Ahad, 29 Ogos 2010

Rumah Tangga Islam

Salam
Perjuangan tanpa akhir.

...

Messi: Awat tiba-tiba hang solat kat surau kolej kami plak ni?

Mendes: Ikut suka hati aku la...kalut betui hang ni.

Messi: Jom ikut aku pi hantar Abang Ijan kat stesyen bas, dia balik Ipoh malam ni.

Mendes: Aku ok saja.

Messi: Wei, hang tau dak malam ni ada perjumpaan dengan pelajar tahun akhir?

Mendes: Aku baru tau tadi, tak ada sapa pun hantar mesej aku. Ni pun sebab ada orang bagitau aku time maghrib tadi. Depa nak bincang pasal apa?

Messi: Hang mengarut betui. Depa nak bincang dengan pengisian pasal rumah tangga Islam. Aku tak boleh pi, esok aku ada test ni. Tak study apa lagi.

Mendes: La...depa bincang pasal rumah tangga Islam ka? Uihhh...malasnya aku. Takpa, kita pi hantar Abang Ijan dulu. Nanti kita pi la, tapi kalau tak pi pun tak pa. Lagi aku suka.Haha

Messi: Hang memang macam tu.

...

Baitul muslim atau rumah tangga Islam. Memang ramai yang suka bila mendengar berkaitan baitul muslim. Yang lelaki tersenyum lebar, siap cuit-cuit lagi. Yang perempuan, tertunduk malu. Meriah pula majlis bila ada pengisian baitul muslim. Terutamanya yang berada di tahun akhir. Sememangnya ramai yang sukakanya. Bagus!

Kalau mengenai baitul muslim, kita sanggup meredah lorong-lorong yang sempit dipenuhi duri dan kaca. Biar cedera, asalkan dapat 'sharp on time' di tempat kejadian.

Alangkah indahnya jika kita berbuat sedemikian untuk menggerakkan dakwah Islam.