Isnin, 13 Disember 2010

Hidup penuh dengan penipuan???

Salam.

Entah kenapa, sejak sebulan dua ini saya menjadi begitu malas untuk menulis.
Mungkin sibuk dengan pelbagai perkara sehinggakan tiada ruang untuk menulis.
Mungkin juga sememangnya jiwa saya sudah kosong untuk menulis lagi.

Kenapa saya perlu sedemikian rupa?
Padahal di blog inilah medium untuk memperjelaskan fakta kebenaran tatkala zaman sedang dilanda kefitnahan dan penuh pembohongan. Inilah satu-satunya 'lidah' yang saya ada untuk sama-sama berkongsi info dan idea serta membongkar penipuan demi penipuan yang melanda negara kita ini.

Sejarah menipu dan terus menipu.
Ya! Ini sememangnya perkara yang keluar dari mulut saya. Sejarah malaysia ada tipu!
Sejarah yang kita belajar disekolah dahulu adalah satu penipuan mengenai Malaysia. Kenapa saya berkata demikian?
Kerana apa yang kita belajar pendidikan 'Sejarah' di sekolah dulu adalah bersifat berat sebelah. Hanya mengangkat sebelah pihak sedangkan pihak yang lain adalah "salah" dan "syaitan" kepada negara.

Cuba kita luaskan lagi peikiran kita ini.
Bukankah sejarah Malaysia merangkumi sejarah 'keseluruhan Malaysia'?
Maknanya merangkumi kesemua sudut ataupun 360 degree. Apa yang berlaku sekarang, kita hanya mengetahui sudut 90 degree sahaja, manakala lagi 270 degree semuanya telah dilabel sebagai pembelot, pengkhianat, pengganas atau bahasa kurang ajarnya 'syaitan' kepada negara.

Masihkah kita tidak perasan?
Kesemua subjek sejarah yang kita belajar mengangkat parti politik yang namanya UMNO atau PERIKATAN (BARISAN NASIONAL). GILA!!!
Ini bukan sejarah Malaysia, ini sejarah UMNO dan geng-geng UMNO (MCA, MIC, Gerakan dll).
Sejarah ini lah yang kita belajar di sekolah. Sungguh! sistem pendidikan kita telah dinodai oleh 'tangan-tangan kotor' negara. Tujuan utama untuk doktrinisasi rakyat agar terus taat kepada mereka dan jangan sesekali membantah mereka. Walaupun mereka telah 'merogol' hak rakyat.

Apabila hak rakyat dirogol, maka rakyat tidak boleh membantah. Ini kerana rakyat telah tanamkan dalam kepala bahawa UMNO, MCA, MIC dan semua kompenan Barisan Nasional lah yang menjadi wira Malaysia. Dan mereka ini tidak boleh diusik atau dibangkang langsung. Jika rakyat membangkang, maka rakyat akan tergolong dikalangan 'syaitan' negara. Wajib masuk neraka!

Pihak ini telah memperbodohkan rakyat Malaysia selama 50 tahun lebih. Rakyat menjadi seakan-akan dungu bagi mereka. Sebab itu mereka boleh melakukan sesuka hati mereka.
Hanya generasi muda yang mahukan perubahan sahaja yang mampu mengubah lanskap ini.
Maka dengan itu, saya menyeru seluruh generasi muda yang mahukan perubahan bangkit dan bertindak! Jangan kita biarkan rakyat terus terseksa dek kerana generasi yang umpama 'syaitan bisu' (diamkan diri walaupun mengetahui kebenaran)

BANGKIT GENERASIKU!

1 ulasan:

  1. Assalammu'alaikum.

    andai ada fakta (paper, kajian, statistik) dan dalil naqli (ayat quran/hadis), pasti pendedahan ini lebih menarik.

    sekadar pendapat peribadi.

    wassalam.

    BalasPadam