Khamis, 17 September 2009

Kenangan bersama Ramadhan ketika kecil



Saat-saat Ramadhan terakhir.
Aku keseorangan pagi ini, sengaja menyepikan diri dari sahabat-sahabat rumah. Tatkala inilah, terkenang-kenang aku di zaman kanak-kanak ketika menempuh bulan Ramadhan. Banyak kenangan pahit, manis, masam, tawar,tiga rasa dan macam-macam lagi. Semuanya mencuit hati bila dikenangkan semula. Mungkin pengalamanku ini serupa dengan yang pernah dialami oleh orang-orang lain.

Antara pengalamanku ialah:

Puasa setengah hari
Pagi itu aku menolong mak buatkan kuih raya. Sedap pulak aku tengok kuih raya ni, siap ada buah cerry plak tu. Biasanya bila dah nak raya ni mak akan buatkan kuih semperit, biskut kacang, maruku dan sebagainya. Time tu la aku menyibukkan diri nak tolong, ye la dah tak ada kerja lain yang nak buat. Keinginan aku nak rasa kuih yang baru dibuat itu semakin membuak-buak. Tak tahan aku!
Tengahari-nya, mak ke sekolah untuk menjemput adik pulang dari sekolah. Masa yang aku tunggu sudah tiba, langkahku kemas dan penuh waspada. Sasaranku hanyalah satu, sebuah balang diatas almari dapur. Line clear! Terus aku membukakan penutup balang tersebut lalu...ngap!
Sedapnya...hehehe.

"Syapit, awat mak tengok kuih ni makin sikit ja? Hang makan ka?". Itu suara mak, alamak mati la aku. Nak kelentong apa ni?

"owh, adik yang makan...abang pit dah larang dia jangan makan, tapi dia nak jugak. Abang pit bagi la" Jawab aku.

"Hang jangan dok tipu mak, adik hang tu baru ja balik dari sekolah. Macam mana dia boleh makan plak?" Balas mak kepada aku. Matilah aku.

"Hang mai sini sat..." tiba-tiba saja aku terasa telinga ini membesar seperti kuali goreng ikan mak tu. ADOI!!!

Minum air PEPSI (paip besi)
Hausnya aku...baru pukul 1 tengahari ni, ada 6 jam setengah lagi nak buka posa. Adoi...mati kehausan la aku hari ni. Sememangnya bila pulang dari sekolah aku memerlukan energi yg banyak kerana aku kena mengayuh basikal sejauh satu kilometer ditengah hari. Apa aku nak buat ni?

"Mak! orang haus ni...dah la letih kayuh beskal, tayar tak ada angin pulak tu. Lain kali beli beskal LERUN la, senang sikit orang nak pi-balik dari sekolah" aku bersuara.

"Banyak duit abah hang nak beli basikal LERUN tu. Bersyukur la sikit dengan apa yang ada. Tak payah nak mengada-ngada dengan aku, hang pi mandi cepat! Sat gi nak pi mengaji pulak." balas mak. Kecewa aku mendengar.

Aku terus melangkah longlai ke bilik air. Apa la nasib aku ni, nak bermanja dengan mak pun tak boleh...silap-silap kena berleter pulak tu. Aku terus mengunci pintu bilik air. Melihat air didalam kolah yang cukup jernih itu telah menjernihkan kembali semangatku ini. Aik! nampak sedap pulak ayaq paip ni. Paip air diangkat dengan kadar segera, lalu terus...SLURP SLURP.
Lega aih...

"Aik? tadi bukan main lembik lagi. Awat la ni nampak segaq ja hang ni?" Soal mak. Ada-ada saja mak aku ni, lembik pun salah, segaq pun salah.

"Orang dah mandi, nak pi mengaji Quran. Memang la kena segaq! Apa la mak ni, suka ja nak sindir orang. Ingat orang tak posa ka?" Balas aku.

"Bila masa mak kata hang tak posa? Hang mai sini sat..." Tragedi diatas berulang kembali. Adoi la...capang jugak telinga aku ni.

Cari duit raya
Mungkin situasi aku ketika kecil tidak seperti kalian. Aku kena usahakan sendiri untuk dapatkan barang yang aku inginkan. Salah satunya ialah dengan bekerja untuk mendapatkan duit. Biasanya kalau nak raya ni, aku akan mengidamkan lebih dari apa yang diberi. Misalnya, baju melayu akan di'support' oleh abah. Tapi 'assesory' lain seperti kasut, T-shirt, seluar jeans kena beli sendiri. So, aku memerlukan duit. Time-time bulan posa ni la peluang aku memburu duit.

Antara kerja-kerja yang selalu aku lakukan ialah membersih kubur sempena menjelang hari raya. Bersih kubur dari pagi sampai ke petang. Penat tu jangan ditanya la. Rasa macam nak mati. Tapi macam biasa la, air PEPSI kan ada. Jadi aku tak kisah la penat macam mana sekalipun.

Aku juga turut menolong pihak masjid mengutip duit dekat orang-orang kampung untuk membuat kenduri besar-besaran di pagi hari raya. Hampir seluruh kampung aku selongkar untuk mengutip duit. Habis semua rumah aku me'ngepau' antaranya rumah tok imam, tok penghulu, jkk kampung, rumah cikgu juga rumah yang terdapat gadis-gadis yang sebaya dengan-ku...hehehe. Time tu la aku nak berkenalan dengan mak ayah depa. Gatai betul hang ni. Sememangnya kerja yang aku buat itu cukup me'masyur'kan namaku dimulut-mulut orang kampung. Glamor beb buat kerja ni.

Kerja-kerja mencuci dan meng'upgrade' masjid turut dilakukan aku. Seperti mengecat masjid dan mencuci kolah masjid. Biasanya kerja mengecat masjid ni dilakukan ketika awal Ramadhan. Dan kerja mencuci kolah pula dilakukan di akhir Ramadhan. Cuci kolah masjid-lah kerja yang aku paling suka. Kolah masjid tu dah la besar macam swimming pool. Aku pun apa lagi, layan macam swimming pool jugak la. Kat kampung aku mana ada swimming pool, sungai ada la. Dalam sungai pulak ada banyak lintah...itu yang tak bestnya mandi sungai.

Main meriam buluh
Amalan tradisi aku dan geng-geng aku ketika bulan posa. Wajib keatas kami untuk meletupkan kampung dengan meriam ciptaan kami. Antara meriam yang datang dari hasil tangan kami sendiri seperti meriam paip PVC, meriam besi, meriam tanah dan meriam paling 'koman' meriam tin. Di awal bulan posa, kami akan mula mencari 'apparatus-apparatus' untuk mencipta meriam. 'Gradient' paling utama ialah kalsium karbonat kering atau dipanggil 'kabat' dikalangan budak-budak kampung macam aku.

Kami akan memulakan letupan selepas sahaja habis solat terawikh. Ingat kami tak solat terawikh ka? 8 pun dah cukup bagi kami...yang penting sekali misi utama perlu dilakukan selpas itu. Kami akan 'parking' kenderaan kami seperti beskal tak ada angin, beskal LERUN, motor kapcai lampu bulat dan kaki bangku di rumah member aku. Perjalanan ke markas kami dari rumah member aku tu hanyalah dalam 70-80 meter sahaja. Tapi perjalanannya cukup gelap sekali, terpaksa memanjat curam dan bukit untuk sampai ke markas utama.

Sampai sahaja di markas, terus kami mencari meriam yang disorok didalam semak. Lalu:
1.) Meriam di'setting' magnitud-nya agar menghala ke kampung seberang (musuh utama).
2.) Beberapa ketulan 'kabat'dimasukkan kedalam meriam.
3.) Air dicurahkan sedikit kedalam meriam berisi 'kabat' tersebut.
4.) Selipar digunakan untuk untuk memampatkan gas-gas yang terhasil daripada campuran H2O dengan Kalsium Karbonat Kering.
5.) Kayu kering dicelupkan ke dalam minyak petrol dan di'api'kannya dan dihalakan ke lubang meriam.

Lalu...KEBABOMMM!!!
*aku hanya pakar dalam bidang membancuh 'gradient' meriam sahaja, tetapi untuk mencucuhnya....
SAY NO TO BURN THE MERIAM"S BULUH!

Moga-moga kita dapat ambil pengajaran dari kisah hidupku ini.

Sememangnya aku seorang budak kampung yang nakal ketika kecil.Begitulah kenangan-kenangan yang tak mungkin aku lupakan ketika menjelang Ramadhan. Terlalu indah buatku. Semuanya mengajarku erti kehidupan dan penghayatan Ramadhan yang sebenar. Sekarang, aku benar-benar suasana merindui suasana itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan