Khamis, 1 Julai 2010

Kasih ibu itu suci

Salam.
Binasakan taghut.

Sebentar tadi saya pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah sewa, topup kredit saya sudah habis. Ikutkan hati, rasa malas nak topup kredit. Tapi entah kenapa sejak pagi ini banyak pula saya menerima sms dari peminat-peminat yang memerlukan respon segera. Jadi mahu atau tidak, terpaksalah saya keluarkan juga duit untuk topup'kan kredit handset ini.

Ketika keluar dari pintu rumah, kelihatan awan hitam di langit yang biru. Menandakan hujan akan turun. Saya nekad juga untuk keluar beli topup. Jika tidak peminat-peminat saya akan lari, maklumlah sms tak berbalas.

Ibu dan anak

Sewaktu perjalanan, hujan mulai renyai-renyai. Seiring dengan itu, halaju motosikal saya juga mula bertambah. Dalam asyik 'melayan' halaju motosikal sendiri, saya berselisih dengan sebuah motosikal. Ibu dan anak. Si ibu dalam lingkungan umur 30-an dan si anak pula dalam lingkungan 6-7 tahun. Mungkin si ibu itu ingin menghantar anaknya ke sekolah, ye la sudah tengahari. Si anak ber'sekolah petang' agaknya.

Dalam kerenyaian hujan itu, si ibu mengangkat kain tudungnya yang agak labuh lalu menekup kepala anaknya. Si anak pula menyambut kain tudung ibunya lalu memegang erat kain tudung itu. Angin pula seperti cuba ingin menguji si anak itu dengan tiupan yang kencang, maka si anak itu semakin erat memegang kain tudung ibunya. Mungkin tindakan si ibu itu tidak mahu anaknya itu terkena hujan, khuatir demam agaknya.

Saya percaya, saya dan pembaca-pembaca pun pernah alami perkara ini sewaktu kecil. Perkara yang berulang-ulang yang telah diaturkan oleh Allah, tetapi wataknya mungkin berbeza. Kalau 15 tahun yang lalu, watak si ibu itu adalah ibu saya dan watak si anak itu adalah saya.

Itulah kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Mungkin bagi kita pengorbanan si ibu tadi adalah biasa dan kecil. Si ibu itu tidaklah bermandikan darah untuk menyelamatkan anaknya, hanya bermandikan hujan sahaja. Tetapi nilaiannya begitu besar dan hanya Allah yang tahu.

Itulah antara jasa kecil ibu kepada kita sewaktu kecil.
Jika dihimpunkan jasa ibu yang kecil itu dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi besar.
Dan jika dihimpunkan pula jasa ibu yang besar dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi bertambah besar.
Dan jika dihimpunkan segala jasa ibu yang kecil atau besar sewaktu kita masih dalam kandungan, ketika dilahirkan, ketika disusukan, ketika baru belajar merangkak sehinggalah kita menjadi seperti sekarang...berapa agaknya nilaiannya?

Saya tersenyum melihat kejadian ini, sememangnya suatu perkara yang biasa. Tetapi bagi mereka yang memikirkannya, ia amat bermakna. Seperti Allah menyuruh hamba-hambaNya yang beriman melihat gunung, sesiapa yang beriman pasti akan nampak kehebatan ciptaan Allah itu dan bertambah imannya. Tetapi kepada yang bukan dari golongan itu, mereka akan merasakan itu adalah perkara biasa. Dan ada juga yang sesat dalam terang dengan mengatakan bahawa gunung itu adalah elemen-elemen semulajadi.

"For those who ask for the signs, Have you not shown for ur reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at the water, this is the signs for people of knowledge"

Wallahualam

2 ulasan:

  1. cerita di atas mengisahkan antara ibu dengan anaknya yang masih kecil. sgt terharu atas perwatakan ibu yang sangat mengasihi anaknya sehinggakan menggunakan tudung yang labuh utk melindungi anaknya..kalo kisah itu kita mmpu kembali ke zaman dahulu pasti kita sendiri akan terasa terharu dgn sikap ibu kita.. :-) tp masa xkan brubah,..bumi xkan berputar balik...

    BalasPadam
  2. org kata kasih ibu ni membawa ke syurga.
    mcm kisah seorang sahabat yg hanya membuat hati ibunya terasa, tapi cukup azab ketika sakaratul maut

    Saya amat sayang ibu saya.
    tiada yg mampu menandingi kasih saya terhadap ibu saya...

    BalasPadam