Khamis, 27 Mei 2010

Khas utk sahabatku: Perkahwinan

Salam Pencerahan!

Pernikahan

Pernikahan adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada laki-laki dan perempuan dengan kadar yang sama dan berimbang, ia adalah wujud kecintaan, kasih sayang, mementingkan pasangan, saling memberi dan menerima, hal itu terbaca jelas dalam firman Allah Subhanahu waTa'ala.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. ar-Rum: 21).

Ciri-ciri suami dan isteri yang dituntut dalam Islam

Suami:
1. beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
2. bertanggungjawab terhadap semua benda
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
5. tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
6. rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga

Isteri:
1. beriman & solehah
2. rupa paras yang cantik dan elok
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. menentukan mas kahwin yang rendah
5. wanita yang subur
6. masih dara
7. berasal dari keturunan yang baik
8. bukan keturunan terdekat

Ingatlah sahabatku
,

Didiklah isterimu dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

Ingatlah sahabatku,


Allah menjadikan kaum hawa ini berbeza dengan kaum Adam.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Tribute for...

Istimewa buat sahabat seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam...

Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah...

Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya...

Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam, Keluarga Islam, Masyarakat Islam...

Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup...

Khasnya buat sahabatku bernama Mohd Zul Amirul Izwan Mat Derasih yang akan melangsungkan pernikahannya pada esok hari (28 Mei 2010)...

Selasa, 25 Mei 2010

Kenangan: Ezam dolu-dolu...

Salam Pencerahan!

Teringat saya tatkala di era reformasi. Nama-nama seperti Anuar Ibrahim, Tian Chua, Ust Badrul Amin, Ezam Mohd Noor dan beberapa nama lain yang begitu mengegarkan Malaysia dengan kelantangan-kelantangan suara mereka di pentas pidato. Individu-individu inilah yang telah ditahan dan dipenjarakan di bawah akta ISA.

Apabila mereka keluar dari tahanan, mereka tetap komit menentang rejim UMNO/BN. Termasuk juga manusia yang bernama Ezam Mohd Noor.

Tetapi sekarang, dunia berputar 360 darjah.
Yang naik atas, terus bertukar turun ke bawah.
Yang berhaluan kiri, terus berhaluan kanan.
Yang berjuang untuk rakyat, terus berjuang untuk kroni.

Saudara Ezam yang saya kenali dahulu sudah berbeza karakternya. Beliau sebelum ini boleh dikatakan sebagai klon kepada Anwar Ibrahim, tone pidatonya hampir sama dengan ayunan suara Anwar ketika berpidato. Semangatnya begitu kukuh dan begitu meyakinkan adik-adik dibawahnya. Kalau dulunya beliau begitu memuja Anwar Ibrahim, tetapi kini begitu kuat menentang Anwar Ibrahim.

Hasilnya?
beliau telah dilantik menjadi senator...senator...senator...

Jom kita tengok balik video-video Saudara Ezam yang menjadi sanjungan anak-anak muda reformasi:





Saudara Ezam...kamu telah mengecewakan aku...

Isnin, 24 Mei 2010

Comelnya dia...

Salam Pencerahan!

Selepas maghrib, saya layari laman web youtube.
Ada suatu video yang begitu menarik perhatian saya, ya mungkin pembaca-pembaca pernah menontonnya.

Video si anak kecil yang menghafal beberapa surah-surah lazim.



Cute! Comey! Cool!

*kalau la gua dapat adik @ anak cute macam ni...dah lama gua tarik-tarik pipi anak kecil ni...hehehe

Nujum Pak Belalang: Ketika penyamun bahagikan duit

Salam Pencerahan!



Scene yang tidak dimasukkan:

"1 Malaysia untuk kau, 1 Malaysia untuk aku"

"APCO World Wide untuk kau, APCO World Wide untuk aku"

"Katak puru untuk kau, Katak puru untuk aku"

"I help U untuk kau, I help u untk aku"

"U help me untuk kau, U help me untuk aku"

"Lesen judi untuk kau, lesen judi untuk aku"

hahaha...

UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia (versi lagu Bersatu Kita Bersatu)

Nujum Pak Belalang: Teka-teki

Salam Pencerahan!



Soalan 1


Tukang Soal :
"Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??"

Ahli Nujum Negara :
"Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR.."

Tukang Soal :
'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara :
'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2

Tukang Soal :
'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara :
'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO"

Tukang Soal :
'Sebabnya...!!??'

Nujum Negara :
'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal :
' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara :
'UMNO!!!'

Tukang Soal :
'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara :
'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal :
'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..??Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara :
'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal :
'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara :
'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal :
'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara :
'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'


Soalan Extra

Tukang Soal :
'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara :
'........... DUIT !!!..' 'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

- Azlan Zainal

"U help me, I help U"

Salam Pencerahan!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

dari: Kedah Lanie

Lelaki Sejati

Salam Pencerahan!

Lelaki Sejati

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang-orang di sekelilingnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat sari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya menyatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya kepada generasi muda dan agama...

Lelaki sejati bukanlah dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibaca...

*gua jumpa kat FB. Ayat dia macam best ja, tu yang gua copy paste. Mudah-mudahan boleh la dapat sedikit saham akhirat bila ada pembaca-pembaca yang ambik ikhtibar dari artikel kali ni...

Ahad, 23 Mei 2010

Woi UMNO/BN! Nah tengok apa Ust Azizan ckp...

Salam Pencerahan!

Trade mark "Salam Pencerahan" ni saya copy dari Dzulfikar Mashoor, wartawan Harakah. Apa yang cerah?
InsyaAllah jika diizinkan Allah, kita akan melakukan pencerahan di Malaysia ini.
Kita akan cerahkan Malaysia dari gejala rasuah, judi, keruntuhan moral dengan kita menukarkannya ke jalan Islam.

UMNO/BN serang Kedah?

Riuh dalam berita-berita RTM, TV3 suku, BERNAMA dan sekutu-kutunya menyiarkan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan kerana 4 ADUN dari PKR dan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat Kedah.

Cinabeng lu UMNO/BN, dah macam-macam luorang buat kat Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan yang paling teruk Perak (sampai jatuh kat tangan lu). Sekarang nak buat kat Kedah pulak?
Dasar manusia berperangai BERUK! Beruk yang tak boleh tengok bunga yang mekar, habis dirosakkanya.

Kepada semua pembaca, jangan mudah terpengaruh dengan propaganda-propaganda dari beruk-beruk ni. Kat video dibawah ni, adalah respon dari YB Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

YAB DS Ust Azizan Abd Razak - Betoi Ka DUN Kedah Bubar..? from TVceramah on Vimeo.



Saya sebenarnya orang Kedah...lahir kat Sungai Petani, Kedah. Tapi dibesarkan di Pulau Pinang. Kiranya darah Kedah tetap mengalir didalam badan ini jua.