Sabtu, 24 April 2010

Ceriakan hari-mu dengan 'kesengetan diri'

Ceriakan hari-hari anda dengan kesengetan ini...

Salam Perjuangan,

Perutusan dari Tok Guru selepas pulang dari umrah.


WE LOVE TOK GURU!

Jumaat, 23 April 2010

Hulu Selangor. Jom kita pakat hentam!

Salam perjuangan,

Fuh! Lama betul aku tak menaip ni, al-maklumlah agak sibuk sikit. Sebelum-sebelum ni asyik baca je kat blog-blog berkaitan dengan Hulu Selangor. Aku pun teringin juga nak posting, tapi tak cukup waktu. Kali ni jom kita pakat hentam habis-habisan UMNO/BN taghut tu.

Hulu Selangor


1. Isu Zaid Ibrahim minum arak

- Sibuk gila TV dok jaja yang kata Zaid Ibrahim dulunya suka minum arak. Macam-macam statement keluar dari pimpinan UMnGOK.
- Tak payah la nak terpengaruh dengan puak-puak ni, just nak tanya sikit ja.
Zaid Ibrahim tu minum arak time dia berada dalam PKR atau UMNO?
Yang minum dengan Zaid tu mesti dikalangan UMNO jugak kan?
Sekarang ni Zaid ada minum arak dah ka?




Tok Guru bersama Zaid

- Bila UMNO keluarkan isu ni, ada jugak orang-orang yang jelas fikrahnya turut terpengaruh. Jahil sungguh!
- Tak payah nak ragu-ragu, Tok Guru yang dok kat Mekah pun sanggup balik awal semata-mata untuk support Zaid. Antara umrah dengan PRK Hulu, ternyata Tok Guru memilih PRK ini.
- Jadi, masih ada lagi orang-orang yang jelas fikrahnya masih mempunyai keraguan pada PRK Hulu Selangor ni?


"Apabila dah berkawan rapat dengan Tok Guru dan mendapat nasihat darinya, rasa faham dalam hal-hal berkaitan agama ini jauh lebih baik.... berbeza ketika saya berada dalam UMNO, yang mana ulama UMNO tidak memberikan pandangan betul dalam pelbagai hal agama..... menyebabkan orang seperti saya yang kurang arif agama tidak mendapat pandangan yang sewajarnya..." Haji Zaid Ibrahim

* Kalau masih ada dikalangan kita yang percaya propaganda-propaganda mereka, memang gua sepak jugak sekor-sekor...dua kali penyepak, satu penyepak dari aku dan satu lagi penganti penyepak dari Tok Guru.

Katak-katak semakin banyak

- Kalau kita perhati PRK kali ni, memang banyak katak-katak yang melompat. Musim katak mengawan kut? hahaha
- Mula-mula pimpinan cawangan bertukar menjadi katak, lepas tu sampai ke doktor peribadi Anwar Ibrahim pun disumpah menjadi katak jugak. Hai, pelik aku dibuatnya.



- Tak payah kita semua nak risau. Besa la, ni semuanya geng-geng munafik. Standar la tu, macam zaman nabi dulu juga. Nabi pun alami macam ni juga ketika nak pi perang Uhud, Khandak dan perang-perang yang lain. Munafik-munafik ni la yang menarik diri waktu pasukan Islam nak pi perang.
- Inilah yang dikatakan 'pembersihan' tentera dari Allah. Kalau tak manusia yang membersihkan, maka Allah sendiri akan membersih mereka-mereka ini dari kelompok golongan yang terpilih.

Cukup la kut...rasanya ni pun dah cukup untuk menyerang balik UMnGOk tu. Harap kita semua dapat clear dari belengu-belengu dalam pemikiran ini.
Hari ni pun dah hari jumaat, so sama-sama la kita banyakkan ibadat.
Serang UMnGOK ni pun satu ibadat jugak!
Kalau tak caya, hangpa pi tanya Tok Guru (best beb dapat jumpa Tok Guru kat KB dulu)

Khamis, 22 April 2010

Maaf!

Salam Perjuangan,

saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat meng'update' blog ini buat seketika waktu, kerana terdapat batasan-batasan waktu. Memang agak merugikan kerana isu politik di Malaysia sekarang terlalu 'best' untuk kita selami bersama.

Tapi apakan dayaku ini...

Esok petang saya pasti akan menyerang mereka-mereka berkenaan.

:)

Isnin, 19 April 2010

To all sahabat: I can't be perfect...



I tried to be perfect,
But nothing was worth it,
I don’t believe it makes me real.
I thought it’d be easy,
But no one believes me,
I meant all the things I said.

If you believe it’s in my soul
I’d say all the words that I know
Just to see if it would show,
That I'm trying to let you know,
That I’m better off on my own.

This place is so empty,
My thoughts are so tempting,
I don’t know how it got so bad.
Sometimes it’s so crazy,
that nothing can save me,
But it’s the only thing that I have.

If you believe it's in my soul,
I’d say all the words that I know,
Just to see if it would show,
That I'm trying to let you know,
That I'm better off on my own.

On my own...


Diri ini ingin mengulas

Saya berharap kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan dan yang lain janganlah mengharapkan yang kesempurnaan dari diri saya ini.
Sungguh! saya tak mampu menjadi sempurna. Saya hanya mampu menburu 'kesempurnaan', tetapi sukar untuk mendapatkan.

Saya hanya boleh menjadi diri saya,
tiada daya saya untuk mengubahnya,
tetapi sedaya upaya untuk memburu sempurna

Janganlah menghukum saya jika saya tidak sempurna.
Janganlah menolak saya jika saya tidak sempurna.
Janganlah meninggalkan saya jika saya tidak sempurna.

Terimalah saya seadanya...

Ahad, 18 April 2010

Pemburu Umar!

Salam Perjuangan,

Sebelum memeluk Islam, Umar dikenali di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berdiskusi, berdialog dan menyelesaikan pelbagai urusan. Dia juga pedagang yang mahir dan tekun dalam perdagangannya. Umar dikenali sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi. Oleh kerana itulah dia digelar Al-Faruq.

Selepas memeluk Islam, Umar bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya, Rasulullah, mengapa kita bersembunyi dalam menyiarkan agama Islam?. Pada hal kita berada di atas kebenaran."

Rasulullah SAW menjawab, "Jumlah kita sedikit dan kamu dapat melihat sendiri apa yang selalu mereka lakukan terhadap kita."

Umar berkata lagi, "Demi yang mengutus engkau dengan hak, aku berjanji bahawa tiap-tiap tempat yang pernah aku sebarkan kekafiran, akan aku datangi untuk menyebarkan keimanan."

Umar Mencabar!

Pada suatu hari Rasulullah SAW bersama para sahabatnya menuju ke Kaabah dengan dua barisan. Barisan pertama dipimpin oleh Hamzah bin Abdul Mutalib dan kedua dipimpin oleh Umar al Khattab. Ketika melihat kedatangan mereka kaum Quraisy berasa marah tetapi tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang tindak balas daripada Hamzah dan Umar. Sejak itul Rasulullah SAW memberi gelaran Al-faruq bererti pembeza di antara hak dengan batil kepada Umar al Khattab.

Ketika kaum Muslimin hijrah ke Madinah, mereka meninggalkan kota Mekah secara bersembunyi kecuali Umar al Khattab. Dia berhijrah secara terang-terangan. Dia berkata kepada orang-orang Quraisy, "Aku akan meninggalkan Makkah berhijrah ke Madinah. Barang siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang perjalanan aku!"
Tidak seorang pun yang berani menyahut cabaran Umar al Khattab. Itulah kekuatan dan keberanian yang dimiliki Umar al Khattab.

Kerasnya Umar

Umar al Khattab yang terkenal dengan sifat bengis, keras dan ganas, berubah setelah memeluk Islam. Keperibadiannya lebih cemerlang selepas dilantik menjadi khalifah.

“Janganlah kamu menyangka sifat kerasku berkekalan. Sejak awal ketika aku bersama Rasulullah SAW, aku selalu menjadi penjaga keamanan dan ketenteraman. Aku orang yang paling lemah di hadapan yang hak,” kata Umar al Khattab ketika dilantik menjadi khalifah.

Kehebatan Umar

Pada suatu hari, seorang utusan Kaisar menemuinya. Ketika itu Umar sedang tidur berbantalkan batu. Melihat hal itu, utusan Kaisar berkata kepadanya: “Wahai Umar, sungguh anda berlaku adil. Oleh kerana itu anda dapat tidur dengan nyenyak dan aman.”

Abdullah Ibnu Mas’ud berkata: “KeIslaman Umar adalah perintis jalan. Hijrahnya adalah kemenangan, sedangkan kepemimpinannya adalah rahmat."

Setelah Palestin dikuasai kaum Muslimin, Umar al Khattab ke Baitulmaqdis untuk menerima kunci kota daripada penguasa. Pada waktu itu, Umar hanya mengenakan pakaian biasa dan berjalan kaki sambil menuntun sendiri kudanya.Penduduk Baitulmaqdis termasuk rahib dan pendeta berdiri berderet di sepanjang jalan untuk menyaksikan Khalifah Amirul Mukminin.Tetapi alangkah terkejut dan hairannya mereka menyaksikan Umar dalam keadaan amat bersahaja. Mereka sama sekali tidak menyangka orang yang sedang mereka lihat itu adalah Amirul Mukminin.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku mempunyai dua penasihat dari langit dan dua penasihat dari bumi. Dari langit ialah Jibril dan Mikail, dari bumi Abu Bakar dan Umar."

Dalam hadis lain Nabi bersabda: “Sesungguhnya syaitan lari apabila berjumpa dengan Umar.”

Doa Umar

Dia selalu berdoa: “Ya, Allah, seperti Engkau tahu, aku ini berwatak keras. Oleh kerana itu lunakkanlah aku. Aku ini lemah, ya Allah, maka kuatkanlah aku. Aku ini kikir, maka jadikanlah aku hamba-Mu yang pengasih, pemurah dan dermawan.”

Ketika berlaku kemarau panjang Umar berdoa: “Ya, Allah? janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.”

Selepas usiaku makin tua, dia berdoa: “Ya Allah, usiaku makin tua, kekuatanku makin surut, rakyatku makin menyebar luas, maka wafatkanlah aku tanpa mensia-siakan dan melalaikan tanggungjawabku.”

Setelah memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Khalifah Umar al Khattab meninggal dunia setelah berjaya menundukkan kuasa Rom dan Parsi serta berjaya membuat pembaharuan terhadap pemerintahan Islam.

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya) , jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Ulas...
Sedang berusaha menjadi seorang pemburu Umar yang sentiasa memburu teladan dan aksi Umar al-Khattab sepanjang kehidupan beliau...
Layakkah diri ini menjadi pemburu Umar?
Wallahualam

Tahajud

Salam Perjuangan,

Tahajud. Begitu ringkas perkataannya tetapi begitu sukar perlaksanaannya.

Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.

Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.

KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?

BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك

“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.

PASANGAN YANG BERTHAJJUD
Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين

“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.



TIPU DAYA SYAITAN
Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه

“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى

“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.

Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.

MAHAR BIDADARI
Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalim tirai sejak 500 tahun.”