Isnin, 1 Mac 2010

Memalukan Kampung Aku je....

Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.

Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.

Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.

Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah.

"Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.

Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.

Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.

Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.

Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.

Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.

Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.


*Kampung aku nama dia Guar Perahu, yang Guar Jering tu sebelah kampung aku je...Fairus tu plak x-YB kawasan kampung aku...MALUNYA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan