Selasa, 6 Julai 2010

Moga Allah menjaga kita semua

Salam
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
binasakan taghut!

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas dan garang semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?

Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?

Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Al-Ahzab : 32

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."

Tafsiran Al-Ahzab : 32

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Akhir kalam

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan