Selasa, 13 April 2010

Mengenali Tuan Guru Yusuf Rawa


Salam Perjuangan,

Sebentar tadi aku disapa oleh seorang sahabat, dia bertanya tentang blog permatangbendang ni. Kenapa tak update? Malas pula aku nak menjawabnya. Ntah la, isu-isu yang terjadi pada minggu ni tak berapa menarik minat aku untuk kongsikan bersama. Tak pe la, sebagai gantinya aku keluarkan posting juga pada minggu ni. Tapi bukan berkaitan isu-isu politik lagi, dah letih, nak stop dulu.

Kali ini aku ingin sekali berkongsi dengan sahabat/iah mengenai seorang ulama yang telah lama berjuang dalam dunia siasah ini, Tuan Guru Yusuf Rawa.

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي) atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (6 Mei 1922 - 28 April 2000) dikenali sebagai tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS.

Kehidupan Awal

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.

Politik

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Asri Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesar perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Meninggal Dunia

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.

Sumbangan

Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.

sedikit ulasan

Teringat aku ketika bersembang dan minum bersama dengan seorang ustaz dan boleh dipanggil ulama yg menjadi rujukan para amilin-amilin Harakah Islamiah di selatan tanah air, iaitu Ustaz Abdullah Husin (Ustaz Lah). Ketika tu, Ustaz Lah bertanya kepada aku.

"Anta ni asal dari mana?"

"Ana asal dari Pulau Pinang!". Bangga sungguh tika aku menjawab soalan Ustaz Lah tersebut.

"Anta tinggal kat pulau atau seberang perai? ana dulu selalu ke pulau, Lebuh Acheh. Anta tahu tempatnya?" Tanya Ustaz Lah.

"Ana ni dok kat Seberang Perai, kampung je Ustaz. Lebuh Acheh? tak pasti pula Ustaz, ana ni tak tau sangat jalan-jalan kat kawasan pulau tu..." malu betul aku nak mengaku kat Ustaz Lah, yela 1 negeri tapi bila tanya kawasan Lebuh Acheh, tak tahu pula.

Ustaz Lah memberitahu aku, dulunya dia selalu ke Pulau Pinang untuk ziarah Tuan Guru Yusuf Rawa ataupun orang-orang sezaman dengan beliau memanggil beliau Pak Usop Rawa. Ustaz Lah menambah lagi, jika mempunyai masalah dia akan merujuk pada Pak Usop Rawa. Menurut Ustaz Lah, Pak Usop Rawa ini seorang yang begitu intelligent, beliau begitu cepat belajar sesuatu dan beliau juga dapat menguasai hampir 5 bahasa dengan fasih sekali. Dan sering menjadi tempat rujukan dari bangsa-bangsa lain.

Sekarang, aku bangga menjadi rakyat Pulau Pinang. Di negeri ini telah melahirkan beberapa individu yang telah mengegarkan Malaysia antaranya ialah:
Tuan Guru Yusuf Rawa (Mursyidul Am PAS pertama)
Anwar bin Ibrahim (pernah menjadi orang no-2 Malaysia)
Mohammad Sabu (Abang Mat)
Syeikh Abdullah Fahim (antara pencetus Penubuhan PAS)
Syeikh Muhammad Fuad (antara pencetus penubuhan PAS)
Ahmad Badawi (ketua dewan pemuda PAS pertama)

HEBAT HEBAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan