Selasa, 15 Mac 2011

Dia C.A.N.T.I.K

Salam


Posting saya pada kali ini lebih kepada pendekatan santai dan feel...so, u'all just layan je la...

Firstly, jom saya bawa anda layan dulu video mat lutfi ni, letih urat perut saya ketawa.




Cantik?

Cantik ini selalu ditujukan kepada kaum Hawa

Agak susah saya hendak tafsirkan erti CANTIK ini. Naik bingung saya untuk menyelami lautan CANTIK ini, terutamanya ketika ingin menemui dibahagian dasar lautan CANTIK.

Sebagai manusia ciptaan ALLAH yang sempurna sebaik-baik kejadian ini, ternyata dalam diri saya memiliki sifat inginkan kepada perkara CANTIK.
Itu adalah fitrah kejadian saya,
fitrah kejadian anda,
fitrah kejadian kesemua makhluk ALLAH yang bernama manusia.
Ya! Saya ingin memiliki sesuatu yang CANTIK. Saya akuinya!

Tapi, dalam diri saya tertanya-tanya...

Apakah yang dikatakan cantik?

Adakah ianya dari rupa paras?

Kalau melalui rupa paras dan fizikalnya, maka hanya segelintir orang sahaja yang memiliki 'title' CANTIK itu.

Jika rupa paras menjadi ukuran kecantikan, mengapa ALLAH menjadikan rupa paras dan fizikal manusia yang berbeza-beza?
Bahkan ada pula yang tidak memiliki rupa paras yang menawan.

Dan jika kita meletakkan CANTIK itu dari rupa paras dan fizikal, maka bagi manusia yang tidak dikurniakan ALLAH rupa paras dan fizikal yang tidak menawan, mereka TIDAK akan merasa erti CANTIK didalam diri mereka. Jika begitu, maka kehidupan mereka adalah sia-sia!

Jadi, jika kita ertikan bahawa CANTIK itu datang dari rupa paras, maka kita telah mengHODOHkan manusia ciptaan ALLAH yang lain. Yakni manusia yang tidak memiliki rupa paras yang menawan.

Soalnya, bukankah ALLAH menjadikan semua ciptaan-NYA itu cantik?

Dan bukankah ALLAH sukakan perkara yang CANTIK, maka diciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian. Maknanya setiap manusia mempunyai potensi untuk CANTIK!

Jadi, dimanakah sebenarnya terletak CANTIK tersebut didalam diri seorang manusia?

Mmm...naik bingung saya dibuatnya. Dalam kebingungan ini, teringat pula pesan Nabi. Buku panduan hidup didunia ini adalah Al-Quran dan Sunnah.

Nabi pernah berkata; "dunia ini adalah perhiasan..."
- Maknanya 'perhiasan' adalah barang atau jasad yang CANTIK. Kalau tidak CANTIK, kita tidak akan namakan ia sebagai 'perhiasan'. Macam di ruang tamu rumah kita, kita akan hiasi dengan barang-barang yang CANTIK seperti pasu bunga, bunga, perabut yang mahal, TV yang besar, set sofa yang empuk...itu semua adalah barangan CANTIK atau erti kata lain 'perhiasan'. Jadinya, segala isi dunia sememangnya CANTIK!
Ya, saya telah menemui jawapan CANTIK ini.




Nabi menyambung dalam kata-katanya itu; "dunia adalah perhiasan, sebaik-baik hiasan adalah WANITA SOLEHAH." -Hadith riwayat Muslim-
- Tadi saya mengajak anda berbincang mengenai isi dunia yang CANTIK. Tetapi kali ini Nabi menambah lagi 'key x-factor' CANTIK. Katanya, sebaik-baik 'perhiasan' adalah WANITA SOLEHAH. Dalam erti mudahnya, WANITA SOLEHAH adalah yang paling CANTIK sekali!
Ya, saya telah menemui jawapan kepada perkara yang PALING CANTIK SEKALI.
Thanks ya Rasulullah, salam dan selawat keatas baginda.

Bila kita fikir-fikirkan, memang benar perkara yang PALING CANTIK adalah WANITA SOLEHAH. Sebab kesemua wanita mempunyai potensi untuk menjadi PALING CANTIK.
Yang kaya atau yang miskin
Yang muda atau yang tua
Yang kurus atau yang gemuk
Yang cerah atau yang gelap
Yang telinga capang atau yang bertelinga kemek
Yang berhidung mancung atau yang berhidung kembang
Yang bermata bulat atau yang bermata sepet
Yang tinggi atau yang rendah
Yang berambut lurus atau yang berambut rinting
Yang bertudung labuh atau yang tidak bertudung
Yang berjubah atau yang ber'skirt'
Ketahuilah...
Kesemua mereka mempunyai potensi untuk menjadi yang PALING CANTIK, yakni menjadi WANITA SOLEHAH.

Now, saya mencari yang PALING CANTIK itu untuk menemani sepanjang hidup saya. Agar anugerah 'PALING CANTIK' itu juga dapat saya miliki bersama...sebab saya lelaki, lelaki tak boleh jadi 'PALING CANTIK' seperti dalam hadith Nabi tadi...huhuhu (sedih). Dapat kongsi 'PALING CANTIK' pun jadilah...




Ketahuilah, ALLAH sukakan pada perkara yang CANTIK!
Dan saya juga sukakan pada perkara yang CANTIK!

Tiada ulasan:

Catat Komen