ni...", balas sahabat saya.

"La...betul la. Anta minta je kat Allah. Bangun malam, pastu solat la. Minta petunjuk dari Allah. Anta ingat nak pilih anak ayam ke? Nak yang kaler koko, kaler hitam atau kaler putih?", jawab saya.

Celaru dan terus bercelaru

Apa yang celaru?

Ramai diantara kita ini celaru dengan konsep istiqarah. Bila nak cari pasangan hidup, baru nak istiqarah la, solat malam la. Tapi time nak buat kerja-kerja dakwah, tak mahu pula nak solat malam untuk menambah kekuatan diri. Itu yang tarbiyah diri hancur semacam je.

Kebergantungan ataupun konsep tawakal kepada Allah pun dah totally salah. Mengharapkan tawakal atau petunjuk dari Allah untuk sesetengah perkara, tetapi pada perkara yang lain tidak pula.

Adakah kita ni termasuk dalam golongan yang hanya mengambil sesetengah ayat Allah untuk kepentingan peribadi?

Fikir-fikirkan...

Yang ini lagi celaru

Kalau nak senang minta (takdim) muslimat yang berada dalam satu persatuan, mesti kena berada dalam jawatan-jawatan tertinggi. Kononnya saham tinggi. Kena jadi Majlis Tertinggi persatuan, presiden-presiden kelab, ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Baru la muslimat pandang pengorbanan muslimin ini, so senang la sikit nak terima jawapan:
"YA, ANA TERIMA ANTA".
SATU FAHAMAN BENGONG!

Apakah kita memegang taklifan ini semata-mata untuk memudahkan kerja kita untuk takdim muslimat?

Apakah kita lebih mementingkan keutamaan diri berbanding keutamaan perjuangan?

Bila kena reject, dah mula la nak lari-lari. Tak mahu campur urusan kerja-kerja dakwah lagi, kononnya ingin membawa hati yang lara ini pergi.
LAGI SATU FAHAMAN BENGONG!

Pair muslimin - muslimat

Bila dah syok kat muslimat sorang ini, mula la nak jaja cerita kat sahabat-sahabat. Kononnya muslimat itu milik dia.

"Ana ni ada chemistry la dengan muslimat itu.."
"Muslimat tu macam syok kat ana je..."
"Ana dah nak bertunang dengan muslimat itu.."
"Ana nak takdim muslimat tu, antum jangan kacau. Cari la yang lain, berlambak lagi muslimat kat dalam persatuan kita ni."


Ucapan-ucapan inilah yang sering saya dengar bila berjumpa dengan individu-individu yang 'sangap' untuk ber'Baitul Muslim'. Maaf ye, ayat saya keras sikit!

Bila bertanya dengan jawatankuasa Baitul Muslim berkaitan status muslimat yang sering di idam-idamkan, ternyata muslimat itu telah dimiliki orang. Waktu itu baru la tahu langit ini tinggi ke rendah. Mula la nak merajuk hati. Dah tak mahu lagi berjumpa dengan muslimat itu. Ajak ke program pun kena paksa, sebab muslimat itu ada dalam program tersebut.

Jaga-jaga! Dapat tahu dengan saya memang kena PENYEPAK! (maaf, ayat keras lagi)

Baitul Muslim ialah permulaan pembentukan ummah!
Jangan main-main dengan perkara ini.
Jangan sampai ummah masa hadapan rosak disebabkan kita!



Wallahualam...

Sentimental...

Salam perjuangan,

Baru-baru ini saya ada menerima satu sms dari seorang sahabat lelaki. Isi sms tersebut begitu menyentuh hati saya. Sms itu berbunyi:

---------------------------
Bila hati ibu berkata-kata.
"anak mak ni dah berbeza dengan dulu. Orang cuti panjang, anak mak ni cuti pendek saja. Bila balik rumah, asyik keluar saja. Umur mak ni dah tak lama, nak juga bersama-sama dengan anak mak ni."

Hati saya hanya mampu bergetus hiba,
"Mak, saya ni dah memang berubah. Saya bukan milik mak lagi, tapi saya dah jadi milik umat kat luar. Saya nak niaga dengan Allah, nanti untungnya kita tebus kat akhirat. Lagipun saya dah janji nak jaga mak, abah dengan adik-adik. Agar mak, abah dengan adik-adik mencapai kebahagiaan abadi, yakni di Syurga-Nya. Mak jangan nangis, nanti menambahkan lagi kesedihan saya ini sebab Umat Islam tengah menangis..."

---------------------------