Isnin, 13 Disember 2010

Hidup penuh dengan penipuan???

Salam.

Entah kenapa, sejak sebulan dua ini saya menjadi begitu malas untuk menulis.
Mungkin sibuk dengan pelbagai perkara sehinggakan tiada ruang untuk menulis.
Mungkin juga sememangnya jiwa saya sudah kosong untuk menulis lagi.

Kenapa saya perlu sedemikian rupa?
Padahal di blog inilah medium untuk memperjelaskan fakta kebenaran tatkala zaman sedang dilanda kefitnahan dan penuh pembohongan. Inilah satu-satunya 'lidah' yang saya ada untuk sama-sama berkongsi info dan idea serta membongkar penipuan demi penipuan yang melanda negara kita ini.

Sejarah menipu dan terus menipu.
Ya! Ini sememangnya perkara yang keluar dari mulut saya. Sejarah malaysia ada tipu!
Sejarah yang kita belajar disekolah dahulu adalah satu penipuan mengenai Malaysia. Kenapa saya berkata demikian?
Kerana apa yang kita belajar pendidikan 'Sejarah' di sekolah dulu adalah bersifat berat sebelah. Hanya mengangkat sebelah pihak sedangkan pihak yang lain adalah "salah" dan "syaitan" kepada negara.

Cuba kita luaskan lagi peikiran kita ini.
Bukankah sejarah Malaysia merangkumi sejarah 'keseluruhan Malaysia'?
Maknanya merangkumi kesemua sudut ataupun 360 degree. Apa yang berlaku sekarang, kita hanya mengetahui sudut 90 degree sahaja, manakala lagi 270 degree semuanya telah dilabel sebagai pembelot, pengkhianat, pengganas atau bahasa kurang ajarnya 'syaitan' kepada negara.

Masihkah kita tidak perasan?
Kesemua subjek sejarah yang kita belajar mengangkat parti politik yang namanya UMNO atau PERIKATAN (BARISAN NASIONAL). GILA!!!
Ini bukan sejarah Malaysia, ini sejarah UMNO dan geng-geng UMNO (MCA, MIC, Gerakan dll).
Sejarah ini lah yang kita belajar di sekolah. Sungguh! sistem pendidikan kita telah dinodai oleh 'tangan-tangan kotor' negara. Tujuan utama untuk doktrinisasi rakyat agar terus taat kepada mereka dan jangan sesekali membantah mereka. Walaupun mereka telah 'merogol' hak rakyat.

Apabila hak rakyat dirogol, maka rakyat tidak boleh membantah. Ini kerana rakyat telah tanamkan dalam kepala bahawa UMNO, MCA, MIC dan semua kompenan Barisan Nasional lah yang menjadi wira Malaysia. Dan mereka ini tidak boleh diusik atau dibangkang langsung. Jika rakyat membangkang, maka rakyat akan tergolong dikalangan 'syaitan' negara. Wajib masuk neraka!

Pihak ini telah memperbodohkan rakyat Malaysia selama 50 tahun lebih. Rakyat menjadi seakan-akan dungu bagi mereka. Sebab itu mereka boleh melakukan sesuka hati mereka.
Hanya generasi muda yang mahukan perubahan sahaja yang mampu mengubah lanskap ini.
Maka dengan itu, saya menyeru seluruh generasi muda yang mahukan perubahan bangkit dan bertindak! Jangan kita biarkan rakyat terus terseksa dek kerana generasi yang umpama 'syaitan bisu' (diamkan diri walaupun mengetahui kebenaran)

BANGKIT GENERASIKU!

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pak Ansari wajar jatuh dalam lautan masyarakat Sabah


Patah Sayap Terbang Jua, Terkehel Tangan Berjuang Juga

Dango Mamamat menulis di blognya dengan tajuk Terima kasih Pak Ansari: Tahniah teman kepada calon PKR di PRK Batu Sapi, Pak Ansari. Pak Ansari telah berjaya mendedahkan kedaifan kerajaan BN Sabah.

Dua kali BN Sabah dimalukan oleh Pak Ansari. Tidak payah buka dokumen, tidak payah repot polis. Hanya meniti di titi reput dan ambil risiko basah kuyup. Biarkan BN gelak, biar mereka kata apa-apapun.

Janji rakyat dapat melihat dengan mata sendiri betapa rakyat Sabah yang selama ini begitu setia dengan BN telah diabaikan oleh Kerajaan 1 Malaysia. 1Malaysia tahu yang rakyat miskin ini bukan minta tanah, mereka hanya minta titi ...

Adalah dijangka bahawa dua peristiwa ini akan merupakan satu petanda yang memungkinkan Pak Ansari memenangi PRK Batu Sapi. Selepas hari penamaan calon, calon PKR dilabel sebagai kacau daun kepada BN dan SAPP. Tetapi dengan peristiwa dua kali titi patah, rakyat tanpa mengira status dan kedudukan mula mempertimbangkan semula calon mana yang harus diundi.

Calon mana yang hampir dengan rakyat? Calon BN? Jangan harap. Jikalau mendiang suaminya semasa menjadi wakil rakyatpun tidak menyedari ada titi reput di kawasannya, apakah datinnya akan memperjuangkan nasib rakyat?

Yong Teik Lee? Lagi tak boleh pakai. Pernah jadi KM Sabah. Ketika berkuasa dia tidak ambil pedulipun pasal rakyat miskin yang minta titi baru. Takkan dalam keadaan tidak berkuasa dia mampu mengadakannya.

Sama ada Pak Ansari menang atau kalah, selepas ini titi yang patah akan diganti dengan yang baru. Kerajaan Musa Aman tidak mungkin sanggup dimalukan lagi. Jikalau titi tidak diganti sebelum PRU13, rakyat akan menjauhi BN. Tetapi di hati kecil rakyat kita boleh mendengar kata-kata mereka, terima kasih Pak Ansari.


Ramai yang mentertawakan calon PR yag jatuh ke laut. Dan banyak pula andaian-andaian nakal ekoran dari peristiwa itu. Ada yang menyatakan suwehnya nasib Ansari.

Apakah rahsia di sebalik kejadian tersebut lansung tidak diteroka dan dibaca.

Ansari bakal kalah kali ini. GB juga turut menerimanya. Tetapi jangan tersekat di situ cuma.

Namun daripada peristiwa dua kali jatuh ke laut, ia adalah petunjuk besar dari Ilahi bahawa orang yang bernama Ansari ini perlu "dibenamkan" di dalam laut Sabah - bermaksud Ansari perlu bergelumang dengan rakyat Sabah. Benar-benar bergelumang sehingga dua kali berada di lautan rakyat.

Kemudian Ansari bangkit dari lautan rakyat itu - dengan penuh sedar dan keinsafan bahawa rakyat Sabah memang perlukan pembelaannya. Hanya Ansari yang mampu membawa perubahan. Dan hanya Ansari dipilih Tuhan untuk dijatuhkan ke dalam laut Sabah itu.

Kedua, orang yang bersama dengan Ansari ketika itu ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah petunjuk dari peristiwa itu? Nasib Ansari akan mengikuti apa yang telah dilalui Khalid. Khalid kalah di Ijok di dalam pilihanraya kecil. Dihina, dicaci, ditohmah dan pelbagai lagi. Tetapi kemudiannya beliau menang besar di Ijok dan menang juga di Parlimen. Diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Ya, Ansari akan menerima nasib yang serupa dengannya.

Moga disana juga berkuburnya Be End!

Khamis, 28 Oktober 2010

Anak yang penyejuk mata

Assalamualaikum.



Alangkah indah jika dapat mendidik anak menjadi sebegini sehinggalah mereka dewasa. Pasti tanda-tanda kemenangan Islam itu semakin hampir

Selasa, 26 Oktober 2010

Buat mereka yang mengaku Muslim Haraki

Assalamualaikum,

Menjadi muslim haraki ada perkara yang indah.
Haraki bermaksud 'gerakan' atau 'pergerakan'. Gerakan ini sentiasa mengalir didalam arus peradaban manusia.
Membawa syiar Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah di tengah-tengah peradaban kehidupan manusia itu.
Bermatlamatkan dakwah serta dipandu oleh siasah mengikut siasah syar'iyah. Suatu usul fiqh yang boleh berubah mengikut waqi semasa tetapi masih berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Menjadi muslim haraki bermaksud kita telah mencampakkan diri kita ke lapangan manusia. Ditengah-tengah jutaan manusia, disitulah kita memulakan gerakan kita. Didalam kalangan jutaan manusia, kita berusaha agar kita dikenali mereka, agar senang kita untuk melaksanakan gerak kerja yang berteraskan dakwah. Siasah terus membawa kita menyelusuri jalan-jalan yang berliku didalam gerombolan jutaan manusia itu. Dakwah menjadi sandaran utama pergerakan siasah ini.

Bahtera ini punyai musuh.
Dalam melayari bahtera dakwah ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan dari musuh yang menimpa. Ana yakin, sahabat/sahabiah boleh menyerap sebanyak mungkin cabaran dan dugaan yang menimpa. Kerana kita sudah ditarbiyah agar menjadi 'tegar' ketika menghadapi ujian musuh. Dalam usrah-usrah kita juga menerapkan elemen-elemen pejuang yang tahan lasak. Boleh dikatakan, kita amat menyukai cabaran-cabaran dari musuh. Bahkan kita semakin suka bila semakin ditekan. Itulah muslim haraki acuan tarbiyah islamiyyah.

Ditengah-tengah ujian yang melanda, kehadiran yang semakin dikenali oleh jutaan manusia, gerak kerja dakwah yang semakin berjaya dan petanda-petanda kemenangan semakin hampir.

Namun, kita terlupa sesuatu...
Populariti yang kita perolehi,n ama kita semakin meninggi dan terpapar dikaca tv, surat khabar, website dan sebagainya. Kita terkenal. Kita berbangga-bangga dengan kedudukan kita itu.
Ujian musuh yang menimpa kita, membuatkan kita semakin mencanang-canang ujian itu kepada sahabat/sahabiah. Muslimin bercerita kepada muslimat, muslimat bercerita kepada muslimin. Harapannya, agar kita memperoleh simpati daripada mereka dan menampakkan bahawa kitalah muslim haraki yang sebenar. Mampu menerima cabaran musuh.
Selain itu, kita juga menceritakan perihal gerak kerja yang kita lakukan. Asalnya dalam percaturan siasah, kita lakukan sedemikian agar dakwah kita semakin meluas. Tetapi lain pula jadinya. Kita menceritakan perihal gerak kerja kita kerana ingin memberitahu dunia bahwa kitalah yang melakukan kerja ini. Matlamat percaturan siasah telah kita nodai.

Malangnya, kita sudah sudah terleka dengan gerak kerja sbg muslim haraki acuan dunia.
Kita asyik dengan ujian dan cabaran dari musuh dikalangan manusia, walhal kita lupa.
Bahwa musuh kita sebenar ialah syaitan.
Sememangnya syaitan tidak pernah melepaskan kita hatta kita ini ulama' yg besar, inikan pula hanya seorang muslim haraki yang kerdil.
Tipu daya syaitan begitu hebat. Dalam melakukan gerak kerja dakwah, kita bermaksiat kepada Allah.
Kita sudah leka dengan muslim haraki acuan dunia...

Kembalilah kita ke alam haraki yang sebenar.
Jadilah:
Muslim haraki yang cintakan akhirat,
Muslim haraki yang menganggap dunia sebagai permainan hidupnya.
Muslim haraki yang mampu mencaturkan pergerakan dunia kearah taqwa kepada Allah.
Muslim haraki yang mengharapkan balasan syurga Allah.

Carilah tarbiyah yang 'solid' dari orang yang sepatutnya ataupun murobbi-murobbi Harakah ini. Seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Ust Yahya Othman...
Bertemu dan menuntutlah dengan mereka, nescaya kita akan ketahui perihal sebenar seorang muslim haraki.

Khamis, 23 September 2010

Mengapa Lelaki Lambat Kahwin?

Anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Moga Allah jauhkan kita dengan pasangan kita dari ujian sebegini...

Isnin, 20 September 2010

Sambutan Syawal yang SIAL!

Salam Sejahtera.
Tiada apa yang perlu saya katakan lagi melainkan perkataan pada tajuk posting kali ini.



Dalam bulan Ramadhan kita menahan nafsu,
Selepas bulan Ramadhan kita melepaskan nafsu.

REVOLUTION!!!

Rabu, 8 September 2010

Personaliti diri

Salam.

Pagi ini saya melayari lawan web Facebook. Tertarik dengan satu application didalam Facebook itu. Mengenai personaliti diri mengikut bulan kelahiran.

Sifat orang yang lahir pada bulan Mac biasanya:

1: Berpesonaliti menarik dan menawan.
2: Mudah didampingi.
3: Sangat pemalu dan pemendam rasa.
4: Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
5: Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
6: Suka pada kedamaian.
7: Sangat peka pada orang lain.
8: Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
9: Tidak cepat marah dan sangat amanah.
10: Tahu membalas dan mengenang budi.
11: Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
12: Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
13: Suka berangan-angan.
14: Suka melancong.
15: Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
16: Kelam kabut dalam memilih pasangan.

Entahkan betul atau tidak. Ada yang betul dan ada juga yang tak betul. Macam lawak pun ada jugak...haha

Ahad, 29 Ogos 2010

Rumah Tangga Islam

Salam
Perjuangan tanpa akhir.

...

Messi: Awat tiba-tiba hang solat kat surau kolej kami plak ni?

Mendes: Ikut suka hati aku la...kalut betui hang ni.

Messi: Jom ikut aku pi hantar Abang Ijan kat stesyen bas, dia balik Ipoh malam ni.

Mendes: Aku ok saja.

Messi: Wei, hang tau dak malam ni ada perjumpaan dengan pelajar tahun akhir?

Mendes: Aku baru tau tadi, tak ada sapa pun hantar mesej aku. Ni pun sebab ada orang bagitau aku time maghrib tadi. Depa nak bincang pasal apa?

Messi: Hang mengarut betui. Depa nak bincang dengan pengisian pasal rumah tangga Islam. Aku tak boleh pi, esok aku ada test ni. Tak study apa lagi.

Mendes: La...depa bincang pasal rumah tangga Islam ka? Uihhh...malasnya aku. Takpa, kita pi hantar Abang Ijan dulu. Nanti kita pi la, tapi kalau tak pi pun tak pa. Lagi aku suka.Haha

Messi: Hang memang macam tu.

...

Baitul muslim atau rumah tangga Islam. Memang ramai yang suka bila mendengar berkaitan baitul muslim. Yang lelaki tersenyum lebar, siap cuit-cuit lagi. Yang perempuan, tertunduk malu. Meriah pula majlis bila ada pengisian baitul muslim. Terutamanya yang berada di tahun akhir. Sememangnya ramai yang sukakanya. Bagus!

Kalau mengenai baitul muslim, kita sanggup meredah lorong-lorong yang sempit dipenuhi duri dan kaca. Biar cedera, asalkan dapat 'sharp on time' di tempat kejadian.

Alangkah indahnya jika kita berbuat sedemikian untuk menggerakkan dakwah Islam.

Rabu, 25 Ogos 2010

Perdana Menteri Palestin berbuka dirumah rakyat

GAZA, 25 Ogos: Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa.

Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyah telah mempamerkan satu contoh keprihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

Pada Jumaat, 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut, lapor laman web Haluan Palestin.

Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga iaitu ibu bapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu.

Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Haniyah mengarahkan pegawainya supaya memberikan bantuan makanan untuk keluarga tersebut, dan menghadiahkan sebuah kipas angin supaya rumah mereka lebih ‘selesa’ daripada keadaan sebelumnya.

Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza hingga kini masih hidup dalam keadaan yang menyedihkan akibat tindakan zalim embargo Zionis Israel yang telah berterusan sejak 4 tahun yang lalu.

Mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, dan harus bergantung kepada bantuan kemanusiaan daripada luar, termasuklah keperluan makanan dan air bersih.

*Perdana Menteri aku??? hahaha

Tribute to someone

Salam
perjuangan tanpa akhir

---

berdiri teguh seorang anak muda

semangatnya tebal

kuat sujudnnya

jarang sekali terlepas subuh berjemaah

kepalanya selalu pening memikirkan masalah umat

buah fikirannya selalu diperah untuk menggerakan harakah ini

jika dia berada jauh, tetap jua berusaha untuk membantu gerakan ini

menjadi tempat rujukan para anak buahnya

menjadi tempat mengadu para adik-adiknya

tapi dimana tempat dia mengadu, tiada siapa yang tahu

Quran menitip dibibirnya sehari-hari

tak jemu menasihat jika ada yang salah

tak jemu berbakti jika ada yang meminta

kerana itu. kadang-kadang dirinya jua terabai

selalu melayan kerenah-kerenah orang jagaannya

tapi kerenahnya, disimpan sebaik mungkin

mungkin tidak mahu orang lain susah melayan kerenahnya itu

jujurnya, diri ini senang dibawah pimpinannya

jujurnya, diri ini selamat dibawah jagaannya

sungguh, diri ini dapat melihat keikhlasannya

maafkan diri ini, selalu memberi masalah kepadanya

maafkan diri ini, selalu membangkang arahanmu

maafkan diri ini, selalu menyusahkan dirimu

maafkan diri ini, tidak dapat bersama disaat org lain meraikan dirimu malam ini

moga pertemuan dan perpisahan kita adalah kerana Allah

moga dikau adalah ANAK MUDA yang ku cari selama ini...

---

selamat hari lahir sahabatku

Isnin, 23 Ogos 2010

Anak muda, mari memberontak!

Salam.

Mahasiswa tidak boleh berpolitik!
Satu lagi kenyataan bodoh dari orang yang memerintah negara...

Ulasan Dari Lim Guan Eng, KM negeri saya. "mereka ini munafik!"

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat perumpamaan larangan kepada mahasiswa dan pensyarah berpolitik tetapi membenarkan guru seperti dalam situasi peperangan di mana para jeneral dilarang sebaliknya hanya korperal dibenarkan.

"Ini macam dalam satu peperangan apabila jeneral dilarang tetapi korperal pula dibenarkan, ia tidak masuk akal kerana hal ini melibatkan masa depan negara," ujar Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Keputusan tersebut disifatkannya sebagai munafik kerana ia termasuk dalam empat ciri golongan tersebut.

"Ini bukan sahaja hipokrit tetapi munafik kerana ia menepati semua ciri munafik yang ditetapkan," tegasnya.

Turut membidas larangan tersebut, Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution yang menganggap keputusan kerajaan melarang mahasiswa dan pensyarah berpolitik dan membenarkan guru melakukannya sebagai tidak konsisten, paradoks atau bercanggah dan celaru.

"Keputusan kabinet akan mewujudkan jurang lebih besar kepada politik negara dan perkara ini akan memberikan kesan negatif pada jangka panjang.

"Saya katakan ianya paradoks kerana ia bercanggah dengan larangan itu dan pastinya sekadar menunjukkan Umno telah hilang sokongan golongan guru," katanya.

Membidas kenyataan sesetengah pemimpin Umno yang mendakwa penglibatan dengan politik menjejaskan tumpuan kepada akademik Saifudin menegaskan ramai pemimpin negara sekarang ini merupakan pemimpin mahasiswa suatu masa dahulu.

"Kita telah buktikan ramai pemimpin mahasiswa sebelum ini yang aktif dengan politik kampus kini berjaya ditempatkan di posisi dalam kabinet kerajaan dan memegang jawatan sebagai pemimpin masyarakat, kita tetap cemerlang.

