Khamis, 20 Mei 2010

Judi Haram!

Salam Perjuangan,

Kerajaan Malaysia akan mengeluarkan lesen judi sempenan Piala Dunia 2010. Alasannya, untuk mengimbangi sosial hidup masyarakat non-muslim.

Cina dan India kuat judi?

Itulah mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Umno/BN dalam isu ini.
Kenapa perlu keluarkan lesen judi?
- Lesen judi ni untuk orang cina dan india, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bertaruh ataupun berjudi terutamanya ketika event piala dunia ini.

Inilah alasan mereka, mereka menganggap kaum cina dan india suka berjudi. Padahal judi ini bukan terletak pada sesuatu kaum sahaja, tetapi ia kehendak nafsu manusia itu sendiri. Tak kira la melayu ka, cina ka, india ka mahupun yang beragama Islam, Kalau dah taik judi tu taik judi jugak. Jangan salahkan golongan-golongan tertentu untuk kepentingan kroni.

Orang cina dengan orang india pun ada yang tak berjudi, ada juga yang baik. Rasanya yang meluluskan lesen judi tu la yang kuat berjudi.

Kenapa berjudi mat?
"Aku guna judi yang halal la...tengok ni, siap ada lesen dari Kerajaan Malaysia lagi..."


Bengong habis la rakyat Malaysia nanti selagi mana UMNO/BN memerintah.

Bloggers UMNO pun kutuk ketua depa?

Woi UMNO!
ni cuba hangpa baca baik-baik artikel kat bawah ni. Artikel aau keluhan dari blogger UMNO juga, Gerakan Anti PKR (GAP):

GAP taknak kata banyak.

mohon kerajaan malaysia BATALKAN SAHAJA PERMIT lesen judi !

yang haram tetap haram,yang halal tetap halal.judi bola ini akan menghancurkan sistem masyarakat malaysia, tak kisah ia kena pada melayu cina dan india.

aku takut pada azab ALLAH. aku yakin ramai rakyat malaysia akan sanggup berhutang dengan bank dan along jika judi bola ini dilaksanakan. sebagaimana arak,judi boleh menghancurkan sistem masyarakat malaysia.

pemimpin kerajaan, aku arahkan kamu batalkan lesen judi ini !


Gua ulas

Ini bukan soal politik, tapi ni soal nilai atau akhlak masyarakat. Kalau orang atas pun pening-pening, orang bawah lagi la pening-pening lalat.

Permatang Bendang (PB) tak mau cakap banyak, UMNO/BN mesti kita gulingkan secepat mungkin. Merosakkan Rakyat Malaysia!

pemimpin kerajaan, aku arahkan kamu batalkan lesen judi ini !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan