Khamis, 6 Ogos 2009

Buat Semua sempena Nisfu Sya'ban

Lepas makan malam bersama Helmi(house mate), penulis terus bergegas ke masjid universiti. Ceramah sempena Nisfu Sya'ban. Disini penulis coretkan untuk tatapan penulis sendiri dan untuk sahabat-sahabat tentang pengisian hati yang diperolehi sebentar tadi.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Laksanakanlah penyucian hati kita dimalam barakah ini. Penyucian hati sebelum bertemu Ramadhan yang penuh rahmah...



Ubat hati ada lima perkara
1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan org soleh
4. perbanyakkanlah berpuasa (kurangkan makan)
5. Zikir malam berpanjangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan