Jumaat, 12 Mac 2010

Sumpah Mahasiswa!



Sumpah Mahasiswa Indonesia!
kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Pertahan Satu!
Tanah Air Tanpa Penindasan!
Kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Perwata Satu!
Perkaya Akan Keadilan!
Kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Perwata Satu!
Bahasa Tanpa Pembohongan!

Mahasiswa boleh kritik kerajaan



KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

sumber:http://www.harakahdaily.net/v2/

*Siap la hangpa wahai orang-orang atas...hahaha

Aku benci Kerajaang Perpaduang

Salam Perjuangan,

Kerajaan Perpaduan ataupun UG. Isu yang tak habis-habis sejak 2 tahun lepas lagi. Jujurnya, aku cukup menyampah mendengarnya!. Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Aku yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika aku bukan yang jenis sayangkan perjuangan Islam sudah tentu aku orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Aku tidak boleh tegur Umno sebab kita semua pun dah tahu perangai depa ni camna. Tapi aku ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Aku rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah aku daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri.


REFORMS!!!

*mungkin sahabat-sahabat menyangka aku ni dah ter'over' dalam perkara ini. Tapi ini pendapat dan pendirian aku, setiap kita ada hak masing-masing untuk menyatakan pendapat.

Mencari Kunci Ikhlas



Salam Perjuangan,

Di keheningan malam hari, terfikir aku mengenai kesempurnaan ikhlas dalam aku beramal dan mejalankan kehidupan seharian. Sedasyat apapun yang aku lakukan, tetapi jika dalam hati aku ni tidak ikhlas maka rugi yang teramat atas apa yang aku lakukan. Ditambah pula dalam kehidupan seharian aku ini, aku bertemu dengan ramai orang.

Bila kerja yang aku lakukan ini melibatkan orang luar, mesti dalam hati aku ini akan terdetik untuk mengambil perhatian orang. Terutamanya bergaul mahupun bekerja dengan adik-adik junior, maka akan timbul keegoaan aku dalam menyampaikan sesuatu kepada mereka. Bergaul dengan abang-abang senior, maka aku akan tunjukkan kehebatan diri ataupun ketawadhukaan diri kepada mereka agar mereka berbangga dengan penganti mereka ini. Yang paling bahaya sekali bila bergaul dengan makhluk yang bernama wanita, ini yang paling aku takuti. Banyak amalan-amalan ataupun gerak kerja yang aku lakukan akan menjadi hebat bila datangnya makhluk bernama wanita. Tetapi dari sudut niat, aku meng'iya'kan bahawa ianya turut hancur sehancurnya.

Ada satu Hadis yang aku dengar dari sebuah kuliah. Suatu hari Allah berfirman kepada malaikat bahawa Allah
"Aku menciptakan gunung yang begitu kukuh sehinggakan bumi tidak bergoncang dengan kekuatan gunung ini."
"Adakah yang lebih kuat dari gunung?". Tanya malaikat.
"Ada, iaitu besi. Kerana dengan besi dapat menarah gunung yang kukuh itu" Jawab Allah.
"Adakah yang lebih kuat dari besi?"
"Ada, iaitu api. Kerana dengan api dapat meleburkan besi."
"Adakah yang lebih kuat dari api?"
"Ada, iaitu air. Kerana dengan air dapat memadamkan api."
"Adakah yang lebih kuar dari air?"
"Ada, iaitu angin. Kerana dengan angin dapat menyejat air."
Adakah yang lebih kuat dari angin?"
"ADA, IAITU ORANG YANG MEMBERI DENGAN TANGAN KANAN TETAPI TANGAN KIRI TIDAK TAHU"


Aku juga teringat kata-kata dari senior aku, walaupun dia bukanlah seorang yang tarbawi, tetapi kata-katanya cukup menguris hati aku.
Katanya;
"Begitu ramai orang yang Jahil berbanding yang berilmu,
begitu ramai orang yang berilmu berbanding yang beramal,
begitu ramai orang yang beramal berbanding yang komited/isitqamah,
begitu ramai orang yang isitamah berbanding yang IKHLAS.
Syeikh, IKHLAS ialah tahap tertinggi dalam setiap amalan manusia. Kalau anta dapat capai tahap tu, mesti anta tidak akan ada masalah lagi"


Apa yang aku tahu antara mengenai ciri-ciri orang ikhlas ialah JARANG KECEWA. Kerana dalam pemikiran dia ada 2 sahaja. Yang pertama dia ingin meluruskan niat dan yang kedua menyempurnakan ikhtiar. Selepas itu apa yang telah dilakukan olehnya diserah sepenuh hati kepada Allah (Tawakal). Dia lagi dia mengharap yang lain selain Allah, ganjaran pun hanya ditagih kepada Allah, perhatian pun ingin perhatian dari Allah, mengadu pun hanya ingin mengadu kepada Allah, menangis juga ingin menangis didepan Allah.

Sememangnya aku tidak layak untuk mencapai tahap ikhlas ini. Hanya yang aku mampu hanyalah berusaha kearah itu, tetapi itu pun aku merasakan tidak mampu...Ampunilah dosa-dosa kami Ya ALLAH...