Sabtu, 17 Oktober 2009

Golongan Manusia di Dunia

Menjadikan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", karangan Ustaz Fathi Yakan sebagai bahan rujukan utama.
Golongan-golongan yang wujud didunia ini ialah:

1.) Golongan Yang Hidup Untuk Dunia
Golongan ini adalah golongan yang berfahaman kebendaan "Dahriun"


'Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan didunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, merekaidak lain hanyalah menduga-duga sahaja' ~Al-Jaatsiyah:24~

Apabila manusia tidak beriman kepada Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Maka, matlamat duniawi akan menjadi sandaran hidupnya. Segala yang dilakukannya hanyalah mengharapkan isi duinia membalasnya.
Gerak kerjanya, pengorbanannya, percakapannya, tingkahlakunya, amalnya....
Semuanya kerana harta, pangkat dan wanita...semuanya kerana dunia.

2.) Golongan Sesat antara Dunia dan Akhirat


Golongan ini terdiri dari kebanyakkan orang. Merasakan iman mereka cukup utuh dan dalam masa yang sama mereka melakukan yang sebaliknya.
Mereka celaru...

Akidah mereka bergelora dan sesat dalam menjalani kehidupan dunia, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyangka telah melakukan kebaikan.
Akidah dan keyakinan mereka terpisah terus dengan arus duniawi dalam kehidupan realiti.

'Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta benda daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kenbali terbaik' ~ali-Imran:14~

3.) GOlongan Yang Menjadikan Kehidupan Dunia sebagai Ladang Tuaian Akhirat.

Merekalah golongan mukmin yan sejati!
Matlamat dan praktikal hidup mereka jelas dengan seruan Ilahi.
Mengetahui erti kehidupan yang sebenarnya.
Juga mengetahui harga dunia dan harga akhirat.
Mereka akan bersifat 'hanif' (suci), menegakkan agama Allah dan mempertahankannya.
Mereka menjadi syahwat sebagai tawanan yang diikat kemas agar tidak telepas dari terus menguasai diri.

Tiada dalam hati mereka untuk memperolehi makanan yang enak, kenderaan yang besar, perhiasan yang indah, perempuan jelita, serta gelaran-gelaran yang meninggi diri.

Bagi mereka, dunia ialah tempat permainan untuk meraka berlumba-lumba memenangi piala yang akan diserahkan di akhirat. Piala yang berupa syurga yang mengalir sungai dibawahnya, bidadarinya, makanan-makanan didalamnya, bersua dengan Rasulullah dan yang paling utama ialah...mereka mendapat keredho'an Allah dalam seluruh kehidupan meraka ketika didunia dahulu...Berbahagialah mereka itu!

Khamis, 15 Oktober 2009

Buat mereka yang kalah di Bagan Pinang



Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.

2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.

3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.

4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.

5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.

6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.

7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).

8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.

Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara. Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :
" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
-Catatan Zuridan Mohd Daud-

~tawadhuk-kan diri menjadi aset kemenangan SEJATI!~
ALLAHUAKHBAR!

Rabu, 7 Oktober 2009

Kau Abadi Serikandi Cintaku

Assalammualaikum...

Jam menunjukkan jam pukul 4 pagi. Dikeheningan pagi ini, masih ada yang bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang masih belum sempurna. Hanya tinggal penulis dan abang Amir, sahabat serumah penulis. Beliau menyiapkan kad keahlian Kelab Iqra untuk diagihkan kepada Sahabat Kelab Iqra keesokkan harinya, manakala penulis pula ingin menyiapkan tugasan akademik. Terutamanya tugasan projek subjek-subjek yang diberatkan dengan 3 kredit. Waktu siang dihabiskan dengan kerja-kerja persatuan dan komitmen ke kelas. Esok penulis terpaksa menghantar 2 tugasan projek subjek dan 2 laporan lab.

Di tengah-tengah kesibukkan ini, sempat pula penulis minum air sambil menyelam (macam tak betul ja ayat aku ni???).
'rock kapak' ditaip pada column website youtube.
Sengaja ingin mengimbau sejarah-sejarah lama dengan lagu-lagu rock kapak ni.
Penulis sememangnya menggemari alunan lagu-lagu rock kapak ni, melodi yang mendayu-dayu dan lirik yang berseni. Antara lagu-lagu yang penulis minat ialah:
1.) Serikandi Cintaku -Bloodshed-
2.) Hentian ini -XPDC-
3.) Hijau Bumi Tuhan -XPDC-
4.) Dari Sinar Mata -BPR-
5.) Semangat Yang Hilang -XPDC-
6.) Pada Syurga Di Wajahmu -Lefthanded- *lagu ni aku tak mau komen apa-apa...hehehe
dan banyak lagi....
Kebanyakkan lagu-lagu pilihan penulis ini mempunyai lirik yang cukup kuat dan mempunyai energi-nya sendiri. Bukan untuk kekasih, tetapi pemberat kepada Ketuhanan dan perjuangan.

Cubalah hayati alunan lagu ini...

Serikandi Cintaku

Dingin Malam Tirai Kenanganku
Menyerlahkan Sekurun Ingatan
Terciptalah Rimba Kehidupan
PerCintaan Dalam PERJUANGAN

Kesetiaan Sebagai Bekalan
Bisikan Penuh Pengharapan
Tiada Garis Dapat Memisahkan
Segalanya KudratMU TUHAN

Alam Bagai Mengerti
Segala Yang Terjadi
Embun Menitis Panas Simpati
PERTEMUAN TIADA AWAL AKHIR

Perutusan Berdarah ku Terima
Gugur Kuntum Di Tengah Halaman
Medan ini Kurasakan Sepi
Terpaku Pilu

ku Semaikan Pepohon Kemboja
Yang Bunganya Adalah Hati Ku
Semadilah Dalam Kedamaian
Semangatku Tetap BersamaMU

Kan Kuusung Oh! Jenazah Cinta
Semadikan Nisan Kasih Suci
SemangatMU Tetap Bersamaku
Selama Pasti

Debu Malam Meragut Kenangan
Menyedarkan Dari Lamunanku
PerCintaan Dalam Perjuangan
KAU Abadi Srikandi Cintaku

Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat yang kurang bersetuju dengan pendapat penulis ini. Hiburan ini boleh menjadikan kita lalai, hiburan ini juga boleh menjadikan kita semakin bersemarak semangat untuk ke medan perjuangan dakwah...

Wallahualam.

Isnin, 5 Oktober 2009

Suasana Kampung-ku

Assalamualaikum,
Atas permintaan ramai. Kali ini penulis paparkan jua gambaran dikampung penulis.
Environment yang hampir 20 tahun penulis bersamanya.


tepi rumah...


jalan masuk ke rumah penulis...


permandangan dari tepi rumah penulis...


Bukit yang di'tarah' itu kawasan Penanti dan bukit yang tinggi itu Bukit Mertajam.


Rindu permandangan ini...


didalam 'pulau daratan' ditengah bendang itu, terpasaknya rumah penulis...


salah satu permandangan yang cantik...


senja di kampung penulis...


lagi permandangan disenja hari...


jalan belakang menuju ke rumah penulis...dari view ini tersergam masjid kampung penulis dihujung gambar.


rumah penulis...

Di kampung ini penulis ada 2 'buah hati'. Hari-hari pergi dating dengan mereka berdua. Kedua-dua mereka ini adalah milik penulis...

Siapakah mereka?


Nurul Hana binti Abdul Rahman, adik bongsu penulis


Honda V-TEX Turbo 2.0
yang ni penulis paling sayang sekali...'kuda' tunggangan penulis untuk ke markas-markas di kawasan Penanti, Permatang Pasir dan Permatang Pauh.

Hanya setakat ini sjalah yang boleh penulis kongsikan bersama. Rasanya permandangan ini akan lebih menarik jika dimusim menuai. Tatkala padi mula tunduk berisi...

Wallahualam

Khamis, 17 September 2009

Kenangan bersama Ramadhan ketika kecil



Saat-saat Ramadhan terakhir.
Aku keseorangan pagi ini, sengaja menyepikan diri dari sahabat-sahabat rumah. Tatkala inilah, terkenang-kenang aku di zaman kanak-kanak ketika menempuh bulan Ramadhan. Banyak kenangan pahit, manis, masam, tawar,tiga rasa dan macam-macam lagi. Semuanya mencuit hati bila dikenangkan semula. Mungkin pengalamanku ini serupa dengan yang pernah dialami oleh orang-orang lain.

Antara pengalamanku ialah:

Puasa setengah hari
Pagi itu aku menolong mak buatkan kuih raya. Sedap pulak aku tengok kuih raya ni, siap ada buah cerry plak tu. Biasanya bila dah nak raya ni mak akan buatkan kuih semperit, biskut kacang, maruku dan sebagainya. Time tu la aku menyibukkan diri nak tolong, ye la dah tak ada kerja lain yang nak buat. Keinginan aku nak rasa kuih yang baru dibuat itu semakin membuak-buak. Tak tahan aku!
Tengahari-nya, mak ke sekolah untuk menjemput adik pulang dari sekolah. Masa yang aku tunggu sudah tiba, langkahku kemas dan penuh waspada. Sasaranku hanyalah satu, sebuah balang diatas almari dapur. Line clear! Terus aku membukakan penutup balang tersebut lalu...ngap!
Sedapnya...hehehe.

"Syapit, awat mak tengok kuih ni makin sikit ja? Hang makan ka?". Itu suara mak, alamak mati la aku. Nak kelentong apa ni?

"owh, adik yang makan...abang pit dah larang dia jangan makan, tapi dia nak jugak. Abang pit bagi la" Jawab aku.

"Hang jangan dok tipu mak, adik hang tu baru ja balik dari sekolah. Macam mana dia boleh makan plak?" Balas mak kepada aku. Matilah aku.

"Hang mai sini sat..." tiba-tiba saja aku terasa telinga ini membesar seperti kuali goreng ikan mak tu. ADOI!!!

Minum air PEPSI (paip besi)
Hausnya aku...baru pukul 1 tengahari ni, ada 6 jam setengah lagi nak buka posa. Adoi...mati kehausan la aku hari ni. Sememangnya bila pulang dari sekolah aku memerlukan energi yg banyak kerana aku kena mengayuh basikal sejauh satu kilometer ditengah hari. Apa aku nak buat ni?

"Mak! orang haus ni...dah la letih kayuh beskal, tayar tak ada angin pulak tu. Lain kali beli beskal LERUN la, senang sikit orang nak pi-balik dari sekolah" aku bersuara.

"Banyak duit abah hang nak beli basikal LERUN tu. Bersyukur la sikit dengan apa yang ada. Tak payah nak mengada-ngada dengan aku, hang pi mandi cepat! Sat gi nak pi mengaji pulak." balas mak. Kecewa aku mendengar.

Aku terus melangkah longlai ke bilik air. Apa la nasib aku ni, nak bermanja dengan mak pun tak boleh...silap-silap kena berleter pulak tu. Aku terus mengunci pintu bilik air. Melihat air didalam kolah yang cukup jernih itu telah menjernihkan kembali semangatku ini. Aik! nampak sedap pulak ayaq paip ni. Paip air diangkat dengan kadar segera, lalu terus...SLURP SLURP.
Lega aih...

"Aik? tadi bukan main lembik lagi. Awat la ni nampak segaq ja hang ni?" Soal mak. Ada-ada saja mak aku ni, lembik pun salah, segaq pun salah.

"Orang dah mandi, nak pi mengaji Quran. Memang la kena segaq! Apa la mak ni, suka ja nak sindir orang. Ingat orang tak posa ka?" Balas aku.

"Bila masa mak kata hang tak posa? Hang mai sini sat..." Tragedi diatas berulang kembali. Adoi la...capang jugak telinga aku ni.

Cari duit raya
Mungkin situasi aku ketika kecil tidak seperti kalian. Aku kena usahakan sendiri untuk dapatkan barang yang aku inginkan. Salah satunya ialah dengan bekerja untuk mendapatkan duit. Biasanya kalau nak raya ni, aku akan mengidamkan lebih dari apa yang diberi. Misalnya, baju melayu akan di'support' oleh abah. Tapi 'assesory' lain seperti kasut, T-shirt, seluar jeans kena beli sendiri. So, aku memerlukan duit. Time-time bulan posa ni la peluang aku memburu duit.

Antara kerja-kerja yang selalu aku lakukan ialah membersih kubur sempena menjelang hari raya. Bersih kubur dari pagi sampai ke petang. Penat tu jangan ditanya la. Rasa macam nak mati. Tapi macam biasa la, air PEPSI kan ada. Jadi aku tak kisah la penat macam mana sekalipun.

Aku juga turut menolong pihak masjid mengutip duit dekat orang-orang kampung untuk membuat kenduri besar-besaran di pagi hari raya. Hampir seluruh kampung aku selongkar untuk mengutip duit. Habis semua rumah aku me'ngepau' antaranya rumah tok imam, tok penghulu, jkk kampung, rumah cikgu juga rumah yang terdapat gadis-gadis yang sebaya dengan-ku...hehehe. Time tu la aku nak berkenalan dengan mak ayah depa. Gatai betul hang ni. Sememangnya kerja yang aku buat itu cukup me'masyur'kan namaku dimulut-mulut orang kampung. Glamor beb buat kerja ni.

Kerja-kerja mencuci dan meng'upgrade' masjid turut dilakukan aku. Seperti mengecat masjid dan mencuci kolah masjid. Biasanya kerja mengecat masjid ni dilakukan ketika awal Ramadhan. Dan kerja mencuci kolah pula dilakukan di akhir Ramadhan. Cuci kolah masjid-lah kerja yang aku paling suka. Kolah masjid tu dah la besar macam swimming pool. Aku pun apa lagi, layan macam swimming pool jugak la. Kat kampung aku mana ada swimming pool, sungai ada la. Dalam sungai pulak ada banyak lintah...itu yang tak bestnya mandi sungai.

Main meriam buluh
Amalan tradisi aku dan geng-geng aku ketika bulan posa. Wajib keatas kami untuk meletupkan kampung dengan meriam ciptaan kami. Antara meriam yang datang dari hasil tangan kami sendiri seperti meriam paip PVC, meriam besi, meriam tanah dan meriam paling 'koman' meriam tin. Di awal bulan posa, kami akan mula mencari 'apparatus-apparatus' untuk mencipta meriam. 'Gradient' paling utama ialah kalsium karbonat kering atau dipanggil 'kabat' dikalangan budak-budak kampung macam aku.

Kami akan memulakan letupan selepas sahaja habis solat terawikh. Ingat kami tak solat terawikh ka? 8 pun dah cukup bagi kami...yang penting sekali misi utama perlu dilakukan selpas itu. Kami akan 'parking' kenderaan kami seperti beskal tak ada angin, beskal LERUN, motor kapcai lampu bulat dan kaki bangku di rumah member aku. Perjalanan ke markas kami dari rumah member aku tu hanyalah dalam 70-80 meter sahaja. Tapi perjalanannya cukup gelap sekali, terpaksa memanjat curam dan bukit untuk sampai ke markas utama.

Sampai sahaja di markas, terus kami mencari meriam yang disorok didalam semak. Lalu:
1.) Meriam di'setting' magnitud-nya agar menghala ke kampung seberang (musuh utama).
2.) Beberapa ketulan 'kabat'dimasukkan kedalam meriam.
3.) Air dicurahkan sedikit kedalam meriam berisi 'kabat' tersebut.
4.) Selipar digunakan untuk untuk memampatkan gas-gas yang terhasil daripada campuran H2O dengan Kalsium Karbonat Kering.
5.) Kayu kering dicelupkan ke dalam minyak petrol dan di'api'kannya dan dihalakan ke lubang meriam.

Lalu...KEBABOMMM!!!
*aku hanya pakar dalam bidang membancuh 'gradient' meriam sahaja, tetapi untuk mencucuhnya....
SAY NO TO BURN THE MERIAM"S BULUH!

Moga-moga kita dapat ambil pengajaran dari kisah hidupku ini.

Sememangnya aku seorang budak kampung yang nakal ketika kecil.Begitulah kenangan-kenangan yang tak mungkin aku lupakan ketika menjelang Ramadhan. Terlalu indah buatku. Semuanya mengajarku erti kehidupan dan penghayatan Ramadhan yang sebenar. Sekarang, aku benar-benar suasana merindui suasana itu...

Jumaat, 11 September 2009

Berasa diri SIBUK, tapi ada lagi yang LEBIH SIBUK

Nabi lagi sibuk dari aku...

Merasakan diri inilah yang paling sibuk sehinggakan kadang-kadang menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang membanggakan. AllahuRobbi...

Sedangkan aku terlupa bahawa nabi lagi sibuk dari aku. Pelbagai peristiwa telah menunjukkan kegigihan baginda dalam menyampaikan risalah Islam.
Diri baginda digadaikan hanya untuk Islam, secara total. Tidak pernah baginda mengeluh apatah lagi merunggut atas apa yang telah baginda lalui...

Antara peristiwa yang menceritakan tentang perihal kegigihan baginda tanpa mengenal waktu ialah ketika perang Khandak atau dipanggil perang Ahzab. Perang yang paling popular dibahaskan didalam usrah-usrahku yang lepas.
Antara peristiwa tersebut:

1.) Nabi tertidur dek kerana keletihan mengorek parit mengelilingi kota Madinah. Saidina Abu Bakar & Saidina Umar menjaga beliau yang sedang tidur dari dikacau oleh sahabat yang lain. Tiba-tiba datang sahabt bernama Abu Waqid Al-Laitsi kearah Nabi, lalu terjaga Nabi dari tidur. Terus baginda berkata, "kenapa tidak kejutkan aku yang sedang tidur tadi?". Baginda mengambil cangkul dan terus mengorek parit.

2.) Ketika Nabi sedang tidur dalam khemah perang, tiba-tiba terdengar suatu jeritan "Ya Khailallah!" (pasukan kuda Allah). Terus baginda bangun dan bertanyakan kepada salah seorang sahabat apa sebenarnya yang berlaku. Lalu sahabat itu berkata bahwa ada askar musyrikin menyerang MAdianah. Lantas baginda masuk kedalam khemah dan memakai baju perang terus meluru ke medan pertempuran. Pagi subuhnya barulah baginda pulang ke khemah untuk solat berjemaah.

3.) Aisyah berkata, “Rasulullah saw. selalu pergi menjaga lubang di Khandaq sehingga apabila beliau kedinginan, beliau datang kepadaku. Lalu aku hangatkan dalam pelukanku. Apabila beliau telah hangat, beliau keluar lagi menjaga lubang itu. Beliau berkata, "Aku tidak khawatir terhadap kedatangan orang-orang (musuh), tetapi aku khawatir mereka datang sementara aku tidak berada di lubang itu." Setelah Rasulullah saw. berada dalam pelukanku dan telah hangat, beliua berkata, ‘Andainya ada orang yang saleh menjagaku

4.) Hari demi hari berlalu. Pengepungan masih berlanjut. Angin dingin bertiup kencang. Medan perang semakin berat. Apalagi untuk pria paruh baya seperti Rasulullah saw. Dalam usia 57 tahun, tubuh Rasulullah saw. harus selalu siap siaga berjaga dan siap berperang setiap waktu. Beliau selalu bergerak cepat dari satu titik pertahanan ke titik pertahanan lain yang mendapat gempuran musuh. Serangan itu terjadi kapan pun tak kenal waktu. Siang dan malam. Rasulullah saw. hampir-hampir tidak bisa tidur selama peperangan berkecamuk. Rasulullah saw. adalah manusia biasa. Tubuhnya lelah. Kelelahan yang tiada tara. Tidak ada waktu istirahat untuk Rasulullah saw. Tidak ada.


Ya Rasulullah...
Engkaulah pejuang-ku yang hakiki.

Ya Allah
Hambamu ini telah merungut setelah apa yang dilalui.
Hamba selalu merasakan diri inilah yang banyak menyumbang kepada perjalanan bahtera dakwah.
Pantang melakukan pengorbanan, pasti nak mengungkit apa yang telah aku lakukan.
Aku tidak ikhlas bekerja.
Kerja-ku bukannya untuk-Mu Ya Robbi.

Ampunilah hamba-Mu ini.

Ku akui kesilapan, banyak kulakukan sepanjang berada dalam bahtera ini...

Ku insafi kekurangan yang ada padaku ini sehingga menimbulkan fitnah kepada sahabat-sahabat seperjuangan...

Ku kesali kejahilan ilmu dan amal-ku ini, banyak berkata tanpa perbuatan...

Selasa, 8 September 2009

Waktu mengejar-ku


Salam Ramadhan

Bersyukur kepada Allah kerana limpah rahmatnya, dapat sekali lagi penulis mencuri masa untuk menulis didalam Coretan Dari Permatang & Bendang. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering memperingatkan penulis agar meng'update' blog ini. Dengan kesibukkan waktu, dapat juga penulis menitipnya.

Sememangnya waktu sentiasa mengejar kita dari belakang. Walaupun kita bergerak jauh darinya, ia tetap mengejar kita dengan kadar kelajuan yang sama. Begitu juga jika kita terleka atau berhenti, ia tetap mengejar kita dengan kadar kelajuan yang sama. Tidak ada istilah cepat atau lambat sewaktu ia bergerak. senantiasa 'constant' dari dulu, kini dan selamanya. Minggu ini merupakan dugaan yang paling berat Allah timpakan kepada diri ini. Hanya diuji dengan masa sahaja, cukup membuatkan diri ini tersungkur di pertengahan perjuangan.

Bermula dari jumaat yang lepas, malam tersebut penulis ada 'Test' subjek Statistik. Dituruti dengan mesyuarat kelab dan seterusnya ke usrah. Paginya pula bersama-sama sahabat ber'tahajud' di masjid universiti. Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Seterusnya, pagi itu juga saya terpaksa menghadapi 'Test' subjek Network Analysis dan pada petangnya 'Test' Control System. Semuanya diri ini terpaksa menghadapi berbekalkan preparation yang sedikit dan tawakal kepada-Nya. Alhamdulillah, rasanya boleh jawab separuh dari soalan-soalan itu.

Allah tidak melepaskan penulis begitu sahaja selepas itu, sekali diri ini diuji dengan masa. Penulis dihidangkan dengan 6 assignment dan project yang perlu diselesaikan dalam masa seminggu sahaja. Semuanya assignment dan project untuk subjek yang dianggap killer oleh pelajar-pelajar kejuruteraan elektrik. Terkial-kial penulis dibuatnya, satu demi satu tugasan perlu disiapkan. Ditambah pula dengan pandangan kawan-kawan sekelas terhadap penulis yang dianggap 'orang baik' didalam kelas, kalau penulis tidak dapat menyiapkannya pasti menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri. Berat sungguh ujian ini.

Hampir 5 hari hidup dalam keadaan yang 'tidak normal', sekali lagi Allah menguji hamba yang daif ini. Kali ini, dikekalkan subjek ujian tersebut iaitu masa. Pagi jumaat itu penulis menerima mesej dari seorang sahabat, ada mesyuarat 'addhock' katanya. Selepas asar, penulis terus bergegas ke kampus untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tepat saja jam 6 ptg, sekali lagi penulis berkejar-kejar ke mesyuarat yang seterusnya. Setelah itu, kami sama-sama berbuka puasa di masjid universiti.
Selepas solat sunat terawikh pada malam itu, sekali lagi penulis dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi persatuan. Ada agenda yang penting untuk dibahaskan didalam mesyuarat tersebut. Ternyata perbahasan agenda yang penting itu memakan masa hampir 2 jam. Naik biul kepala penulis.

Penulis terpaksa bermalam di masjid universiti berbekalkan pakaian solat terawikh tadi, ini kerana waktu semasa mesyuarat selesai melebihi pukul 12 malam. Menjadi peraturan universiti, tidak dibenarkan mana-mana pelajar memasuki universiti melebihi pukul 12 malam. Pagi esoknya, penulis bergegas ke salah satu kolej kediaman universiti. Terdapat program Qiammullai bersama pelajar baru. Program itu diakhiri dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang staf universiti. Selepas kuliah subuh berakhir, penulis menghadiri suatu lagi kuliah yang khusus untuk Majlis Tertinggi persatuan. Petang itu pula, terdapat perjumpaan bersama semua ahli persatuan. 'Bicara Majlis Tertinggi bersama ahli persatuan'.

Keesokkan harinya pula, penulis diamanahkan untuk menggerakkan progarm persatuan iaitu 'Program Bubur Lambuk'. Pagi itu juga penulis bergegas ke tempat kejadian untuk membuat persediaan memasak bubur lambuk yang akan diagihkan kepada semua warga universiti. Penulis merasakan bahawa penulis-lah orang pertama sampai, rupa-rupanya ada lagi yang lebih awal sampai. Pok Deng, Akhi Zaim dan Akhi Amir sudah bersiap sedia untuk 'melambukkan' bubur lambuk. AJK memasak bubur lambuk hanya 5 orang sahaja, semuanya terdiri daripada ahli rumah sewa penulis. Berkat keikhlasan dan kerja keras 5 org AJK ni, menjelmalah 2 periuk besar bubur lambuk.

Petang itu, semua Majlis Tertinggi persatuan dijemput untuk mengagihkan bubur lambuk itu kepada semua warga universiti. Program itu berakhir pada pukul 6.30 petang.
Sekali lagi penulis bergegas ke satu lagi kolej untuk majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat perjuangan yang seangkatan. Sampai sahaja disana, ada sahabat yang menarik muka dengan penulis kerana terlebih terlewat. "Ampun ya pak!".

Selesai sahaja majlis berbuka puasa, penulis terus memecut motorsikal dengan kadar 100km/j menuju ke rumah sewa. Tanpa menghiraukan lagi keselamatan diri, penulis terus 'menggilakan' diri ketika menunggang motorsikal. Matlamat penulis hanyalah satu, iaitu sampai ke rumah dengan kadar yang segera. Sebenarnya penulis mengejar waktu untuk bersiap-siap ke masjid universiti untuk solat isyak disana.

Sampai saja dirumah, penulis terus mandi dan mempersiapkan diri. Ternyata apa yang penulis merancang sebentar tadi bukanlah perancangan yang terbaik untuk penulis pada waktu itu, mungkin Allah ingin merehatkan diri ini setelah hampir seminggu sibuk dengan pelbagai urusan. Selesai saja menyiapkan diri, penulis terus tertidur dibuai mimpi diatas lantai rumah...

Isnin, 7 September 2009

Mencari ahlul-Badr

Assalamualaikum

Bahtera Dakwah...
Sepanjang perhatian saya berada dalam bahtera ini, perbagai masalah-masalah ditimbulkan dan diajukan kepada saya. Terus terang saya katakan, terlalu banyak!
Sememangnya sudah menjadi sunah orang berjuang, akan dihidangkan Allah dengan pelbagai cabaran yang menggugat hati. Tapisan demi tapisan akan dilakukan oleh Allah dalam membentuk tentera-tenteraNya atau Hizbullah untuk menegakkan Islam dibumi bertuah ini.

Tapi yang menjadi 'masalah' dalam masalah ini ialah masalah hati dikalangan ahli bahtera ini. Inilah masalahnya...
*banyaknya perkataan 'masalah', patut la banyak masalah.

Selama seminggu ini, terdapat 7 artikel yang saya 'post'kan mengenai sejarah Perang Badar, semuanya di'copy & paste' dari web dakwatuna.com . Rasanya sahabat-sahabat mesti mual untuk membacanya. Bagi saya, saya bukanlah orang yang berilmu dan faqih berkaitan ilmu sirah ini untuk menceritakan sejarah peristiwa yang besar ini mengikut olahan ayat sendiri. Sengaja saya 'post'kan artikel tersebut adalah untuk berkongsi info yang lebih mendalam berkaitan peristiwa Badar al Qubro tersebut.

Dapat kita perhatikan disini bagaimana sejarah Badar al Qubro itu menceritakan pelbagai nilai-nilai positif.
Antaranya ialah:
Strategi merencana sesuatu pergerakan,
Membina semangat ukhwah fillah,
Kesatuan hati,
Wala' kepada pimpinan,
Pengorbanan,
Keputusan mengikut syuro',
Taujihad yang tinggi,
Keikhlasan berjuang,
Kepentingan Akhirat melebihi Dunia,

Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil untuk kita mengamplikasikan sepanjang kehidupan seharian dan juga dalam bahtera jemaah yang penuh dengan permaslahatan dan dugaan.

Diharap perkongsian ini dapat kita praktik-kan bersama...
Wallahualam

Ahad, 6 September 2009

Badar al Qubro -jilid 7-



Selama Perang Badar berlangsung terjadi satu pergolakan antara ikatan emosional dengan akidah yang perjuangkan selama ini. Tidak sedikit kaum muslimin (demikian pula Rasulullah saw.) yang harus mendapati keluarga mereka berada di tengah barisan kaum musyrikin. Seseorang mungkin akan menemukan saudara, orang tua, paman, atau bahkan menantunya. Antara akidah dan perasaan pun saling berhadap-hadapan. Namun perasaan dan ikatan emosional harus lebur dan tunduk di hadapan akidah dan keyakinan yang sudah tertanam begitu kuat. Demikianlah karakter seorang mukmin adalah senantiasa komitmen dengan aturan-aturan Allah swt. semata.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian jadikan bapak-bapak dan saudara-saudara kalian sebagai wali jika ternyata mereka lebih mencintai kekafiran daripada keimanan. Dan barang siapa di antara kalian yang menjadikan mereka sebagai walinya maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”[1]

Sebagai contoh Abu Hudzaifah bin ‘Utbah yang berada di barisan kaum muslimin sementara orang tuanya ‘Utbah bin Rabi’ah berada di pihak orang musyrik. Abu Hudzaifah mengajak ayahnya untuk memenuhi seruan kebenaran. Namun sang ayah yang sudah begitu jauh terjebak di dalam kejahiliyahan tetap kukuh di dalam kesesatan sampai akhirnya kesesatan tersebut mengantarkannya kepada ujung kehidupan yang sangat buruk sekali. Ia tewas di tangan kaum muslimin di tengah peperangan. Setelah kemenangan menjadi milik kaum muslimin, Rasulullah saw. pun memerintahkan sahabatnya untuk memasukkan orang-orang musyrikin yang telah tewas ke dalam kubangan besar.

Dan ketika tubuh ‘Utbah bin Rabi’ah diangkat, beliau pun memandang ke arah Hudzaifah bin ‘Utbah. Beliau tampak berubah. Ia berkata kepadanya, “Wahai Hudzaifah, mungkin di dalam hatimu terdapat sesuatu tentang apa yang telah menimpa orang tuamu?” Hudzaifah menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah. Aku tidak ada keraguan sedikitpun pada diriku tentang ayahku dan kematiannya. Namun aku tahu benar kelembutan, pandangan, dan kelebihannya. Aku begitu berharap seandainya saja Allah memberikan hidayah kepadanya. Dan ketika aku melihat apa yang telah menimpa dirinya, aku pun teringat bagaimana ia mati dalam keadaan kafir setelah aku berharap sebaliknya, hal itulah membuatku sedih.” Maka Rasulullah saw. pun mendoakan dan menghiburnya dengan kata-katanya.

Bersama Para Tawanan


Pada peperangan ini, kaum muslimin berhasil membunuh 70 orang dari kalangan orang-orang musyrikin dan menahan sekitar 70 orang. Rasulullah saw. memerintahkan untuk membunuh 2 orang tawanan karena permusuhan dan kebencian mereka yang sudah di luar batas, selain mereka berdua adalah orang yang paling banyak melakukan kelaliman. Status keduanya lebih sebagai penjahat perang, bukan lagi sebagai tawanan perang. Karena selama ini mereka begitu berambisi untuk berbuat makar kepada umat Islam dan menyiksa orang-orang yang lemah dari kalangan mereka. Keduanya terkenal begitu menantang Allah swt. dan Rasul-Nya. Sehingga jumlah tawanan tersisa 68 orang.

Rasulullah saw. meminta pendapat para sahabatnya seputar apa yang akan mereka perbuat terhadap tawanan perang tersebut. ‘Umar bin Khaththab berkata, “Wahai Rasulullah, mereka telah mendustakan, memerangi, dan mengusirmu. Menurutku sebaiknya kau izinkan aku untuk menebas leher fulan (yaitu kerabatnya sendiri). Dan kau izinkan Hamzah untuk membunuh ‘Abbas, dan ‘Ali membunuh ‘Uqail. Begitulah agar orang tahu bahwa tidak ada kecintaan sedikitpun di dalam hati kami terhadap orang-orang yang musyrik. Aku melihat bahwa engkau tidak perlu menjadikan mereka sebagai tawanan. Tebaslah semua leher mereka. Prajurit, para pemimpin, dan pemuka mereka.” Usulan ini disetujui oleh Sa’d bin Mu’adz dan ‘Abdullah bin Rawahah.

Sementara Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, mereka itu adalah kaum dan keluargamu juga. Allah swt. telah menganugerahkan kemenangan kepadamu. Menurutku sebaiknya engkau biarkan saja mereka sebagai tawanan dan kau minta dari mereka tebusan. Sehingga tebusan tersebut dapat menjadi sumber kekuatan kita untuk menghadapi orang-orang kafir. Dan semoga Allah swt. memberikan petunjuk-Nya kepada mereka melalui dirimu sehingga mereka pun akan menjadi pembelamu.”

Akhirnya Rasulullah saw. mengambil pendapat Abu Bakar. Beliau pun membagi-bagikan sisa tawanan (68 orang) kepada sahabat-sahabatnya sambil berpesan, “Perlakukanlah para tawanan itu dengan baik” kemudian beliau menerima tebusan dari para tawanan tersebut. Orang kaya akan membayar satu orang tawanan sebesar sekitar 1.000 hingga 4.000 dirham. Sementara orang-orang miskin, sebagian mereka dibebaskan begitu saja tanpa dimintai tebusan. Beliau pun menuntut dari para tawanan yang memiliki ilmu untuk mengajarkan kepada anak-anak kaum muslimin membaca dan menulis sebagai tebusan bagi diri mereka.

Keutamaan Ukhuwah Imaniah

Abu ‘Aziz bin ‘Umair bin Hasyim, saudara Mush’ab bin ‘Umair, menjadi tawanan Abu Yusr Al-Anshari. Suatu hari Abu ‘Aziz lewat dan bertemu dengan saudaranya Mush’ab. Mush’ab pun berkata kepada Abu Yusr, “Tahanlah tanganmu dari tawananmu, karena ibunya adalah seorang yang kaya. Ia akan menebusnya untukmu dengan harta yang banyak. Abu ‘Aziz, saudaranya berkata, “Wahai saudaraku, ini adalah perlakuanmu kepadaku?” Mush’ab berkata kepadanya, “Sesungguhnya ia (Abu Yusr) adalah saudaraku selain dirimu.”

Dan ketika tebusannya diminta, ibunya bertanya berapa tebusan terbesar yang diberikan untuk membebaskan orang Quraisy. Maka dikatakan kepadanya 4.000 dirham. Wanita itu pun mengirim 4.000 dirham dan menebus anaknya. Demikianlah bagaimana ukhuwah imaniah ternyata lebih berharga dari sekedar jalinan persaudaraan yang dibangun atas dasar pertalian darah dan keturunan. Karena ukhuwah imaniah adalah persaudaraan yang dibangun di atas kebenaran dan di jalan Allah swt.

Menantu Rasulullah Menjadi Tawanan Perang

Abu ‘Ash bin Rabi’ bin ‘Abdul ‘Uzza tertawan ketika Perang Badar. Ia adalah menantu Rasulullah saw., suami dari putri beliau, Zainab. Abu ‘Ash merupakan orang Makkah yang cukup diperhitungkan dari segi harga, kejujuran, dan perdagangannya. Ibunya adalah Halah binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah binti Khuwailid. Khadijahlah yang dulu meminta kepada Rasulullah saw. agar menikahkan lelaki itu kepada putri beliau, Zainab. Khadijah sudah menganggapnya seperti anak sendiri. Dan karena pertimbangan itulah Rasulullah saw. tidak menolak permintaan istrinya tersebut. Hal ini terjadi sebelum beliau diangkat menjadi seorang nabi.

Namun ketika wahyu telah diturunkan kepada Rasulullah saw. dan orang-orang Quraisy pun mulia memusuhinya, Abu Lahab berkata, “Buatlah Muhammad sibuk dengan dirinya sendiri, dan ceraikanlah putri-putrinya dari suami-suami mereka.” Ia pun memerintahkan putranya, ‘Utbah hingga akhirnya ia menceraikan putri Rasulullah saw. Ia juga mendatangi Abu ‘Ash bin Rabi’dan memintanya untuk menceraikan Zainab. “Ceraikanlah istrimu, setalah itu kami akan menikahkanmu dengan perempuan Quraisy mana saja yang kau inginkan.” Abu ‘Ash menjawab, “Tidak, demi tuhan, aku tidak akan menceraikannya. “Aku tidak ingin wanita Quraisy menggantikan istriku.”

Rasulullah saw. memuji sikapnya kala itu. Dan ketika penduduk Makkah membawa tebusan bagi tawanan perang, Zainab pun membawa harta untuk menebus suaminya, Abu ‘Ash. Ia membawa sebuah kalung yang dihadiahkan oleh ibunya, Khadijah, ketika ia menikah dengan Abu ‘Ash. Ketika Rasulullah saw. melihatnya, hatinya pun langsung terenyuh dalam. Beliau berkata, “Jika kalian bersedia untuk membebaskannya dan mengembalikan barang miliknya, maka lakukanlah.” Sahabat menjawab, “Baiklah, wahai Rasulullah.” Mereka pun membebaskan Abu ‘Ash dan mengembalikan kalung milik Zainab. Hal ini beliau lakukan karena Abu ‘Ash membiarkan Zainab turut berhijrah ke kota Madinah. Rasulullah saw. sendiri telah membebaskan beberapa orang tawanan perang tanpa ada tebusan ataupun bayaran sedikitpun, mengingat kondisi mereka yang menuntut untuk hal tersebut.

Hasil Perang Badar

Perang Badar (dengan seluruh hasil yang ia torehkan bagi sejarah harakah Islamiah maupun sejarah umat manusia seluruhnya) telah menjadi sebuah pelajaran yang sangat jelas sekali bagi harakah Islamiah maupun bagi perjalanan sejarah ke depan. Allah swt. menyebut hari itu dengan nama “yaumul furqan yaum iltaqa al-jam’an” atau hari pembeda, hari dimana dua kekuatan bertemu. Peperangan ini sendiri memberikan beberapa buah hasil penting antara lain:

1. Perang Badar merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeda antara yang haq dan yang bathil. Kekuatan umat Islam semakin kuat sehingga dataran Arab pun turut memperhitungkannya. Kebenaran muncul di permukaan dengan rambu-rambu akidah dan prinsip-prinsip dasar yang dibawanya.

2. Tergoncangnya kedudukan Quraisy di mata orang Arab serta kegalauan penduduk Makkah di hadapan tamparan yang tak diduga tersebut.

3. Tampilnya umat Islam sebagai sebuah kekuatan yang memiliki arti dan pengaruh. Hal ini menyebabkan banyak kabilah yang tinggal di sepanjang jalur Makkah dan Syam membuat perjanjian kesepakatan dengan mereka. Dengan demikian kaum muslimin sudah berhasil menguasai jalur tersebut.

4. Sebelum Perang Badar meletus, kaum muslimin mengkhawatirkan keberadaan orang-orang non muslim yang tinggal di kota Madinah. Namun setelah mereka kembali ternyata kenyataannya justru sebaliknya.

5. Semakin bertambahnya kebencian orang-orang Yahudi terhadap umat Islam. Sebagian mereka mulai menunjukkan permusuhannya secara terang-terangan. Sementara yang lainnya menjadi agen yang membawa berita seputar perihal kaum muslimin kepada orang-orang Quraisy serta memprovokasi mereka untuk menyerang umat Islam.

6. Aktivitas perdagangan Quraisy menjadi semakin sempit. Akhirnya mereka terpaksa menapaki jalur Irak melalui Najd karena takut apabila dikuasai oleh orang-orang islam. Dan jalur ini merupakan jalur yang panjang.

7. Pada Perang Badar, 14 orang dari kalangan umat Islam gugur sebagai syuhada; 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Anshar. Sementara dari pihak orang musyrikin tewas sebanyak 70 orang dan 70 orang lagi berhasil ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy.

-rujukan dakwatuna.com-

Badar al Qubro -jilid 6-



Peperangan


Faktor-faktor turunnya kemenangan bagi kaum muslimin pun semakin matang dan sempurna, baik itu persiapan strategis, rohani, maupun militer. Sementara orang-orang musyrikin tidak mengetahui akan hal tersebut. Mereka pun tidak tahu taktik berperang kaum muslimin yang baru. Sementara orang-orang musyrikin masih menggunakan cara konvensional di dalam berperang, yaitu strategi “hit and run” menyerang dan kemudian mundur ke belakang, menyerang ketika dalam kondisi kuat, dan mundur ke belakang ketika kondisi mereka sudah mulai lemah. Mereka berperang tanpa ada pengaturan strategi yang baik. Semuanya berdasarkan atas fanatisme, kebencian, dan serba semerawut.

Sementara itu, kaum muslimin tetap diam sambil menembaki mereka dengan anak panah. Mereka tidak melakukan penyerangan, menunggu perintah dari Rasulullah saw. Sehingga banyak pasukan musyrikin yang tewas berjatuhan terkena anak panah kaum muslimin. Hal ini pulalah yang membuat semangat mereka semakin lemah dipenuhi rasa takut. Ketika itulah Rasulullah saw. turun di tengah-tengah pasukannya untuk melihat persiapan terakhir mereka sebelum melakukan penyerangan, sekaligus untuk memimpin sendiri peperangan tersebut. Kemudian beliau memerintahkan pasukannya untuk bergerak maju menghadapi pasukan Quraisy. Mulailah hunusan pedang umat Islam menebas satu persatu kepala orang-orang kafir yang selama ini melakukan pembangkangan penuh kesombongan.

Umat Islam benar-benar menunjukkan satu keberanian yang sangat luar biasa. Dan ketika peperangan semakin memuncak hebat, Rasulullah saw. justru maju ke depan barisan. ‘Ali bin Abi Thalib berkata, “Jika keadaan semakin genting dan pandangan mata memerah, maka kami pun berlindung di dekat Rasulullah saw. Tak seorang pun yang berani lebih dekat dengan musuh selain dirinya. Aku melihat sendiri ketika Perang Badar kami berlindung di dekat Rasulullah saw. dan ketika itu ia adalah orang yang paling dekat dengan musuh di antara kami.”

Sikap Heroik di Medan Perang

Sikap heroik dan jiwa kepahlawanan di medan perang ternyata bukanlah monopoli sahabat-sahabat senior dan pemimpin pasukan semata. Namun hal tersebut ternyata juga menular kepada sahabat-sahabat yang masih belia yang memang belum memiliki pengalaman perang sebelumnya. Bahkan jiwa heroik mereka setara dengan keberanian pemimpin pasukan Quraisy, seorang yang benar-benar memiliki kedudukan yang tinggi di tengah komunitas masyarakat mereka.

Sebagai contoh Abu Jahal, seorang yang sudah sangat kaya akan pengalaman berperang. Ialah sang pemimpin pasukan yang ketika Perang Badar berputar mengelilingi pasukannya sambil memprovokasi mereka, “Jangan pernah merasa lemah atas kematian ‘Utbah, Syaibah, dan Walid. Karena sesungguhnya mereka terlalu tergesa-gesa. Demi Latta dan ‘Uzza, kita tidak akan kembali sebelum berhasil mencerai-beraikan mereka di pegunungan. Aku tidak ingin melihat salah seorang kalian membunuh salah seorang dari mereka. Namun habisi mereka sekaligus sehingga kalian dapat mengajarkan kepada mereka arti buruknya perbuatan mereka yang telah meninggalkan kalian dan keengganan mereka untuk menyembah Latta dan ‘Uzza.”

Kematian Abu Jahal

‘Abdurrahman bin ‘Auf berkatan, “Ketika Perang Badar aku benar-benar berada di tengah barisan. Tiba-tiba saja dari sisi kanan dan kiriku muncul dua orang pemuda yang masih sangat belia sekali. Seakan-akan aku tidak yakin akan keberadaan mereka. Aku berharap seandainya saat itu aku berada di antara tulang-tulang rusuk mereka. Salah seorang dari mereka berkata kepadaku sambil berbisik, ‘Paman, tunjukkan kepadaku mana Abu Jahal.’ Kukatakan kepadanya, ‘Anakku, apa yang akan kau perbuat dengannya?’ Pemuda itu kembali berkata, ‘Aku mendengar bahwa ia telah mencela Rasulullah saw. Aku pun berjanji kepada Allah seandainya aku melihatnya niscaya aku akan membunuhnya atau aku yang akan mati di tangannya.’ Aku pun tercengang kaget dibuatnya. Lalu yang lainnya langsung memelukku dan mengatakan hal yang sama kepadaku.

Seketika itu aku melihat Abu Jahal berjalan di tengah kerumunan orang. Aku berkata, ‘Tidakkah kalian lihat? Itulah orang yang kalian tanyakan tadi.’ Mereka pun saling berlomba menghayunkan pedangnya hingga keduanya berhasil membunuh Abu Jahal.”

Dalam salah satu riwayat, ‘Abdurrahman bin ‘Auf berkata, “Aku akan merasa senang sekali seandainya aku berada di antara mereka berdua. Maka kutunjukkan kepada mereka yang mana Abu Jahal. Mereka pun meluncur layaknya dua ekor elang hingga mereka berhasil membunuhnya.” Kedua pemuda belia itu adalah anak ‘Afraa. ‘Abdullah bin Mas’ud mendapati Abu Jahal dengan sisa-sisa nafas terakhirnya. Kemudian ia pun langsung membunuhnya. Anas bin Malik berkata, Rasulullah saw. pernah mengatakan, “Siapa yang pernah melihat apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal?” Ibnu Mas’ud menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Ia pun bergegas pergi. Lalu ia menemukannya lemas di tangan kedua anak ‘Afra. Ibnu Mas’ud berkata, “Aku pun menarik jenggotnya. Dan kukatakan, ‘engkau Abu Jahal!” Ia menimpali, “Apakah di atas Abu Jahal ada laki-laki lain yang telah kalian bunuh?”[5] kemudian ia pun membunuhnya lalu memberitahukannya kepada Rasulullah saw.

Tewasnya Pemuka Quraisy

Peperangan Badar pun ternyata menyisakan kepahitan bagi para pemuka dan pembesar Quraisy seperti ‘Utbah, (saudaranya) Syaibah, dan (anaknya) Walid. Demikian pula bagi Abu Jahal, Jam’ah bin Al-Aswad, Nabih dan Munabbih, Umayyah bin Khalaf serta Abu Al-Buhturi.

Terbunuhnya Umayyah bin Khalaf

Umayyah bin Khalaf merupakan salah seorang pemuka Quraisy di Kota Makkah yang pernah menyiksa Bilal dan orang-orang mukmin yang tinggal di sana. Peperangan Badar benar-benar telah membuatnya kehilangan akal dan pikiran. Sampai-sampai ia berteriak-teriak meminta pertolongan agar menyelematkan dirinya dari tengah peperangan tersebut.

‘Abdurrahman bin ‘Auf berkata, “Aku berpapasan dengan Umayyah bin Khalaf. Ia berdiri bersama anaknya dengan penuh kebingungan. Waktu itu aku membawa beberapa buah baju besi yang telah menjadi harta rampasan perangku. Ketika ia melihatku, ia pun memanggilku.

“Wahai hamba Tuhan!”

“Ya,” jawabku.

“Apakah engkau akan menjadikan kami berdua sebagai tawanan perang? Diriku lebih baik dari baju-baju besi yang ada ditanganmu itu. Barangsiapa yang menawanku, maka niscaya aku akan menebusnya dengan unta yang banyak susunya.”

‘Abdurrahman berkata, “Kulemparkan baju besi itu dan kuraih tangan mereka berdua. Sementara itu ia berkata, ‘aku tidak pernah melihat situasi seperti hari ini sebelumnya.‘ Kemudian ia berkata lagi, “Wahai ‘Abdullah, siapakah orang yang dikenal dengan bulu yang lembut di dadanya?‘” ‘Abdurrahman berkata, “Kukatakan kepadanya, ‘Hamzah bin Abi Muththalib.” Lalu ia berkata, “Itulah orang yang telah melakukan ini dan itu kepada kami.” ‘Abdurrahman berkata, “Demi Allah, aku akan benar-benar membalas mereka berdua jika Bilal melihatnya bersamaku. Dialah yang dulu menyiksa Bilal di Makkah karena ego jahiliah terhadap Islam.

Ketika Bilal melihatnya, ia pun berkata, “Pentolan orang kafir Umayyah bin Khalaf. Aku tidak akan selamat jika ia selamat!” ‘Abdurrahman berkata, “Kukatakan, ‘wahai Bilal, ia adalah tawananku.” Bilal kembali berkata, “Aku tidak selamat jika orang itu masih juga selamat.” Kemudian dengan nada lantang ia berteriak, “Wahai orang-orang Anshar, pentolan orang kafir adalah Umayyah bin Khalaf. Aku tidak selamat jika orang itu masih juga selamat.”

Orang-orang pun berkumpul mengelilingi kami. Lalu aku ikut bersama mereka. Salah seorang mengayunkan pedangnya ke kakinya hingga ia terjatuh. Umayyah berteriak histeris, sesuatu yang belum pernah kudengar sebelumnya. ‘Abdurrahman berkata, “Kukatakan kepada Umayyah, “Selamatkanlah dirimu sendiri! Sekarang tidak ada lagi keselamatan bagi dirimu! Demi Allah, aku tidak akan menolongmu sedikitpun.” Ia berkata, “Orang-orang pun berkumpul dan menghajarnya dengan pedang-pedang mereka sampai mereka membereskan keduanya.”

‘Adurrahman berkata, “Semoga Allah swt. senantiasa merahmati Bilal, ia telah menyakitiku dengan baju besi dan tawananku!!!” Demikianlah, barangsiapa yang berselisih dengan Allah, maka ia pun akan kalah. Dan barangsiapa yang menantang Allah swt. dan Rasul-Nya, maka ia akan menjadi orang-orang yang begitu terhina. Dan barangsiapa yang bersikap semena-mena terhadap hamba-Nya, maka niscaya Ia akan membalasnya dengan balasan yang setimpal. Ia jadikan dirinya sendiri sebagai pelajaran dan tanda kekuasaan-Nya. Dan azab akhirat itu benar-benar lebih menyakitkan dan lebih dahsyat.