Salam Perjuangan,
Semalam, Jawatankuasa Pusat MCA semalam mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.
“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.
Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.
Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata.
— Bernama
ulasan dari chek...
Kahkahkah!!!
Cempera (loghat utara) la geng-geng perkauman melayu ni.
Nak perjuangkan bangsa sendiri tapi dalam masa yang sama kononnya nak perjuangkan perpaduan kaum pulak.
Kalau dapat tentangan dari musuh, ok la jugak. Ni kena tentangan dari geng 'sebulu' pula tu.
Sekarang ini mesti depa tengah serabut kepala otak, dok pikir macam mana la nak handle perjuangan diorang ni:
1.) Kalau nak harapkan slogan 1 Malaysia saja tak boleh. Nanti orang melayu pula terasa, "mana hak keistimewaan orang melayu?".
2.) Kalau nak laungkan semangat perkauman macam PERKASA, tak boleh juga. Depa kata kita ni rasis, pastu nanti mesti depa akan tuntut hak bangsa depa sama.
Geleng kepala aku dibuatnya.
Mai sini minta pandangan chek (ganti diri nama dalam loghat utara), kalau chek senang saja. Bawak je atas nama ISLAM, InsyaAllah semua bangsa akan dapat terima. Kerana Islam ini ADIL dan SAKSAMA untuk semua bangsa didunia ini termasuk yang non-muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan