Jumaat, 12 Mac 2010

Mencari Kunci Ikhlas



Salam Perjuangan,

Di keheningan malam hari, terfikir aku mengenai kesempurnaan ikhlas dalam aku beramal dan mejalankan kehidupan seharian. Sedasyat apapun yang aku lakukan, tetapi jika dalam hati aku ni tidak ikhlas maka rugi yang teramat atas apa yang aku lakukan. Ditambah pula dalam kehidupan seharian aku ini, aku bertemu dengan ramai orang.

Bila kerja yang aku lakukan ini melibatkan orang luar, mesti dalam hati aku ini akan terdetik untuk mengambil perhatian orang. Terutamanya bergaul mahupun bekerja dengan adik-adik junior, maka akan timbul keegoaan aku dalam menyampaikan sesuatu kepada mereka. Bergaul dengan abang-abang senior, maka aku akan tunjukkan kehebatan diri ataupun ketawadhukaan diri kepada mereka agar mereka berbangga dengan penganti mereka ini. Yang paling bahaya sekali bila bergaul dengan makhluk yang bernama wanita, ini yang paling aku takuti. Banyak amalan-amalan ataupun gerak kerja yang aku lakukan akan menjadi hebat bila datangnya makhluk bernama wanita. Tetapi dari sudut niat, aku meng'iya'kan bahawa ianya turut hancur sehancurnya.

Ada satu Hadis yang aku dengar dari sebuah kuliah. Suatu hari Allah berfirman kepada malaikat bahawa Allah
"Aku menciptakan gunung yang begitu kukuh sehinggakan bumi tidak bergoncang dengan kekuatan gunung ini."
"Adakah yang lebih kuat dari gunung?". Tanya malaikat.
"Ada, iaitu besi. Kerana dengan besi dapat menarah gunung yang kukuh itu" Jawab Allah.
"Adakah yang lebih kuat dari besi?"
"Ada, iaitu api. Kerana dengan api dapat meleburkan besi."
"Adakah yang lebih kuat dari api?"
"Ada, iaitu air. Kerana dengan air dapat memadamkan api."
"Adakah yang lebih kuar dari air?"
"Ada, iaitu angin. Kerana dengan angin dapat menyejat air."
Adakah yang lebih kuat dari angin?"
"ADA, IAITU ORANG YANG MEMBERI DENGAN TANGAN KANAN TETAPI TANGAN KIRI TIDAK TAHU"


Aku juga teringat kata-kata dari senior aku, walaupun dia bukanlah seorang yang tarbawi, tetapi kata-katanya cukup menguris hati aku.
Katanya;
"Begitu ramai orang yang Jahil berbanding yang berilmu,
begitu ramai orang yang berilmu berbanding yang beramal,
begitu ramai orang yang beramal berbanding yang komited/isitqamah,
begitu ramai orang yang isitamah berbanding yang IKHLAS.
Syeikh, IKHLAS ialah tahap tertinggi dalam setiap amalan manusia. Kalau anta dapat capai tahap tu, mesti anta tidak akan ada masalah lagi"


Apa yang aku tahu antara mengenai ciri-ciri orang ikhlas ialah JARANG KECEWA. Kerana dalam pemikiran dia ada 2 sahaja. Yang pertama dia ingin meluruskan niat dan yang kedua menyempurnakan ikhtiar. Selepas itu apa yang telah dilakukan olehnya diserah sepenuh hati kepada Allah (Tawakal). Dia lagi dia mengharap yang lain selain Allah, ganjaran pun hanya ditagih kepada Allah, perhatian pun ingin perhatian dari Allah, mengadu pun hanya ingin mengadu kepada Allah, menangis juga ingin menangis didepan Allah.

Sememangnya aku tidak layak untuk mencapai tahap ikhlas ini. Hanya yang aku mampu hanyalah berusaha kearah itu, tetapi itu pun aku merasakan tidak mampu...Ampunilah dosa-dosa kami Ya ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan