Sabtu, 19 Jun 2010

Cerita Suatu Pagi

Bermula sebuah kisah

"Wan, bangun nak..."

"Wan anakku, bangun la..."

"Wan anakku si intan payung, cepat la bangun...", Mak Tam mengejutkan Wan. Begitu lemah lembut sekali.

"Ermm...( sedang mengeliat) ya ya. Wan nak bangun la ni.", jawab Wan.

zzzzzz........

5 minit selepas itu,

"Wan! mak kata bangun. Awat hang ni liat sangat?", lontaran suara Mak Tam yang lemah-lembut itu semakin tinggi.

"Ishhh...ni orang dah bangun la. Apa la mak ni. Tak kan tak pecaya kat anak sendiri?", jawab Wan.

"Mak bukan tak percaya kat hang, tapi kurang percaya. Dah, pi solat. Lepas tu pi tolong ayah hang kat belakang rumah tu. Dia nak sembelih ayam. Nanti hang juga nak makan.", balas Mak Tam.

"OK ok...sat lagi orang pi", jawab Wan.

zzzzzz........

5 minit selepas 5 minit yang tadi (ayat gua dah semakin berbelit-belit ni)

"Oii mak hang, mana si Wan? saya dah tunggu lama ni.", tanya Pak Tam kepada Mak Tam.

"La...baru tadi saya kejutkan dia. Tunggu sat,saya nak pi kejutkan dia balik.", balas Mak Tam.

Apabila Mak Tam sampai sahaja di bilik Wan,
"Lailahaillah...budak ni tidoq balik. Tadi dia kata dah bangun. Hang tunggu sat, siap hang nanti."

Lantas Mak Tam kembali ke dapur, di ambilnya baldi yang berisi air. Lalu menuju ke bilik Wan semula.

"Owh...hang tak mau bangun. takpa takpa..."

Srupppss...(bunyi air sedang disimbah ke sesuatu)

"MAK! Rumah kita banjir!", Dengan spontan Wan menjerit dalam separuh sedar.

"Banjir kepala otak hang! aku kejut elok-elok tadi hang tak mau bangun. Nah! rasakan...baru padan dengan muka hang. Dah! bangun cepat, pi solat. Lepas solat, pi kat belakang rumah. Ayah hang dah tunggu lama tu..", jawab Mak Tam.

"Mak ni, berbudi bahasa la sikit dengan anak-anak. Budi bahasa itu budaya kita...", balas Wan.

"Sudah! hang jangan dok bagi ceramah kat aku. Budi bahasa pun tak guna kalau tak solat. Kalau hang tidoq lagi siap hang. Aku ketuk dengan senduk ni!", Mak Tam sudah mula mengomel

Selepas solat....di belakang rumah.

"Selamat pagi ayahku tercinta, ada apa ayah panggil chek pagi-pagi buta ni?", tanya Wan.

"Pagi buta? Pagi yang buta atau mata hang yang buta? Ni dah cerah hang tau tak? Hang tengok ayam-ayam tu, depa pun reti bangun awai. Bertuah punya anak!", jawab Pak Tam.

"Owh, lupa plak. patut la gelap, chek pakai spek mata hitam...hehe. Tadi mak a.k.a girlfriend ayah kata, ayah nak sembelih ayam. Mana ayam yang nak disembelih tu?", balas Wan

"Ayah tak pernah ajaq hang pakai spek mata hitam time pagi-pagi. Tu la hang, terikut sangat dengan budaya orang Barat. Kita ni orang Islam, ikut Islam la. Ha, baguih betul soalan hang tu. Ayam-ayam tu ada kat dalam reban, hang pi tangkap sat. Ayah tak larat nak ligan (kejar).", jawab Pak Tam.

"Ayah, biaq betul? Chek tengah pakai kain pelekat ni. Tak kan chek nak tangkap ayam-ayam tu dengan pakai macam ni?" balas Wan.

"Hang jangan nak mengada-ngada. Hari ni hang nak makan lauk ayam atau lauk kayu campuq batu? Kalau hang nak makan lauk ayam, pi tangkap cepat. Kalau tak mau, sat lagi ayah suruh mak hang masak lauk kayu dengan batu." jawab Pak Tam.

"Ok ok...chek nak pi tangkap la ni.", balas Wan

Selepas adegan kejar-mengejar dan lari berganti-ganti dengan ayam, akhirnya ayam-ayam yang di'suspek' berjaya ditangkap.

"Hang pegang ayam ni elok-elok. Jom, kita sembelih kat pokok kelapa tu, terlindung sikit dari ayam-ayam yang lain. Tak elok sembelih kat depan ayam-ayam yang hidup, kesian kat depa." kata Pak Tam

"Ok father! I follow u", balas Wan.

"Hang jangan dok speaking dengan aku, aku se'lempang' baru tau. Pegang leher ayam ni. Kalau nak sembelih ayam atau binatang-binatang yang lain, kita kena sembelih kat leher. Ketika sembelih nanti, kita kena putuskan semua urat meri atau salur darah. Senang ayam ni nak mati, tak terseksa. Tapi nak sembelih ni, pisau kena sekali letak, tak boleh angkat pisau selagi tak putus urat-urat tu. Kalau tak, jadi tak sah. Sebab tu juga pisau yang kita guna ni kena tajam. Ingat tu...", jawab Pak Tam.

"Ok, arahan diterima my father!", balas Wan yang tiga suku itu.

Setelah mati semua ayam-ayam tersebut. Pak Tam dan Wan membawa ayam-ayam tersebut ke pili air untuk diproses.

"Ayah, mana mak? Bukan ni kerja-kerja mak ka?", tanya Wan.

"Ermm...mak hang. Dia tengah sedih la tu, ayam-ayam dia kena sembelih. Ayah pun tak paham dengan mak hang ni. Orang bela ayam untuk makan, dia bela ayam untuk buat anak angkat." jawab Pak Tam.

"Ha, lagi satu. Kerja (proses ayam) ni bukan kerja mak hang saja, kita yang orang laki ni pun kena buat juga. Kita ni jangan ego sangat sampai menyusahkan orang. Ustaz pun kata, orang mukmin ni orang yang memudahkan orang lain." tambah Pak Tam lagi.

"Tapi, sepatutnya orang perempuan la yang buat kerja ni. Kita ni buat kerja-kerja berat dan kerja-kerja besar ja.", balas Wan.

"Ye la, tapi ada keadaannya kita (orang laki) kena tau juga buat kerja-kerja orang perempuan. Boleh kita aplikasikan untuk kes-kes tertentu. Tengok macam kes mak hang ni, jenis sedih tak bertempat. Sampai tak boleh tengok langsung muka ayam dia yang kena sembelih ni. Kita pula yang kena proses ayam ni, sampai la ayam ni dah tak nampak macam rupa ayam yang mak hang bela tu. Lepas tu baru la dia boleh ambik part pula. Hang pun kena belajaq benda-benda macam ni, kalau hang dapat isteri yang spesis macam mak hang ni macam mana?", jawab Pak Tam

"Hai...macam-macam juga orang perempuan ni kan?", balas Wan.

"Perempuan ni memang pelik dan unik. Allah jadikan Hawa pun dari tulang rusuk Adam. Tulang rusuk ni sifatnya bengkok, jadi kita (lelaki) la yang kena meluruskannya. Tapi jangan bertindak secara keras untuk luruskan tulang tu, nanti tulang tu patah, rosak segala-galanya. Kena secara lembut, barulah tulang tu lurus elok. Tulang rusuk ni juga tempatnya bukan diatas kepala untuk dijunjung dan di agungkan. Tempatnya juga bukan di jari kaki atau ditelapak kaki untuk dipijak dan dijadikan alas. Hakikat tempat tulang rusuk ini adalah ditengah. Dia berada di antara tangan kiri dan kanan, untuk dilindungi. Dia juga berada dekat di hati, untuk...", belum sempat Pak Tam menghabiskan ayat tersebut, tiba-tiba...

"Wan! Hang pi beli serbuk kari sat. Mak nak masak ni...", terdengar suara Mak Tam dari dapur rumah.

"Ok mummy! Tapi bagi la upah sikit. Chek nak beli choky-choky, lama tak makan choky-choky...", jawab Wan sambil meluru ke dapur rumah.

"Mummy mummy, hang ingat mak ni mumia zaman firaun ka? Nah ambik duit ni, pi beli serbuk kari cap Radix. Lepas tu hang suruh Pak Long kedai tu hantaq gas, gas rumah kita dah tak ada. Kalau ayah hang tau gas kita tak ada, habis satu rumah dia beletiaq (berleter). Balance tu hang beli la apa yang patut kat adik-adik hang tu.", balas Mak Tam

"Ok!"

-Tamat-

nota kaki:

Watak drama 'Cerita Suatu Pagi'
Mak Tam = seorang ibu yang lemah-lembut, tetapi menjadi garang kalau ragam anak-anaknya seperti Wan. Suka membela dan sayangkan binatang peliharaan.
Pak Tam = seorang ayah yang tegas. Banyak pengalaman. Seorang yang boleh dibawa berbincang dan ringan tulang untuk membantu isterinya.
Wan = anak yang susah bangun pagi. Tiga suku. Tetapi suka menolong mak dan ayahnya, itupun setelah disuruh berkali-kali.

*cerita ini di adaptasi dari kisah benar...

Khamis, 17 Jun 2010

Merantau sekali lagi di Kota Bharu ll

Salam.
Moga Allah merahmati Ustaz Hasan.

Saya malas. Malas rasanya hendak menyambung penulisan ini. Saya ni kalau hendak memulakan penulisan, memang terasa bebal sangat. Tapi bila sudah mula menulis, seperti mahu terus menulis sampai ke esok pagi. Disebabkan pada hari ini tiada isu yang berjaya menarik perhatian saya untuk dikongsikan, maka saya continue semula cerita yang saya tinggal setengah jalan.

Tidak keseorangan lagi

Apa? Saya sudah berpunya? Bukan la... Ini subtitle daripada sambungan artikel saya sebelum ini 'Merantau sekali lagi di Kota Bharu'. Okey, berbalik kepada sambungan cerita perjalanan saya di PUTIK.

Selepas mengetahui bahawa Ustaz Mad juga keseorangan, lalu Ustaz Mad yang solo itu mengajak saya berjalan bersama beliau. Kata beliau, boring berjalan seorang-seorang. Memang la boring. Sebab itu Allah jadikan manusia ini ramai, berbeza jantina, berbeza bangsa, berpuak-puak, berbeza umur untuk kita saling kenal-mengenali. Untuk dijadikan teman hidup dan sahabat. Seperti dalam surah al-Hujurat ayat ke 13.

Menurut Ustaz Mad, beliau datang atas 'title' perwakilan. Wah, bagus juga jalan dengan Ustaz Mad ni. Untung-untung boleh saya duduk dikerusi perwakilan didalam dewan muktamar tersebut. Bukannya senang hendak duduk disitu. Setelah berjalan 'menziarahi' gerai-gerai jualan, kami pergi ke booth-booth yang berada bersebelahan di tepi dewan besar. Ustaz Mad membawa saya ke booth Kerajaan Negeri Kedah, disitu saya berjumpa dengan sahabat dari Kolej Insaniah. Rahman, Iqrom dan lain-lain. Ustaz Musoddak, mantan Ketua Pemuda Kedah pun ada disitu.

"Anta jaga booth kita je la, Ustaz nak masuk dalam dewan ni. Sesi perbahasan kedua dah nak start." Kata Ustaz Mad kepada saya.

"Ish, saya orang Penang ustaz, mana boleh jaga booth Kerajaan Negeri Kedah. Nanti Lim Guan Eng marah kat saya pula..hehe", jawab saya.

"Ikut suka enta la...tak pun, enta ikut Rahman. Dia nak pi masuk dewan juga tu. Tapi jadi pemerhati je la bukan pewakilan. Hangpa mana boleh lawan dengan ustaz. haha", gelak Ustaz Mad.

"Enta ikut kami la. Lagi ramai lagi baguih.", celah Rahman.

Berjumpa Khalid Samad dan memori surau PUTIK

Lalu saya, Rahman dan seorang lagi sahabatnya (saya tak ingat nama, tapi dia pula yang ingat nama saya...malunya) menuju ke dewan besar. Sebelum ke dewan besar, Rahman mengajak kami ke surau Putik, dalam kawasan PUTIK juga. Hendak ke tandas katanya. Didepan surau, kami terserempak dengan YB Khalid Samad. Lagaknya seperti sedang di temuramah oleh wartawan warga asing. Malas pula hendak tegur, takut-takut kacau beliau.

"Assalamualaikum! Tak masuk ke dalam dewan ke?", satu suara seakan-akan menyapa kami dari belakang.

"Walaikum salam. Kami nak pi tandas sat...," jawab kami. Bila toleh ke belakang, ternyata yang menyapa kami tadi ialah YB Khalid Samad. Allahuakhbar! Malunya muka kami ketika itu. Manakan tidak, sepatutnya kami yang ramai dan muda inilah yang menegur beliau yang seorang YB dan seorang yang tua dari kami. Tapi kali ini lain pula jadinya.

"Datang dari mana ni?" ,tanya YB Khalid Samad.

"Kami dari utara YB, dua orang dari Kedah yang seorang lagi dari Penang.", jawab kami.

"Ooo..baguih hangpa semua ni. Mai dari jauh-jauh. Belajaq kat mana?" Balas YB Khalid Samad yang cuba bercakap loghat utara di negeri Kelantan.

"Biasa ja YB, tak tau nak buat apa hujung-hujung minggu ni. Mai sini je la. Tak pa la YB, kami nak pi tandas ni. Maaf la, kacau YB pula. Kesian kat repoter ni." Balas Rahman.

"Ok, nanti kita jumpa lain." YB Khalid Samad.

Kami terus menuju ke surau PUTIK. Rahman dan sahabat seorang lagi ke tandas, saya hanya menunggu didepan surau sambil menjaga barangan mereka. Pandangan saya terarah ke surau PUTIK, 2 tingkat, bawahnya surau dan diatasnya dikhaskan untuk tempat seminar dan sebagainya. Tempat yang pernah saya berada selama seminggu, berprogram bersama sahabat-sahabat dari semenanjung negara. Begitu banyak ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan gerakan Islam yang saya peroleh dari surau ini. Di surau inilah, mengajak dan memaksa saya melakukan anjakan paradigma dalam diri dan gerakan.

Pada awal tahun ini, ramai sahabat-sahabat saya pelik dengan kelakuan dan cara pemikiran saya. Tidak seperti sebelum ini, boleh dikatakan tegas dan beremosi. Tetapi pada permulaan awal tahun ini, dikatakan saya ini lain pula jadinya dan kadang-kadang tu terlebih senget. Untuk pengetahuan sahabat sekalian yang bertanya, jawapannya berada didalam surau ini. Segala pengalaman diperoleh di surau ini menjadikan saya lebih matang dalam perjuangan. Disurau ini jugalah, saya bertemu dengan individu-individu hebat dalam gerakan Islam. Untuk mengetahui ilmu-ilmu ataupun pengalaman ataupun siapa individu-individu yang hebat yang saya berjumpa itu, kenalah tanya pada surau PUTIK. Dia akan ceritakan segala-galanya, itupun kalau surau tu boleh bercakap la..hehe

Masuk ke dewan besar PUTIK

Setelah itu, kami terus menuju ke dewan besar. Didepan dewan besar, saya berjumpa dengan seorang lagi sahabat, Abang Amin. Orangnya kecil molek. Sahabat baik kepada Azlan Zainal dan Jalalludin, senior saya. Seorang aktivis gerakan yang bergerak di Permatang Pauh tetapi berasal dari Kelantan. Saya mengenali Abang Amin ketika PRK Penanti, dia ini orang kuat Ustaz Saleh Man. Ketika itu Ustaz Saleh Man memberi beberapa misi penting dalam PRK itu. Abang Amin lah orang yang bertanggung jawab membawa saya berjumpa dengan Ustaz Saleh Man.

"Abang Amin, jom kita masuk dalam dewan." ajak saya.

"Eh, mana boleh masuk. Bukan kena ada batch pemerhati ke? Yang macam sahabat enta ni pakai", kata beliau sambil menunjuk ke baju Rahman.

"Ish, tak ada pun boleh je. Mula-mula kami beli ini sebab kena pakai kalau jadi pemerhati. Tapi depa tak check pun", celah Rahman.

"Ooo...tak po, antum masuk dulu. Nanti ana masuk", balas Abang Amin.

Setelah itu, kami masuk kedalam dewan besar. Penuh dengan para pemerhati dari muslimin dan muslimat. Kami terus menaiki ke tingkat atas. Sampai diatas, kami mencari tempat kosong. Ternyata juga telah penuh. Jadi terpaksalah berdiri di belakang sekali. Hendak tengok sesi muktamar pun kena goyang-goyangkan kepada untuk dapatkan view yang lagi jelas. Kalau tidak, hanya dapat tengok muka orang saja lah.

Saya tidak puas hati, saya terus menembus dalam kesesakan lautan manusia. Mudah-mudahan dapat tengok view yang lebih jelas. Yang penting dapat tengok saf-saf pimpinan. Akhinya dapat juga tempat, tapi kat bawah lantai. Lantai pun lantailah, janji saya boleh duduk.

Perbahasan Muktamar yang hebat!

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA.
Tajuk untuk ucapan dasar pada sesi kali ini. Setiap negeri diminta menghantar wakil untuk membahaskan ucapan dasar Presiden. Setiap dewan juga diminta berbahas iaitu dari Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama. Banyak input-input yang saya dapat. Tapi yang ruginya, saya tidak membawa buku untuk mencatit. Selalunya saya akan membawa buku catatan terutamanya jika ke kuliah-kuliah. Bukannya nak tunjuk rajin, tapi saya ini bukan ingat sangat apa yang disampaikan dalam kuliah atau ceramah, lagipun saya bukan Imam Syafie. hehe.

Saya tidak mahu menulis mengenai seluruhan muktamar, saya rasa kita boleh layari website-website yang menyediakan kertas kerja khas mengenai muktamar. Cumanya disini saya hanya ingin beberapa point menarik sahaja. Antara perbahasan yang bagus dan meraih reaksi yang menarik ialah:

1. Perbahasan dari wakil Dewan Muslimat iaitu Dr. Najihatussalehah Ahmad.
Antara yang diutarakan beliau ialah mengenai posisi isteri didalam parti. Kebanyakkan isteri-isteri pendokong parti berada dirumah kerana terpaksa menjaga anak dirumah. Beliau menggesa agar suami membenarkan isteri terlibat sama didalam parti, jangan sayangkan isteri dengan menyuruh isteri berada dirumah. Beliau juga mengusulkan agar diadadakan nursery untuk anak-anak pendokong parti. Pendedahan awal kepada parti.
Habislah para suami sekalian, bersedia untuk ditinggalkan isteri. hehehe...
Kalau macam saya tak ada masalah, saya bukan ada isteri pun.

2. Perbahasan dari wakil Dewan Pemuda iaitu Ustaz Ridzuan Mohd Noor.
Beliau melontarkan kerisauan mengenai status pemilih generasi muda. Menurut beliau hampir 2 juta lebih generasi muda yang berumur 21 keatas belum mendaftar. Perkara ini menjadi fokus utama pembawakan dewan tersebut kerana pemuda ialah agen perubahan kepada lanskap politik negara.
Selain itu, beliau juga lantang menegur pimpinan parti yang tidak turun demonstrasi anjuran parti. Beliau menggesa agar semua dewan-dewan dan pimpinan-pimpinan parti turun bersama-sama rakyat dijalanan. Ucapan beliau ketika itu begitu bersemangat dan berapi-api. Sehingga mendapat laungan takbir yang begitu kuat oleh perwakilan dan pemerhati.
Akhir perbahasan, beliau melaungkan
KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUDI!
JAISYU MUHAMMAD SAUFAYAHUD!


3. Perbahasan dari wakil negeri Sarawak
Perbahasan beliau begitu sederhana, tidak begitu lantang. Tetapi dalam sederhana itu, beliau membawa mesej yang begitu jelas dan bagus. Disamping aksi-aksi humor secara spontan beliau. Antara lontaran-lontaran yang dikemukakan kepada sidang muktamirin ialah berkaitan dengan UMNO sebagai penjajah, bukan pengkhianat. Beliau juga turut mengkritik secara jenaka kepada Dewan Ulama yang tidak turun di negeri itu.
Antara aksi spontan beliau yang menarik perhatian semua orang ialah ketika beliau ingin meminta air kepada Pengerusi Tetap. Tidak pernah ada dalam sejarah muktamar yang terdapat pembahas meminta air kepada Pengerusi Tetap. Reaksi itu sahaja cukup menghiburkan para pimpinan, perwakilan dan semua yang berada didalam dewan tersebut. Apabila air sudah diberi kepada beliau, beliau bergurau sekali lagi dengan meminta diberikan kerusi untuk duduk. Nak minum air, kenalah duduk. Sekali lagi dewan diselebungi oleh keceriaan!

Cukuplah sampai disini dahulu...Nanti kalau ada masa lagi, saya akan sambung.

Rabu, 16 Jun 2010

Merantau sekali lagi di Kota Bharu

Salam.
Moga Allah merahmati Ustas Hasan.

Sekali lagi ke Kota Bharu

Hujung minggu yang lalu, sekali lagi saya bertandang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Bukan berseorangan lagi, tetapi berkeluarga. Dengan menggunakan Proton Exora kepunyaan ayah saya, kami bertolak pagi jumaat lepas. Sampai di Kota Bharu dalam jam 3.30 petang. 2 minggu yang lepas pergi merisik, tetapi kali ini membawa hajat yang begitu besar iaitu rombongan keluarga untuk meminang. Aiseh, kantoi aku!

Ke Muktamar Tahunan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan

Pagi sabtu itu, saya dan keluarga terus bergegas ke Pengakalan Chepa. Ada persidangan muktamar. Ramai orang, kereta banyak, parking pun penuh. Secara kesimpulannya, kami tiada tempat untuk parking kereta. Ayah saya, membuat pusingan kali kedua. Mudah-mudahan masih ada tempat kosong, tetapi hampa.

Akhirnya, ayah saya berhentikan kereta didepan pintu gerbang PUTIK.

"Hai, biar betul abah aku ni. Tak kan dia nak parking depan pintu gerbang ni? Kereta Mursyidul Am dengan Presiden pun parking kat sebelah pintu gerbang...", bisik hati saya.

"Father, do you want parking here?", soal saya.

"Not la my son, i want drop you here. You go first, we want jalan-jalan at Kota Bharu. Anyway, if you want go back just call me..ok?", balas ayah saya.

Sememangnya tujuan keluarga saya datang ke sini adalah untuk bercuti, bukannya ingin sangat ke muktamar. Yang terhegeh-hegeh nak ke sini hanyalah saya seorang sahaja.

I'm alone here

Lepas saja saya turun dari kereta, ayah terus beredar dari situ. Saya lihat muka adik saya di cermin kerata, tersenyum riang, seolah-olah seronok meninggalkan saya keseorangan disitu. Huh, tak sayang kat abang dia langsung!

Saya mula mengorak langkah memasuki kawasan PUTIK, tempat yang pernah menjadi kenangan bermakna kepada saya kira-kira 6 bulan yang lalu. Ketika itu, hampir seminggu saya disana, mencari ilmu untuk memenuhi jiwa yang kosong ini. Tapi, kedatangan saya kali ini hanya keseorangan. Tanpa teman. Ramai sahabat saya di negeri itu tidak tahu kedatangan saya disitu. Hanya beberapa orang sahaja. Memang sengaja tidak mahu menyusahkan mereka.

Di dalam kawasan PUTIK, kelihatan begitu ramai sekali orang. Yang lelaki memakai kopiah, yang perempuan memakai tudung labuh. Pelik, tak ada pula lelaki yang pakai keris dan perempuan berjambul didepan. Sah! memang tempat yang saya masuk ini ialah tempat yang BENAR! Seperti dalam Quran selalu kata yang haq tetap haq dan yang batil tetap batil.

Tidak sampai 5 minit saya berjalan seorang, tiba-tiba saya terjumpa dengan seorang ustaz yang saya kenal dalam satu program di Kedah seminggu yang lepas. Kami panggil Ustaz Mat. Lantas aya menegur beliau. Ternyata dia pun keseorangan juga. Saya ditinggalkan keluarga, Ustaz Mad ditinggalkan isteri. Nasib kita sama ustaz...hehe.

Tidak keseorangan lagi

*dah jam 2 pagi ni...mata dah ngantuk. esok la saya sambung menulis...bye bye

Selasa, 15 Jun 2010

Ustaz Hasan Syukri dalam kenangan

Salam.
Moga Allah merahmatinya.

Posting kali ini khas untuk mengenang seorang ahli gerakan Islam yang begitu komited dengan perjuangan sejak berumur 14 tahun sehingga ke akhir hayatnya.


Gambar kenangan beliau


ketika arwahyarham di Muktamar Pemuda.


Menjadi pemerhati ketika majlis Perasmian Muktamar Pemuda, Ulama dan Muslimat


Arwahyarham menerima anugerah di dalam majlis perasmian itu. Rupa-rupanya itulah anugerah terakhir yang beliau terima sebelum dijemput Allah...


Markas Tarbiyah Taman Melewar


Kelihatan Dr Mahfoz, Subky Latif dan Ustaz Idris Ahmad


Tuan Guru Abdul Hadi turut adir menziarah arwahyarham


Haji Hadi, Mahfuz Omar dan Dr Asri


Kelihatan Tok Guru Nik Aziz sedang menunggu untuk solatkan arwahyarham


Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak dapat menahan sebak di dada...


Zoom in...saya tak dapat bayangkan jika orang yang menangis ini pula djemput Allah. Siapa diantara kita yang akan menangis bersama?


Tuan Guru Haji Hadi mengimami solat jenazah, dibelakang kelihatan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan yang lain-lain.



Terima Kasih Ustaz...Jasa dan Juangmu akan dikenang sampai ke bila-bila.
Sungguhpun kau meninggalkan kami, tetapi ruh perjuangan-mu tetap hidup selama-lamanya dihati pencinta-pencinta gerakan Islam.

Isnin, 14 Jun 2010

Perginya seorang lagi pejuang

Salam.
Moga Allah merahmatinya.



Mungkin kita lupa dengan Ustaz Hassan Shukri. Seorang tokoh yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sebelum Ust Nasharudin. Bagi generasi muda perjuangan, mungkin tidak mengenali beliau. Tapi bagi pencinta-pencinta perjuangan tanpa mengira batas usia muda atau tua, pasti mengenali individu ini.

Beliau tinggal bersebelahan di markas tarbiyah PAS Taman Melewar. Pernah sekali saya terserempak dengan beliau ketika bertandang ke sana. Saat pandangan pertama, saya hampir-hampir tidak mengenali beliau. Hanya mampu terpancul dari mulut saya, "Apa khabar ustaz?". Setelah bersalam dengan beliau dan berlalu, barulah saya perasan bahawa beliau adalah Ustaz Hasan Syukri.

Bagaimana saya tidak mengenali beliau, penampilan beliau begitu berbeza dengan apa yang saya kenali dulu. Hanya memakai tshirt putih, tubuh badannya pun lebih kurus dari sebelumnya. Lagak seperti siak, seperti kata bloggers Al-Baqistani. Lagipun hampir bertahun saya tidak melihat beliau di akhbar Harakah, setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.

Pakar Sejarah dan Perlembagaan PAS

Melalui info yang saya dapat, beliau begitu arif berkaitan dengan sejarah dan perlembagaan PAS. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Dengan anugerah yang dikurniakan Allah kepada beliau ini, beliau sering menjadi rujukan kepada semua lapisan masyarakat.

Sinonim dengan Markas Tarbiyah Taman Melewar

Markas ini begitu sinonim dengan beliau. Idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas tersebut. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

"Pejuang Islam tidak akan susah"

Antara ungkapan beliau yang menjadi ingatan kepada pimpinan-pimpinan PAS seperti tertulis didalam blog Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ialah:

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah, mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan. Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan Alhamdulillah makin bertambah baik.
Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan.


Kini, 14 Jun 2010

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Allah kembalikan ingatan kita kepada beliau dengan Allah menjemput beliau menemui-Nya.

Al-Fatihah

#untuk lanjut klik sini