Ahad, 28 Mac 2010

Idola-ku: Arwahyarham Ust Fadzil dalam kenangan

Salam Perjuangan,


Sekali lagi aku dikurniakan kudrat dari Yang Maha Besar untuk menaip didalam blog permatangbendang ini. Kali ni, aku tak mau nak kutuk-kutuk lagi geng-geng taghut Malaysia tu lagi. Tapi tak bermakna aku dah bertaubat dari berperang dengan mangkuk ayun tersebut...LAWAN TETAP LAWAN!

Penulisan kali ini just untuk mengimbau kembali kehidupan seorang idola-ku yang sudah hampir 8 tahun meninggalkan kita, Arwahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Nama beliau Fadzil@Ali bin Mohd Noor, dilahirkan pada 13 Mac 1937 (ustaz, kita sama bulan lahir la...ada chemistry tuh!)
Berasal dari Kampung Seberang Pumpung, Aloq Staq, Kedah. Mak dgn Ayah Ust Fadzil meninggal sejak Ust Fadzil kecik lagi.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga seterusnya melanjutkan pengajian menengah di Maktab Mahmud Alor Star. Kemudian beliau bekerja sebagai guru dan pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Muda Syariah. Selepas tamat pengajian, beliau bertugas sebagai guru di Maktab Mahmud dan sebagai pensyarah di universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Ustaz Fadzil mempunyai bakat kepimpinan dan pemidato yang pintar. Atas kelebihan inilah beliau banyak memimpin persatuan-persatuan Islam samada ketika di Mesir dan Malaysia seperti PMRAM, ABIM, PERKIM dan PAS!
Beliau intima' dengan PAS ketika keluar dari ABIM, tetapi jika di ikutkan secara tidak rasmi, beliau telah bersama PAS sejak tahun 1959 lagi ketika menuntut di Maktab Mahmud.

Ustaz Fadzil boleh dikatakan orang kanan kepada Tuan Guru Yusof Rawa, Mursyidul Am pertama PAS. Beliau sentiasa dibelakang Tuan Guru Yusof Rawa (TGYR) sejak tahun 1978 lagi.

Tuan Guru Yusof Rawa.................Ustaz Fadzil
Naib Yg Dipertua Pertama.............Naib Yang Dipertua Kedua.
Timbalan Yg Dipertua.................Naib Yang Dipertua Pertama
Mursyidul AM.........................Yang Dipertua (Presiden PAS)

Ustaz Fadzil menjadi orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dengan PAS.
Terutamanya ketika merintis konsep kepimpinan ulama' dan mengukuhkan asas-asas harakah islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil ialah individu utama yang memperjuangkan isu Memali, beliau begitu yakin akan kematian Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk kampung Memali adalah syahid.
Ketika didalam parlimen, beliau begitu tegas dan mencantas hujah-hujah UMNO si bapak taghut mengenai isu kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Beliau berkata:
"Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percaya, silalah gali kubur mereka dan lihatlah badan mereka samada sudah hancur atau masih segar"

Ustaz Fadzil begitu komited untuk me'rekrut' ahli-ahli PAS, sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan:
1.) Ahli PAS mesti menubuhkan cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman dan di setiap lorong.
2.) Didalam sesebuah keluarga, mestilah mempunyai seorang ahli PAS.


Ustaz Fadzil kaki demo yang HEBAT!
Ustaz Fadzil bukan juga hebat di Parlimen, juga seorang yang hebat di jalanan. Beliau lah yang menjayakan Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 5 Nov 2000. Beliau telah mengarahkan semua ahli PAS turun berdemonstrasi.
Beliau juga telah turun sekali didalam himpunan tersebut bersama rakyat, tindakannya itu membuatkan pimpinan-pimpinan PAS, KEADILAN, DAP, PRM turut turun bersama. Beliau berjalan kaki sejauh 5 kilometer ketika peristiwa itu.
Tindakan beliau telah menyuntik semangat kepada rakyat bertapa manisnya perjuangan ini.

Setelah itu, beliau memanjat tembok pemisah lebuhraya dan berucap dengan dikelilingi 100,000 rakyat. Ucapan beliau begitu bersemangat dan menyemarakkan lagi darah-darah perjuangan dihati rakyat.
Sebulan sebelum Ustaz Fadzil meninggal, beliau menghadiri perhimpunan aman menentang pencerobohan Amerika di Iraq. Ketika itulah beliau terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itulah kesihatannya terganggu dan merosot sehinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya bertemu
dengan Allah.

Ustaz Fadzil berani merempuh sejarah!
Ustaz fadzil juga telah mencetus tradisi didalam PAS dengan menempatkan calon muslimat ketika Pilihan Raya berlangsung. Penampilan muslimat dari pelbagai latar belakang telah melonjakkan imej PAS.
Beliau juga peneraju utaman tahaluf siyasi didalam dunia politik Islam. Tanpa menafikan Anwar Ibrahim sebagai pemangkin kejayaan Barisan Rakyat baru-baru ini, ustaz Fadzil Noor adalah insan yang pertama memungkinkannya.



Ustaz Fadzil meninggalkan kita...
Tanggal 23 Jun 2002, jam 10.30 pagi. Telah pergi seorang pejuang yang bernama Fadzil@Ali bin Mohd Noor. Beliau menghembus nafas terakhirnya setelah 2 minggu kome di HUKM.
Pemergian beliau mencatatkan sejarah apabila hampir setengah juta orang yang melawatnya jenazah beliau sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya hampir 20km. Jenazah beliau dikebumikan di Muasasah Darul Ulum yang diasaskan beliau dikampungnya sendiri.

Kata orang kampung beliau,
"Ust Fadzil orang yang baik hati, dia jumpa kita kat mana pun angkat tangan, tak pernah sombong. Ust Fadzil minta kalau dia meninggal tanam kat sini (muasasah), dulu Pokok Sena ini orang tak mai, tempat jin bertendang, tapi Ust Fadzil beli tanah berpuluh ekar, buat muasasah, buat tempat ceramah."

Ketika Ustaz Fadzil meninggal, aku masih berumur 14 tahun. Time tu aku tak berapa mengenali dunia politik, tapi aku begitu minat dengan beliau. Aku masih ingat lagi ketika pagi tu (kalau tak silap, pagi sabtu kut), abah aku begitu tergesa-gesa membuka TV. Kata abah aku ada berita mengejutkan.

Rupa-rupanya berita pemergian Arwah Ustaz Fadzil, riak muka abah aku suram sekali, tak banyak cakap. Mak aku pun begitu juga. Sekarang, barulah aku tahu kenapa abah dengan mak aku suram ketika itu. Mereka terlalu sayangkan Ustaz Fadzil. Aku juga sayangkan Ustaz Fadzil, tapi setelah 5 tahun pemergian beliau.

Maafkan aku ustaz, begitu lambat aku mengenalimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan