Jumaat, 7 Ogos 2009

Berkenan Dihati

"Eh, hang dok kat universiti tu takkan tak ada yang berkenan dihati kut?",
Pertanyaan ibu itu cukup membuatkan aku terpaku.
"Bukan abang pit tak berkenan, tapi tak ada yang berkenan kat anak mak ni...", jawabku selamba.
"Mak tolong cari kat abang pit la...senang sikit, tak payah nak pikiq-pikiq lagi. Tapi mak kena cari yang comel-comel la...", usikku.
"Ish, mengada-ngada! Hang pi la cari sendiri. Tak ada masa aku nak layan anak macam hang ni...bla bla bla",
Ibu mula mengatur langkah leterannya itu.
Aku juga turut mengatur langkah melarikan diri dari tempat kejadian.

Fuh! selamat aku. Kalau tidak, mesti aku kena melayan persoalan-persoalan pelik dari ibu.

Teman wanita?
Girlfriend?
Teman tapi mesra?

Erm...susah hendak diterangkan. Ramai dikalangan kawan-kawan aku sudahpun 'berpunya'.
Si A dengan si B, si C pula putus dengan si X, si Z masih berkawan dengan si Y.

Ahh! serabut aku dengar.

Itulah isu yang paling nasional untuk dibincangkan bila berjumpa dengan rakan-rakan sekelas, rakan-rakan sekampung & rakan-rakan x-sekolah @ x-matrik.
Macam dah tak ada benda lain nak disembangkan. Sembang la pasal unta di padang pasir ka, kambing biri-biri main gitar ka, ayam serama naik basikal ka...
ini asyik cerita pasal cinta, awek, pakwe, clashing bla bla bla...

Aku sebenarnya tidak suka bila berbincang mengenai hal yang aku tidak tahu ataupun alami.
Aku bosan dengar!

Ada diantara kawan-kawan mengatakan bahawa aku ni ketinggalan zaman.
Ada diantara kawan-kawan menyindir aku sebagai budak kampung sejati.
Ada diantara kawan-kawan yang tabik hormat kerana boleh bertahan sampai sekarang.
Dan ada juga diantara kawan-kawan yang menasihatkan agar tidak terlibat dalam bidang ini walaupun mereka sendiri terlibat secara langsung...

erm...macam-macam la hangpa ni.

Setiap manusia telah dikurniakan nikmat berkasih sayang diantara sesama manusia oleh Robbil Alamin. Sudah itu menjadi fitrah kejadian manusia. Aku mengakuinya. Kadang-kadang tidak dinafikan, aku juga berasa kesunyian.

Tetapi janji Allah tetap aku pegang!
bahwa setiap manusia itu dijadikan berpasang-pasangan dan saling berkasih-sayang.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Surah Ar-Rum ayat 21.

Buatmu yang bernama Wanita...



apa yang aku tengah mengarut tengah-tengah malam buta ni???
aiyoyo....

Khamis, 6 Ogos 2009

Buat Semua sempena Nisfu Sya'ban

Lepas makan malam bersama Helmi(house mate), penulis terus bergegas ke masjid universiti. Ceramah sempena Nisfu Sya'ban. Disini penulis coretkan untuk tatapan penulis sendiri dan untuk sahabat-sahabat tentang pengisian hati yang diperolehi sebentar tadi.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Laksanakanlah penyucian hati kita dimalam barakah ini. Penyucian hati sebelum bertemu Ramadhan yang penuh rahmah...



Ubat hati ada lima perkara
1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan org soleh
4. perbanyakkanlah berpuasa (kurangkan makan)
5. Zikir malam berpanjangan

Selasa, 4 Ogos 2009

Rakyat yg Ganas??? Pikiq la elok-elok...


tentera merah mengutip bom asap yang dilemparkan oleh FRU


rakyat dimandikan dengan air asid


jerebu! jerebu!


siapa yang ganas ni? tentera merah atau FRU?


kesian, kena pijak kepala dengan SB...rakyat memang ganas


mandi lagi...aduhai


akak dengan brother ni ada bwk kayu? batu? pisau???


2 wanita kena 'fire' dengan air asid...wanita tu ganas???


"SERANG!!!" jerit seorang FRU. Brother pakai snow cap tu memang ganas...


lari...


dan lari...


dan terus melarikan diri...


hai abg, tengah baca buku ka tengah-tengah bom asap tu?


"mortar mortar....larikan diri"


"nah ambik balik bom asap ni"



mandi...


dan mandi...


dan teruskan mandi air asid...

rakyat malaysia memang ganas!

Ahad, 2 Ogos 2009

Suara Rakyat Menentang ISA



wahai ayahanda PM-ku,
dengarlah suara & keluahan rakyat-mu ini...

MANSUH ISA!