Isnin, 14 Jun 2010

Perginya seorang lagi pejuang

Salam.
Moga Allah merahmatinya.



Mungkin kita lupa dengan Ustaz Hassan Shukri. Seorang tokoh yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sebelum Ust Nasharudin. Bagi generasi muda perjuangan, mungkin tidak mengenali beliau. Tapi bagi pencinta-pencinta perjuangan tanpa mengira batas usia muda atau tua, pasti mengenali individu ini.

Beliau tinggal bersebelahan di markas tarbiyah PAS Taman Melewar. Pernah sekali saya terserempak dengan beliau ketika bertandang ke sana. Saat pandangan pertama, saya hampir-hampir tidak mengenali beliau. Hanya mampu terpancul dari mulut saya, "Apa khabar ustaz?". Setelah bersalam dengan beliau dan berlalu, barulah saya perasan bahawa beliau adalah Ustaz Hasan Syukri.

Bagaimana saya tidak mengenali beliau, penampilan beliau begitu berbeza dengan apa yang saya kenali dulu. Hanya memakai tshirt putih, tubuh badannya pun lebih kurus dari sebelumnya. Lagak seperti siak, seperti kata bloggers Al-Baqistani. Lagipun hampir bertahun saya tidak melihat beliau di akhbar Harakah, setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.

Pakar Sejarah dan Perlembagaan PAS

Melalui info yang saya dapat, beliau begitu arif berkaitan dengan sejarah dan perlembagaan PAS. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Dengan anugerah yang dikurniakan Allah kepada beliau ini, beliau sering menjadi rujukan kepada semua lapisan masyarakat.

Sinonim dengan Markas Tarbiyah Taman Melewar

Markas ini begitu sinonim dengan beliau. Idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas tersebut. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

"Pejuang Islam tidak akan susah"

Antara ungkapan beliau yang menjadi ingatan kepada pimpinan-pimpinan PAS seperti tertulis didalam blog Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ialah:

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah, mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan. Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan Alhamdulillah makin bertambah baik.
Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan.


Kini, 14 Jun 2010

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Allah kembalikan ingatan kita kepada beliau dengan Allah menjemput beliau menemui-Nya.

Al-Fatihah

#untuk lanjut klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan