Khamis, 8 Julai 2010

Tak ada kerja

Salam
Tunjukanlah dan pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Saya pun tidak tahu, apa yang ingin saya kongsikan bersama pada entri kali ini. Idea pun sudah kering, ntah hilang kemana. Tepu semacam sahaja otak ini. Nak bicara mengenai isu semasa, lagi la buntu. Tak ada isu yang best untuk dimainkan, yang ada pun hanya isu-isu yang 'ceroi', macam bak kata Ustaz Syahril Long. So, saya pun dah tak tahu nak kongsikan apa lagi. Mungkin kali ini hanya bercerita sahaja.

Bila berada di negeri selatan tanah air, banyak masa dihabiskan bersama dengan sahabat-sahabat. Ikatan ukhwah bersama mereka semakin erat. Tambah-tambah pula bila berjauhan dengan keluarga, jadi sahabat-sahabat inilah yang menjadi tempat mengadu dan tempat berlindung. Manis sekali ukhwah yang dihidangkan mereka kepada saya. Banyak perkara kami lakukan bersama, dari pagi sampai ke petang.

Dalam banyak-banyak sahabat, ada juga seorang dua yang 'kamceng' dengan saya. Selalunya yang 'kamceng' dengan saya ni perangainya hampir serupa dengan saya. Otak 'gila-gila'. Bila buku bertemu dengan ruas, habis bergegar satu dunia. Mahu tidaknya, kerja-kerja yang dilakukan kami juga 'gila-gila'. Kerja yang tak pernah dibuat orang. Antaranya:

1. Meredah hujan lebat dan rela basah kuyup hanya semata-mata untuk makan sup di salah satu markas. Padahal kalau ada mesyuarat semasa hujan, banyak pula songeh.

2. Sengaja menyibukkan diri dengan melakukan kerja orang lain, padahal kerja sendiri tak siap-siap lagi. Lepas tu kena marah + berleter dengan rakan sekerja.

3. Sengaja mencari gaduh dengan orang yang tak pernah ada rekod bergaduh. Ntah, tak tahu kenapa. Nak hilangkan boring kut...lepas tu tak pasal-pasal kena marah dengan individu tersebut, sebab perangai pelik sangat.

4. Sanggup pergi bergegas ke tempat yang sejauh 40km untuk berurusan, padahal boleh diselesaikan dengan hanya melalui telefon sahaja. Lepas tu merungut kata duit tak ada.

5. Sanggup tidur sebentar hanya semata-mata untuk tengok Piala Dunia. Padahal nak bangun qiamullai, susah nak mampos!

6. Membuang masa dengan meronda sorang-sorang ditengah malam. Lepas tu berhenti kawasan yang gelap. Tengok dilangit sambil mengira bintang. Ada seribu lapan ratus enam puluh tujuh.

7. Pergi ke library sorang-sorang, padahal sebelum ni cukup susah nak pergi. Sampai saja di sana, bukan membaca buku tapi mengelamun sambil tengok pemandangan di kawasan kelapa sawit.

Moral Value: Jangan melakukan perkara-perkara yang melalaikan

Selasa, 6 Julai 2010

Moga Allah menjaga kita semua

Salam
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
binasakan taghut!

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas dan garang semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?

Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?

Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Al-Ahzab : 32

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."

Tafsiran Al-Ahzab : 32

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Akhir kalam

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Isnin, 5 Julai 2010

Perkataan KERAMAT dan KERENAH dalam perjuangan

Salam.
Tunduklah kepada Allah,
Jauhi taghut!

Sekarang saya sudah berada jauh dari keluarga. Ya, hampir 800 kilometer dari kampung halaman. Merantaunya saya di negeri orang ini, InsyaAllah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan yang tidak tahu bila penyudahnya, tetapi diakhir jalan ini dijanjikan kemenangan yang pasti!
Moga Allah tetapkan hati ini untuk mengekalkan niat saya yang sebenar dalam menempuh hari-hari berliku disini.

Perkataan KERAMAT!

Sebenarnya, saya ingin membawa suatu perkongsian kepada pembaca sekalian. Yang mana perkongsian kali ini hanyalah berbentuk persoalan dalam diri. Saya nak sebutkan disini beberapa perkataan yang sering diungkap oleh sahabat-sahabiah saya, termasuk juga diri saya. Antara perkataan tersebut ialah:

1. Perjuangan
2. Pengorbanan
3. Jihad
4. Ukhwah
5. Wala
6. Istiqamah
7. Qiadah & Jundiah
8. Dakwah
9. Amal Jamaie
10. Istiqamah

Mudahnya untuk menyebut, sememangnya mudah. Acap kali disebut oleh mereka-mereka yang bermulut manis. Tapi...

Kenapa ianya KERAMAT?

Ya! sememangnya perkataan-perkataan itu begitu KERAMAT bagi saya.
Mungkin ada yang bertanya,
"kenapa anta kata perkataan ini keramat?"
Jawapan saya mudah, kerana perkataan ini akan menuntut penyebutnya agar melaksanakannya. Nilaian peribadi penyebut perkataan ini juga akan berdasarkan apa yang diperlakukannya selepas menyebut perkataan itu.

Begitu juga saya, saya juga kerap menilai seseorang itu berdasarkan apa yang diungkapkanya. Terutamanya bila seseorang itu menyebut salah satu dari perkataan KERAMAT ini. Penyanjungan dan penghinaan juga akan diberikan berdasarkan tindakan yang akan dilakukan selepas menyebut perkataan KERAMAT itu.

Sebab itu saya cukup takut bila ingin menyebut perkataan-perkataan ini ketika bersama-sama dengan sahabat/sahabiah. Kadang-kadang bila menyebut perkataan-perkataan KERAMAT ini, hati menjadi bergetar. Takut tidak mampu melaksanakan seperti mana yang dikehendaki dalam setiap perkataan KERAMAT yang disebut.

Benarkah kita ini pejuang sebenar?

Soalan ini lagi lah dasyat bagi saya. Terkelu ingin menjawab. Sebab itu sebelum sahabat/sahabiah bertanya kepada saya, lebih baik saya bertanya kepada anda dahulu. Jadi, apa jawapan anda?
Benarkah anda seorang perjuang sebenar?

Bagi saya, pejuang ialah orang yang bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri.

Tapi, saya merasakan diri saya sememangnya bukan dari golongan itu. Tak pernah dalam sejarah hidup saya, saya menginfakkan sepenuhnya diri saya dalam jalan perjuangan. Kenapa ya?
Kerana saya sememangnya manusia yang tidak mempunyai kualiti seorang pejuang sebenar.

KERENAH yang bertentang dengan perkataan KERAMAT!

Ya, seperti yang disebut diatas adalah benar. Dalam jalan perjuangan, karenah orang yang menggelarkan diri mereka pejuang sememangnya membantutkan nilai sebenar seorang 'pejuang sejati'. Saya tidak mengatakan bahawa karenah saya benar dan baik, sama sahaja. Nama pun manusia.

Pelbagai karenah yang boleh kita lihat dalam jalan perjuangan ini. Kadang sehingga membuatkan kita meluat dengan karenah mereka. Dan adakalanya juga membuatkan kita mentertawakan kerana tidak tahan lagi melihat kebodohan mereka didalam karenah mereka walaupun mereka merasakan mereka itu benar dari yang lain.

Mari kita melihat kerenah-kerenah yang telah kita lakukan sepanjang kita berada dalam jalan perjuangan ini.

1. Kita sering sebut 'perjuangan'. Tetapi bila di alam perjuangan sebenar, kita pula melarikan diri dalam senyap. Hanya timbul dalam keramaian saja, tetapi bila berada dalam kelompok sedikit, entah hilang kemana.

2. Kita sering sebut "pengorbanan'. Dan jangan lupa, kita juga sering sebut, "ana dah banyak berkorban ni.". Sungguh! kita sebenarnya bukan melakukan pengorbanan tetapi melakukan perkara dilaknat. Mengungkap seseolah kita telah berkorban dan tidak perlu lagi melakukanya.

3. Kita sering sebut 'jihad'. Tetapi bila diajak berjihad (melakukan amal-amal islami), kita pula menolak.
"Maaf, ana tak boleh. Ana terlalu busy, ana kena siapkan slide untuk program hujung minggu ni...". Walhal kerja tersebut sekejap saja, tetapi sengaja tidak diselesaikan awal. Untuk apa? Untuk menjadikan satu modal untuk tidak berjihad. Maka sahabat yang mengajak itu terkontang-kanting dalam arena jihadnya. Habis masa, wang, peluh mahupun akademiknya terpancar keluar. Tapi, ganjaran syurga menantinya. Tetapi yang menipu dalam jalan perjuangan, laknat Allah bersama mereka.

4. Kita sering sebut 'ukhwah'. Ya, ukhwah kita hanya ketika berjumpa saja. Habis saja perjumpaan,
"gi mampos kau la...kau lah yang aku paling benci sekali, kau jugalah yang merosakkan hidup aku. Arahan atas dasar perjuangan konon. Celaka betul!"
Dalam soal lakonan, kita sememangnya hebat, cium pipi, cium dahi sehingga cium kaki. Peluk tu, tak payah cakap la...sampai tak mahu lepas, kalau boleh nak berpeluk hingga kiamat. Tapi dalam hati sangat-sangat BUSUK!
Itulah nilaian ukhwah kita...

5. Kita sering sebut 'Wala'. Tetapi tidak pula kita beramal dengan perkataan itu.
"Ana tak boleh ikut apa yang diputuskan sebab ana tak ada dalam perbincangan itu."
"Ana tak akan ikut, sebab ana rasa orang yang putuskan keputusan itu pun tak betul. Ana lebih baik dari diorang la.
"
Begitu hebat kita menentang apa yang disepakati syura', tetapi mengaku berada dalam saf perjuangan Islam. Kenapa kita tidak kata,
"Ana tak boleh ikut kerana ana bodoh!". Kan senang, orang pun boleh terima.

6. Kita menjadi hebat. Ya, kita menjadi hebat dan kelihatan hebat dalam setiap gerak kerja. Tetapi kita hanya boleh menjadi hebat bila seseorang memerhatikan kita. Seseorang yang kita minati. Tak kira lelaki mahupun perempuan, ia sama saja. Tetapi bila seseorang yang kita minati itu sudah berpunya mahupun tidak bekerja dengan kita, kita menjadi mandom dan lemah. Bila ditanya, kenapa tidak seperti dulu?
"Entah la, ana dah tak ada semangat...lagipun orang yang buat kerja dengan ana ni pemalas."
Mudah sungguh menyalahkan orang lain, sedangkan diri kita ini yang dalam perangkap kebodohan dunia.

Kerenah-kerenah yang saya kemukakan ini adalah diadaptasi dari kisah benar. Saya juga berada dalam golongan-golongan itu, saya akui.

Seluruh isi langit dan bumi melaknat kita

"Ya. Kamilah penolong-penolong agama-Mu". Lantas kita menyebut ayat tersebut didalam surah as-Sof. Sedangkan kita laksanakan dengan penuh dusta dan pembohongan. Cuba menipu Allah dengan amalan-amalan yang kononnya kita telah kerjakan. Sungguh! amalan itu juga yang akan dicampak ke muka kita. Mintalah ganjaran pada apa yang kamu sandarkan.

Allah dan malaikat mentertawakan kita atas kebodohan kita yang cuba menipu MEREKA.
Si, syaitan pula berguling-guling kerana dalam kegembiraan yang amat sangat. Strateginya berjaya!

Kebodohan dan pembohongan terus kita lakukan ketika berada dalam jalan perjuangan. Bukan menipu orang disekeliling, tetapi hakikatnya menipu diri sendiri sambil lambaian-lambaian syaitan yang semakin mendekati.

Allah tidak pernah kecewa dengan perangai atau kerenah kita ini. Dia Maha Agung, tidak langsung terjejas kehebatanNya tatkala kita berkerenah dengan mem'plastik'kan jalan perjuanganNya ini. Bahkan Allah hanya menunggu hari 'yaumul mahsyar', masa untuk memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan berlandaskan niat sebenar.

Mari sama-sama menginsafi diri

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita seorang pejuang ? semoga kita diridhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !