Rabu, 16 Jun 2010

Merantau sekali lagi di Kota Bharu

Salam.
Moga Allah merahmati Ustas Hasan.

Sekali lagi ke Kota Bharu

Hujung minggu yang lalu, sekali lagi saya bertandang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Bukan berseorangan lagi, tetapi berkeluarga. Dengan menggunakan Proton Exora kepunyaan ayah saya, kami bertolak pagi jumaat lepas. Sampai di Kota Bharu dalam jam 3.30 petang. 2 minggu yang lepas pergi merisik, tetapi kali ini membawa hajat yang begitu besar iaitu rombongan keluarga untuk meminang. Aiseh, kantoi aku!

Ke Muktamar Tahunan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan

Pagi sabtu itu, saya dan keluarga terus bergegas ke Pengakalan Chepa. Ada persidangan muktamar. Ramai orang, kereta banyak, parking pun penuh. Secara kesimpulannya, kami tiada tempat untuk parking kereta. Ayah saya, membuat pusingan kali kedua. Mudah-mudahan masih ada tempat kosong, tetapi hampa.

Akhirnya, ayah saya berhentikan kereta didepan pintu gerbang PUTIK.

"Hai, biar betul abah aku ni. Tak kan dia nak parking depan pintu gerbang ni? Kereta Mursyidul Am dengan Presiden pun parking kat sebelah pintu gerbang...", bisik hati saya.

"Father, do you want parking here?", soal saya.

"Not la my son, i want drop you here. You go first, we want jalan-jalan at Kota Bharu. Anyway, if you want go back just call me..ok?", balas ayah saya.

Sememangnya tujuan keluarga saya datang ke sini adalah untuk bercuti, bukannya ingin sangat ke muktamar. Yang terhegeh-hegeh nak ke sini hanyalah saya seorang sahaja.

I'm alone here

Lepas saja saya turun dari kereta, ayah terus beredar dari situ. Saya lihat muka adik saya di cermin kerata, tersenyum riang, seolah-olah seronok meninggalkan saya keseorangan disitu. Huh, tak sayang kat abang dia langsung!

Saya mula mengorak langkah memasuki kawasan PUTIK, tempat yang pernah menjadi kenangan bermakna kepada saya kira-kira 6 bulan yang lalu. Ketika itu, hampir seminggu saya disana, mencari ilmu untuk memenuhi jiwa yang kosong ini. Tapi, kedatangan saya kali ini hanya keseorangan. Tanpa teman. Ramai sahabat saya di negeri itu tidak tahu kedatangan saya disitu. Hanya beberapa orang sahaja. Memang sengaja tidak mahu menyusahkan mereka.

Di dalam kawasan PUTIK, kelihatan begitu ramai sekali orang. Yang lelaki memakai kopiah, yang perempuan memakai tudung labuh. Pelik, tak ada pula lelaki yang pakai keris dan perempuan berjambul didepan. Sah! memang tempat yang saya masuk ini ialah tempat yang BENAR! Seperti dalam Quran selalu kata yang haq tetap haq dan yang batil tetap batil.

Tidak sampai 5 minit saya berjalan seorang, tiba-tiba saya terjumpa dengan seorang ustaz yang saya kenal dalam satu program di Kedah seminggu yang lepas. Kami panggil Ustaz Mat. Lantas aya menegur beliau. Ternyata dia pun keseorangan juga. Saya ditinggalkan keluarga, Ustaz Mad ditinggalkan isteri. Nasib kita sama ustaz...hehe.

Tidak keseorangan lagi

*dah jam 2 pagi ni...mata dah ngantuk. esok la saya sambung menulis...bye bye

1 ulasan:

  1. rasanya 5 tahun akan datang ni, anta akan senasib dengan Ustaz Mad tu. Kena ditinggalkan isteri...
    kihkihkih

    BalasPadam