Khamis, 18 Mac 2010

Jutaan Terima Kasih

Salam Perjuangan,

Hari ni 17/03/2010, genap ulang tahun ke-22 aku.
Genap juga 22 tahun jasadku dipisahkan dari perut ibuku.
Genap juga 22 tahun nafasku menyirup udara segar.
Genap juga 22 tahun jantungku berdenyut.
Genap juga 22 tahun aku hidup sebagai muslim.
Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah Maha Mencipta yang mentakdirkan aku untuk hidup dibumi ini.
Engkau-lah yang memberi aku rasa tabiat hidup sebagai manusia.
Engkau memberi aku nikmat untuk aku senang...
Engkau memberi aku dugaan untuk aku merasa susah...
Engkau memberi aku perasaan untuk aku merasa kasih, sayang, benci, suka, gembira...
Engkau memberi aku manusia untuk aku merasa nikmat bersama ibubapa, adik-beradik, sahabat-sahabat, musuh-musuh...

Jutaan terima kasih juga kepada mak dengan abah yang membesar dan menjaga aku sejak dari kecik hingga sekarang.
Mak dengan abah juga yang memberi aku rasa kasih sayang...
Mak dengan abah juga yang mengajar aku erti kehidupan...
Mak dengan abah juga yang membawa aku ke jalan-MU...
Syurgalah tempat kalian wahai mak dan abah...

Jutaan kepada adik-beradik aku. Abang Wan, Yun, Miah, Tikah dengan Hana.
Kalianlah yang sering bermain difikiran-ku...
Kalianlah yang sering aku rindu...
Kalianlah orang yang paling aku sayang selepas mak dengan abah...

Juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat.
Kalian banyak berkorban untuk aku...
Kalian mengajarku erti persahabatan yang sebenar...
aku tak tahu nak cakap apa lagi, melainkan moga-moga kalian didalam redho-Nya...

Kalau ditakdirkan ini kali terakhir ulang tahun kelahiran-ku, aku berdoa agar dapat berjumpa dengan kalian semua disyurga nanti...

Moga redho Allah bersama kita...

Rabu, 17 Mac 2010

Harapan WANITA kepada LELAKI


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

*bukan senang nk jadi mcm sajak ni...

Selasa, 16 Mac 2010

Aku dan sesuatu...


Salam perjuangan,

Sekali lagi aku dikurniakan kudrat untuk menulis buat kali ini. Sekali lagi, sebagai rakyat biasa, aku punya hak untuk memberi pandangan dan lontaran idea kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki.

Aku amat tertarik dengan PAS, ntah sebab apa pun aku tidak tahu. Mungkin perasaan ini datang kerana sering di'doktrin' dengan mak dan abah aku. Kedua-dua orang tua aku ni memang penyokong kuat pembangkang. Dari kecik lagi depa cukup tak puas hati dengan UmnGOK ni. Bila dah besar panjang, aku pun terikut-ikut depa jugak. Yela, mana tumpah kuahnya kalau tak ke nasik.

Abah aku masa muda dulu memang penyokong UmnGOK ni, ye la dia dulu orang 'kuat' kampung aku, kena la link 'kuat' jugak dengan UmnGOK ni. Nak dapat bajet...standard la tu. Tapi bila aku lahir je, dia dah x sokong UmnGOK lagi. Mungkin faktor UmnGOK yang banyak rasuah ataupun mungkin jugak faktor kelahiran aku ni. hehehe

Mak aku pula berasal dari Kepala Batas, satu-satunya tempat kuat UmnGOK kat Pulau Pinang ni. Datuk (atau aku panggil tokwan) aku ni orang kuat UmnGOK jugak. Dia ni imam masjid kat kampung mak aku beb! Hebat jugak keturunan aku ni, hahaha. Tapi yang aku pelik, pasai apa yang tokwan aku ni kuat UmnGOK? mungkin nak royalti kut? hehehe...
Tapi sejak beberapa tahun sebelum tokwan aku meninggal (tokwan aku meninggal bulan 9 tahun 2001), dia dah cenderung kepada PAS, Alhamdulillah.

Mak dengan abah aku ni memang penyokong tegar PAS dan Anuar Ibrahim. Boleh dikatakan setiap isu-isu yang timbul kat berita dalam TV terutamanya mengenai politik, senang-senang je depa tafsir dan cantas balik. Ye la, kebanyakkannya berita dari TV ni banyak yang menyebelahi UmnGOK lahanat ni. Boleh dikatakan mak dengan abah aku ni hebat jugak la dalam bab cantas mencantas UmnGOK ni.

Sejak aku kecik lagi, kalau ada ceramah-ceramah politik mesti abah aku akan ajak aku. Tapi jarang-jarang dia ajak abang dengan adik-adik aku yang lain, mungkin sebab ni la aku jadi camni. Kalau nak compare dengan adik beradik aku yang lain, rasanya akulah yang paling kuat politik. hahaha...ni semua abah aku punya pasal la. Time dia ajak ke ceramah politik tu, aku ok je. Bahkan lagi syok sebab boleh 'paw' abah aku, sebab kat ceramah tu mesti ada gerai-gerai jualan. Aku punya 'favourite' penceramah ialah Mat Sabu, sekali dia ceramah terguling-guling aku dengan abah aku gelak...hahaha.

Kalau masa Pilihan Raya lagi la abah aku ligat dengan politik ni. Dia tak penah miss time hari penamaan calon, pagi-pagi buta lagi dia dah kejut aku untuk pi sana. Aku pun 'on' je, time tu la aku akan buka koleksi-koleksi baju PAS aku. Macam-macam jenis baju ada, ada kaler putih, hijau, hitam...biru tua dengan merah xda la (tu kaler UmnGOK). Aku BENCI!

Mak aku pula, banyak dok kat rumah ja. Tapi kalau mak aku nak pi dengar ceramah-ceramah politik ni, dia akan pi dengan abah aku. Kalau abah aku xda, 'hero' ni la yang bawa mak dia...hehehe.

Adik-beradik aku pula lain ceritanya. Abang aku ni tak suka sangat bab politik ni. dia tak berapa layan sangat, aku pun tak tau kenapa. Dia lebih minat pasal sukan, motor dan macam mana nak jana duit (kerja over time). Adik-adik aku pula lagi la tak tau pasal politik, depa ni semua perempuan. Kecik-kecik lagi. Tapi aku dah 'doktrin' depa dengan PAS ni. Sampaikan kalau adik perempuan aku tak pakai tudung, aku akan sound, "Awat tak pakai tudung? hang nak jadi puteri UmnGOK ka?". Terus dia pakai tudung. Dia pun dah di'doktrin' bahawa UmnGOK ni jahat. hahaha...memang pun!

Sebab tu aku cukup tak boleh dengar nama UmnGOK ni. Jadi panas semacam ja...
Apatah lagi bila isu kerajaan perpaduan ataupun UG, lagi la aku panas. Aku cam nak penampar je sapa yang sokong UG ni. Tak tau la, mungkin kebencian aku terhadap UmnGOK ni terlalu obses kut.
Terima kasih kat mak dengan abah aku, depa la pemangkin aku untuk menentang UmnGOK ni.
Moga kalian ditempatkan di syurga nanti...amin.

Cukuplah setakat ni, aku pun dah malas nak melalut banyak-banyak.

See ya! Assalamualaikum

Jumaat, 12 Mac 2010

Sumpah Mahasiswa!



Sumpah Mahasiswa Indonesia!
kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Pertahan Satu!
Tanah Air Tanpa Penindasan!
Kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Perwata Satu!
Perkaya Akan Keadilan!
Kami Mahasiswa Indonesia Bersumpah!
Perwata Satu!
Bahasa Tanpa Pembohongan!

Mahasiswa boleh kritik kerajaan



KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

sumber:http://www.harakahdaily.net/v2/

*Siap la hangpa wahai orang-orang atas...hahaha

Aku benci Kerajaang Perpaduang

Salam Perjuangan,

Kerajaan Perpaduan ataupun UG. Isu yang tak habis-habis sejak 2 tahun lepas lagi. Jujurnya, aku cukup menyampah mendengarnya!. Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Aku yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika aku bukan yang jenis sayangkan perjuangan Islam sudah tentu aku orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Aku tidak boleh tegur Umno sebab kita semua pun dah tahu perangai depa ni camna. Tapi aku ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Aku rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah aku daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri.


REFORMS!!!

*mungkin sahabat-sahabat menyangka aku ni dah ter'over' dalam perkara ini. Tapi ini pendapat dan pendirian aku, setiap kita ada hak masing-masing untuk menyatakan pendapat.

Mencari Kunci Ikhlas



Salam Perjuangan,

Di keheningan malam hari, terfikir aku mengenai kesempurnaan ikhlas dalam aku beramal dan mejalankan kehidupan seharian. Sedasyat apapun yang aku lakukan, tetapi jika dalam hati aku ni tidak ikhlas maka rugi yang teramat atas apa yang aku lakukan. Ditambah pula dalam kehidupan seharian aku ini, aku bertemu dengan ramai orang.

Bila kerja yang aku lakukan ini melibatkan orang luar, mesti dalam hati aku ini akan terdetik untuk mengambil perhatian orang. Terutamanya bergaul mahupun bekerja dengan adik-adik junior, maka akan timbul keegoaan aku dalam menyampaikan sesuatu kepada mereka. Bergaul dengan abang-abang senior, maka aku akan tunjukkan kehebatan diri ataupun ketawadhukaan diri kepada mereka agar mereka berbangga dengan penganti mereka ini. Yang paling bahaya sekali bila bergaul dengan makhluk yang bernama wanita, ini yang paling aku takuti. Banyak amalan-amalan ataupun gerak kerja yang aku lakukan akan menjadi hebat bila datangnya makhluk bernama wanita. Tetapi dari sudut niat, aku meng'iya'kan bahawa ianya turut hancur sehancurnya.

Ada satu Hadis yang aku dengar dari sebuah kuliah. Suatu hari Allah berfirman kepada malaikat bahawa Allah
"Aku menciptakan gunung yang begitu kukuh sehinggakan bumi tidak bergoncang dengan kekuatan gunung ini."
"Adakah yang lebih kuat dari gunung?". Tanya malaikat.
"Ada, iaitu besi. Kerana dengan besi dapat menarah gunung yang kukuh itu" Jawab Allah.
"Adakah yang lebih kuat dari besi?"
"Ada, iaitu api. Kerana dengan api dapat meleburkan besi."
"Adakah yang lebih kuat dari api?"
"Ada, iaitu air. Kerana dengan air dapat memadamkan api."
"Adakah yang lebih kuar dari air?"
"Ada, iaitu angin. Kerana dengan angin dapat menyejat air."
Adakah yang lebih kuat dari angin?"
"ADA, IAITU ORANG YANG MEMBERI DENGAN TANGAN KANAN TETAPI TANGAN KIRI TIDAK TAHU"


Aku juga teringat kata-kata dari senior aku, walaupun dia bukanlah seorang yang tarbawi, tetapi kata-katanya cukup menguris hati aku.
Katanya;
"Begitu ramai orang yang Jahil berbanding yang berilmu,
begitu ramai orang yang berilmu berbanding yang beramal,
begitu ramai orang yang beramal berbanding yang komited/isitqamah,
begitu ramai orang yang isitamah berbanding yang IKHLAS.
Syeikh, IKHLAS ialah tahap tertinggi dalam setiap amalan manusia. Kalau anta dapat capai tahap tu, mesti anta tidak akan ada masalah lagi"


Apa yang aku tahu antara mengenai ciri-ciri orang ikhlas ialah JARANG KECEWA. Kerana dalam pemikiran dia ada 2 sahaja. Yang pertama dia ingin meluruskan niat dan yang kedua menyempurnakan ikhtiar. Selepas itu apa yang telah dilakukan olehnya diserah sepenuh hati kepada Allah (Tawakal). Dia lagi dia mengharap yang lain selain Allah, ganjaran pun hanya ditagih kepada Allah, perhatian pun ingin perhatian dari Allah, mengadu pun hanya ingin mengadu kepada Allah, menangis juga ingin menangis didepan Allah.

Sememangnya aku tidak layak untuk mencapai tahap ikhlas ini. Hanya yang aku mampu hanyalah berusaha kearah itu, tetapi itu pun aku merasakan tidak mampu...Ampunilah dosa-dosa kami Ya ALLAH...

Khamis, 4 Mac 2010

Politik Dari kaca mata aku




Politik
Apa yang aku faham berkaitan politik ialah pengurusan ataupun pentadbiran sesuatu organisasi.
Itu dalam bahasa mudahnya la. Politik juga terdiri daripada salah satu cabang dari ad-Dinul Islam.
Terbukti dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk perintah dan penceritaan semula sirah-sirah para Anbia dan insan-insan soleh yg memerintah sesuatu negara ataupun negeri.
"Berkata Tuhan kepada para malaikat; Sesungguhnya AKU ingin jadikan khalifah di muka bumi ini". Banyak tafsiran yang begitu terang menyatakan bahawa asal tujuan manusia diciptakan ini ada 2.
Yang pertama, sebagai hamba ALLAH dan yang kedua sebagai khalifah dibumi. Penafsiran berkaitan tugas khalifah sudah jelas dengan konsep siasah ataupun dalam bahasa yang mudah difahami ialah politik.

Dalam tafsiran Sayid Qutub juga menyatakan bahawa khalifah itu sebenarnya "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan urusan agama".
Ibnu Khaldun pula menterjemahkan erti khalifah sebagai "Liya batan anil nubuwah" ataupun dalam bahasa perancisnya, "penganti kepada para Nabi". Beliau juga menafsirkan yang dikatakan penganti para nabi tu, bukan bermaksud menjadi nabi.
Tapi mengalas tugas sebagai khalifah atau pemerintah seperti mana Saidina Abu Bakr mengantikan Rasulullah, seperti mana Saidina Umar mengantikan Saidiana Abu Bakr dan begitulah seterusnya...hinggalah terjatuhnya sistem khilafah, angkara Kamal Ataturk lahanat!

La ni (sekarang), masyarakat semakin hanyut dengan penafsiran politik. Akibat dari perjalanan arus politik itu sendiri yang dinodai dan dirogol oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Ampuno, lagi satu lahanat!
Hal ini yang menyebabkan orang ramai susah nak terima politik Islam.

Politik Islam lahir solid dari Al-Quran dan Hadith. Dengan kata lain, politik Islam itu lahir dari penghayatan seseorang terhadap Islam sebagai Ad-DIN. Sebab tu la dalam Islam ni, perkara politik dan perkara ukhrawi tak boleh dipisahkan.
Tapi yang peliknya, pasai apa masih ada lagi 'golongan-golongan' hebat dari sudut agama ni masih lg menganggap politik ataupun siasah ini satu kerja kotor, jahat, zalim. Aku tafsirkan kat sini sebagai satu KEBODOHAN yang nyata! Lantaklah kalau ada sapa-sapa yang nak terasa.
Boleh aku tegaskan disini bahawa golongan yang menolak gerakan siasah atau politik ini sebagai golongan sekularisme kuno. Sememangnya sekularisme ni memisahkan antara agama dan politik. So, tak kan yang dah faham agama ni pun nak tolak siasah / politik?
Korupsi diri kembali....

Sejarah juga ada menceritakan tentang zaman pemerintahan Rasulullah dan para Khalifah ar-Rasyidin sebagai ketua agama dan ketua negara serentak!
Faktor ni menunjukkan bahawa Aqidah dan Syariah telah menetapkan beberapa dasar politik dan kedudukannya dalam Agama untuk diikuti oleh setiap Muslim.
Sebab tu tugas politik ni ada hubungan dengan aqidah, so tentulah wujud amalan-amalan politik bersifat tauhid.

Rasanya, cukup kut setakat ni dulu. Memang macam panas jugak cara penulisan aku kali ini. Bukan apa, tujuan aku nak bagi kesedaran untuk yang tak sedar-sedar lagi je...
So, bertemu lagi ya!

by permatangbendang

Rabu, 3 Mac 2010

Bila Sudah Sampai Waktunya...



INI KHAS BUAT MUSLIMAT.....BACA YEA!

Khasnya buat para muslimat yang terkadang hampir sahaja timbul rasa kecewa, hampa serta terselit rasa kurangnya berpuas hati atas keputusan dari muslimin yang disangka dengan seberapa mudah menolak tawarannya.Baik diingat bersama pemilik mutlak kuasa pemutus segala bicara dan hal atas muka bumi ini bukanlah dia si manusia, tapi semuanya tercatit atas kehendaknya.

Jadi kecewa yang kadang melanda bukanlah faktor pengubah lembaran kisah sejarah yang bakal dicorakkan masa depan, namun yang utama perlu ada adalah redha pada tentuanNya tatkala bersedia seberapa lengkap mungkin untuk hadapi cabaran yang dilihatnya besar. Masakan tidak besar cabarannya, kiranya dia si muslimat ditakdirkan untuk bersama dengan pasangannya yang yang bukan dari kelompok fikir yang sama, tidak terisi dengan kerja buat dakwah sebelumnya.

Namun kisah 'Tuhan Beri Aku Cinta' ini saya kira ada mendidik. ingatan buat muslimat tak lupa juga untuk muslimin sebagai pedoman. Kalaupun si pasangan itu bukannya datang dari galur jemaah, prinsip supaya bertegas sebelum bernikah ada baiknya.

Pastikan ada murabbi sebagai tempat si pasangan rujuk dalam tempoh tertentu sebelum berumah tangga. Mungkin hanya dengan beberapa siri usrah bersama si murabbi dapat sahaja dia faham dan kenal akan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam konteks rumahtangga dakwah.

Walaupun di sana hanya ada perkenalan ringkas pasal kehidupan manusia yang beramanahkan untuk menyeru manusia, saya kira ia selaku tapak-tapak awal yang baik. Baik daripada tiada. Adapun selepas berumahtangga elemen baik seperti usrah pesan padanya ini jangan sekali ditinggalkan, kerana di sana ada mutiara hikmah yang baik untuk keluarga.


HAA...YANG INI UNTUK SI MUSLIMIN, JANGAN NAK LARIII!!!

Yang lanjutnya buat para muslimin. Ingatan ini untuk diri dan rasa untuk dikongsi bersama. Kalaupun si muslimat dilihat ada hak dalam memilih siapa bakal pasangannya, ana yakin dan percaya hakikat sebenar dalam hidup munusia yang nyata kuasa memilih si muslimin lebih besar dan upaya.

Soalnya, mengapa di saat muslimin yang kian tandus di kampus-kampus hari ini, dan masa yang sama berlaku lambakan yang menggunung bangsa muslimat ini, masih sahaja si muslimin ini ingin benar mencari pasangannya yang bukan dikalangan muslimat-muslimat dakwah. Hairan dan pelik di selit rasa macam-macam.

Apakah sekalipun tarbiyyah mengajar kita bahawa yang membezakan satu insan dengan yang lainnya hanyalah taqwa, masih lagi terselit bahawanya pilih yang cantik dan berharta itu adalah yang lebih utama? ( kalaupun itu yang di mahu, apa...muslimat dakwah tiada yang comel-comel..huh~)

Mungkin sahaja ada alasannya yang mengatakan bahawa, kenapa perlu kita sekat perluasan teritori dakwah ini kepada mereka yang belum kenal lagi jamaah, kan ada baiknya? Tapi barang perlu diingat, kalaupun diri itu merasa kuat dan mampu membentuk serta membimbing para wanita ini memahami penat susah kehidupan rumahtangga dakwah, maka silakan mencari pasangan dikalangan bukan muslimat dakwah.


Adapaun jikalau diri sendiri umpama perahu kecil membelah lautan besar berbekalkan sebatang pendayung, yang ada barangkalinya mudah sahaja dibalas ombak tenggelam entah ke mana, maka di sana ana melihat amatlah besar akan keperluannya memilih srikandi-srikandi dakwah ini.

Di sana kita doa dan harapkan rumahtangga yang binaanya atas dasar yang sama bagi kedua-dua belah pihak, yakni titik temu mereka ingin membentuk bait ad-dakwah mudah-mudahan sahaja Allah berkati dan mudahkan segala urusan mereka.

Yang kasihannya, para muslimat, sudahlah banyak bilangannya, banyak juga yang umurnya sudah banyak, banyak juga yang pending memanjang, akhir sekali disapu sahaja mat-mat motor yang naluri mereka tetap inginkan yang baik-baik pada mata pandang mereka, yang mampu jadi emak yang ibu buat anak-anak mereka nanti, maka dikala itu terpinga-pingalah muslimat-muslimat ini.


Akhir buat tutup bual ini, barang diingat sekali lagi, pesanan nasihat ini sekadar buah pandang untuk difikir bersama. Adakala betul, kadang kala silapnya juga ada. Namun, tegas berganda buat yang namanya muslimin, selamatkanlah muslimat kita..!!!

Kalau bukan kita yang menjadi suri pendidik dan pelengkap mereka siapa lagi. Mahu sahaja dilihat kelak tumbuhnya keluarga-keluarga dakwah yang banyak menjadi seri atas muka bumi ini.


Kerana tugas dakwah ini tidak akan selesai...


Nota :

INGAT KATA-KATA SAYA INI.

Wahai yang berkenaan.
Tanya pada diri.

Kalau bukan muslimat-muslimat ini, siapa?
Kalau buka di sini, di mana?
Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan baitul muslim jawapannya, jadi apa?

sumber: http://keluargamuslimbahagia.blogspot.com/

Selasa, 2 Mac 2010

Dakwah kerana Allah



Kerdil diri bila dengar kenyataan syeikh ni..