"Sebahagian besar kabinet kerajaan adalah dahulunya pemimpin pelajar, iaitu Dato' Shabery Cheek, Dato' Saifudin Abdullah, Dato' Mohd Puad Zarkasyi, Dato' Razali Ibrahim, manakala dari Pakatan Rakyat terdiri daripada Dato' Lee Boon Chye, Dr Hatta Ramli dan ramai lagi," ujarnya.

Tambahnya, larangan terhadap mahasiswa ini menunjukkan kerajaan sengaja merendah-rendahkan keupayaan mahasiswa dan menafikan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan.

Kenyataan Dr Hatta Ramli

Sementara itu Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menempelak tindakan kerajaan yang melarang golongan mahasiswa dan pensyarah berpolitik sebaliknya hanya memberi kebenaran kepada golongan guru siswazah.

"Saya yakin larangan kepada golongan cerdik pandai seperti mahasiswa dan pensyarah itu adalah menggambarkan rasa kurang yakin kerajaan terhadap sokongan mereka yang mungkin tidak berpihak kepada kerajaan atau Umno-BN," katanya kepada Harakah.

Beliau yang juga Pengerusi Protes berpandangan larangan tersebut bersifat suatu arahan yang sudah lapuk dan menunjukkan kerajaan masih takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Kalau di luar negara mereka dibenarkan untuk terlibat dengan politik sebaliknya mereka yang di dalam negara dihalang daripada berbuat begitu.

"Sedangkan inilah medan untuk kita latih mahasiswa ini untuk menjadi pemimpin," ujarnya.

Hatta yang juga merupakan bekas anggota Exco Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melahirkan rasa kecewa dan berharap agar kabinet dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

"Penglibatan mereka dalam politik ini bukan secara sepenuh masa seperti mana ahli politik sebaliknya terdapat garis panduan tertentu yang memberi mereka peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya lagi.

Kenyataan Ustaz Idris Ahmad

Pandangan tersebut disokong Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan keputusan yang dibuat kerajaan berdasarkan anggapan ia tidak memberi keuntungan kepada Umno-BN.

"Mereka tidak benarkan sebab merasakan ianya tidak menguntungkan Umno dan mereka tahu golongan cerdik pandai ini tidak akan memilih Umno terutamanya mereka yang belajar bidang agama," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia menepis dakwaan penglibatan dengan aktiviti yang bersifat politik ini boleh menjejaskan kecemerlangan akademik.

"Keaktifan kita tidak mengganggu tumpuan dalam akademik dan perkara ini telah berjaya dibuktikan sejak dahulu lagi malah ia membentuk pemikiran kritis untuk menilai sesuatu," katanya.

tegasnya golongan terpelajar ini adalah aset baik dan pasti mereka mampu membuat keputusan dengan bijak dalam memilih kecenderungan politik masing-masing.

"Terpulang kepada mereka hendak pilih parti politik mana tetapi yang rugi akibat keputusan melarang melibatkan diri dengan politik adalah kerajaan kerana tidak dapat mengenalpasti identiti sebenar golongan ini," ujarnya.

Senario yang berbeza bagi pelajar di luar negara mengalami sedikit kelonggaran untuk melibatkan diri dengan politik apabila dapat menubuhkan kelab kepada parti politik sedia ada di negara tersebut.

Konklusi

Ayuh anak mudaku!
Bangun dan memberontaklah kalian menentang perosak negara!




Aku impikan untuk berjumpa dengan seorang anak muda yang pemberani sejati dan berjiwa rakyat!

-by permatangbendang-

Ahad, 22 Ogos 2010

Al-Mulk sebelum tidur

Salam.

Tarbiyah diri dengan membaca surah Al-Mulk selepas isyak atau sebelum tidur.



Wahai diriku, selamat beramal dan istiqamah.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Meriam buluh: Episode takruf

Salam Ramadhan

Tiba-tiba teringat 5 tahun yang lalu...
time-time cmni la makin kuat dentuman meriam besi.

Lokasi:
atas bukit kat kampung saya

Masa: selepas solat terawikh 8 rakaat

Misi: serang bdk2 kampung sebelah

Apparatus: kabat, H2O, lighter, minyak gas (nk hidupkan kayu api), selipar (nak mampatkan wap kabat kat dalam meriam).

Methodology:
1. Letakkan kabat kedalam meriam besi/buluh.
2. Isikan sedikit air kedalam meriam berkenaan.
3. Tunggu sehingga bunyi "syyhhh" hilang.
4. Ambil ranting pokok yang mati, celupkan hujung ranting berkenaan ke dalam minyak gas dan nyalakan api dibahagian itu.
5. Halakan ranting yang berapi tadi ke lubang meriam, jangan lupa pekupkan telinga ketika itu.

KEBABOM!!!

*cerita seterusnya akan disambung bila saya free...

Rabu, 18 Ogos 2010

Bila diri mula tak ketahuan

Salam satu malaysia

undilah pakatan rakyat

rindukanlah syahid

mari berpuasa

berjihad sentiasa berhadapan dengan risiko

jiwa harus bertahan hadapi ujian

ikhlas kunci syurga

hidup melayu

kuburkan taghut

jom solat terawikh

selamat menempuh hari-hari mendatang

negara berkebajikan

jadilah tentera Allah

ampunilah dosaku

rakyat diutamakan

jom kejar lailatul qadar

PAS tidak akan bersatu dengan UMNO

islam hadari

bersatu kita bersatu dengan tekad berganding bahu

bertemu dan berpisah kerana Allah memperoleh pelindungan di padang Masyar

perjalanan masih panjang

menjelmalah wahai generasi perubahan

anak muda benci umno

tak tahu nak tulis apa lagi

nak tulis apa lagi ni?

tak payah tulis

tak kira, nak tulis jugak

suka hati awak la

memang hati saya suka

katakan pada dirimu, "Wahai diri, jadilah pejuang Allah yang ikhlas"

Wassalam....

Selasa, 10 Ogos 2010

Ibrah peristiwa Mutah

Salam

Perang Mutah



Perang Mu'tah (bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.

Dialog-dialog semasa perang Mutah

1. "sekiranya Zaid Bin Harisah terbunuh ketika memimpim peperangan itu, Saidina Jaafar hendaklah mengambil tempat sebagai gantinya. Sekiranya Saidina Jaafar terbunuh juga, tempatnya hendaklah deganti dengan Abdullah Bin Rawahah. Jika dia juga terbunuh maka terserahlah kepada kaum muslimin untuk melatik penggantinya.".Rasulullah

2. Ketika tentera Islam tiba di medan perang, terbentang barisan-barisan tentera musuh (Rom) dengan jumlah 70 kali ganda berbanding jumlah tentera Islam. Ketakutan dan kegerunan mula menguasai diri mereka, lalu bangkit seorang sahabat memberi taujihad perang;

"wahai kaumku, demi Allah, sesungguhnya perkara yang kamu bimbangi itu, sebenarnya itulah perkara yang kita cari selama ini. Seseungguhnya kita berperang dengan musuh selama ini bukan kerana jumlah tentera kita lebih ramai daripada musuh.

Bukan juga kerana senjata perang kita lebih sempurna, ataupun kerana bekalan makan minum kita lebih banyak. sebaliknya kita berperang semata-mata kerana Allah SWT.

Oleh itu,marilah kita mara ke hadapan. Kerana di hadapan kita, Allah telah sediakan satu dari dua pilihan yang terbaik, iaitu sama ada kita mencapai kemenangan menewaskan musuh ataupun mati shahid."


3. Didalam perang ini, panglima pertama tentera Islam iaitu Saidina Zaid bin Harithah telah syahid. Lalu mentaati seruan Rasulullah, maka panji Islam diserah kepada Saidina Jaafar bin Abdul Mutallib. Seraya dia berkata;

"alangkah senang dalam hati ini apabila terkenang pada taman syurga. Alangkah indahnya apabila diri ini semakin menghampiri taman yang indah itu. Taman yang amat selesa untuk dihuni, dengan kejernihan air yang menyegarkan apabila meminumnya.

Dan bangsa Rom, biarkan dengan keangkuhan Romnya. Hampir benar azab menimpa kaum yang durjana itu. Manusia kafir yang keturunannya adalah generasi zina. Menjadi kewajipan ke atasku untuk membunuhnya
."

Semangat juang Saidina Jaafar

Setelah kesyahidan Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abu Talib terus gegas memegang panji Islam. Beliau terus terjun dari kuda dan berlawan di atas tanah. Dalam perlawanan yang hebat itu, tangan kanan beliau yang sedang memegang panji Islam telah dicantas oleh oleh tentera Rom. Lantas panji Islam yang dipegang beliau disambut dengan tangan kiri. Beliau tidak terus mengalah, malah makin mengasak musuh-musuh Islam. Kemaraan beliau terus ditentangi oleh pihak musuh, lalu tangan kiri beliau yang panji Islam tersebut dicantas oleh tentera musuh. Maka hilanglah tangan kiri dan kanan beliau. Dengan semangat juang beliau yang begitu kental, panji Islan tersebut disambut dengan mulut. Setelah itu, beliau terus dibunuh dan gugur syahid dalam pertempuran tersebut.

Berita kesyahidan beliau begitu memilukan Rasulullah. Dalam keadaan sedih, Rasulullah menyampaikan berita gembira kepada para sahabat. Kata baginda;
Allah akan mengantikan tangan Jaafar dengan sayap. Beliau dapat terbang mengelilingi syurga.

Allah telah mengantikan dua tangan beliau yang putus itu dengan dua sayap yang memboleh beliau berterbangan di dalam syurga Allah, ke mana sahaja yang beliau mahu, kerana itu beliau dikenali sebagai Jadfar al-Tayyar dan Jaafar zul al-Janahain.

Ibrah peristiwa Mutah

Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah yang menarik didalam perang Mutah ini. Cumanya saya fokuskan pada cerita Saidina Jaafar bin Abi Talib. Antara pedoman yang boleh diambil dalam peristiwa ini ialah:
1. Kekentalan jiwa seorang pejuang Islam.
2. Keberanian melawan musuh Islam.
3. Kesakitan bukan penghalang dalam berjuang.
4. Maruah Islam lebih utama berbanding maruah diri.
5. Setiap pengorbanan punyai ganjaran.

Allah menguji beliau, Allah juga menguji kita.
Allah 'ambil' tangan beliau totally, Allah 'ambil' kudrat kita sedikit.
Allah janjikan ganjaran untuk kedua-duanya jika hambaNya berjaya melepasi ujian-ujian tersebut.

Ya Allah, aku ingin menjadi seperti Saidina Jaafar. Beliau masih mampu berjuang walaupun tubuhnya sedang dalam kemudharatan. Tabahkan hati hambaMu ini.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Anak muda benci UMNO sampai ke mati

Salam.
Sembahi Allah dan jauhi taghut.

Artikel dari Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih. Semalam Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dimana, setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Pakatan rakyat sudah lama mencadangkan perkara ini dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan ‘freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision’ dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.

Jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber. Akibat penolakan itu, SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikan bayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3. Tetapi cadangan ini pula ditolak oleh Dr. Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.

Jelaslah, bahawa Kerajaan BN sendiri tidak konsisten dan tidak mempunyai persefahaman yang jelas terhadap keputusan yang mereka ambil. SPR menjadi seperti bola yang bukan sahaja ditendang ke sana ke mari, cadangan mereka diperlecehkan dan BN jelas takut untuk membuat penyelesaian terhadap isu pendaftaran pemilih ini kerana jumlah pengundi baru yang ramai adalah satu ancaman kepada mereka.

PAS tegas mahu pendaftaran pemilih secara automatik dibuat dan kita bersedia membantu SPR untuk meningkatkan jumlah pengundi baru. PAS berharap agar SPR bersikap lebih terbuka dan menerima dengan positif bantuan yang ditawarkan oleh PAS. Kita menawarkan perkhidmatan secara PERCUMA kepada SPR bagi mendaftarkan pemilih-pemilih baru dengan syarat pendaftar pemilih dari parti ini dan parti-parti Pakatan lainnya tidak didiskriminasi oleh SPR. Layanan yang adil hendaklah diberikan dan jawapan segera diberikan bagi setiap senarai pendaftaran yang telah diserahkan sebelum ini.

PAS berjanji, bahawa pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan jika Pakatan menjadi kerajaan selepas Pilihanraya kali ke-13 nanti sekaligus dapat menjimatkan wang rakyat dan memudahkan kerja-kerja SPR.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Anak muda benci UMNO sampai ke mati

*Wahai anak muda! sesungguhnya mereka takut akan kehadiranmu...BANGKITLAH DARI MIMPI!

Rabu, 4 Ogos 2010

Mencari lelaki yang terbaik?

Salam

Mungkin ada yang dalam belengu, mencari lelaki yang sejati dan boleh diharap. Tadi saya tertarik dengan suatu artikel dari salah satu blog, menceritakan mengenai sifat-sifat lelaki yang terbaik. antaranya

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


sumber: Kedah Lanie

Tribute to Dollah...hahaha

Selasa, 3 Ogos 2010

Ujian atau kifarah dosa?

Salam.
semoga Allah menjaga diri ini, ibu ayah, adik-beradik, sahabat-sahabat dan semua...

UJIAN

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan tetapkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” (At-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya:
“ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

PENUTUP

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

*perkara yang paling susah ialah memotivasikan diri sendiri. Bila diri dalam ujian, segala pertimbangan akan hilang seperti tiada arah. Barulah saya akui, manusia memerlukan manusia untuk memotivasikan dirinya.

Isnin, 26 Julai 2010

Friend will be friend

Salam.
Kekalkanlah kemesraan hati-hati ini akan jalanNya...

Friend will be friend

Menemukan seorang sahabat bukannya mudah seperti yang dijangka. Ada yang ingin bersahabat dengan kita atas sebab-sebab tertentu, bila sebab tertentu itu hilang maka ia turut menghilangkan ruh persahabatan itu.

Bila kita bersahabat atas nama Allah, InsyaAllah persahabatan ini akan kekal sehingga ke syurga. Sepanjang tempoh persahabatan ini akan dipenuhi dengan keredhoan Ilahi, kerana Allah telah mengikat hati-hati mereka yang ikhlas keranaNya.



p/s: Mesti akan ada yang menganggap lagu seperti ini lagho, terpulanglah. Kalau sesuatu perkara itu memberi pengajaran kepada seseorang itu, maka tiada masalah. Tapi kalau sesuatu itu memberi kemudharatan/kelalaian, maka itu yg bermasalah.

Taubat Seorang Hamba

Salam.
Terimalah taubat kami. Sungguh! kami leka dengan bisikan syaitan yang menyesatkan...

Taubat Seorang Hamba

Khamis, 22 Julai 2010

Pena lebih tajam dari mata pedang!

Salam
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.

Pena lebih tajam dari mata pedang

1. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

2. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

3. "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

4. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

5. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

6. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

7. "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

8. "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

9. "Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

10. "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

Tribute

Di tuju khas kepada diri ini dan sahabat yang sedang dilanda ujian kesusahan. Moga pena ini lebih tajam dari mata pedang ketika dimedan pertempuran.

Ahad, 18 Julai 2010

RIndU

Salam.
Ampunilah dosa kami, ibubapa kami, ahli keluarga kami dan sesiapa saja yang bersama kami...

RIndU

Tiba-tiba teringat pula pada kampung halaman, ntah kenapa. Mungkin kerana ingin mencari ketenangan kut. Biasanya kalau saya nak tenangkan diri, saya akan menelefon keluarga dikampung. Bila mendengar suara mereka, hati yang panas menjadi sejuk semula.


Abah dan mak...


Abang saya, musuh sewaktu kecilku...


Abah, ibu dan adik-adik


2 orang budak yang suka buat kecoh dalam keluarga saya...hangpa dok bisik-bisik apa tu?



bersama budak murai...berbezakan?
Memang la berbeza, saya kan abang...mana boleh sama dengan adik perempuan. hehehe

Sekian...

Khamis, 15 Julai 2010

Demo pasir...kaburkan harga barang yang naik

Salam.

Sudah lama saya x posting mengenai isu semasa. Tetapi kali ini, ada isu yang paling saya tidak tahan lagi. Isu harga barang naik.

Demo pasir menarik, harga barang pun naik

Kerajaan Umno-BN Naikkan Harga Petrol Kaburi Mata Rakyat Dengan Isu Seleweng Pasir Di Selangor

Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol sebanyak 5 sen bagi petrol dan diesel yang akan berkuatkuasa tengah malam ini.

Keputusan yang dibuat secara drastik ini menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah cuba menutup isu kenaikkan bahan bakar itu dengan memperbesar-besarkan isu penyelewengan pasir di Selangor.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Syed Shahir Syed Mohamud yang dihubungi wartawan berkata tindakan Umno-BN yang memperbesarkan satu-satu isu dengan cara yang cukup licik untuk menutup kelemahan kepimpinan Umno-BN dalam isu berkaitan dengan rakyat.

"Tindakan menaikkan harga petrol ini sebenarnya akan menyebabkan kesan dan impak negatif kepada rakyat bawahan.

"Pakatan Rakyat memandang serius perkara ini memandangkan rakyat di bawah semakin tidak selesa dengan tindakan itu yang akan menyebabkan kos barangan lain meningkat," ujarnya

Kenaikkan itu katanya lagi akan menyebabkan rakyat bawahan akan menjadi lebih marah terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mewar-warkan polisi 1Malaysia yang kononnya mengutamakan rakyat.

Mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor, Syed Shahir berkata prinsip Pakatan Rakyat sememangnya tidak bersetuju dan menentang segala bentuk penyelewengan.

"Isu penyelewengan pasir ini bukan isu semalam tetapi telah berlaku hampir 30 hingga 40 tahun lepas semasa zaman Umno-BN menjadi kerajaan di selangor

"Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo nampaknya ingin menjadi juara dalam hal ini sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar tidak ada sebarang usaha yang dibuat dalam memerangi isu penyelewengan dan kecurian pasir di negeri itu.

"Kita bukan ingin menutup isu ini malahan kita juga menentang kerana ianya bukan memberikan kesan kepada orang ramai tetapi juga kepada alam semulajadi," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua pihak terutamanya pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor khususnya agar mengambil tindakan yang tegas terhadap individu-individu yang terbabit dalam hal yang berkaitan dengan penyelewengan pasir.

sumber: Kelab Greenboc

Khamis, 8 Julai 2010

Tak ada kerja

Salam
Tunjukanlah dan pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Saya pun tidak tahu, apa yang ingin saya kongsikan bersama pada entri kali ini. Idea pun sudah kering, ntah hilang kemana. Tepu semacam sahaja otak ini. Nak bicara mengenai isu semasa, lagi la buntu. Tak ada isu yang best untuk dimainkan, yang ada pun hanya isu-isu yang 'ceroi', macam bak kata Ustaz Syahril Long. So, saya pun dah tak tahu nak kongsikan apa lagi. Mungkin kali ini hanya bercerita sahaja.

Bila berada di negeri selatan tanah air, banyak masa dihabiskan bersama dengan sahabat-sahabat. Ikatan ukhwah bersama mereka semakin erat. Tambah-tambah pula bila berjauhan dengan keluarga, jadi sahabat-sahabat inilah yang menjadi tempat mengadu dan tempat berlindung. Manis sekali ukhwah yang dihidangkan mereka kepada saya. Banyak perkara kami lakukan bersama, dari pagi sampai ke petang.

Dalam banyak-banyak sahabat, ada juga seorang dua yang 'kamceng' dengan saya. Selalunya yang 'kamceng' dengan saya ni perangainya hampir serupa dengan saya. Otak 'gila-gila'. Bila buku bertemu dengan ruas, habis bergegar satu dunia. Mahu tidaknya, kerja-kerja yang dilakukan kami juga 'gila-gila'. Kerja yang tak pernah dibuat orang. Antaranya:

1. Meredah hujan lebat dan rela basah kuyup hanya semata-mata untuk makan sup di salah satu markas. Padahal kalau ada mesyuarat semasa hujan, banyak pula songeh.

2. Sengaja menyibukkan diri dengan melakukan kerja orang lain, padahal kerja sendiri tak siap-siap lagi. Lepas tu kena marah + berleter dengan rakan sekerja.

3. Sengaja mencari gaduh dengan orang yang tak pernah ada rekod bergaduh. Ntah, tak tahu kenapa. Nak hilangkan boring kut...lepas tu tak pasal-pasal kena marah dengan individu tersebut, sebab perangai pelik sangat.

4. Sanggup pergi bergegas ke tempat yang sejauh 40km untuk berurusan, padahal boleh diselesaikan dengan hanya melalui telefon sahaja. Lepas tu merungut kata duit tak ada.

5. Sanggup tidur sebentar hanya semata-mata untuk tengok Piala Dunia. Padahal nak bangun qiamullai, susah nak mampos!

6. Membuang masa dengan meronda sorang-sorang ditengah malam. Lepas tu berhenti kawasan yang gelap. Tengok dilangit sambil mengira bintang. Ada seribu lapan ratus enam puluh tujuh.

7. Pergi ke library sorang-sorang, padahal sebelum ni cukup susah nak pergi. Sampai saja di sana, bukan membaca buku tapi mengelamun sambil tengok pemandangan di kawasan kelapa sawit.

Moral Value: Jangan melakukan perkara-perkara yang melalaikan

Selasa, 6 Julai 2010

Moga Allah menjaga kita semua

Salam
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
binasakan taghut!

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas dan garang semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?

Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?

Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Al-Ahzab : 32

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."

Tafsiran Al-Ahzab : 32

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Akhir kalam

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Isnin, 5 Julai 2010

Perkataan KERAMAT dan KERENAH dalam perjuangan

Salam.
Tunduklah kepada Allah,
Jauhi taghut!

Sekarang saya sudah berada jauh dari keluarga. Ya, hampir 800 kilometer dari kampung halaman. Merantaunya saya di negeri orang ini, InsyaAllah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan yang tidak tahu bila penyudahnya, tetapi diakhir jalan ini dijanjikan kemenangan yang pasti!
Moga Allah tetapkan hati ini untuk mengekalkan niat saya yang sebenar dalam menempuh hari-hari berliku disini.

Perkataan KERAMAT!

Sebenarnya, saya ingin membawa suatu perkongsian kepada pembaca sekalian. Yang mana perkongsian kali ini hanyalah berbentuk persoalan dalam diri. Saya nak sebutkan disini beberapa perkataan yang sering diungkap oleh sahabat-sahabiah saya, termasuk juga diri saya. Antara perkataan tersebut ialah:

1. Perjuangan
2. Pengorbanan
3. Jihad
4. Ukhwah
5. Wala
6. Istiqamah
7. Qiadah & Jundiah
8. Dakwah
9. Amal Jamaie
10. Istiqamah

Mudahnya untuk menyebut, sememangnya mudah. Acap kali disebut oleh mereka-mereka yang bermulut manis. Tapi...

Kenapa ianya KERAMAT?

Ya! sememangnya perkataan-perkataan itu begitu KERAMAT bagi saya.
Mungkin ada yang bertanya,
"kenapa anta kata perkataan ini keramat?"
Jawapan saya mudah, kerana perkataan ini akan menuntut penyebutnya agar melaksanakannya. Nilaian peribadi penyebut perkataan ini juga akan berdasarkan apa yang diperlakukannya selepas menyebut perkataan itu.

Begitu juga saya, saya juga kerap menilai seseorang itu berdasarkan apa yang diungkapkanya. Terutamanya bila seseorang itu menyebut salah satu dari perkataan KERAMAT ini. Penyanjungan dan penghinaan juga akan diberikan berdasarkan tindakan yang akan dilakukan selepas menyebut perkataan KERAMAT itu.

Sebab itu saya cukup takut bila ingin menyebut perkataan-perkataan ini ketika bersama-sama dengan sahabat/sahabiah. Kadang-kadang bila menyebut perkataan-perkataan KERAMAT ini, hati menjadi bergetar. Takut tidak mampu melaksanakan seperti mana yang dikehendaki dalam setiap perkataan KERAMAT yang disebut.

Benarkah kita ini pejuang sebenar?

Soalan ini lagi lah dasyat bagi saya. Terkelu ingin menjawab. Sebab itu sebelum sahabat/sahabiah bertanya kepada saya, lebih baik saya bertanya kepada anda dahulu. Jadi, apa jawapan anda?
Benarkah anda seorang perjuang sebenar?

Bagi saya, pejuang ialah orang yang bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri.

Tapi, saya merasakan diri saya sememangnya bukan dari golongan itu. Tak pernah dalam sejarah hidup saya, saya menginfakkan sepenuhnya diri saya dalam jalan perjuangan. Kenapa ya?
Kerana saya sememangnya manusia yang tidak mempunyai kualiti seorang pejuang sebenar.

KERENAH yang bertentang dengan perkataan KERAMAT!

Ya, seperti yang disebut diatas adalah benar. Dalam jalan perjuangan, karenah orang yang menggelarkan diri mereka pejuang sememangnya membantutkan nilai sebenar seorang 'pejuang sejati'. Saya tidak mengatakan bahawa karenah saya benar dan baik, sama sahaja. Nama pun manusia.

Pelbagai karenah yang boleh kita lihat dalam jalan perjuangan ini. Kadang sehingga membuatkan kita meluat dengan karenah mereka. Dan adakalanya juga membuatkan kita mentertawakan kerana tidak tahan lagi melihat kebodohan mereka didalam karenah mereka walaupun mereka merasakan mereka itu benar dari yang lain.

Mari kita melihat kerenah-kerenah yang telah kita lakukan sepanjang kita berada dalam jalan perjuangan ini.

1. Kita sering sebut 'perjuangan'. Tetapi bila di alam perjuangan sebenar, kita pula melarikan diri dalam senyap. Hanya timbul dalam keramaian saja, tetapi bila berada dalam kelompok sedikit, entah hilang kemana.

2. Kita sering sebut "pengorbanan'. Dan jangan lupa, kita juga sering sebut, "ana dah banyak berkorban ni.". Sungguh! kita sebenarnya bukan melakukan pengorbanan tetapi melakukan perkara dilaknat. Mengungkap seseolah kita telah berkorban dan tidak perlu lagi melakukanya.

3. Kita sering sebut 'jihad'. Tetapi bila diajak berjihad (melakukan amal-amal islami), kita pula menolak.
"Maaf, ana tak boleh. Ana terlalu busy, ana kena siapkan slide untuk program hujung minggu ni...". Walhal kerja tersebut sekejap saja, tetapi sengaja tidak diselesaikan awal. Untuk apa? Untuk menjadikan satu modal untuk tidak berjihad. Maka sahabat yang mengajak itu terkontang-kanting dalam arena jihadnya. Habis masa, wang, peluh mahupun akademiknya terpancar keluar. Tapi, ganjaran syurga menantinya. Tetapi yang menipu dalam jalan perjuangan, laknat Allah bersama mereka.

4. Kita sering sebut 'ukhwah'. Ya, ukhwah kita hanya ketika berjumpa saja. Habis saja perjumpaan,
"gi mampos kau la...kau lah yang aku paling benci sekali, kau jugalah yang merosakkan hidup aku. Arahan atas dasar perjuangan konon. Celaka betul!"
Dalam soal lakonan, kita sememangnya hebat, cium pipi, cium dahi sehingga cium kaki. Peluk tu, tak payah cakap la...sampai tak mahu lepas, kalau boleh nak berpeluk hingga kiamat. Tapi dalam hati sangat-sangat BUSUK!
Itulah nilaian ukhwah kita...

5. Kita sering sebut 'Wala'. Tetapi tidak pula kita beramal dengan perkataan itu.
"Ana tak boleh ikut apa yang diputuskan sebab ana tak ada dalam perbincangan itu."
"Ana tak akan ikut, sebab ana rasa orang yang putuskan keputusan itu pun tak betul. Ana lebih baik dari diorang la.
"
Begitu hebat kita menentang apa yang disepakati syura', tetapi mengaku berada dalam saf perjuangan Islam. Kenapa kita tidak kata,
"Ana tak boleh ikut kerana ana bodoh!". Kan senang, orang pun boleh terima.

6. Kita menjadi hebat. Ya, kita menjadi hebat dan kelihatan hebat dalam setiap gerak kerja. Tetapi kita hanya boleh menjadi hebat bila seseorang memerhatikan kita. Seseorang yang kita minati. Tak kira lelaki mahupun perempuan, ia sama saja. Tetapi bila seseorang yang kita minati itu sudah berpunya mahupun tidak bekerja dengan kita, kita menjadi mandom dan lemah. Bila ditanya, kenapa tidak seperti dulu?
"Entah la, ana dah tak ada semangat...lagipun orang yang buat kerja dengan ana ni pemalas."
Mudah sungguh menyalahkan orang lain, sedangkan diri kita ini yang dalam perangkap kebodohan dunia.

Kerenah-kerenah yang saya kemukakan ini adalah diadaptasi dari kisah benar. Saya juga berada dalam golongan-golongan itu, saya akui.

Seluruh isi langit dan bumi melaknat kita

"Ya. Kamilah penolong-penolong agama-Mu". Lantas kita menyebut ayat tersebut didalam surah as-Sof. Sedangkan kita laksanakan dengan penuh dusta dan pembohongan. Cuba menipu Allah dengan amalan-amalan yang kononnya kita telah kerjakan. Sungguh! amalan itu juga yang akan dicampak ke muka kita. Mintalah ganjaran pada apa yang kamu sandarkan.

Allah dan malaikat mentertawakan kita atas kebodohan kita yang cuba menipu MEREKA.
Si, syaitan pula berguling-guling kerana dalam kegembiraan yang amat sangat. Strateginya berjaya!

Kebodohan dan pembohongan terus kita lakukan ketika berada dalam jalan perjuangan. Bukan menipu orang disekeliling, tetapi hakikatnya menipu diri sendiri sambil lambaian-lambaian syaitan yang semakin mendekati.

Allah tidak pernah kecewa dengan perangai atau kerenah kita ini. Dia Maha Agung, tidak langsung terjejas kehebatanNya tatkala kita berkerenah dengan mem'plastik'kan jalan perjuanganNya ini. Bahkan Allah hanya menunggu hari 'yaumul mahsyar', masa untuk memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan berlandaskan niat sebenar.

Mari sama-sama menginsafi diri

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita seorang pejuang ? semoga kita diridhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !

Khamis, 1 Julai 2010

Kasih ibu itu suci

Salam.
Binasakan taghut.

Sebentar tadi saya pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah sewa, topup kredit saya sudah habis. Ikutkan hati, rasa malas nak topup kredit. Tapi entah kenapa sejak pagi ini banyak pula saya menerima sms dari peminat-peminat yang memerlukan respon segera. Jadi mahu atau tidak, terpaksalah saya keluarkan juga duit untuk topup'kan kredit handset ini.

Ketika keluar dari pintu rumah, kelihatan awan hitam di langit yang biru. Menandakan hujan akan turun. Saya nekad juga untuk keluar beli topup. Jika tidak peminat-peminat saya akan lari, maklumlah sms tak berbalas.

Ibu dan anak

Sewaktu perjalanan, hujan mulai renyai-renyai. Seiring dengan itu, halaju motosikal saya juga mula bertambah. Dalam asyik 'melayan' halaju motosikal sendiri, saya berselisih dengan sebuah motosikal. Ibu dan anak. Si ibu dalam lingkungan umur 30-an dan si anak pula dalam lingkungan 6-7 tahun. Mungkin si ibu itu ingin menghantar anaknya ke sekolah, ye la sudah tengahari. Si anak ber'sekolah petang' agaknya.

Dalam kerenyaian hujan itu, si ibu mengangkat kain tudungnya yang agak labuh lalu menekup kepala anaknya. Si anak pula menyambut kain tudung ibunya lalu memegang erat kain tudung itu. Angin pula seperti cuba ingin menguji si anak itu dengan tiupan yang kencang, maka si anak itu semakin erat memegang kain tudung ibunya. Mungkin tindakan si ibu itu tidak mahu anaknya itu terkena hujan, khuatir demam agaknya.

Saya percaya, saya dan pembaca-pembaca pun pernah alami perkara ini sewaktu kecil. Perkara yang berulang-ulang yang telah diaturkan oleh Allah, tetapi wataknya mungkin berbeza. Kalau 15 tahun yang lalu, watak si ibu itu adalah ibu saya dan watak si anak itu adalah saya.

Itulah kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Mungkin bagi kita pengorbanan si ibu tadi adalah biasa dan kecil. Si ibu itu tidaklah bermandikan darah untuk menyelamatkan anaknya, hanya bermandikan hujan sahaja. Tetapi nilaiannya begitu besar dan hanya Allah yang tahu.

Itulah antara jasa kecil ibu kepada kita sewaktu kecil.
Jika dihimpunkan jasa ibu yang kecil itu dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi besar.
Dan jika dihimpunkan pula jasa ibu yang besar dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi bertambah besar.
Dan jika dihimpunkan segala jasa ibu yang kecil atau besar sewaktu kita masih dalam kandungan, ketika dilahirkan, ketika disusukan, ketika baru belajar merangkak sehinggalah kita menjadi seperti sekarang...berapa agaknya nilaiannya?

Saya tersenyum melihat kejadian ini, sememangnya suatu perkara yang biasa. Tetapi bagi mereka yang memikirkannya, ia amat bermakna. Seperti Allah menyuruh hamba-hambaNya yang beriman melihat gunung, sesiapa yang beriman pasti akan nampak kehebatan ciptaan Allah itu dan bertambah imannya. Tetapi kepada yang bukan dari golongan itu, mereka akan merasakan itu adalah perkara biasa. Dan ada juga yang sesat dalam terang dengan mengatakan bahawa gunung itu adalah elemen-elemen semulajadi.

"For those who ask for the signs, Have you not shown for ur reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at the water, this is the signs for people of knowledge"

Wallahualam

Ahad, 27 Jun 2010

Kisah wanita yang bernama Zulaikha

Salam.

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kisah wanita bernama Zulaikha, dan sudah tentu ramai juga yang jelik dengan perangai wanita itu. Seorang wanita yang menggoda seorang jejaka tampan sehingga dapat memerangkap jejaka berkenaan untuk melakukan zina. Akhirnya sekali, jejaka tampan tersebut pula disumbat kedalam tahanan walaupun terbukti dia tidak bersalah. Ya, memang ramai ketahui kisah ini.

Tetapi, ramai kah yang tahu cerita selepas jejaka tampan itu keluar dari penjara dan bertemu semula dengan wanita yang Zulaikha?
Pada entri kali ini, kisah inilah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca yang sudi menjenguk blog saya ini.

..........

Zulaikha berubah kepada tunduk kepada Allah

Akhirnya isteri kepada perdana menteri Mesir (Zulaikha) itu kembali kepada naluri kebenaran hakikinya, dia telah kembalikan dirinya ke jalan kebenaran dan mengakui kekhilafan dirinya itu. Beliau berazam untuk menyerahkan seluruh kehidupannya kepada yang Al-Haq, disitu beliau bertemu cinta sejati yang hakiki. Beliau juga berterima kasih kepada Yusuf AS kerana telah memberi pengajaran jiwa yang sangat berharga bagi hidup dan kehidupannya.

Munajat seorang wanita

Sungguhpun beliau telah bertemu pemilik hatinya yang sebenar tetapi beliau tidak dapat melupakan kisah cinta beliau terhadap Yusuf AS. Lumrah dan fitrah seorang manusia, memang sengaja Allah ciptakan kita sebegini rupa. Beliau sering berdoa dalam munajat-munajat beliau:

"Wahai Tuhanku, kini diriku tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan. Diriku sebatang kara, tua, hina, dina dan papa. Engkau telah uji diriku dengan rasa cinta kepada Yusuf. Ya Allah, aku tiada kuasa menahan cintaku kepada Yusuf. Maka sambungkanlah cintaku kepada Yusuf. Jika Engkau tidak berkenan, maka gantikanlah rasa cintaku kepada Yusuf ini kepada cinta kepada-MU. Agar segenap rasa cintaku hanya untuk-Mu. Ya Tuhanku..."

Para malaikat yang mendengar doa dan rintihan Zulaikha itu, terharu dan bersimpati kepadanya. Mereka juga memohon doa kepada Allah agar doa Zulaikha diterima Allah. Maka akhirnya Allah berkata kepada malaikat-Nya:
"Wahai para malaikat, telah tiba saanya menolong dirinya..."

Dipertemukan dengan Yusuf AS

Ditakdirkan Allah, Yusuf telah digerakkan hati oleh Allah untuk melalui suatu lorong. Ternyata dilorong itulah terletaknya rumah Zulaikha. Rumah yang menjadi kediamannya setelah meninggalkan istana Mesir. Zulaikha yang berada diluar rumah terlihat seorang lelaki berjalan menuju di lorong rumahnya. Ternyata lelaki itu adalah Yusuf, lelaki yang telah mencuri hatinya ketika dahulu. Cintanya berbunga kembali.

Lantas daripada itu, Zulaikha terus menegur Yusuf. Pada awalnya Yusuf tidak mengenali wanita tua yang menegurnya itu. Akhirnya wanita itu mengaku bahawa dia adalah wanita yang bernama Zulaikha. Wanita yang pernah menimbulkan fitnah terhadap dirinya. Ya, Zulaikha bukan saja berubah dari sudut rohani tetapi juga fizikal. Beliau sudah tua, kecantikan di waktu mudanya dulu juga telah lesap bersama usia muda yang meninggalkannya itu.

"Apakah engkau masih mencintai aku", tanya Yusuf AS.

"Ya, rasa cintaku tetap seperti dulu. Bahkan selalu bertambah sejalan dengan bertambahnya hari-hari yang aku lalui.", jawab Zulaikha.

"Apakah yang engkau mahukan inginkan disaat ini?", tanya Yusuf AS kembali.

"Aku mahukan 3 perkara. Yang pertama kecantikan-ku dahulu. Yang kedua harta dan yang terakhir jalinan pernikahan dengan engkau wahai Yusuf.", jawab Zulaikha.

Mendengar jawapan dari Zulaikha itu, Yusuf terus meninggalkan wanita itu keseorangan.

Lamaran dari Kerajaan langit dan bumi

Setelah itu, Allah utuskan Jibrail untuk menyampaikan suatu berita kepada Yusuf AS.

"Ketahuilah Yusuf, Sesungguhnya Allah sendiri telah melamarnya (Zulaikha) untukmu. Para malaikat menjadi saksi pertunanganmu, para bidadari juga akan menjadi penggembira pernikahanmu ini." berkata Jibrail.

"Wahai Jibrail, tidakkah engkau tahu bahawa Zulaikha itu sudah tua dan tidak lagi cantik seperti dulu?", tanya Yusuf.

"Ya Yusuf, bukankah Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. 'Sesungguhnya Tuhanmu Maha Perlaksana terhadap apa yang Dia kehendaki' (Hud:107)", jawab Jibrail.

Dengan kekuasaan Allah yang Maha Besar, Zulaikha dianugerahkan kecantikan dan kejelitaan. Beliau tampak muda dan seperti gadis yang berusia belasan tahun, bahkan lebih cantik daripada zaman mudanya dulu. Allah juga telah mencurahkan rasa kasih dan cinta kepada Yusuf. Sungguh wahai sahabat-sahabat, Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Akhinya Zulaikha bersam Yusuf AS

Selepas pernikahan Yusuf dan Zulaikha, Yusuf sering menagih cinta dari Zulaikha. Tetapi keadaan menjadi terbalik. Allah Maha membolak-balikkan setiap hati manusia. Zulaikha pula yang menjual mahal, sepenuh masanya di habiskan untuk beribadat kepada Allah. Disaat Yusuf menginginkan Zulaikha, ketika itulah isterinya sedang kusyuk beribadat. Selepas habis ibadat tersebut, diteruskan pula dengan ibadat yang lain pula. Yusuf tidak dapat bertahan lagi, lalu berkata:

"Wahai Zulaikha, bukankah engkau dulu amat menyintai diriku? Engkau menggodaku sehinggakan bajuku telah koyak?", tanya Yusuf.

"Ya, dulu memang aku ghairah melihatmu sehinggakan aku telah mengoyakkan bajumu. Tetapi itu dulu, sekarang cintaku hanya untuk pecipta engkau dan aku, Allahurobbi. Hatiku hanyalah untuk Allah", jawab Zulaikha.

Yusuf begitu merayu-rayu kepada isterinya itu agar memenuhi permintaannya, namun Zulaikha menolak. Dia berdiri dan meninggalkan suaminya untuk melanjutkan ibadatnya. Yusuf mengejar Zulaikha dan berusaha menangkap tubuh isterinya itu sehingga baju Zulaikha terkoyak.

Melihat kejadian itu, Jibrail turun dan bertemu Yusuf AS.
"Wahai Yusuf baju dengan baju.Kepedihan Zulaikha terbalas dengan kepedihanmu. Maha Suci Allah. Tuhan pengubah situasi. Baju dengan baju", kata Jibrail.

Begitulah sebuah kisah cinta agung diantara seorang wanita, jejaka tampan dan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

..........

Allah Maha Besar dan berkuasa atas segala sesuatu. Allah telah menukarkan peribadi Zulaikha dari wanita yang serendah-rendah darjat kepada wanita setinggi-tinggi darjat. Saya harap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit input kepada para pembaca yang sudi melayari blog saya ini. Kepada yang memiliki nama Zulaikha, janganlah terasa rendah diri dengan nama ini. Kerana Allah pernah melamar manusia yang memiliki nama tersebut, begitu nilaian taqwa hambaNya itu. Moga kita dapat mengambil ikhtibar dan ibrah dari kisah ini.

Ulama masuk UMCO? Part 3

"Assalamualaikum", Wan memberi salam.

"Wa'alaikum salam.", Jawab Mak Tam.

"Lambat hang balik malam ni? Ada apa kat masjid?", tanya Mak Tam.

"A'ah...lambat sikit malam ni. Tok Imam tu baca surah al-Baqarah la mak.", jawab Wan.

"Boleh pulak tok imam masjid kita baca surah tu no...hang habaq betul-betul, tak baik menipu mak.", tanya Mak Tam.

"Dok eh...lepas isyak tadi ada solat sunat gerhana. Lepas solat tu ada khutbah pula. Tu yang chek lambat sikit.
", jawab Wan.

"Ooo...hang cerita la kat mak sikit, solat sunat gerhana tu macam mana?", tanya Mak Tam.

"Solat sunat gerhana ni ada 2 rakaat saja. Tapi kan mak, dalam 1 rakaat tu ada 2 kali rukuk dan 2 kali bacaan al-Fatihah. Maknanya solat tu jadi 2 rakaat, 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan 1 salam.", jawab Wan.

"Ooo...macam tu ka. Mak pun dah tak ingat. Habis tu yang hang kata khutbah tu macam mana pula?", tanya Mak Tam.

"Yang khutbah tu...lepas saja habis solat, tok imam akan bagi khutbah,. Ala, macam mak solat sunat hari raya la. lebih kurang saja.", jawab Mak Tam.

"Ooo...lebih kurang sama la. Diselangi 2 khutbah. Macam tu?", tanya Mak Tam lagi.

"Ya! Jawapan anda betul...tahniah tahniah. Lepas ni kita ke soalan bernilai RM500000. Adakah anda bersedia?", Wan mencelah.

"Hang jangan dok buat loqlaq dengan mak. Mak ketuk dengan remote astro ni baru tau...", balas Mak Tam.

"Hehe...ok dah tak buat. Sayang betul orang dengan mak. Mak ni kalau marah atau garang atau ganas, nampak comey pulak.", usik Wan.

"Ish hang ni...comey apanya, dah tua-tua ni.", balas Mak Tam.

"Betul mak, orang tak tipu. Orang suka tengok muka mak kalau mak tengah marah...", balas Wan.

"Ooo...patut pun hang suka buat mak marah. Pandai betul hang ambik hati mak.", balas Mak Tam.

"Besa la, mak kan orang yang paling Wan sayang kat dunia ni. Tiada yang kedua. Mak, orang nak tanya ni, boleh tak?", tanya Wan.

"Ha, apa dia?", tanya Mak Tam.

"Apa berita yang best kat TV3 suku tadi? Orang tak sempat tengok.", tanya Wan.

"Hang nak berita politik atau berita pasal world cup?", tanya Mak Tam balik.

"Pergh! Mak macam tau je orang minat apa...world cup takpa, orang boleh tengok higlight. Pasal politik la.", balas Wan.

"Mak ni kan orang yang melahirkan hang, mesti la mak tau favaourite anak mak ni. Yang pasal politik, ulama masuk UMNO. DS Najib kata:

'Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam.'

...yang tu saja kenyataan dia yang mak ingat.", balas Mak Tam.

"HAHAHA!!!"

"Ish! Awat yang hang gelak pulak ni? Bila masa mak buat lawak?", tanya Mak Tam kebingungan.

"Xda la, Wan tergelak sebab ulama-ulama yang nak masuk UMNO tu kata depa masuk UMNO bukan untuk politik tapi untuk berdakwah. Berdakwah apa kejadahnya macam tu? Awal-awal lagi Najib dah bagi warning...hahaha. ekstrem maksud Najib tu, maknanya pakai tudung, tutup aurat, larang judi, tolak APCO, tak minum arak, anti rasuah dan lain-lain. Ha, yang tu la ekstrem bagi UMNO. Sekarang ni, PAS la yang ekstrem dalam penilaian UMNO.", jawab Wan.

"Betul cakap hang tu...mak setuju." balas Mak Tam.

"Lagi satu mak...daripada kenyataan Najib tadi tu, dah nampak yang peranan ulama-ulama tu tak ke mana pun. Awal-awal lagi Najib dah tunjukkan kuasa dia, segala yang berlaku dalam UMNO biar dapat kelulusan dari dia dulu. Bengong betul! Patutnya dapat kelulusan dari Allah melalui Al-Quran dan Sunnah. Mak nampak lagi tak temberang UMNO ni macam mana?", soal Wan.

"Erm..nampak-nampak. Hang rasa, betul ka yang masuk UMNO tu ulama?", tanya Mak Tam.

"Ala mak...senang saja nak tau ulama atau tak. Suruh depa berdebat dengan ahli Dewan Ulama PAS sendiri pasal sekecil-kecil perkara sehinggalah intima dengan jemaah dan membentuk daulah islamiah. Time tu kita tengok, yang mana ulama dan yang mana ulama dalam semak.", balas Wan.

"Betul tu. Tapi mak rasa, tak payah la berdebat dengan ahli Dewan Ulama PAS. Debat dengan anak mak sorang ni pun dah cukup. Hebat juga anak mak ni...", balas Mak Tam sambil mengusap belakang anaknya itu.

"Ish mak ni...segan orang camni.", balas Wan.

"Aik? Bila masa anak mak ni jadi segan pulak? Bukan selalunya anak mak ni jenis 3 suku ka?", seloroh Mak Tam.

"Hehe..kadang-kadang ni, orang pun ada perasaan segan jugak.", balas Wan sambil tersipu-sipu.

"Sudah...tak payah nak lebih-lebih. Dah pukul 10 malam, hang pi ambik Hana kat tempat mengaji sat.", pinta Mak Tam.

"Ok...kunci motor LC 135cc kat mana?"

...

Jumaat, 25 Jun 2010

Ulama masuk UMCO? Part 2

"Eh, Awai pulak hang bangun hari ni?", tanya Pak Tam kepada Wan.

"Apa? Ayah ingat chek ni teruk sangat ka?", balas Wan.

"Bila masa ayah kata hang teruk? Takkan lah ayah nak mengutuk anak sendiri. Hang kan anak kesayangan ayah...", balas Pat Tam.

"Wah! chek ni anak kesayangan ayah rupanya. Syoknya!!!", balas Wan.

"Hang nak kena ketuk dengan periuk pulak time pagi-pagi macam ni?", tanya Pak Tam.

"Dok eh...chek melawak je pon. Ayah ni ganas sangat la.", balas Wan.

"Mau aku tak ganas, dapat anak loqlaq macam hang. Anak orang lain semua sempurna elok saja, anak aku plak tiga suku semacam. Ayah masa muda dolu-dolu tak la macam hang, tsiqoh la jugak", balas Pak Tam.

"Pergh! Tsiqoh...perkataan keramat tu ayah. Member-member chek selalu sebut pasal ni kat chek. hehehe. Tak pa ayah, tiga suku tapi kuat lawan UMNO. Kira ok la tu, fikrah jelas beb!.", balas Wan.

"Ha, bab lawan UMNO tu yang ayah jadi sayang kat hang. Hang kena thabat dengan perjuangan hang ni sampai ke mati. Ayah dah tua, dah tak lama...hang la penerus perjuangan ni.", kata Pak Tam.

"Ayah...jangan la cakap macam tu. Tak elok. InsyaAllah, chek akan lawan UMNO sampai ke mati macam yang ayah minta tu.", balas Wan.

"Ni, berbalik pada soalan ayah mula-mula tadi. Awat yang hang bangun awai pulak pagi ni? Kalau tidak bukan main payah lagi mak hang tu nak kejutkan.",tanya Pak Tam.

"Sembahyang Subuh la...chek sengaja nak pi masjid pagi ni. Sujud Sajadah. Lagi satu, hari ni kan hari jumaat, hari ni la hari ulama-ulama nak masuk UMNO. Tengah tunggu berita tv3 suku. Nak tau juga betul ka tak...", jawab Wan.

"Owh...tak payah tengok. Ayah dah tau keputusannya.", balas Pak Tam.

"Hah? Ayah dah tau keputusannya? Jadinya, ayah la ulama yang nak masuk UMNO tu?", tanya Wan dalam kebingungan.

"Hang mai dekat dengan ayah sat...", pinta Pak Tam.

Tiba-tiba....

KETOING!!!

"Adoiiii!!!"

"Padan muka hang"

Rabu, 23 Jun 2010

Kenapa tiba-tiba saya malas?

Salam.
Binasakan yahudi.
Binasakan APCO.
Binasakan UMNO.

Minggu ini terlalu banyak isu yang hangat boleh kita kongsikan bersama. Pengolahan isu-isu yang timbul ini juga boleh dikatakan sangat menarik dan mampu membuka fikiran
ramai. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan. InsyaAllah dengan izin Allah, perkara-perkara ini yang saya akan kongsikan inii mampu membuka mata dan akal sahabat-sahabat.

Tapi, kenapa kali ini saya berasa begitu berat untuk menulis?
Terasa malas...
Terasa tiada semangat...
Terasa tiada ruh itu...

Saya pun tidak tahu mengapa tiba-tiba sejak sehari dua ni saya jadi begini. Mungkin ada anasir-anasir yang menganggu jiwa dan ketenangan saya sehingga membuatkan jadi begini.

Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk hamba-Mu yang hina ini untuk menulis lagi...
Lahaulawala quwataillah billah

Isnin, 21 Jun 2010

Ulama masuk UMCO?

Ulama masuk UMNO?

"Sedap betul kari ayam kampung yang mak masak tadi kan?", tanya Wan kepada Pak Tam.

"Ermm...boleh tahan juga la. Mak hang masak semuanya sedap. Sebab tu la ayah pilih mak hang jadi girlfriend ayah. hehe...", jawab Pak Tam.

"Hai ayah, dah pandai merapu dengan chek nampak.", balas Wan.

"Hang tu yang suka merapu dengan ayah, tu yang ayah pun terikut-ikut perangai hang tu. Tadi lepas pi kedai, ayah tengok hang baca Harakah. Apa cerita hari ni?", tanya Pak Tam.

"Yes! Bapak aku dah ikut perangai aku!", Wan melonjak gembira. Tiba-tiba...

KETUK!!!

"Adoi...awat ayah ketuk kepala chek dengan senduk nasi ni?", tanya Wan.

"Sapa suruh hang merapu kat depan rezeki ni? Hang nak kena lagi?", balas Pak Tam.

"Ish...orang bergurau je pun. Tak kan tu pun ayah nak dera anak sendiri. Chek ni dah la miskin, duit tak ada, girlfriend pun tak ada, belajaq pun tak habis lagi. Lepas tu kat rumah kena buli dengan mak dan ayah sendiri pula. Apalah nasibku ini...", Wan merungut.

"Sudah...hang tok sah dok merapu lagi. Apa cerita dalam Harakah minggu ni? Ayah tak sempat nak baca, dok sibuk dengan bersih depan laman rumah tu tadi.", tanya Wan.

"Ooo...tadi lepas mak suruh pi kedai, chek pi beli Harakah sekali. Cerita yang best pasai UMCO kata 100 orang ulama nak join depa. Dengaq cerita, Dr Asri kut. Ala, yang bekas mufti Perlis tu.", balas Wan.

"Aik? Ada pula ulama nak masuk dalam parti taghut tu? Sapa yang habaq?", tanya Pak Tam.

"Tak tau la ayah. Dengaq cerita Ketua Cawangan Bukit Bintang. Depa kata lagi, ulama-ulama tu akan masuk pada hari jumaat ni. Lebih barakah...hahaha", balas Wan.

"Ooo ya ka? Bukit Bintang tu tempat maksiat, camna ulama nak masuk pula? Eh, hang jangan dok gelak time-time makan. Tak elok dengan tak sopan. Umno je yang gelak time-time makan. Dah, pi basuh tangan", balas Pak Tam.

Kedua-dua mereka menghabiskan makanan masing-masing lalu menuju ke ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Ayah try buka TV 3 suku, mana nak tau kut-kut ada berita pasal ni.", cadang Wan.

"Sat la, ayah tengah searching la ni...", jawab Pak Tam.

"Ayah, camna la kalau ulama-ulama tu masuk Umno? Camna pulak dengan Hizbul Islami min Malaysia ni?", tanya Wan.

"Hang ingat lagi tak hadis nabi yang kata 'bukan dari golonganku bagi yang memperjuangkan kebangsaan'?" tanya Pak Tam kepada Wan.

"Ingat ingat...betui tu ayah. Umno ni perjuangan di assobiah, macam zaman arab jahiliyyah dulu jugak. Lagipun Umno ni dah busuk sampai ke perut. Depa ini la pemula segala kerosakan di negara ni. Judi, rasuah, ugut, arak, songlap duit dan lain-lain lagi. Semua bermula dari Umno.", tambah Wan.

"Betul tu...macam ni anak ayah, penentang Umno sejati. Nabi jugak ada kata 'Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya
dengan tangannya...ila akhir ayat'. Kita dah jelas Umno tu perkara mungkar yang perlu kita cegah, jadi buat apa ulama-ulama tu nak masuk Umno?
", Pak Tam menimbulkan persoalan kepada anaknya itu.

"Lagi satu, hang ingat lagi tak hadis pasal syaitan bisu yang Ustaz habaq hari tu?", tanya Pak Tam.

"Tak ingat la ayah. Chek tak bawa buku catatan time tu", jawab Wan.

"Ish hang ni. Ayah dah kata, kalau nak pi dengaq kuliah tu bawa la buku. Catit yang mana satu. Hang tu bukan Imam Syafie yang tulis pakai tangan ja..", balas Pak Tam.

"Ok papa!" jawab Wan.

"Apa? papa? Aku 'pang' baru hang tau. Syaitan bisu tu maknanya orang yang tahu agama tapi mendiamkan diri dari bercakap benar. Kalau ulama-ulama tu masuk Umno, konfem depa ni akan jadi syaitan-syaitan bisu. Dah banyak orang yang mengaku ulama masuk Umno, tapi last sekali depa tukar jadi ulaq dalam semak.", balas Pak Tam.

"Lagipun Allah dah kata dalam Quran, ulama-ulama yang gilakan dunia sehingga membelakangkan ilmu agamanya umpama ANJING!", tambah Pak Tam.

"Ish...ayah ni. Kasaq sangat bahasa ayah tu. Budi bahasakan budaya kita." balas Wan.

"Hang kata ayah kasaq? Hang tunggu sat..." balas Pak Tam.

Lalu Pak Tam menghampiri almari di ruang tamu dan mencari sesuatu.

"Nah! Hang tengok Quran ni. Buka Surah al-Araf, ayat 175-176. Hang baca sat terjemahan tu kuat-kuat. Biaq satu kampung boleh dengar", pinta Pak Tam.

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir", Wan membaca terjemahan ayat tersebut.

"Jadi? Hang nak kata bahasa ayah kasaq ka? Bahasa Quran yang kasaq?", tanya Pak Tam.

"Ermm...betui la ayah.", jawab Wan.

"Lagipun sapa yang cuba sembunyikan perkara benaq, konfem dia akan makan api neraka!", balas Pak Tam.

"Ish! Ayah ni, cakap la elok-elok sikit. Yang ni lagi la kasaq, siap main perkataan neraka lagi.", tegur Wan.

"Hang kata ayah kasaq? Buka Surah Baqarah ayat 174. Hang baca kuat-kuat. Kali ni biaq seluruh umat Umno dengaq
", pinta Pak Tam.

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit.", sekali lagi Wan membaca ayat yang diminta.

"Nau'zubillah...Minta Allah jauhkan kita", kata Wan sekali lagi.

"Amin...Sama-sama la kita pohon perlindungan dari Allah.", balas Pak Tam.

"Tapi ayah, chek rasa semua tu propaganda Umno ja...Kalau la ada ulama yang nak masuk Umno, chek rasa tu bukan ulama. Tu hanya ulama dalam pengiktirafan depa ja, bukan dari Allah. Tengok apa yang dah jadi dengan Dr Masyitah yang persendakan hudud, Dato' Firdaus yang berakhlak teruk dengan Khir Bahrom yang mendiamkan diri dalam isu Judi dan APCO.", tambah Wan.

"Moga-moga Allah membolak-balikkan hati depa ke jalan yang luruih. Sat lagi dah nak azan Lohoq (Zohor), pi bersiap cepat. Kalau tak solat, lagi la boleh masuk neraka...", balas Pak Tam.

"Fulamak...ayah cakap dengan berhujah macam dengan ostad la. Bangga gila chek dapat father yang macam ayah ni...al-fadzil Ostad Pak Tam. Hehe..."usik Wan.

Ketoing!!!

"ADOII! Ayah! Awat ayah ketuk kepala chek dengan ekzos moto kapcai ayah ni???"

"Padan muka hang!"

-tamat-