Jumaat, 7 Ogos 2009

Berkenan Dihati

"Eh, hang dok kat universiti tu takkan tak ada yang berkenan dihati kut?",
Pertanyaan ibu itu cukup membuatkan aku terpaku.
"Bukan abang pit tak berkenan, tapi tak ada yang berkenan kat anak mak ni...", jawabku selamba.
"Mak tolong cari kat abang pit la...senang sikit, tak payah nak pikiq-pikiq lagi. Tapi mak kena cari yang comel-comel la...", usikku.
"Ish, mengada-ngada! Hang pi la cari sendiri. Tak ada masa aku nak layan anak macam hang ni...bla bla bla",
Ibu mula mengatur langkah leterannya itu.
Aku juga turut mengatur langkah melarikan diri dari tempat kejadian.

Fuh! selamat aku. Kalau tidak, mesti aku kena melayan persoalan-persoalan pelik dari ibu.

Teman wanita?
Girlfriend?
Teman tapi mesra?

Erm...susah hendak diterangkan. Ramai dikalangan kawan-kawan aku sudahpun 'berpunya'.
Si A dengan si B, si C pula putus dengan si X, si Z masih berkawan dengan si Y.

Ahh! serabut aku dengar.

Itulah isu yang paling nasional untuk dibincangkan bila berjumpa dengan rakan-rakan sekelas, rakan-rakan sekampung & rakan-rakan x-sekolah @ x-matrik.
Macam dah tak ada benda lain nak disembangkan. Sembang la pasal unta di padang pasir ka, kambing biri-biri main gitar ka, ayam serama naik basikal ka...
ini asyik cerita pasal cinta, awek, pakwe, clashing bla bla bla...

Aku sebenarnya tidak suka bila berbincang mengenai hal yang aku tidak tahu ataupun alami.
Aku bosan dengar!

Ada diantara kawan-kawan mengatakan bahawa aku ni ketinggalan zaman.
Ada diantara kawan-kawan menyindir aku sebagai budak kampung sejati.
Ada diantara kawan-kawan yang tabik hormat kerana boleh bertahan sampai sekarang.
Dan ada juga diantara kawan-kawan yang menasihatkan agar tidak terlibat dalam bidang ini walaupun mereka sendiri terlibat secara langsung...

erm...macam-macam la hangpa ni.

Setiap manusia telah dikurniakan nikmat berkasih sayang diantara sesama manusia oleh Robbil Alamin. Sudah itu menjadi fitrah kejadian manusia. Aku mengakuinya. Kadang-kadang tidak dinafikan, aku juga berasa kesunyian.

Tetapi janji Allah tetap aku pegang!
bahwa setiap manusia itu dijadikan berpasang-pasangan dan saling berkasih-sayang.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Surah Ar-Rum ayat 21.

Buatmu yang bernama Wanita...



apa yang aku tengah mengarut tengah-tengah malam buta ni???
aiyoyo....

6 ulasan:

  1. wah3!!! nie mesti dah ade yg berkenan di hati,kalo tak tak kan la nak mengarut post mcm nie tgh2 malam...hehehehe =)

    BalasPadam
  2. poyo jey..huahuahua

    BalasPadam
  3. to nurul huda
    -x jumpa lagi...masih mencari. hehehe...

    to anonymous
    -poyo tu mcm sejenis yoyo kan? hehehe...

    BalasPadam
  4. Ana ada cadangan baik..
    bawa mak enta ju8mpa abg rezan. Senang kerja enta.

    BalasPadam
  5. :P...syafiqsyafiqsyafiq..byk g urusan yg belum selesai...tang ni jugak yg hg sebok

    BalasPadam
  6. ana pun nak komen gak la.. nak sgt org komen ye? ni bkn matang namenye, tp gatai.. klu btul2 matang, jumpe mak ayah la.. bru gentle. Nih, ikut senior nta nih.. huhu

    BalasPadam