Salam Perjuangan,
Seperti mana yang kita tahu, pada 17hb-25hb April ini akan diadakan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Jom kita tengok apa yang menarik pada pilihan raya kali ini:
Calon dari Barisan Nasional:
Sekarang, berlaku krisis didalam pemilihan untuk calon dari Barisan Nasional. Terdapat 2 calon:
1. Datuk G Palanivel. Timbalan Presiden MIC
- Pemimpin MIC bertegas mengatakan bahawa timbalan presiden Datuk G Palanivel adalah calon tunggal yang dikemukakan.
- Sebelum ini, beberapa cawangan Umno di Hulu Selangor memperhebatkan lobi mereka untuk menolak Palanivel dengan alasan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang lesu meskipun telah menduduki kerusi itu selama empat penggal.
- Malah ada juga pemimpin Umno yang mendesak agar kerusi Hulu Selangor dikembalikan kepada mereka setelah diserahkan kepada MIC sejak pilihan raya 1990.
2. V Mugilan. Timbalan Pemuda MIC
- Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan.
- Pemuda UMNO pula menyatakan pendiriannya melalui Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel.
- Nak dihangatkan lagi cerita, sewaktu mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN Isnin lalu, para pemimpin MIC telah menyuara bantahan mereka dan bertegas supaya Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan bertanding di Hulu Selangor.
- Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.
“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.
Calon Bebas dari Pimpinan MIC yang digantung
- Bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
- Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti, berkata beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009
Calon dari Pakatan Rakyat:
Calon Pakatan Rakyat, Hulu Selangor , Datuk Zaid Ibrahim dilabelkan sebagai “manusia luar biasa” oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau dengan cepat menjelaskan kepada hadirin bahawa dia juga adalah seorang daripada mereka.
Pakatan Rakyat, malam semalam mengetengahkan bekas menteri undang-undang itu, secara rasmi sebagai calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menentang gergasi BN.
Gua datang mengulas...
Memang sangat menarik dan teramat menarik!
Dengan pilihanraya kali ini membuka pekung kepada BN bahwa mereka sememangnya sedang mengalami keretakan yang amat besar sekali. Hanya menunggu belah sahaja. Kita tengok bagaimana konflik yang sedang melanda parti-parti kompenan BN yang kian lama kian menuju kubur yang digali mereka sendiri.
Sebelum ini dengan krisis UMNO yang menurut Tun Mahathir bahawa UMNO busuk hingga ke usus. Lepas itu pula dengan pergolakan dalaman pari GERAKAN. Masalah kepimpinan MCA sehinggakan mereka terpaksa mengadakan EGM baru-baru ini dan Dato Chua Soi Lek yang dulunya terbabit dalam scandal seks dilantik menjadi presiden.
Kini, krisis dalaman MIC pula...3 nama dikeluarkan dalam calon-calon pilihanraya Hulu Selangor kali ni.
Mari kita sama-sama percepatkan masa untuk mengambus kubur yang mereka gali ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan