Sabtu, 27 Mac 2010

Memali...tangisan mu membawa ke syurga. InsyaAllah!

Salam Perjuangan,

Beberapa petikan video dari youtube mengenai peristiwa Memali.
Untuk perkongsian semula kisah ini yang hampir dilupai oleh rakyat Malaysia.









Zul Din: Keluaq syurga, masuk neraka

Salam Perjuangan,

27 Mac 2010: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia menemui ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli yang telah dipecat oleh PKR dan kini menjadi wakil rakyat Bebas membuat dakwaan tersebut semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu.

Menurut Zulkifli, ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman, tetapi beliau bersyukur kerana dilindungi Allah melindungi daripada terlibat dalam fitnah tersebut.-Malaysiakini-

- geng2 al kataki...mangkuk ayun betul bdk-bdk ni...

Aku nak ulas jugak walaupun sikit...

Elok sangat dah la tu. Dah hang ludah kat muka dia, pastu pi jilat balik kahaq-kahaq ludah hang tu kat muka dia.

"Maaf ye Dato' Seri, saya agak emosi time tu. Xpa2, nanti saya jilat balik...siap polish lagi, baru shinning sikit muka Dato' Seri tu...(aku kena bodek sikit, baru dpt jadi menteri temberang)".

Hang ni macam-macam la Zul Din, patut la Arwah Ust Fadzil Noor tak suka kat hang masa dia hidup dulu...ulama' tu boleh kenal yang mana satu munafik dan yang mana satu muttaqin.

Tok Guru sedia lepaskan jawatan?

Salam Perjuangan,

Selepas lebih 23 tahun memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu.



Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. -TV9

Nak ulas sikit la...

Terserlah sifat merendah diri dan tawadhu' seorang yang bergelar Tok Guru. Nada sedih juga dapat dihidu dari kenyataan TGNA tersebut.

Yang gila jawatan sudah boleh tonjol diri... terutama yang galak meminda perlembagaan PAS semata-mata nak menepis keluar TGNA dan yang tak sabar-sabar nakkan pemimpin kesukaan mereka memegang jawatan Mursyidul Am setelah dilihat TGNA menjadi batu penghalang untuk mereka menjayakan misi dan visi mereka selama ini.

Berkilas ikan di air kita tahu jantan betinanya. InsyaAllah.

*kepada yang sayangkan bangsa Melayu dengan perpaduan Melayu, mesti syok dengar statement Tok Guru. Jangan nk hepy sangat, aku pi lempang sekoq-sekoq baru tau!

AKU BENCI UMNO!
AKU BENCI UMNO!
AKU BENCI UMNO!

Khamis, 25 Mac 2010

Perjuangan ini BENAR!!!

Salam Perjuangan,

Teringatkah kamu semua mengenai peristiwa memali?
Pernahkah kamu mendengar nama Ust Ibrahim Libya?
Individu yang dicanang dalam televisen sebagai seorang penganas.

Nah dengarlah ucapan dari individu ini...


moga syahid milikmu...Amin

Terkenang Almarhum Ust Fadzil

Salam Perjuangan,

Tatkala keheningan malam ini, ntah macam mana aku boleh terbuka video mengenai Ust Fadzil. Sayu plak hati ini bila tonton video Almarhum...
mungkin ramai yang dah tengok video ni, sama-sama kita hayatinya

Rabu, 24 Mac 2010

Ada satu cerita lawak di PERLIS

Salam Perjuangan,

Semalam lepas saja aku balik dari kampus, aku pun buka la blog aku ni. Just nak tau berita-berita yang berlaku kat luar. Ada berita yang menarik yang berlaku kat Perlis.
berita mula-mula:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta. Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya. -malaysiakini-

Lepas tu aku terbaca lagi satu berita:

BN Perlis masih berusaha memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn supaya menarik balik peletakan jawatannya bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.
"Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya," kata Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat hari ini.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini
.

Ni berita yang paling last aku baca pasal isu ni:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.
Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.


Nak tergelak aku baca sinopsis cerita kat Perlis ni. Dah macam cerita kush kush hota hai...dua kekasih yang putus chenta.

Kata awek cun.
"I nak clash dengan U! I benci U!".

Pastu marka (kekasih) dia datang memujuk,
"Yang, maafkan abang ye! abang janji tak main kayu tiga mahupun kayu api lagi ye. Yang la perempuan yang paling abang sayang..."

Pastu bapak awek tu pun kata,
"anak saya xda apa masalah, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kasih-kekasih."

Aku tak mau ulas panjang, just nak gelak je...kahkahkah!

Selasa, 23 Mac 2010

Mari kita tengok, yang mana 1 kaki judi, yang mana 1 kaki arak?

Salam Perjuangan,

Nah! Ambik video ni...hangpa tengoklah sendiri apa yang berlaku kat parlimen baru-baru ni.



Aik?
Awat pakcik-pakcik dalam parlimen tu bukan main marah lagi bila sebut pasal tungang arak dengan tidur atas meja judi???
Betul la peribahasa, sapa makan cili dia yang rasa pedas...



Mampoh mu UmnGOK!!!
hahaha!