Sabtu, 14 November 2009

SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH! Vol-2

Assalamualaikum.
Mesti semua tertanya-tanya setelah baca artikel (SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!), budak permatangbendang ni kena fitnah ke?
Kalau tidak, kenapa dia 'posting' artikel yang macam ni?
Macam x puas hati dan melepaskan perasaan je?

Bukan tu maksud penulis...
Kalau kita sedar taupun bagi yang sedar la, yang tak sedar tu aku xtau nak cakap camna.
Sekarang ni heboh pasal perlbagai masalah yang kononnya melanda PAS itu sendiri. Aku bukannya bias kepada kerajaan ataupun pembangkang, tapi aku perhatikan dan analisis sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas berfikir. Aku juga bukannya ahli PAS ataupun UMNO, tak percaya cuba check.
Tapi secara jujurnya, aku lebih menghormati pimpinan-pimpinan PAS berbanding parti-parti yang lain. Kerana aku nampak kejujuran dan keikhlasan mereka berkhidmat berbanding yang lain-lain.

Ok. Isunya sekarang ialah begitu banyak sekali kita mendengar cerita dan masalah-masalah yang melanda PAS.
1.) Isu EGM
2.) Isu Seminar Memperkasakan Parti
3.) Isu kenyataan Prof Aziz Bari yang begitu lantang mengkritik
4.) Isu Presiden PAS (TGHH) yang tidak tegas dalam sesuatu masalah
5.) Isu Baiah taklik yang menjatuhkan talak 3
6.) Isu Pengakuan Khalid Samad mengenai baiah ini
7.) Isu Mursyidul Am (TGNA) yang dikatakan di'suap' dengan sponsor haji
8.) Isu TGNA membatalkan untuk mengerjakan haji sehingga dikatakan ada Quraisy Malaysia yang menjadi dalang utama.

Semuanya sedang dialami oleh PAS sekarang. Kalau diikutkan media, kita yang bodoh akan mengiyakan apa yang di'publish'kan. Tapi kebanyakkan yang berlaku ini ialah fitnah semata-mata. Semuanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan PAS yang kian hari kian menyinar dibawah payung Islam.

Apa yang aku 'post'kan dalam artikel sebelum ini, mungkin yang sedang difikirkan oleh TGNA, TGHH, Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan-pimpinan atasan PAS. Fitnah yang melanda sekarang begitu merumitkan untuk diselesaikan bersama.

Sebab itu tercetusnya nukilan 'SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!'...

Hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan PAS dari belenggu fitnah dajal ini.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah ini...

Jumaat, 6 November 2009

SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!

Assalamualaikum.
Baru aku terasa bertapa pedihnya bila terkena bahang fitnah ini...
tersandar dan termenung aku dibuatnya dek penangan ini...

Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-
Fitnah

An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah

Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Dari Imam Ghazali, "Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Pembohong

Al-Imran:Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.

...hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenaran yang hakiki, sama-sama lah kita tunggu di hari akhirat nanti. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan kebenaran itu.

~Moga Allah sahaja yang membalas atas apa yang telah terjadi kepada diri aku ini, hanya Engkaulah selayaknya dan seadilnya dalam segala pembalasan~

Jumaat, 30 Oktober 2009

Buat semua yang dalam kerinduan istilah erti perjuangan

Assalamualaikum,
penulis tidak mahu menulis panjang berkaitan 'post' kali ini. Hanyalah mengharapakn agar pembaca dapat menghayati klip video ini dengan nilaian ruh perjuangan...



Harap dengan apa yang penulis paparkan ini dapat mengimbau kembali erti perjuangan yang sebenar. Ditengah-tengah kekusutan dan masalah yang timbul sekarang.

Moga tabah dan sabar dalam perjuangan...

Khamis, 29 Oktober 2009

Kenyataan Rasmi dari Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi

-Harakahdaily.net-

Rabu, 28 Oktober 2009

Mendengar penjelasan dari pihak PAS berkaitan isu EGM



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.

Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.

Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.

PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.

PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sabtu, 17 Oktober 2009

Golongan Manusia di Dunia

Menjadikan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", karangan Ustaz Fathi Yakan sebagai bahan rujukan utama.
Golongan-golongan yang wujud didunia ini ialah:

1.) Golongan Yang Hidup Untuk Dunia
Golongan ini adalah golongan yang berfahaman kebendaan "Dahriun"


'Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan didunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, merekaidak lain hanyalah menduga-duga sahaja' ~Al-Jaatsiyah:24~

Apabila manusia tidak beriman kepada Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Maka, matlamat duniawi akan menjadi sandaran hidupnya. Segala yang dilakukannya hanyalah mengharapkan isi duinia membalasnya.
Gerak kerjanya, pengorbanannya, percakapannya, tingkahlakunya, amalnya....
Semuanya kerana harta, pangkat dan wanita...semuanya kerana dunia.

2.) Golongan Sesat antara Dunia dan Akhirat


Golongan ini terdiri dari kebanyakkan orang. Merasakan iman mereka cukup utuh dan dalam masa yang sama mereka melakukan yang sebaliknya.
Mereka celaru...

Akidah mereka bergelora dan sesat dalam menjalani kehidupan dunia, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyangka telah melakukan kebaikan.
Akidah dan keyakinan mereka terpisah terus dengan arus duniawi dalam kehidupan realiti.

'Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta benda daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kenbali terbaik' ~ali-Imran:14~

3.) GOlongan Yang Menjadikan Kehidupan Dunia sebagai Ladang Tuaian Akhirat.

Merekalah golongan mukmin yan sejati!
Matlamat dan praktikal hidup mereka jelas dengan seruan Ilahi.
Mengetahui erti kehidupan yang sebenarnya.
Juga mengetahui harga dunia dan harga akhirat.
Mereka akan bersifat 'hanif' (suci), menegakkan agama Allah dan mempertahankannya.
Mereka menjadi syahwat sebagai tawanan yang diikat kemas agar tidak telepas dari terus menguasai diri.

Tiada dalam hati mereka untuk memperolehi makanan yang enak, kenderaan yang besar, perhiasan yang indah, perempuan jelita, serta gelaran-gelaran yang meninggi diri.

Bagi mereka, dunia ialah tempat permainan untuk meraka berlumba-lumba memenangi piala yang akan diserahkan di akhirat. Piala yang berupa syurga yang mengalir sungai dibawahnya, bidadarinya, makanan-makanan didalamnya, bersua dengan Rasulullah dan yang paling utama ialah...mereka mendapat keredho'an Allah dalam seluruh kehidupan meraka ketika didunia dahulu...Berbahagialah mereka itu!

Khamis, 15 Oktober 2009

Buat mereka yang kalah di Bagan Pinang



Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.

2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.

3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.

4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.

5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.

6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.

7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).

8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.

Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara. Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :
" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
-Catatan Zuridan Mohd Daud-

~tawadhuk-kan diri menjadi aset kemenangan SEJATI!~
ALLAHUAKHBAR!

Rabu, 7 Oktober 2009

Kau Abadi Serikandi Cintaku

Assalammualaikum...

Jam menunjukkan jam pukul 4 pagi. Dikeheningan pagi ini, masih ada yang bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang masih belum sempurna. Hanya tinggal penulis dan abang Amir, sahabat serumah penulis. Beliau menyiapkan kad keahlian Kelab Iqra untuk diagihkan kepada Sahabat Kelab Iqra keesokkan harinya, manakala penulis pula ingin menyiapkan tugasan akademik. Terutamanya tugasan projek subjek-subjek yang diberatkan dengan 3 kredit. Waktu siang dihabiskan dengan kerja-kerja persatuan dan komitmen ke kelas. Esok penulis terpaksa menghantar 2 tugasan projek subjek dan 2 laporan lab.

Di tengah-tengah kesibukkan ini, sempat pula penulis minum air sambil menyelam (macam tak betul ja ayat aku ni???).
'rock kapak' ditaip pada column website youtube.
Sengaja ingin mengimbau sejarah-sejarah lama dengan lagu-lagu rock kapak ni.
Penulis sememangnya menggemari alunan lagu-lagu rock kapak ni, melodi yang mendayu-dayu dan lirik yang berseni. Antara lagu-lagu yang penulis minat ialah:
1.) Serikandi Cintaku -Bloodshed-
2.) Hentian ini -XPDC-
3.) Hijau Bumi Tuhan -XPDC-
4.) Dari Sinar Mata -BPR-
5.) Semangat Yang Hilang -XPDC-
6.) Pada Syurga Di Wajahmu -Lefthanded- *lagu ni aku tak mau komen apa-apa...hehehe
dan banyak lagi....
Kebanyakkan lagu-lagu pilihan penulis ini mempunyai lirik yang cukup kuat dan mempunyai energi-nya sendiri. Bukan untuk kekasih, tetapi pemberat kepada Ketuhanan dan perjuangan.

Cubalah hayati alunan lagu ini...

Serikandi Cintaku

Dingin Malam Tirai Kenanganku
Menyerlahkan Sekurun Ingatan
Terciptalah Rimba Kehidupan
PerCintaan Dalam PERJUANGAN

Kesetiaan Sebagai Bekalan
Bisikan Penuh Pengharapan
Tiada Garis Dapat Memisahkan
Segalanya KudratMU TUHAN

Alam Bagai Mengerti
Segala Yang Terjadi
Embun Menitis Panas Simpati
PERTEMUAN TIADA AWAL AKHIR

Perutusan Berdarah ku Terima
Gugur Kuntum Di Tengah Halaman
Medan ini Kurasakan Sepi
Terpaku Pilu

ku Semaikan Pepohon Kemboja
Yang Bunganya Adalah Hati Ku
Semadilah Dalam Kedamaian
Semangatku Tetap BersamaMU

Kan Kuusung Oh! Jenazah Cinta
Semadikan Nisan Kasih Suci
SemangatMU Tetap Bersamaku
Selama Pasti

Debu Malam Meragut Kenangan
Menyedarkan Dari Lamunanku
PerCintaan Dalam Perjuangan
KAU Abadi Srikandi Cintaku

Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat yang kurang bersetuju dengan pendapat penulis ini. Hiburan ini boleh menjadikan kita lalai, hiburan ini juga boleh menjadikan kita semakin bersemarak semangat untuk ke medan perjuangan dakwah...

Wallahualam.

Isnin, 5 Oktober 2009

Suasana Kampung-ku

Assalamualaikum,
Atas permintaan ramai. Kali ini penulis paparkan jua gambaran dikampung penulis.
Environment yang hampir 20 tahun penulis bersamanya.


tepi rumah...


jalan masuk ke rumah penulis...


permandangan dari tepi rumah penulis...


Bukit yang di'tarah' itu kawasan Penanti dan bukit yang tinggi itu Bukit Mertajam.


Rindu permandangan ini...


didalam 'pulau daratan' ditengah bendang itu, terpasaknya rumah penulis...


salah satu permandangan yang cantik...


senja di kampung penulis...


lagi permandangan disenja hari...


jalan belakang menuju ke rumah penulis...dari view ini tersergam masjid kampung penulis dihujung gambar.


rumah penulis...

Di kampung ini penulis ada 2 'buah hati'. Hari-hari pergi dating dengan mereka berdua. Kedua-dua mereka ini adalah milik penulis...

Siapakah mereka?


Nurul Hana binti Abdul Rahman, adik bongsu penulis


Honda V-TEX Turbo 2.0
yang ni penulis paling sayang sekali...'kuda' tunggangan penulis untuk ke markas-markas di kawasan Penanti, Permatang Pasir dan Permatang Pauh.

Hanya setakat ini sjalah yang boleh penulis kongsikan bersama. Rasanya permandangan ini akan lebih menarik jika dimusim menuai. Tatkala padi mula tunduk berisi...

Wallahualam