Khamis, 3 Mac 2011

Bila 'budak tak ada perasaan' bercakap mengenai jodoh, kasih sayang dan cinta

Assalamualaikum
Posting yang memecah tradisi Permatangbendang.blogspot.com.
Saat diriku berbicara mengenai jodoh, kasih-sayang dan cinta.

Untuk merasai feel, dengarlah lagu ini sambil membaca coretan saya ini...



Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari kita. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan kita dengan pasangan kita.

Buka hati dan minda kita untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan.

Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

Orang perempuan tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak berdiri, serentak memakai baju yang sama warnanya.

Orang perempuan senang kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Istiqarah, keserasian, kejujuran dan kesetiaan adalah kunci utama membina mahligai bahagia...


p/s: Khas untuk bakal-bakal pengantin sahaja. Yang bermanfaat, ambiklah sebagai pedoman. Yang mudharat, buanglah sebagai ikhtibar...

1 ulasan: