Salam.
Moga Allah merahmati Ustaz Hasan.
Saya malas. Malas rasanya hendak menyambung penulisan ini. Saya ni kalau hendak memulakan penulisan, memang terasa bebal sangat. Tapi bila sudah mula menulis, seperti mahu terus menulis sampai ke esok pagi. Disebabkan pada hari ini tiada isu yang berjaya menarik perhatian saya untuk dikongsikan, maka saya continue semula cerita yang saya tinggal setengah jalan.
Tidak keseorangan lagi
Apa? Saya sudah berpunya? Bukan la... Ini subtitle daripada sambungan artikel saya sebelum ini 'Merantau sekali lagi di Kota Bharu'. Okey, berbalik kepada sambungan cerita perjalanan saya di PUTIK.
Selepas mengetahui bahawa Ustaz Mad juga keseorangan, lalu Ustaz Mad yang solo itu mengajak saya berjalan bersama beliau. Kata beliau, boring berjalan seorang-seorang. Memang la boring. Sebab itu Allah jadikan manusia ini ramai, berbeza jantina, berbeza bangsa, berpuak-puak, berbeza umur untuk kita saling kenal-mengenali. Untuk dijadikan teman hidup dan sahabat. Seperti dalam surah al-Hujurat ayat ke 13.
Menurut Ustaz Mad, beliau datang atas 'title' perwakilan. Wah, bagus juga jalan dengan Ustaz Mad ni. Untung-untung boleh saya duduk dikerusi perwakilan didalam dewan muktamar tersebut. Bukannya senang hendak duduk disitu. Setelah berjalan 'menziarahi' gerai-gerai jualan, kami pergi ke booth-booth yang berada bersebelahan di tepi dewan besar. Ustaz Mad membawa saya ke booth Kerajaan Negeri Kedah, disitu saya berjumpa dengan sahabat dari Kolej Insaniah. Rahman, Iqrom dan lain-lain. Ustaz Musoddak, mantan Ketua Pemuda Kedah pun ada disitu.
"Anta jaga booth kita je la, Ustaz nak masuk dalam dewan ni. Sesi perbahasan kedua dah nak start." Kata Ustaz Mad kepada saya.
"Ish, saya orang Penang ustaz, mana boleh jaga booth Kerajaan Negeri Kedah. Nanti Lim Guan Eng marah kat saya pula..hehe", jawab saya.
"Ikut suka enta la...tak pun, enta ikut Rahman. Dia nak pi masuk dewan juga tu. Tapi jadi pemerhati je la bukan pewakilan. Hangpa mana boleh lawan dengan ustaz. haha", gelak Ustaz Mad.
"Enta ikut kami la. Lagi ramai lagi baguih.", celah Rahman.
Berjumpa Khalid Samad dan memori surau PUTIK
Lalu saya, Rahman dan seorang lagi sahabatnya (saya tak ingat nama, tapi dia pula yang ingat nama saya...malunya) menuju ke dewan besar. Sebelum ke dewan besar, Rahman mengajak kami ke surau Putik, dalam kawasan PUTIK juga. Hendak ke tandas katanya. Didepan surau, kami terserempak dengan YB Khalid Samad. Lagaknya seperti sedang di temuramah oleh wartawan warga asing. Malas pula hendak tegur, takut-takut kacau beliau.
"Assalamualaikum! Tak masuk ke dalam dewan ke?", satu suara seakan-akan menyapa kami dari belakang.
"Walaikum salam. Kami nak pi tandas sat...," jawab kami. Bila toleh ke belakang, ternyata yang menyapa kami tadi ialah YB Khalid Samad. Allahuakhbar! Malunya muka kami ketika itu. Manakan tidak, sepatutnya kami yang ramai dan muda inilah yang menegur beliau yang seorang YB dan seorang yang tua dari kami. Tapi kali ini lain pula jadinya.
"Datang dari mana ni?" ,tanya YB Khalid Samad.
"Kami dari utara YB, dua orang dari Kedah yang seorang lagi dari Penang.", jawab kami.
"Ooo..baguih hangpa semua ni. Mai dari jauh-jauh. Belajaq kat mana?" Balas YB Khalid Samad yang cuba bercakap loghat utara di negeri Kelantan.
"Biasa ja YB, tak tau nak buat apa hujung-hujung minggu ni. Mai sini je la. Tak pa la YB, kami nak pi tandas ni. Maaf la, kacau YB pula. Kesian kat repoter ni." Balas Rahman.
"Ok, nanti kita jumpa lain." YB Khalid Samad.
Kami terus menuju ke surau PUTIK. Rahman dan sahabat seorang lagi ke tandas, saya hanya menunggu didepan surau sambil menjaga barangan mereka. Pandangan saya terarah ke surau PUTIK, 2 tingkat, bawahnya surau dan diatasnya dikhaskan untuk tempat seminar dan sebagainya. Tempat yang pernah saya berada selama seminggu, berprogram bersama sahabat-sahabat dari semenanjung negara. Begitu banyak ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan gerakan Islam yang saya peroleh dari surau ini. Di surau inilah, mengajak dan memaksa saya melakukan anjakan paradigma dalam diri dan gerakan.
Pada awal tahun ini, ramai sahabat-sahabat saya pelik dengan kelakuan dan cara pemikiran saya. Tidak seperti sebelum ini, boleh dikatakan tegas dan beremosi. Tetapi pada permulaan awal tahun ini, dikatakan saya ini lain pula jadinya dan kadang-kadang tu terlebih senget. Untuk pengetahuan sahabat sekalian yang bertanya, jawapannya berada didalam surau ini. Segala pengalaman diperoleh di surau ini menjadikan saya lebih matang dalam perjuangan. Disurau ini jugalah, saya bertemu dengan individu-individu hebat dalam gerakan Islam. Untuk mengetahui ilmu-ilmu ataupun pengalaman ataupun siapa individu-individu yang hebat yang saya berjumpa itu, kenalah tanya pada surau PUTIK. Dia akan ceritakan segala-galanya, itupun kalau surau tu boleh bercakap la..hehe
Masuk ke dewan besar PUTIK
Setelah itu, kami terus menuju ke dewan besar. Didepan dewan besar, saya berjumpa dengan seorang lagi sahabat, Abang Amin. Orangnya kecil molek. Sahabat baik kepada Azlan Zainal dan Jalalludin, senior saya. Seorang aktivis gerakan yang bergerak di Permatang Pauh tetapi berasal dari Kelantan. Saya mengenali Abang Amin ketika PRK Penanti, dia ini orang kuat Ustaz Saleh Man. Ketika itu Ustaz Saleh Man memberi beberapa misi penting dalam PRK itu. Abang Amin lah orang yang bertanggung jawab membawa saya berjumpa dengan Ustaz Saleh Man.
"Abang Amin, jom kita masuk dalam dewan." ajak saya.
"Eh, mana boleh masuk. Bukan kena ada batch pemerhati ke? Yang macam sahabat enta ni pakai", kata beliau sambil menunjuk ke baju Rahman.
"Ish, tak ada pun boleh je. Mula-mula kami beli ini sebab kena pakai kalau jadi pemerhati. Tapi depa tak check pun", celah Rahman.
"Ooo...tak po, antum masuk dulu. Nanti ana masuk", balas Abang Amin.
Setelah itu, kami masuk kedalam dewan besar. Penuh dengan para pemerhati dari muslimin dan muslimat. Kami terus menaiki ke tingkat atas. Sampai diatas, kami mencari tempat kosong. Ternyata juga telah penuh. Jadi terpaksalah berdiri di belakang sekali. Hendak tengok sesi muktamar pun kena goyang-goyangkan kepada untuk dapatkan view yang lagi jelas. Kalau tidak, hanya dapat tengok muka orang saja lah.
Saya tidak puas hati, saya terus menembus dalam kesesakan lautan manusia. Mudah-mudahan dapat tengok view yang lebih jelas. Yang penting dapat tengok saf-saf pimpinan. Akhinya dapat juga tempat, tapi kat bawah lantai. Lantai pun lantailah, janji saya boleh duduk.
Perbahasan Muktamar yang hebat!
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA.
Tajuk untuk ucapan dasar pada sesi kali ini. Setiap negeri diminta menghantar wakil untuk membahaskan ucapan dasar Presiden. Setiap dewan juga diminta berbahas iaitu dari Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama. Banyak input-input yang saya dapat. Tapi yang ruginya, saya tidak membawa buku untuk mencatit. Selalunya saya akan membawa buku catatan terutamanya jika ke kuliah-kuliah. Bukannya nak tunjuk rajin, tapi saya ini bukan ingat sangat apa yang disampaikan dalam kuliah atau ceramah, lagipun saya bukan Imam Syafie. hehe.
Saya tidak mahu menulis mengenai seluruhan muktamar, saya rasa kita boleh layari website-website yang menyediakan kertas kerja khas mengenai muktamar. Cumanya disini saya hanya ingin beberapa point menarik sahaja. Antara perbahasan yang bagus dan meraih reaksi yang menarik ialah:
1. Perbahasan dari wakil Dewan Muslimat iaitu Dr. Najihatussalehah Ahmad.
Antara yang diutarakan beliau ialah mengenai posisi isteri didalam parti. Kebanyakkan isteri-isteri pendokong parti berada dirumah kerana terpaksa menjaga anak dirumah. Beliau menggesa agar suami membenarkan isteri terlibat sama didalam parti, jangan sayangkan isteri dengan menyuruh isteri berada dirumah. Beliau juga mengusulkan agar diadadakan nursery untuk anak-anak pendokong parti. Pendedahan awal kepada parti.
Habislah para suami sekalian, bersedia untuk ditinggalkan isteri. hehehe...
Kalau macam saya tak ada masalah, saya bukan ada isteri pun.
2. Perbahasan dari wakil Dewan Pemuda iaitu Ustaz Ridzuan Mohd Noor.
Beliau melontarkan kerisauan mengenai status pemilih generasi muda. Menurut beliau hampir 2 juta lebih generasi muda yang berumur 21 keatas belum mendaftar. Perkara ini menjadi fokus utama pembawakan dewan tersebut kerana pemuda ialah agen perubahan kepada lanskap politik negara.
Selain itu, beliau juga lantang menegur pimpinan parti yang tidak turun demonstrasi anjuran parti. Beliau menggesa agar semua dewan-dewan dan pimpinan-pimpinan parti turun bersama-sama rakyat dijalanan. Ucapan beliau ketika itu begitu bersemangat dan berapi-api. Sehingga mendapat laungan takbir yang begitu kuat oleh perwakilan dan pemerhati.
Akhir perbahasan, beliau melaungkan
KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUDI!
JAISYU MUHAMMAD SAUFAYAHUD!
3. Perbahasan dari wakil negeri Sarawak
Perbahasan beliau begitu sederhana, tidak begitu lantang. Tetapi dalam sederhana itu, beliau membawa mesej yang begitu jelas dan bagus. Disamping aksi-aksi humor secara spontan beliau. Antara lontaran-lontaran yang dikemukakan kepada sidang muktamirin ialah berkaitan dengan UMNO sebagai penjajah, bukan pengkhianat. Beliau juga turut mengkritik secara jenaka kepada Dewan Ulama yang tidak turun di negeri itu.
Antara aksi spontan beliau yang menarik perhatian semua orang ialah ketika beliau ingin meminta air kepada Pengerusi Tetap. Tidak pernah ada dalam sejarah muktamar yang terdapat pembahas meminta air kepada Pengerusi Tetap. Reaksi itu sahaja cukup menghiburkan para pimpinan, perwakilan dan semua yang berada didalam dewan tersebut. Apabila air sudah diberi kepada beliau, beliau bergurau sekali lagi dengan meminta diberikan kerusi untuk duduk. Nak minum air, kenalah duduk. Sekali lagi dewan diselebungi oleh keceriaan!
Cukuplah sampai disini dahulu...Nanti kalau ada masa lagi, saya akan sambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan