Khamis, 10 Jun 2010

Saya tak sihat?

Salam.
Binasakan Judi Bola!

Sistem badan saya dalam unstable

Pagi ini saya bangun, terasa begitu berat sekali kepala ini. Berdenyut-denyut.
Nak kata migrain, tak pernah lagi saya menghadapi penyakit tersebut. Kalau nak sabitkan dengan cuaca yang panas, tak mungkin. Kerana kat kampung saya ini agak redup sejak dua menjak ini.

Tangan dan kaki saya juga terasa kebas dan kadang-kadang terasa seperti ditusuk jarum dan duri.
Kenapa tiba-tiba aliran darah di kaki dan tangan saya tidak berjalan lancar?
Ada yang kata, mungkin darah tinggi kut. Tapi rasanya tidak kerana saya tak mengidap penyakit itu. InsyaAllah sihat.

Jantung saya juga turut mengalami kelainan dari biasa. Berdegup lebih kencang dari biasa.
Kenapa jantung ini masih berdegup kencang tanpa memberi belas kasihan kepada nafas yang terpaksa menuruti dari belakang?
Apakah yang berada didalam hati ini sehinggakan jantung saya bertindak sedemikian rupa?
Ada orang kata, mungkin kerana sedang jatuh cinta.
Jatuh cinta dengan siapa? Ada ke yang nak dengan orang yang macam saya ni?
IMPOSIBLE!

Apakah maksud semua ini?

Setelah bermuhasabah diri dan mencari maksud dari segala yang berlaku ini, akhirnya barulah saya menemui jawapannya. Saya sudah menjumpai ubatnya, ubat tersebut ada didalam video dibawah.



Alamak, semakin seram sejuk ni,
Bulu roma pun meremang tinggi,
Kepala yang berat semakin menjadi,
Puakanya video ini...

Si dia datang lagi...punca segala-galanya

Owh, patut pun badan ini kurang sihat. Si dia pujaan hati datang lagi rupanya. Betul la kawan saya kata, jantung kalau berdegup kencang ini maknanya sedang jatuh cinta.
Sememangnya saya sedang jatuh cinta dengan dia, sejak dahulu lagi dan kini dia menjelma lagi.

Nak tengok ke gambar dia?
Tapi jangan bagitahu orang lain, kita-kita saja yang tahu. Ok?
Tengok kat bawah ni, ini la penyebab saya sakit.



Tersirat

Sakit kepala
= Sebab tak cukup tidur. Siap untuk sakit kepala untuk itu...
Kebas kaki dan tangan = Sebab sepak terajang bola, tangan pula mengigil bila pasukan kesayangan kalah.
Jantung berdegup kencang = Siap sedia untuk debaran 90 minit permainan.

Argentina Argentina Argentina
Brazil Brazil Brazil
Italy Italy Italy


siapa yang sokong selain 3 pasukan ini, saya isytiharkan PERANG!!!

Rabu, 9 Jun 2010

Mengapa Anwar dihadapakn ke jawatankuasa khas?

Salam
Binasakan UMCO!

Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh blogger Parpukari, seorang blogger pro-UMNO. Antara kandungan artikel beliau ialah:

" Walaupun pada hakikatnya blog ini kurang setuju dengan usaha ‘mendiamkan’ Anwar dengan menghadapkannya ke Jawatankuasa Khas; namun keputusan telahpun dibuat. Segala hujah telahpun dibentangkan kepada anggota Dewan. Maka, setelah mendengar segala hujah – Anwar akan dihadapkan ke Jawatankuasa yang terbabit.

Entah kenapa, Ahli Parlimen BN masih takut-takut dengan Anwar. Seolah-olahnya, kalau Anwar ada – maka kesetiaan, prinsip, keyakinan membuat keputusan, jatidiri sebagai seorang pemimpin jadi terhakis, Ahli Parlimen BN takut dengan kehadiran Anwar sehinggakan perkara yang sebegitu kecil pun mahu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak yang berkenaan.

Sebenar-benarnya, apa yang berlaku ini membayangkan MP BN yang terlalu takut dengan kehadiran Anwar. Maaflah, penulis mungkin banyak menentang Anwar dalam banyak tulisan; namun memaksa Anwar senyap di Parlimen bukanlah jawapan yang bijak
" -Parpukari

Ulas sikit

Saya setuju dengan kata beliau, sememangnya MP dari UMNO/BN takut dengan kehadiran Anwar di parlimen. Pelbagai isu telah ditimbulkan oleh Anwar sehinggakan mampu mengugat kredibiliti mereka sebagai menteri. Sepatutnya mereka menjawab persoalan-persoalan yang timbul, bukannya menutup mulut yang menyoal mereka.

Pengajaran dari peristiwa Nabi Ibrahim

Kalau kita buka al-Quran tentang kisah Nabi Ibrahim, ketika baginda bertanyakan kepada Allah mengenai kekuasaan Allah untuk menghidupkan makhlukNya yang telah mati.
Mengapa Allah tidak menyuruh Nabi Ibrahim diam?
Inikan pula kita sesama manusia, tak kan kita nak suruh org yang bertanya atau memberi persoalan kepada kita itu untuk diam dan mencampakkan kedalam bilik supaya tidak lagi menyoal???

Dasar pengecut!

Selasa, 8 Jun 2010

Media. Psywar terhebat masa kini

Salam.
Binasakan Yahudi!

Psywar

i.)Pengertian
Psywar atau dalam bahasa Melayu dipanggil Perang Saraf. Perang saraf merupakan sejenis peperangan atau pun senjata yang sangat hebat dalam mana-mana peperangan yang berkaitan dengan manusia. Hal ini disebabkan manusia dilahirkan dengan emosi dan perang saraf merupakan satu keadah perang psikologi untuk menggangu tumpuan dan emosi manusia.

ii.) Beza Perang Saraf dengan Perang bersenjata
Berbeza dengan perang yang menggunakan senjata. Perang bersenjata ditujukan kepada fizikal manusia dan perang saraf pula ditujukan kepada jiwa manusia. Senjata dari perang saraf tidak dapat dibeli dari kilang senjata tetapi dapat dikuasai senjata perang saraf itu adalah melalui kehebatan minda!

Media: Psywar terhebat

Peranan media dalam membentuk fikrah individu dan umum amat penting. Malah peranan media hari ini tidak dapat dnafikan dalam membentuk persepsi dan pandangan umum. Gambar statik, musik dan video boleh djadikan sebagai alatan untuk psywar.

Media juga boleh djadikan "senjata". Membunuh personaliti atau imej seseorang/musuh politik/negara melalui rencana/paparan perang saraf. Masih ingat bagaimana media digunakan bagi "mempengaruhi" persepsi umum berkenaan "jahat"nya mereka yang terlibat di Memali?
Walhal, perkara yang sebenar tidak seperti didalam media-media jahat ini.

Ummah seharusnya media savvy yakni 'berakal media'. mmah juga harus tahu selok belok sepak terajang media. Bukan boleh menerima bulat-bulat tanpa sebarang analisa. Perhati gaya bahasa dan cara penyampaian CNN dan TV3/RTM dll misalnya. Apakah ada bias? Apakah adil? Juga filem yang dpertontonkan. Apa mesej yang tersurat? Apa pula yang tersirat?

Kita akan lihat bagaimana media-media ini memutar (spin) fakta untuk kepentingan tertentu bukan untuk keadilan sejagat.
Didalam unit media mereka akan ada "spinmasters" (pakar "putar" komunikasi), yang mana team inilah yang akan merancang psywar terhadap sesuatu isu, terutamanya isu yang melibatkan politik dan kerajaan.

Psywar terhadap Israel dalam misi bantuan keamanan Gaza (LL4G)

Mari kita analisis apa sebenarnya matlamat sebenar misi ini dalam psywar terhadap Israel.



Hebat! Cukup hebat psywar misi ini terhadap Israel Laknatullah. Dan ternyata, Israel telah terjerat dengan psywar ini. Impaknya, masyarakat dunia telah celik mata dan akal bila berlakunya peristiwa ini.

Saya teringat dari suatu ungkapan yang mengatakan:
Siapa yang kuasai media, dia akan kuasai dunia!
Media merupakan salah satu bahan kepada psywar yang menjadi senjata yang paling terhebat!

ALLAH amat sayangkan kita dan sentiasa memelihara kita

Salam.
Moga Allah rahmati kita.

Bermula sebuah cerita

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan h risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkahmenghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.



Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

ALLAHUAKBAR!

:)

Isnin, 7 Jun 2010

Tribute 4 Palestin

Salam.
Binasakan yahudi!

Daripada Hadith

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Akan ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali dapat melukakan mereka. Mahupun kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah dan mereka akan tetap sedemikan."


Dan sahabat bertanya,"Siapakah mereka ini???"

Ahad, 6 Jun 2010

Kembara Pantai Timur: Part Two

Salam.
Binasakan Yahudi!

Sekali lagi, tujuan artikel saya ini hanyalah ingin berkongsi pengalaman yang saya alami sepanjang cuti ini sahaja. Kali ini sambungan kepada 'Kembara Pantai Timur: Part One'

Catatan

ii.) Meninggalkan Kota Bharu

Selepas dari meninggalkan kuliah jumaat tersebut. Aku bergegas ke hentian bas di tengah-tengah bandaraya Islam tersebut. Ada seseorang yang sedang menunggu aku. Sudah lama dia menunggu.

"Salam, Wei hang ada kat mana la ni? aku dah ada kat hentian bas yang hang cakap tu."

"Aku ado kat sini, mu kaleh kat belake mu...aku kat belake mu." balas individu tersebut.

Bila aku mengalih pandanganku ke belakang, aku melihat kelibat seseorang yang sedang melambai-lambai dan tersenyum kepadaku, aku seperti pernah kenali riak wajah dan susuk tubuhnya. Ya! memang sah dia. Hatiku turut mengiyakan ingatanku ini.

"Mus, lama tak jumpa hang. Dah dekat 3 tahun kita tak jumpa. Dah makin berisi hang ni..hahaha"

"Samo la denge aku, lamo dok jumpo mu. Mu la, busy sokmo. Hari tu aku gi tempat mu, mu x dok. Oghe kuat nih! Mano ado berisi, steady lagi nih!" jawabnya.

"Hang nak bawa ku pi mana ni?"

"Mu ikut jo, jange banyak soa.. Kito gi memine oghe kelate, nok?" balas sahabatku itu.

"Nak pi meminang sapa? untuk hang ka? Tak sangka aku..."

"Untuk aku? untuk mu la...kalau mu kawen denge oghe sini, nanti boleh kito jumpo sokmo." balas sahabatku sambil tersengih-sengih.

"Hang biasa makan selipar asadi size 8? hahaha..."

Sahabatku itu membawaku menuju ke Kubang Kerian, kata dia rumahnya terletak di situ. Dia mengajak aku berehat dahulu di rumahnya. Macam tahu-tahu je yang aku ni dah penat...hahaha. Bagus betul member-member aku ni. Selepas selesai kami berdua membersihkan diri dan berehat di rumahnya itu, kami meneruskan lagi perjalanan kami. Ini baru permulaan perjalanan.

iii.) Perjalanan bermula

Kami menuju ke rumah sahabat-sahabat yang lain, kata sahabatku ini ada dalam 3 orang lagi sahabat kami yang akan ikut sekali. Selepas cukup ahli rombongan, kami terus menuju ke Pasir Putih. Rupa-rupanya ada lagi ahli rombongan yang lain sedang menunggu kami disitu. Wah! macam meriah je rombongan aku ni...

Sampai sahaja di Pasir Puteh, kami menelefon ahli rombongan yang sedang menunggu disitu, akhirnya kami berjumpa juga dengan mereka. Perempuan rupanya, aku ingatkan siapa la tadi. Aku macam kenal mereka, tapi sekadar kenal rupa dan nama saja. Dah lama aku tak berjumpa dengan mereka. Rasa-rasanya dekat 3 tahun juga, sama seperti sahabatku yang tadi.

Selepas itu kami terus menuju ke daerah Besut. Tepat jam pukul 1.15 tengahari, kami sampai di masjid Besut dan akan bersolat jumaat disitu. Masjid Terengganu Bestari, tapi sudah tak ada lagi perkataan atau ungkapan Islam Hadari. Biasa la, bila dan turun takhta ni memang orang akan lupa. UMCO la katakan...hahaha.
Di masjid itu merupakan check point terakhir kami untuk perjalanan ini.

Sampai saja disitu, aku terserempak dengan 4 orang sahabat ku yang lain. Mereka datang dari Kuala Lumpur. Wah! semakin meriah rombongan kami kali ni.

iv.) Kemuncak Misi Utama

Selesai sahaja solat jumaat, kami terus mencari seseorang. Kami mencari beliau kerana beliaulah yang paling bahagia pada hari berkenaan. Kami dikhabarkan dia juga bersolat di masjid yang sama.

"Hah, tu dia pengantin kita!", kata seorang sahabatku.

"Geng, Get the position! Tangkap dia...Jangan bagi dia lari!", balas sahabatku kedua.


Yang pakai baju melayu lengkap itulah pengantinnya...

Apa lagi , riuh la kawasan masjid tu dengan telatah-telatah kami. Al maklumlah, sudah lama tak berjumpa.

Percaturan yang diatur, akhirnya bersama percaturan Allah. Perpisahan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di institusi pengajian dahulu akhirnya bertemu jua. Tiga tahun masa berlalu, masing-masing menampakkan perubahan diri kearah yang lebih baik.
Yang dahulunya low profile, sekarang menjadi high profile...
Yang dahulunya hanya askar, sekarang menjadi general perang...
Yang dulunya ahli biasa persatuan, sekarang menjadi Presiden persatuan...

Tapi, ada juga yang tak berubah. Statik saja. Kalau berubah pun, bukan berubah ke arah lebih bagus tapi ke arah yang tak tentu arah (faham ke ayat ni?).
Akulah orangnya, siapa lagi? hahaha...

Sebenarnya antara tujuan aku menjejak kaki ke negeri Pantai Timur ini ialah untuk memenuhi jemputan undangan walimah sahabat ku di daerah Besut ini.

Arigato hozaimas

Terima kasih kepada Meor kerana sudi panggil kami untuk makan kenduri.
Selamat Pengantin Baru!!!

*sorry our friends, ayat gua tak berapa cantik la...kena praktis banyak-banyak lagi ni, baru la puitis sikit ayat-ayat gua ni.