Isnin, 20 Julai 2009

Aqidah & Perjuangan


Aqidah berasal dari perkataan aqada’ yang memberi erti kata lain ialah tambatan ataupun ikatan. Tetapi dalam maksud syaraknya ialah tambatan hati dan pegangan berkaitan dengan Allah, Rasul dan seluruh berkaitan agama. Iman ini takluknya dalam hati ataupun melekat dalam hati. Tetapi aqidah ini bukan sebarang aqidah ikatan seperti mana ikatan zahiriah. Ikatan zahiriah ini boleh dirungkai tapi ikatan aqidah ini tidak boleh langsung dirungkai. Dan ianya takkan dirungkai.

Ikatan inilah yang dipunyai oleh Mashitoh sanggup mengadaikan diri untuk mempertahankan ikatan ini. Begitu juga yang melekat di dalam sanubari sahabat-sahabat yang ditanamkan oleh Rasulullah. Mereka ini sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan agam a yang suci ini.

Ikatan Aqidah yang kuat ini bukannya menjadi beku apabila terlalu kejap, tetapi ianya akan menghasilkan sesuatu tindakan. Dimana Allah mengibaratkan aqidah ini seperti akar yang terjunam didalam bumi. Walaupun akar itu kita tak nampak, tetapi akar yang baik ini akan menghasilkan batang-batang yang sihat, daun-daun yang sihat dan pucuk-pucuk yang menjulang sampai ke langit. Ianya akan mengeluarkan buah yang baik dan manis apabila sampai waktunya. Begitu jugalah yang berlaku kepada junjungan mulia Muhammad s.a.w. baginda mengambil masa yang panjang untuk menjunamkan aqidah yang dalam di sanubari sahabat-sahabat.

Apa itu Islam? Ulama’ mengariskan islam itu sebagai ‘aqidatul wa syariatul’ ataupun aqidah dan syariah. Jadi islam ini bukan sekadar aqidah mahupun syariah semata-mata tetapi merangkumi aqidah dan syariah. Syariah ini lahir daripada aqidah yang mantap seterusnya membangkitkan seorang itu untuk melahirkan rupa kehambaannya kepada Allah. Dia kenal Allah sebagai tuhan dia dan dia sedar dia sebagai hamba Allah. Sebagai hamba, dia wajib tunduk dan patuh kepada Allah taala.

Asas kepada Aqidah ialah makrifatullah ataupun mengenal Allah. Dengan kenal inilah yang membawa keyakinan kita kepada Allah taala. Hakikat makrifat itu ialah iktikad yang jazam, muafakat yang sebenar dan ada dalil. Dengan makrifat ini melahirkan keimanan.

Makrifat ini tidak boleh taqlik semata-mata, mesti di iringi dengan pegangan. Pegangan ini pula ialah dalil aqli dan naqli.
Sebagai contoh dalil aqli:
“apa buktinya tuhan itu ada?”
“baharu alam ini.”
Walaupun kita lahir saja sudah ada alam ini. Tetapi kita tidak boleh terima alam ini qadim, kerana sifat yang ada pada alam ini baharu. Pagi tukar petang, petang tukar pagi, terik tukar panas, panas tukar terik dan setiap hari melahirkan hari yang baharu dan tidak pernah hari semalam seperti hari ini serta begitulah seterusnya.

Sahabat-sahabat, kita diikat persaudaraan dengan aqidah. Oleh itu konsep aqidah itu perlu kita fahami betul-betul untuk menjadikan kita mecenderungkan hati kita kepada istilah taqwa.
Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan