Rabu, 14 April 2010

Pandangan Tok Guru berkaitan PRK Hulu Selangor



Salam Perjuangan,

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz: “Di Hulu Selangor ni, peluang terbaik untuk kita terangkan Islam kepada pengundi dan masyarakat. Ia sesuai kerana pegundinya bercampur antara Melayu, Cina dan India. Campuran pengundinya lebih kurang sama dengan keadaan penduduk di Malaysia. Maka, ia paling cocok untuk kita terangkan Islam. Sifat rakyatnya sebenarnya paling cocok jika kita terangkan Islam kepada mereka.

Sambung Tuan Guru lagi: “Kita kena yakin dan percaya, semua kaum di negara ini - orang Melayu, Cina dan India boleh ikut Islam. Kalau kita nak selesaikan masalah perkauman, maka bukan ajaran kebangsaan yang boleh menyelesaikan. Hanya ajaran Islam yang boleh menyelesaikan perkauman. Maka tak ada alasan untuk kita tolak Islam. Sesuai dengan bacaan doa iftitah, yang kita mengaku di depan Tuhan, “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku dan hidupku serta matiku adalah kerana Rabbil-‘alami.”

Selepas itu, saya ditugaskan untuk menulis pandangan itu untuk tatapan pengundi-pengundi Hulu Selangor. Harapannya, para pengundi di Hulu Selangor tak kira Melayu ko, Cina ko atau India ko; semua boleh dengar seruan Islam. Maka, bagi saya pandangan Tuan Guru itu patutlah dijadikan poin untuk berceramah, terutama kalangan ustaz dan pimpinan yang selalu terlibat dengan kempen melalui ceramah atau rumah ke rumah.

Semuga Tuhan Yang Esa sedia membekalkan kecekalan hati dan daya juang kepada para penceramah dan petugas kempen dalam pilihan raya Hulu Selangor. Nanti Pakatan Rakyat terus kekal di hati pengundi Hulu Selangor.

Catatan Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik MB Kelantan
.

ulasan...

Matlamat Tok GUru hanya mahu menyebarkan syiar Islam sahaja. Beliau jarang bercakap mengenai parti, tetapi banyak bercakap mengenai Islam dan Allah sahaja. Cukup berbeza dengan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan