Rabu, 25 Ogos 2010

Perdana Menteri Palestin berbuka dirumah rakyat

GAZA, 25 Ogos: Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa.

Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyah telah mempamerkan satu contoh keprihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

Pada Jumaat, 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut, lapor laman web Haluan Palestin.

Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga iaitu ibu bapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu.

Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Haniyah mengarahkan pegawainya supaya memberikan bantuan makanan untuk keluarga tersebut, dan menghadiahkan sebuah kipas angin supaya rumah mereka lebih ‘selesa’ daripada keadaan sebelumnya.

Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza hingga kini masih hidup dalam keadaan yang menyedihkan akibat tindakan zalim embargo Zionis Israel yang telah berterusan sejak 4 tahun yang lalu.

Mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, dan harus bergantung kepada bantuan kemanusiaan daripada luar, termasuklah keperluan makanan dan air bersih.

*Perdana Menteri aku??? hahaha

Tribute to someone

Salam
perjuangan tanpa akhir

---

berdiri teguh seorang anak muda

semangatnya tebal

kuat sujudnnya

jarang sekali terlepas subuh berjemaah

kepalanya selalu pening memikirkan masalah umat

buah fikirannya selalu diperah untuk menggerakan harakah ini

jika dia berada jauh, tetap jua berusaha untuk membantu gerakan ini

menjadi tempat rujukan para anak buahnya

menjadi tempat mengadu para adik-adiknya

tapi dimana tempat dia mengadu, tiada siapa yang tahu

Quran menitip dibibirnya sehari-hari

tak jemu menasihat jika ada yang salah

tak jemu berbakti jika ada yang meminta

kerana itu. kadang-kadang dirinya jua terabai

selalu melayan kerenah-kerenah orang jagaannya

tapi kerenahnya, disimpan sebaik mungkin

mungkin tidak mahu orang lain susah melayan kerenahnya itu

jujurnya, diri ini senang dibawah pimpinannya

jujurnya, diri ini selamat dibawah jagaannya

sungguh, diri ini dapat melihat keikhlasannya

maafkan diri ini, selalu memberi masalah kepadanya

maafkan diri ini, selalu membangkang arahanmu

maafkan diri ini, selalu menyusahkan dirimu

maafkan diri ini, tidak dapat bersama disaat org lain meraikan dirimu malam ini

moga pertemuan dan perpisahan kita adalah kerana Allah

moga dikau adalah ANAK MUDA yang ku cari selama ini...

---

selamat hari lahir sahabatku

Isnin, 23 Ogos 2010

Anak muda, mari memberontak!

Salam.

Mahasiswa tidak boleh berpolitik!
Satu lagi kenyataan bodoh dari orang yang memerintah negara...

Ulasan Dari Lim Guan Eng, KM negeri saya. "mereka ini munafik!"

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat perumpamaan larangan kepada mahasiswa dan pensyarah berpolitik tetapi membenarkan guru seperti dalam situasi peperangan di mana para jeneral dilarang sebaliknya hanya korperal dibenarkan.

"Ini macam dalam satu peperangan apabila jeneral dilarang tetapi korperal pula dibenarkan, ia tidak masuk akal kerana hal ini melibatkan masa depan negara," ujar Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Keputusan tersebut disifatkannya sebagai munafik kerana ia termasuk dalam empat ciri golongan tersebut.

"Ini bukan sahaja hipokrit tetapi munafik kerana ia menepati semua ciri munafik yang ditetapkan," tegasnya.

Turut membidas larangan tersebut, Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution yang menganggap keputusan kerajaan melarang mahasiswa dan pensyarah berpolitik dan membenarkan guru melakukannya sebagai tidak konsisten, paradoks atau bercanggah dan celaru.

"Keputusan kabinet akan mewujudkan jurang lebih besar kepada politik negara dan perkara ini akan memberikan kesan negatif pada jangka panjang.

"Saya katakan ianya paradoks kerana ia bercanggah dengan larangan itu dan pastinya sekadar menunjukkan Umno telah hilang sokongan golongan guru," katanya.

Membidas kenyataan sesetengah pemimpin Umno yang mendakwa penglibatan dengan politik menjejaskan tumpuan kepada akademik Saifudin menegaskan ramai pemimpin negara sekarang ini merupakan pemimpin mahasiswa suatu masa dahulu.

"Kita telah buktikan ramai pemimpin mahasiswa sebelum ini yang aktif dengan politik kampus kini berjaya ditempatkan di posisi dalam kabinet kerajaan dan memegang jawatan sebagai pemimpin masyarakat, kita tetap cemerlang.

"Sebahagian besar kabinet kerajaan adalah dahulunya pemimpin pelajar, iaitu Dato' Shabery Cheek, Dato' Saifudin Abdullah, Dato' Mohd Puad Zarkasyi, Dato' Razali Ibrahim, manakala dari Pakatan Rakyat terdiri daripada Dato' Lee Boon Chye, Dr Hatta Ramli dan ramai lagi," ujarnya.

Tambahnya, larangan terhadap mahasiswa ini menunjukkan kerajaan sengaja merendah-rendahkan keupayaan mahasiswa dan menafikan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan.

Kenyataan Dr Hatta Ramli

Sementara itu Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menempelak tindakan kerajaan yang melarang golongan mahasiswa dan pensyarah berpolitik sebaliknya hanya memberi kebenaran kepada golongan guru siswazah.

"Saya yakin larangan kepada golongan cerdik pandai seperti mahasiswa dan pensyarah itu adalah menggambarkan rasa kurang yakin kerajaan terhadap sokongan mereka yang mungkin tidak berpihak kepada kerajaan atau Umno-BN," katanya kepada Harakah.

Beliau yang juga Pengerusi Protes berpandangan larangan tersebut bersifat suatu arahan yang sudah lapuk dan menunjukkan kerajaan masih takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Kalau di luar negara mereka dibenarkan untuk terlibat dengan politik sebaliknya mereka yang di dalam negara dihalang daripada berbuat begitu.

"Sedangkan inilah medan untuk kita latih mahasiswa ini untuk menjadi pemimpin," ujarnya.

Hatta yang juga merupakan bekas anggota Exco Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melahirkan rasa kecewa dan berharap agar kabinet dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

"Penglibatan mereka dalam politik ini bukan secara sepenuh masa seperti mana ahli politik sebaliknya terdapat garis panduan tertentu yang memberi mereka peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya lagi.

Kenyataan Ustaz Idris Ahmad

Pandangan tersebut disokong Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan keputusan yang dibuat kerajaan berdasarkan anggapan ia tidak memberi keuntungan kepada Umno-BN.

"Mereka tidak benarkan sebab merasakan ianya tidak menguntungkan Umno dan mereka tahu golongan cerdik pandai ini tidak akan memilih Umno terutamanya mereka yang belajar bidang agama," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia menepis dakwaan penglibatan dengan aktiviti yang bersifat politik ini boleh menjejaskan kecemerlangan akademik.

"Keaktifan kita tidak mengganggu tumpuan dalam akademik dan perkara ini telah berjaya dibuktikan sejak dahulu lagi malah ia membentuk pemikiran kritis untuk menilai sesuatu," katanya.

tegasnya golongan terpelajar ini adalah aset baik dan pasti mereka mampu membuat keputusan dengan bijak dalam memilih kecenderungan politik masing-masing.

"Terpulang kepada mereka hendak pilih parti politik mana tetapi yang rugi akibat keputusan melarang melibatkan diri dengan politik adalah kerajaan kerana tidak dapat mengenalpasti identiti sebenar golongan ini," ujarnya.

Senario yang berbeza bagi pelajar di luar negara mengalami sedikit kelonggaran untuk melibatkan diri dengan politik apabila dapat menubuhkan kelab kepada parti politik sedia ada di negara tersebut.

Konklusi

Ayuh anak mudaku!
Bangun dan memberontaklah kalian menentang perosak negara!




Aku impikan untuk berjumpa dengan seorang anak muda yang pemberani sejati dan berjiwa rakyat!

-by permatangbendang-

Ahad, 22 Ogos 2010

Al-Mulk sebelum tidur

Salam.

Tarbiyah diri dengan membaca surah Al-Mulk selepas isyak atau sebelum tidur.



Wahai diriku, selamat beramal dan istiqamah.