Salam perjuangan,
Baitul Muslim?
Hari-hari saya dengar pasal perkara ini, dah naik mual. Kejap-kejap datang sahabat ni, tanya pasal perkara ini. Lepas itu datang pula sahabat yang lain, juga pasal perkara ini juga. Saya tahu la banyak sahabat-sahabat yang seangkatan dengan saya ini sudah hampir ke tahun akhir pengajian. So, masing-masing mahu cari pasangan hidup sebelum keluar dari lapangan kampus ini. Masing-masing pakat teruja nak memilih yang mana satu mawar berduri didalam taman dakwah ini.
Dialog bersama sahabat"
Macam mana nak pilih pasangan hidup?", tanya seorang sahabat kepada saya. (bukan sorang je, ramai...)
"
Anta minta je kat Allah, senang cerita. Kalau tanya ana pun, ana bukan tahu apa-apa. pengalaman pun tak ada." Jawab saya.
"
Anta cakap senang la. Ana tanya elok-elok ni...", balas sahabat saya.
"
La...betul la. Anta minta je kat Allah. Bangun malam, pastu solat la. Minta petunjuk dari Allah. Anta ingat nak pilih anak ayam ke? Nak yang kaler koko, kaler hitam atau kaler putih?", jawab saya.
Celaru dan terus bercelaruApa yang celaru?
Ramai diantara kita ini celaru dengan konsep istiqarah. Bila nak cari pasangan hidup, baru nak istiqarah la, solat malam la. Tapi time nak buat kerja-kerja dakwah, tak mahu pula nak solat malam untuk menambah kekuatan diri. Itu yang tarbiyah diri hancur semacam je.
Kebergantungan ataupun konsep tawakal kepada Allah pun dah totally salah. Mengharapkan tawakal atau petunjuk dari Allah untuk sesetengah perkara, tetapi pada perkara yang lain tidak pula.
Adakah kita ni termasuk dalam golongan yang hanya mengambil sesetengah ayat Allah untuk kepentingan peribadi?
Fikir-fikirkan...
Yang ini lagi celaruKalau nak senang minta (takdim) muslimat yang berada dalam satu persatuan, mesti kena berada dalam jawatan-jawatan tertinggi. Kononnya saham tinggi. Kena jadi Majlis Tertinggi persatuan, presiden-presiden kelab, ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Baru la muslimat pandang pengorbanan muslimin ini, so senang la sikit nak terima jawapan:
"
YA, ANA TERIMA ANTA".
SATU FAHAMAN BENGONG!
Apakah kita memegang taklifan ini semata-mata untuk memudahkan kerja kita untuk takdim muslimat?
Apakah kita lebih mementingkan keutamaan diri berbanding keutamaan perjuangan?
Bila kena reject, dah mula la nak lari-lari. Tak mahu campur urusan kerja-kerja dakwah lagi, kononnya ingin membawa hati yang lara ini pergi.
LAGI SATU FAHAMAN BENGONG!
Pair muslimin - muslimatBila dah syok kat muslimat sorang ini, mula la nak jaja cerita kat sahabat-sahabat. Kononnya muslimat itu milik dia.
"Ana ni ada chemistry la dengan muslimat itu.."
"Muslimat tu macam syok kat ana je..."
"Ana dah nak bertunang dengan muslimat itu.."
"Ana nak takdim muslimat tu, antum jangan kacau. Cari la yang lain, berlambak lagi muslimat kat dalam persatuan kita ni."Ucapan-ucapan inilah yang sering saya dengar bila berjumpa dengan individu-individu yang '
sangap' untuk ber'
Baitul Muslim'. Maaf ye, ayat saya
keras sikit!
Bila bertanya dengan jawatankuasa Baitul Muslim berkaitan status muslimat yang sering di idam-idamkan, ternyata muslimat itu telah dimiliki orang. Waktu itu baru la tahu langit ini tinggi ke rendah. Mula la nak merajuk hati. Dah tak mahu lagi berjumpa dengan muslimat itu. Ajak ke program pun kena paksa, sebab muslimat itu ada dalam program tersebut.
Jaga-jaga! Dapat tahu dengan saya memang kena PENYEPAK! (maaf, ayat
keras lagi)
Baitul Muslim ialah permulaan pembentukan ummah!
Jangan main-main dengan perkara ini.
Jangan sampai ummah masa hadapan rosak disebabkan kita!Wallahualam...