Isnin, 14 Mac 2011

'Matahari Terbit' sedang menangis



Tiada kata yang boleh diungkap mengenai bencana yang sedang melanda di Jepun sekarang ini.

Gempa Bumi dan Tsunami

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera.




Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Satu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.



Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.

Ledakan Loji Nuklear pula menyusul

Ditengah-tengah kekalutan menghadapi bencana gempa bumi dan tsunami, Jepun digemparkan lagi dengan ledakan loji nuklear elektriknya. Reaktor Ke-6 di loji eletktrik tenaga nuklear Fukushima telah kehilangan kemampuan untuk mendinginkan reaktor utama sejak gempa bumi kuat yang disusuli landaan tsunami di Jepun, Jumaat lalu.

Reaktor Nombor 3 di loji elektrik Nombor 1 Fukushima kehilangan fungsi itu setelah reaktor-reaktor Nombor 1 dan 2 pada loji Nombor 1, dan reaktor Nombor 1, 2 dan 4 pada loji Nombor 2 mengalami kesulitan yang sama, kata Tokyo Electric Power Co. (TEPOC), operator dan pemilik loji tersebut hari ini.

Kebimbangan ini kian melonjak kerana nuklear ini mempunyai perangainya sendiri. Sekali 'ia' naik angin, habis satu semesta 'diajarnya'. Lelaki, perempuan, orant tua, kanak-kanak, bayi, janin, binatang, hidupan laut, pokok-pokok, tumbuhan-tumbuhan dan semua yang berada dibumi habis dikerjakannya. Sejarah 1986 di Chernobyl, Ukraine telah menceritakan segala-galanya.

Kebiadaban Akhbar Rasmi Malaysia



Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.
berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.

Saya Malu Menjadi Rakyat Malaysia

Cubaan datang bertubi-tubi di Jepun. Mulai dari digoncang gempa bumi, dihentam tsunami. Yang terbaru ancaman bencana nuklir menyusul ledakan Loji Elektrik Tenaga Nuklear Fukushima. Musibah itupun membuat trauma bagi warga 'Matahari Terbit'.

Dengan musibah sebegini yang melanda Jepun, tetapi negara kita masih lagi boleh bersenda tawa. Sementara penduduk dunia yang lain sedang berusaha untuk menawarkan khidmat bantuan keselamatan ke Jepun.

Disaat ini, hatiku bertanya...
Dimana perginya Najib Abdul Razak?
Eh, silap da...dimana perginya Rosmah Mansor?
Apakah Rosmah tidak menghantar bantuan dari Malaysia ke Jepun?
Jangankan manghantar bantuan, ucapan takziah pun tak ada!

Tiada ulasan:

Catat Komen