Salam Perjuangan,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.
"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan."
"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.
"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.
Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.
"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.
Aku nak ulas sikit...
Alhamdulillah. Satu keputusan yang begitu meyakinkan lagi perjalanan bahtera ini. Kadang-kadang aku terfikir jugak,
camna la kalau 2 orang Tok Guru ni sudah tak ada dalam PAS?
Mungkin ramai yang tidak boleh terima kenyataan, terutamanya aku. Adatnya, memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Juga menjadi adat, setiap yang pergi pasti ada penganti. Tapi yang pergi tu tetap pergi dengan karakteristiknya yang tersendiri.
Moga Allah panjangkan umur Tok Guru dan Prof Harun Din agar dapat melengkapkan 5 tahun taklifannya beliau menjadi Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan