Rabu, 3 Mac 2010

Bila Sudah Sampai Waktunya...



INI KHAS BUAT MUSLIMAT.....BACA YEA!

Khasnya buat para muslimat yang terkadang hampir sahaja timbul rasa kecewa, hampa serta terselit rasa kurangnya berpuas hati atas keputusan dari muslimin yang disangka dengan seberapa mudah menolak tawarannya.Baik diingat bersama pemilik mutlak kuasa pemutus segala bicara dan hal atas muka bumi ini bukanlah dia si manusia, tapi semuanya tercatit atas kehendaknya.

Jadi kecewa yang kadang melanda bukanlah faktor pengubah lembaran kisah sejarah yang bakal dicorakkan masa depan, namun yang utama perlu ada adalah redha pada tentuanNya tatkala bersedia seberapa lengkap mungkin untuk hadapi cabaran yang dilihatnya besar. Masakan tidak besar cabarannya, kiranya dia si muslimat ditakdirkan untuk bersama dengan pasangannya yang yang bukan dari kelompok fikir yang sama, tidak terisi dengan kerja buat dakwah sebelumnya.

Namun kisah 'Tuhan Beri Aku Cinta' ini saya kira ada mendidik. ingatan buat muslimat tak lupa juga untuk muslimin sebagai pedoman. Kalaupun si pasangan itu bukannya datang dari galur jemaah, prinsip supaya bertegas sebelum bernikah ada baiknya.

Pastikan ada murabbi sebagai tempat si pasangan rujuk dalam tempoh tertentu sebelum berumah tangga. Mungkin hanya dengan beberapa siri usrah bersama si murabbi dapat sahaja dia faham dan kenal akan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam konteks rumahtangga dakwah.

Walaupun di sana hanya ada perkenalan ringkas pasal kehidupan manusia yang beramanahkan untuk menyeru manusia, saya kira ia selaku tapak-tapak awal yang baik. Baik daripada tiada. Adapun selepas berumahtangga elemen baik seperti usrah pesan padanya ini jangan sekali ditinggalkan, kerana di sana ada mutiara hikmah yang baik untuk keluarga.


HAA...YANG INI UNTUK SI MUSLIMIN, JANGAN NAK LARIII!!!

Yang lanjutnya buat para muslimin. Ingatan ini untuk diri dan rasa untuk dikongsi bersama. Kalaupun si muslimat dilihat ada hak dalam memilih siapa bakal pasangannya, ana yakin dan percaya hakikat sebenar dalam hidup munusia yang nyata kuasa memilih si muslimin lebih besar dan upaya.

Soalnya, mengapa di saat muslimin yang kian tandus di kampus-kampus hari ini, dan masa yang sama berlaku lambakan yang menggunung bangsa muslimat ini, masih sahaja si muslimin ini ingin benar mencari pasangannya yang bukan dikalangan muslimat-muslimat dakwah. Hairan dan pelik di selit rasa macam-macam.

Apakah sekalipun tarbiyyah mengajar kita bahawa yang membezakan satu insan dengan yang lainnya hanyalah taqwa, masih lagi terselit bahawanya pilih yang cantik dan berharta itu adalah yang lebih utama? ( kalaupun itu yang di mahu, apa...muslimat dakwah tiada yang comel-comel..huh~)

Mungkin sahaja ada alasannya yang mengatakan bahawa, kenapa perlu kita sekat perluasan teritori dakwah ini kepada mereka yang belum kenal lagi jamaah, kan ada baiknya? Tapi barang perlu diingat, kalaupun diri itu merasa kuat dan mampu membentuk serta membimbing para wanita ini memahami penat susah kehidupan rumahtangga dakwah, maka silakan mencari pasangan dikalangan bukan muslimat dakwah.


Adapaun jikalau diri sendiri umpama perahu kecil membelah lautan besar berbekalkan sebatang pendayung, yang ada barangkalinya mudah sahaja dibalas ombak tenggelam entah ke mana, maka di sana ana melihat amatlah besar akan keperluannya memilih srikandi-srikandi dakwah ini.

Di sana kita doa dan harapkan rumahtangga yang binaanya atas dasar yang sama bagi kedua-dua belah pihak, yakni titik temu mereka ingin membentuk bait ad-dakwah mudah-mudahan sahaja Allah berkati dan mudahkan segala urusan mereka.

Yang kasihannya, para muslimat, sudahlah banyak bilangannya, banyak juga yang umurnya sudah banyak, banyak juga yang pending memanjang, akhir sekali disapu sahaja mat-mat motor yang naluri mereka tetap inginkan yang baik-baik pada mata pandang mereka, yang mampu jadi emak yang ibu buat anak-anak mereka nanti, maka dikala itu terpinga-pingalah muslimat-muslimat ini.


Akhir buat tutup bual ini, barang diingat sekali lagi, pesanan nasihat ini sekadar buah pandang untuk difikir bersama. Adakala betul, kadang kala silapnya juga ada. Namun, tegas berganda buat yang namanya muslimin, selamatkanlah muslimat kita..!!!

Kalau bukan kita yang menjadi suri pendidik dan pelengkap mereka siapa lagi. Mahu sahaja dilihat kelak tumbuhnya keluarga-keluarga dakwah yang banyak menjadi seri atas muka bumi ini.


Kerana tugas dakwah ini tidak akan selesai...


Nota :

INGAT KATA-KATA SAYA INI.

Wahai yang berkenaan.
Tanya pada diri.

Kalau bukan muslimat-muslimat ini, siapa?
Kalau buka di sini, di mana?
Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan baitul muslim jawapannya, jadi apa?

sumber: http://keluargamuslimbahagia.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan