Sabtu, 17 Oktober 2009

Golongan Manusia di Dunia

Menjadikan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", karangan Ustaz Fathi Yakan sebagai bahan rujukan utama.
Golongan-golongan yang wujud didunia ini ialah:

1.) Golongan Yang Hidup Untuk Dunia
Golongan ini adalah golongan yang berfahaman kebendaan "Dahriun"


'Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan didunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, merekaidak lain hanyalah menduga-duga sahaja' ~Al-Jaatsiyah:24~

Apabila manusia tidak beriman kepada Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Maka, matlamat duniawi akan menjadi sandaran hidupnya. Segala yang dilakukannya hanyalah mengharapkan isi duinia membalasnya.
Gerak kerjanya, pengorbanannya, percakapannya, tingkahlakunya, amalnya....
Semuanya kerana harta, pangkat dan wanita...semuanya kerana dunia.

2.) Golongan Sesat antara Dunia dan Akhirat


Golongan ini terdiri dari kebanyakkan orang. Merasakan iman mereka cukup utuh dan dalam masa yang sama mereka melakukan yang sebaliknya.
Mereka celaru...

Akidah mereka bergelora dan sesat dalam menjalani kehidupan dunia, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyangka telah melakukan kebaikan.
Akidah dan keyakinan mereka terpisah terus dengan arus duniawi dalam kehidupan realiti.

'Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta benda daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kenbali terbaik' ~ali-Imran:14~

3.) GOlongan Yang Menjadikan Kehidupan Dunia sebagai Ladang Tuaian Akhirat.

Merekalah golongan mukmin yan sejati!
Matlamat dan praktikal hidup mereka jelas dengan seruan Ilahi.
Mengetahui erti kehidupan yang sebenarnya.
Juga mengetahui harga dunia dan harga akhirat.
Mereka akan bersifat 'hanif' (suci), menegakkan agama Allah dan mempertahankannya.
Mereka menjadi syahwat sebagai tawanan yang diikat kemas agar tidak telepas dari terus menguasai diri.

Tiada dalam hati mereka untuk memperolehi makanan yang enak, kenderaan yang besar, perhiasan yang indah, perempuan jelita, serta gelaran-gelaran yang meninggi diri.

Bagi mereka, dunia ialah tempat permainan untuk meraka berlumba-lumba memenangi piala yang akan diserahkan di akhirat. Piala yang berupa syurga yang mengalir sungai dibawahnya, bidadarinya, makanan-makanan didalamnya, bersua dengan Rasulullah dan yang paling utama ialah...mereka mendapat keredho'an Allah dalam seluruh kehidupan meraka ketika didunia dahulu...Berbahagialah mereka itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan