Ahad, 4 April 2010

Khabar Gembira dari dua sahabat

Salam Perjuangan,

Hari ini hari ahad. Paginya redup-redup saja. Seperti biasa, aku akan buka blog permatangbendang ini untuk mengetahui isu-isu semasa melalui blog-blog yang telah aku 'link'kan dengan blog permatangbendang ini. Tapi pagi ini, aku disapa di dalam blog ini oleh 2 orang sahabat/sahabiah ketika aku di Pongsu Seribu, Azrul dan Afifah. Kedua-dua mereka dari UPSI. Tak sangka pula aku, posting mengenai "Dari Pongsu Seribu menggegar Kampus" telah menemukan aku dengan sahabat-sahabaiah yang telah terpisah sejak 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah...

Melalui blog-blog mereka yang telah link di cbox blog permatangbendang ini, aku dapati mereka ini telah jauh berjalan meninggalkan sejarah-sejarah lama ketika di Ponsu Seribu. Masing-masing telah berubah kepada yang lebih baik. Ada yang sudah menjadi presiden-presiden @ ahli majlis tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam di kampus masing-masing, ada yang menjadi Presiden atau ahli majlis tertinggi di persatuan-persatuan di kampus masing-masing, ada yang menjadi Majlis Perwakilan Pelajar di kampus masing-masing. Hebat-hebat semua...tinggal aku seorang saja yang menjadi insan kerdil di lapangan-ku ini.

Khabar Gembira dari 2 Sahabat

Melalui penangan posting "Dari Pongsu Seribu menggegar Kampus" ini juga aku dikhabarkan dengan 2 berita gembira dari sahabat/sahabiah-ku ketika di POngsu Seribu.

1. Sahabat dari UM (Zul Amirul aka Ketua Pengarah Lujnah Dakwah PMIUM)
Merupakan salah seorang sahabat karib aku ketika di POngsu Seribu. Alhamdulillah Khabar hari ini terlalu manis, bila buka sahaja emel group, ada walimah dari sahabat ini, akan berlangsung cuti nanti. Sudah menjangkakannya, walaupun belum pasti bila, akhirnya diumumkan juga. Keberlangsungan yang sangat dijaga.

Sudah matang rupa-rupanya sahabat aku ni. Aku sangat teruja dgn keyakinan sahabat ini, kerana biasanya muslimin pilih untuk kawin bila dah punya kedudukan yang kukuh, dah ada rumah sendiri,tapi tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk berbaitul muslim. Dalam hidup yg sentiasa diuji, mapu hadapi. Hebatnya ditarbiyah, Hebat jg muslimat itu. Jgn lupa doakan kami semua juga.

2. Sahabiah dari USM

Berita yang kedua, juga dari sahabat segerombolan ini, memberi khabar kepada sahabat/sahabiah Pongsu Seribu akan dapat anak saudara baru, tidak lama lagi. Anak saudara baru pertama generasi kami.

Sahabat ini berkahwin dalam usia yg sangat muda, 20thn, demi menjaga syariat ALLAH, meneruskan keberlangsungan dakwah, melaluinya dengan penuh thiqah.

Terfikir, bagaimana dia hadapi hidup-hidup sebagai isteri, sebagai pelajar, dan bakal ibu. Sungguh kuat sahabiah ini. Sangat komited dengan kerja2 dakwahnya lg. Tidak tolak ke tepi kerja2 Islam.

dah tak tahu nak ulas apa lagi...

Hari ini terasa diri aku begitu kerdil sekali, melihat sahabat-sahabat se-permainan telah melangkah jauh dari aku.
Ada yang menjadi orang-orang besar di kampus masing-masing...
ada yang telah bertukar watak kepada yang lebih baik...
ada yang telah mempunyai ister/suami...
ada yang akan mendapat cahaya mata...
ada yang akan melangsungkan walimah...
ada yang telah dilamar dan melamar...

Sekarang, tinggallah aku sahaja yang masih lagi belum mencapai seperti mana sahabat/sahabiah ku sekarang...

Semoga kalian berada dalam golongan yang sedang menanti di depan pintu syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang jernih dan putih, tempat yang menjadi simbolik KEMENANGAN AGUNG oleh pendokong-pendokong agama ini.

Allahuakhbar!

7 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    bilakah giliran aku?.

    cepatlah syafiq..hang tunggu apa lagi..aku tunggu hang ni

    BalasPadam
  2. waalaikum salam...

    x boleh ajim.
    kalau hg dah jumpa dulu, terus masuk. tak payah nk tunggu-tunggu aku.
    kalau hang tunggu aku, alamatnya lambat lagi la...

    sapa la yang nk orang macam aku ni?

    BalasPadam
  3. syafiq, lumrah bersahabat..susah sama susah..senang sama senang..aku dahulukan hang..hang bahagia..aku bertambah bahagia=)

    BalasPadam
  4. jangan terlalu merendh diri..ALLAH telah menciptakan setiap manusia itu berpasang pasangan..berdoalah moga dikurniakan jodoh yang soleh/solehah.yang membuatkan kita bertambah dekat kepadaNYA...ameeenn

    BalasPadam
  5. to ajim:
    hang kena tunggu umuq aku 25 thn la (ikut sunnah nabi).
    ayat hang tak boleh blah...hehehe

    to (tidak bnama):
    InsyaAllah, kalau Allah takdirkan kita dengan seseorang itu. Walau apa yg tjadi pun, maka percaturan itu pasti akan dibumikan (jadi kenyataan) oleh Allah jua bila tiba masanya.
    Moga kita semua dikurniakan jodoh yg solehah/soleh...

    BalasPadam
  6. ayat serius tu kat aats tu..=)=)=)..mana penah aku main-main dengan hang

    BalasPadam
  7. ye la ajim...
    aku tunggu pok jak dulu, dia kan tua dari kita...
    Presiden PMIUPM tuh!
    kena aula' kan orang-orang tua mcm dia dulu.
    kita yg muda-muda ni, kena ikut turn la..hehehe
    (mati aku kalau pok jak baca komen ni)

    BalasPadam