Sabtu, 17 April 2010

Perantau Musafir Perjuangan



Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan abah dan mak
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah ISLAM gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya

Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, keluarga dan seluruh kehidupan kepada Allah

Jumaat, 16 April 2010

Mari sini saya ajar kamu detect orang yang sedang menipu

Salam Perjuangan,

Hari ini hari jumaat. Saya tak tipu kamu semua. Betul!
Disebabkan hari ini hari jumaat, hari yang sentiasa dirahmati oleh Allah. Maka, dengan ini saya ingin berkongsi bersama kamu semua berkaitan dengan cara untuk mengenal pasti penipu atau pembohong.

Ye la, walaupun ada dikalangan kawan-kawan kamu semua ini dari kalangan orang-orang alim lagi waraq, tapi dalam hati dan tindakan dalaman mereka ini kamu semua tak tahu.
Ada yang berwajah alim tapi dalam hatinya begitu busuk sekali. Setiap perkataan yang diucapnya begitu indah dan sopan tapi hakikatnya didalam hati penuh dengan kedengkian dan dendam kesumat yang hanya menanti waktu untuk dibalas.

Kat sini saya ingin berkonsi dengan kamu semua. Perkara-perkara yang menjadi petunjuk bahawa seseorang itu sedang menipu atau tidak berlaku jujur dengan kamu semua.

1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.

2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.

3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.

4. Pergerakan – Eksperisi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.

5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.

6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.

7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.

8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.

9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.

10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.

11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.

12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.

13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.

14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.

15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.

Kalau kamu semua lihat pada 'sahabat-sahabat' kamu berkelakuan sebegini terhadap kamu, lempang je terus. Jangan kasi can....

Selamat mencuba dan beramal!

Khamis, 15 April 2010

Ini dia calon BN kita



Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.

Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.

Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”

“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Bukit Beruntung.

Muhyiddin juga berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan parlimen tersebut.
- Malaysiakini

Sekali lagi gua datang mengulas...

Merajuk jangan tak merajuk. Itu maknanya, orang ramai dah tak suka kamu. Apa kata kamu masuk je Pakatan Rakyat. Masuk PKR ka, DAP ka, Himpunan Penyokong PAS pun boleh juga. Sebab kalau tak silap, PRU 13 ni PAS juga akan hantar calon dikalangan non-muslim. Lagipun duduk dalam BN ni bukan dapat apa pun. Ngarut je...

Mai la datang sini. Kami kat sini boleh pujuk. Mai ramai-ramai pun tak pa, lagi bagus!

Calon di PRK Hulu Selangor. Sangat MENARIK!

Salam Perjuangan,

Seperti mana yang kita tahu, pada 17hb-25hb April ini akan diadakan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Jom kita tengok apa yang menarik pada pilihan raya kali ini:

Calon dari Barisan Nasional:

Sekarang, berlaku krisis didalam pemilihan untuk calon dari Barisan Nasional. Terdapat 2 calon:



1. Datuk G Palanivel. Timbalan Presiden MIC
- Pemimpin MIC bertegas mengatakan bahawa timbalan presiden Datuk G Palanivel adalah calon tunggal yang dikemukakan.

- Sebelum ini, beberapa cawangan Umno di Hulu Selangor memperhebatkan lobi mereka untuk menolak Palanivel dengan alasan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang lesu meskipun telah menduduki kerusi itu selama empat penggal.

- Malah ada juga pemimpin Umno yang mendesak agar kerusi Hulu Selangor dikembalikan kepada mereka setelah diserahkan kepada MIC sejak pilihan raya 1990.

2. V Mugilan. Timbalan Pemuda MIC

- Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan.

- Pemuda UMNO pula menyatakan pendiriannya melalui Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel.

- Nak dihangatkan lagi cerita, sewaktu mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN Isnin lalu, para pemimpin MIC telah menyuara bantahan mereka dan bertegas supaya Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan bertanding di Hulu Selangor.

- Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.
Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Calon Bebas dari Pimpinan MIC yang digantung

- Bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

- Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti, berkata beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009



Calon dari Pakatan Rakyat:

Calon Pakatan Rakyat, Hulu Selangor , Datuk Zaid Ibrahim dilabelkan sebagai “manusia luar biasa” oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau dengan cepat menjelaskan kepada hadirin bahawa dia juga adalah seorang daripada mereka.

Pakatan Rakyat, malam semalam mengetengahkan bekas menteri undang-undang itu, secara rasmi sebagai calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menentang gergasi BN.

Gua datang mengulas...

Memang sangat menarik dan teramat menarik!
Dengan pilihanraya kali ini membuka pekung kepada BN bahwa mereka sememangnya sedang mengalami keretakan yang amat besar sekali. Hanya menunggu belah sahaja. Kita tengok bagaimana konflik yang sedang melanda parti-parti kompenan BN yang kian lama kian menuju kubur yang digali mereka sendiri.

Sebelum ini dengan krisis UMNO yang menurut Tun Mahathir bahawa UMNO busuk hingga ke usus. Lepas itu pula dengan pergolakan dalaman pari GERAKAN. Masalah kepimpinan MCA sehinggakan mereka terpaksa mengadakan EGM baru-baru ini dan Dato Chua Soi Lek yang dulunya terbabit dalam scandal seks dilantik menjadi presiden.
Kini, krisis dalaman MIC pula...3 nama dikeluarkan dalam calon-calon pilihanraya Hulu Selangor kali ni.

Mari kita sama-sama percepatkan masa untuk mengambus kubur yang mereka gali ini!

Rabu, 14 April 2010

Pandangan Tok Guru berkaitan PRK Hulu Selangor



Salam Perjuangan,

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz: “Di Hulu Selangor ni, peluang terbaik untuk kita terangkan Islam kepada pengundi dan masyarakat. Ia sesuai kerana pegundinya bercampur antara Melayu, Cina dan India. Campuran pengundinya lebih kurang sama dengan keadaan penduduk di Malaysia. Maka, ia paling cocok untuk kita terangkan Islam. Sifat rakyatnya sebenarnya paling cocok jika kita terangkan Islam kepada mereka.

Sambung Tuan Guru lagi: “Kita kena yakin dan percaya, semua kaum di negara ini - orang Melayu, Cina dan India boleh ikut Islam. Kalau kita nak selesaikan masalah perkauman, maka bukan ajaran kebangsaan yang boleh menyelesaikan. Hanya ajaran Islam yang boleh menyelesaikan perkauman. Maka tak ada alasan untuk kita tolak Islam. Sesuai dengan bacaan doa iftitah, yang kita mengaku di depan Tuhan, “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku dan hidupku serta matiku adalah kerana Rabbil-‘alami.”

Selepas itu, saya ditugaskan untuk menulis pandangan itu untuk tatapan pengundi-pengundi Hulu Selangor. Harapannya, para pengundi di Hulu Selangor tak kira Melayu ko, Cina ko atau India ko; semua boleh dengar seruan Islam. Maka, bagi saya pandangan Tuan Guru itu patutlah dijadikan poin untuk berceramah, terutama kalangan ustaz dan pimpinan yang selalu terlibat dengan kempen melalui ceramah atau rumah ke rumah.

Semuga Tuhan Yang Esa sedia membekalkan kecekalan hati dan daya juang kepada para penceramah dan petugas kempen dalam pilihan raya Hulu Selangor. Nanti Pakatan Rakyat terus kekal di hati pengundi Hulu Selangor.

Catatan Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik MB Kelantan
.

ulasan...

Matlamat Tok GUru hanya mahu menyebarkan syiar Islam sahaja. Beliau jarang bercakap mengenai parti, tetapi banyak bercakap mengenai Islam dan Allah sahaja. Cukup berbeza dengan kita semua.

Selasa, 13 April 2010

Tanggungjawab

Salam Perjuangan,

Tiba-tiba saja aku terpanggil untuk memikirkan mengenai tanggungjawab. Banyak sungguh tanggungjawab yang teletak atas kepala aku yang tak mampu aku melaksanakannya dengan begitu baik. Ada juga yang aku terlepas pandang dan tak kurang juga ada yang aku tak laksanakan langsung.

Astaghfirullah hal azim...
Dah berapa banyak dosa yang aku himpun sepanjang aku memegang beberapa tanggungjawab yang besar ini?

Tanggungjawab sebagai seorang kuli Allah:
- Begitu banyak sungguh aku melupakan Dia diwaktu aku senang.
- Begitu banyak sungguh aku mengeluh atas apa yang terjadi pada diri aku.
- Begitu banyak sungguh amalan-amalan yang dulunya menjadi rutin harianku, tapi kini menjadi sejarah dan sirah untuk dibanggakan.
- Begitu banyak dosa aku...

Tanggungjawab sebagai seorang anak:
- Sudah lama aku tak berhubung dengan ibu dan ayah aku di kampung.
- Aku berhubung bila memerlukan pertolongan mereka saja, terutamanya ketika kehabisan duir.
- Ibu aku pernah bertanya,
"awat lama sangat tak telepon mak? Ingatkan dah lupakan kami kat kampung ni..."
- Pertanyaan itu pun dah cukup menjadikan aku sebagai anak yang derhaka.

Tanggungjawab sebagai seorang sahabat:
- Sudah ramai hati-hati sahabat yang terluka kerana aku.
- Ada yang menangis-nangis kerana perbuatan aku katanya.
- Banyak tuntutan-tuntutan yang aku tak mampu tunaikan kepada sahabat-sahabat aku.

Tanggungjawab sebagai ketua/khalifah:
- Aku tak mampu berlaku adil dengan orang-orang dibawah aku.
- Aku terlalu berlembut semata-mata untuk menjaga hati-hati mereka, sedangkan matlamat agama Allah itu lebih besar dari menjaga hati manusia.
- Aku bukan ketua/khalifah yang layak untuk memegang sebarang taklifan.

Itu baru tanggungjawab yang aku ada sekarang. Tapi aku punyai lagi 4 tanggungjawab mutlak yang akan datang. Cumanya masa yang membatasi tanggungjawab ini.

Anak lelaki kepada seorang Ibu...(Jika Ayah tiada)
Abang kepada 4 adik perempuan... (Jika abang dan ayah tiada)
Suami kepada seorang isteri...(kalau ditakdirkan Allah)
Ayah kepada anak-anaknya...(ini pun kalau ditakdirkan Allah)

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuh hidup atas kedudukan sebagai seorang manusia...

Mengenali Tuan Guru Yusuf Rawa


Salam Perjuangan,

Sebentar tadi aku disapa oleh seorang sahabat, dia bertanya tentang blog permatangbendang ni. Kenapa tak update? Malas pula aku nak menjawabnya. Ntah la, isu-isu yang terjadi pada minggu ni tak berapa menarik minat aku untuk kongsikan bersama. Tak pe la, sebagai gantinya aku keluarkan posting juga pada minggu ni. Tapi bukan berkaitan isu-isu politik lagi, dah letih, nak stop dulu.

Kali ini aku ingin sekali berkongsi dengan sahabat/iah mengenai seorang ulama yang telah lama berjuang dalam dunia siasah ini, Tuan Guru Yusuf Rawa.

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي) atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (6 Mei 1922 - 28 April 2000) dikenali sebagai tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS.

Kehidupan Awal

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.

Politik

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Asri Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesar perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Meninggal Dunia

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.

Sumbangan

Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.

sedikit ulasan

Teringat aku ketika bersembang dan minum bersama dengan seorang ustaz dan boleh dipanggil ulama yg menjadi rujukan para amilin-amilin Harakah Islamiah di selatan tanah air, iaitu Ustaz Abdullah Husin (Ustaz Lah). Ketika tu, Ustaz Lah bertanya kepada aku.

"Anta ni asal dari mana?"

"Ana asal dari Pulau Pinang!". Bangga sungguh tika aku menjawab soalan Ustaz Lah tersebut.

"Anta tinggal kat pulau atau seberang perai? ana dulu selalu ke pulau, Lebuh Acheh. Anta tahu tempatnya?" Tanya Ustaz Lah.

"Ana ni dok kat Seberang Perai, kampung je Ustaz. Lebuh Acheh? tak pasti pula Ustaz, ana ni tak tau sangat jalan-jalan kat kawasan pulau tu..." malu betul aku nak mengaku kat Ustaz Lah, yela 1 negeri tapi bila tanya kawasan Lebuh Acheh, tak tahu pula.

Ustaz Lah memberitahu aku, dulunya dia selalu ke Pulau Pinang untuk ziarah Tuan Guru Yusuf Rawa ataupun orang-orang sezaman dengan beliau memanggil beliau Pak Usop Rawa. Ustaz Lah menambah lagi, jika mempunyai masalah dia akan merujuk pada Pak Usop Rawa. Menurut Ustaz Lah, Pak Usop Rawa ini seorang yang begitu intelligent, beliau begitu cepat belajar sesuatu dan beliau juga dapat menguasai hampir 5 bahasa dengan fasih sekali. Dan sering menjadi tempat rujukan dari bangsa-bangsa lain.

Sekarang, aku bangga menjadi rakyat Pulau Pinang. Di negeri ini telah melahirkan beberapa individu yang telah mengegarkan Malaysia antaranya ialah:
Tuan Guru Yusuf Rawa (Mursyidul Am PAS pertama)
Anwar bin Ibrahim (pernah menjadi orang no-2 Malaysia)
Mohammad Sabu (Abang Mat)
Syeikh Abdullah Fahim (antara pencetus Penubuhan PAS)
Syeikh Muhammad Fuad (antara pencetus penubuhan PAS)
Ahmad Badawi (ketua dewan pemuda PAS pertama)

HEBAT HEBAT