Sabtu, 27 Mac 2010

Tok Guru sedia lepaskan jawatan?

Salam Perjuangan,

Selepas lebih 23 tahun memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu.



Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. -TV9

Nak ulas sikit la...

Terserlah sifat merendah diri dan tawadhu' seorang yang bergelar Tok Guru. Nada sedih juga dapat dihidu dari kenyataan TGNA tersebut.

Yang gila jawatan sudah boleh tonjol diri... terutama yang galak meminda perlembagaan PAS semata-mata nak menepis keluar TGNA dan yang tak sabar-sabar nakkan pemimpin kesukaan mereka memegang jawatan Mursyidul Am setelah dilihat TGNA menjadi batu penghalang untuk mereka menjayakan misi dan visi mereka selama ini.

Berkilas ikan di air kita tahu jantan betinanya. InsyaAllah.

*kepada yang sayangkan bangsa Melayu dengan perpaduan Melayu, mesti syok dengar statement Tok Guru. Jangan nk hepy sangat, aku pi lempang sekoq-sekoq baru tau!

AKU BENCI UMNO!
AKU BENCI UMNO!
AKU BENCI UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan