Khamis, 17 Mac 2011

17 Mac

Tanggal 17 Mac 1988,
Bersamaan 28 Rejab 1408 Hijrah,
Jam 7.48 pagi.
Seorang ibu muda yang berumur 24 tahun
Telah melahirkan seorang bayi lelaki
Di Pusat Perubatan Sakit Puan di Sungai Petani.
Lalu si ayah yang berumur 29 tahun
Mengumandangkan azan ke telinga bayi tersebut
Warna mereka berdua pun hampir kurang sama
Mungkin ini dinamakan 'bapak borek anak rintik'.




Sekarang,
17 Mac menjelma kembali.
Tarikh keramat bagi si anak datang lagi.
Bagaikan menatang minyak yang penuh.
Maka genaplah 23 tahun kehadirannya didunia ini.

Segala puji bagi TUHAN yang menciptakannya.
TUHAN yang memberikan rezeki kepadanya.
TUHAN yang melebarkan kasih sayang kepadanya.
TUHAN yang menetapkan jodoh, rezeki dan ajalnya.

TUHAN yang mengurniakan kepadanya
seorang ibu,
seorang ayah,
seorang abang,
4 orang adik,
beberapa orang sahabat,
puluhan kawan-kawan,
ratusan kenalan,
segelintir musuh,

Dan yang paling utama,
TUHAN telah mengurniakan kepadanya nikmat ISLAM dan IMAN.
ALHAMDULILLAH...Syukur YA TUHAN sekalian alam.
Atas nikmat-nikmat yang ENGKAU berikan kepada si anak tersebut.
Nyata jika dakwat dari 7 lautan dunia digunakan,
untuk si anak mengarangkan nikmat-nikmat ENGKAU,
Nescaya tidak lagi mencukupi untuk menulisnya.

Tepat 17 Mac.
Si anak tidak mengharapkan sesiapa untuk hari bersejarah ini,
Kerana si anak tahu,
Siapa sebenarnya dirinya,

"Wahai si anak!"
"Ingat pesanku ini"

"Janganlah engkau mengharapkan sesuatu dari orang lain"
"Janganlah engkau meraih simpati dari orang lain"
"Janganlah engkau menarik perhatian dari orang lain"
"Janganlah engkau lemah dihadapan orang lain"

"INGAT!"

"Engkau tidak layak untuk dipuji"
"Engkau tidak layak untuk dipuja"
"Engkau tidak layak untuk dijulang"
"Engkau tidak layak untuk dicanang"
"Engkau tidak layak untuk didendang"
"Engkau bukanlah seperti orang lain"

"INGAT!"

"Engkau tidak layak untuk MENERIMA!
"Kerana hidup engkau wahai si anak,
"Hanyalah layak untuk MEMBERI..."

"INGAT!"

"Engkau adalah dari titisan air hina!"
"Itulah yang layak bagimu, wahai si anakku..."

"INGATLAH!"
"Sesungguhnya inilah tarbiyah dariku kepadamu"
"Agar engkau tidak larut dengan keasyikan dunia"
"Agar engkau tidak ujub dengan tipu daya dunia"
"Agar engkau tidak berbangga dengan pengorbananmu"
"Agar engkau tidak takabbur dengan jihadmu"

"Hari ini..."
"Hari ke 23 tahun hidupmu"
"Hanya satu pengharapan dariku wahai anakku"

"Supaya engkau mengenal erti perjuangan sebenar"
"Supaya engkau menikmati lazatnya pengorbanan"
"Supaya engkau menjumpai nilai keikhlasan"
"Akhir sekali anakku..."
"Supaya engkau menjadi golongan terpilih ketika di Yaumul Mahsyar...Amin Ya Robbi"



Mentiti hidup dimakan usia.
Umur bertambah tempoh hidup berkurang.
Sehingga datang seruan istimewa.
Si anak akhirnya akan kembali jua kepadaNya.

17-03-2011,
Wahai, si anak yang hina.
Yang disayangi sentiasa kerana Allah semata-mata.
Di kesempatan ini, tarikh ini, hari Khamis ini,
daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu.
Semoga dikau beroleh gembira dan bahagia.
Diberkati hidupmu oleh Allah dalam naungan rahmat dan redhaNya.
Semoga dikau menjadi insan mulia.
Bahagia di dunia, di akhirat jua..

p/s: Si anak sedang menunggu panggilan dari ibunya...Untuk mendengar suara ibunya yang mengucapkan kepadanya, "SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU!"

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir ABANG PIT!
    knp nie Abg Pit?
    Sedih saja
    Sabaq na
    Kalau tak ada org yg ambik tau pasal hari ni pun tak apa.
    Sebab Abg Pit dah ada kami...kami semua syg abg Pit. Nanti balik kampung kita jumpa na...

    Lusa Hari Lahir Abah, jgn lupa ucap kat abah tau

    BalasPadam