Khamis, 4 Mac 2010

Politik Dari kaca mata aku




Politik
Apa yang aku faham berkaitan politik ialah pengurusan ataupun pentadbiran sesuatu organisasi.
Itu dalam bahasa mudahnya la. Politik juga terdiri daripada salah satu cabang dari ad-Dinul Islam.
Terbukti dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk perintah dan penceritaan semula sirah-sirah para Anbia dan insan-insan soleh yg memerintah sesuatu negara ataupun negeri.
"Berkata Tuhan kepada para malaikat; Sesungguhnya AKU ingin jadikan khalifah di muka bumi ini". Banyak tafsiran yang begitu terang menyatakan bahawa asal tujuan manusia diciptakan ini ada 2.
Yang pertama, sebagai hamba ALLAH dan yang kedua sebagai khalifah dibumi. Penafsiran berkaitan tugas khalifah sudah jelas dengan konsep siasah ataupun dalam bahasa yang mudah difahami ialah politik.

Dalam tafsiran Sayid Qutub juga menyatakan bahawa khalifah itu sebenarnya "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan urusan agama".
Ibnu Khaldun pula menterjemahkan erti khalifah sebagai "Liya batan anil nubuwah" ataupun dalam bahasa perancisnya, "penganti kepada para Nabi". Beliau juga menafsirkan yang dikatakan penganti para nabi tu, bukan bermaksud menjadi nabi.
Tapi mengalas tugas sebagai khalifah atau pemerintah seperti mana Saidina Abu Bakr mengantikan Rasulullah, seperti mana Saidina Umar mengantikan Saidiana Abu Bakr dan begitulah seterusnya...hinggalah terjatuhnya sistem khilafah, angkara Kamal Ataturk lahanat!

La ni (sekarang), masyarakat semakin hanyut dengan penafsiran politik. Akibat dari perjalanan arus politik itu sendiri yang dinodai dan dirogol oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Ampuno, lagi satu lahanat!
Hal ini yang menyebabkan orang ramai susah nak terima politik Islam.

Politik Islam lahir solid dari Al-Quran dan Hadith. Dengan kata lain, politik Islam itu lahir dari penghayatan seseorang terhadap Islam sebagai Ad-DIN. Sebab tu la dalam Islam ni, perkara politik dan perkara ukhrawi tak boleh dipisahkan.
Tapi yang peliknya, pasai apa masih ada lagi 'golongan-golongan' hebat dari sudut agama ni masih lg menganggap politik ataupun siasah ini satu kerja kotor, jahat, zalim. Aku tafsirkan kat sini sebagai satu KEBODOHAN yang nyata! Lantaklah kalau ada sapa-sapa yang nak terasa.
Boleh aku tegaskan disini bahawa golongan yang menolak gerakan siasah atau politik ini sebagai golongan sekularisme kuno. Sememangnya sekularisme ni memisahkan antara agama dan politik. So, tak kan yang dah faham agama ni pun nak tolak siasah / politik?
Korupsi diri kembali....

Sejarah juga ada menceritakan tentang zaman pemerintahan Rasulullah dan para Khalifah ar-Rasyidin sebagai ketua agama dan ketua negara serentak!
Faktor ni menunjukkan bahawa Aqidah dan Syariah telah menetapkan beberapa dasar politik dan kedudukannya dalam Agama untuk diikuti oleh setiap Muslim.
Sebab tu tugas politik ni ada hubungan dengan aqidah, so tentulah wujud amalan-amalan politik bersifat tauhid.

Rasanya, cukup kut setakat ni dulu. Memang macam panas jugak cara penulisan aku kali ini. Bukan apa, tujuan aku nak bagi kesedaran untuk yang tak sedar-sedar lagi je...
So, bertemu lagi ya!

by permatangbendang

Rabu, 3 Mac 2010

Bila Sudah Sampai Waktunya...



INI KHAS BUAT MUSLIMAT.....BACA YEA!

Khasnya buat para muslimat yang terkadang hampir sahaja timbul rasa kecewa, hampa serta terselit rasa kurangnya berpuas hati atas keputusan dari muslimin yang disangka dengan seberapa mudah menolak tawarannya.Baik diingat bersama pemilik mutlak kuasa pemutus segala bicara dan hal atas muka bumi ini bukanlah dia si manusia, tapi semuanya tercatit atas kehendaknya.

Jadi kecewa yang kadang melanda bukanlah faktor pengubah lembaran kisah sejarah yang bakal dicorakkan masa depan, namun yang utama perlu ada adalah redha pada tentuanNya tatkala bersedia seberapa lengkap mungkin untuk hadapi cabaran yang dilihatnya besar. Masakan tidak besar cabarannya, kiranya dia si muslimat ditakdirkan untuk bersama dengan pasangannya yang yang bukan dari kelompok fikir yang sama, tidak terisi dengan kerja buat dakwah sebelumnya.

Namun kisah 'Tuhan Beri Aku Cinta' ini saya kira ada mendidik. ingatan buat muslimat tak lupa juga untuk muslimin sebagai pedoman. Kalaupun si pasangan itu bukannya datang dari galur jemaah, prinsip supaya bertegas sebelum bernikah ada baiknya.

Pastikan ada murabbi sebagai tempat si pasangan rujuk dalam tempoh tertentu sebelum berumah tangga. Mungkin hanya dengan beberapa siri usrah bersama si murabbi dapat sahaja dia faham dan kenal akan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam konteks rumahtangga dakwah.

Walaupun di sana hanya ada perkenalan ringkas pasal kehidupan manusia yang beramanahkan untuk menyeru manusia, saya kira ia selaku tapak-tapak awal yang baik. Baik daripada tiada. Adapun selepas berumahtangga elemen baik seperti usrah pesan padanya ini jangan sekali ditinggalkan, kerana di sana ada mutiara hikmah yang baik untuk keluarga.


HAA...YANG INI UNTUK SI MUSLIMIN, JANGAN NAK LARIII!!!

Yang lanjutnya buat para muslimin. Ingatan ini untuk diri dan rasa untuk dikongsi bersama. Kalaupun si muslimat dilihat ada hak dalam memilih siapa bakal pasangannya, ana yakin dan percaya hakikat sebenar dalam hidup munusia yang nyata kuasa memilih si muslimin lebih besar dan upaya.

Soalnya, mengapa di saat muslimin yang kian tandus di kampus-kampus hari ini, dan masa yang sama berlaku lambakan yang menggunung bangsa muslimat ini, masih sahaja si muslimin ini ingin benar mencari pasangannya yang bukan dikalangan muslimat-muslimat dakwah. Hairan dan pelik di selit rasa macam-macam.

Apakah sekalipun tarbiyyah mengajar kita bahawa yang membezakan satu insan dengan yang lainnya hanyalah taqwa, masih lagi terselit bahawanya pilih yang cantik dan berharta itu adalah yang lebih utama? ( kalaupun itu yang di mahu, apa...muslimat dakwah tiada yang comel-comel..huh~)

Mungkin sahaja ada alasannya yang mengatakan bahawa, kenapa perlu kita sekat perluasan teritori dakwah ini kepada mereka yang belum kenal lagi jamaah, kan ada baiknya? Tapi barang perlu diingat, kalaupun diri itu merasa kuat dan mampu membentuk serta membimbing para wanita ini memahami penat susah kehidupan rumahtangga dakwah, maka silakan mencari pasangan dikalangan bukan muslimat dakwah.


Adapaun jikalau diri sendiri umpama perahu kecil membelah lautan besar berbekalkan sebatang pendayung, yang ada barangkalinya mudah sahaja dibalas ombak tenggelam entah ke mana, maka di sana ana melihat amatlah besar akan keperluannya memilih srikandi-srikandi dakwah ini.

Di sana kita doa dan harapkan rumahtangga yang binaanya atas dasar yang sama bagi kedua-dua belah pihak, yakni titik temu mereka ingin membentuk bait ad-dakwah mudah-mudahan sahaja Allah berkati dan mudahkan segala urusan mereka.

Yang kasihannya, para muslimat, sudahlah banyak bilangannya, banyak juga yang umurnya sudah banyak, banyak juga yang pending memanjang, akhir sekali disapu sahaja mat-mat motor yang naluri mereka tetap inginkan yang baik-baik pada mata pandang mereka, yang mampu jadi emak yang ibu buat anak-anak mereka nanti, maka dikala itu terpinga-pingalah muslimat-muslimat ini.


Akhir buat tutup bual ini, barang diingat sekali lagi, pesanan nasihat ini sekadar buah pandang untuk difikir bersama. Adakala betul, kadang kala silapnya juga ada. Namun, tegas berganda buat yang namanya muslimin, selamatkanlah muslimat kita..!!!

Kalau bukan kita yang menjadi suri pendidik dan pelengkap mereka siapa lagi. Mahu sahaja dilihat kelak tumbuhnya keluarga-keluarga dakwah yang banyak menjadi seri atas muka bumi ini.


Kerana tugas dakwah ini tidak akan selesai...


Nota :

INGAT KATA-KATA SAYA INI.

Wahai yang berkenaan.
Tanya pada diri.

Kalau bukan muslimat-muslimat ini, siapa?
Kalau buka di sini, di mana?
Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan baitul muslim jawapannya, jadi apa?

sumber: http://keluargamuslimbahagia.blogspot.com/

Selasa, 2 Mac 2010

Dakwah kerana Allah



Kerdil diri bila dengar kenyataan syeikh ni..

Lompat si Katak Lompat...

Gawat politik hari ini.......semuanya pasal fuluus...ada masyuk maka banyaklah lagi lompatan. Lagi cepat lagi tinggi melompat. Cuma kurang bunyi sebab musim panas tapi herannya bersahutan macam musim hujan pula. Lepas satu, satu yang melompat. Ini adalah kerja orang2 yang terdesak. Membeli orang2 yang tak bermaruah. Guna duit rakyat untuk kepentingan politik yang semakin hancur dan semakin di benci rakyat bahkan dah dipandang rendah oleh seantero dunia. Inilah kerja pemimpin gerombolan sekarang. Mereka akan memerhati dan meneropong setiap ahli Parlimen pakatan rakyat yang bermasaalah dan berhubung dibelakang tabir dengan janji habuan wang ringgit. Juga hal ini diusahakan juga oleh bekas2 pemimpin PKR yang mempunyai hubungan baik dengan ahli2 parlimen ini. Mereka ini saling berhubungan sesama mereka sambil pujuk memujuk dengan habuan yang lumayan dengan perantaraan pemimpin gerobolan yang mereka kenali. Semuanya kerana duit. Telah hilang kewarasan dan sifat bertanggung jawab kepada amanah yang telah diberikan rakyat terbanyak walau pun berkepiah tak lekang dikepala......

Sebenarnya kerja2 melompat ni telah diketahui umum. Saya selalu membongkarkan perkara tersebut sebelum ini. Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada seorang dua pemimpin PKR yang saya kenali. Ahli2 Parlimen Kulim Bandar Baharu, Nibung Tebal dan Bagan Serai.....tambahan pula maklumat ini diperolehi dari seorang kawan yang mempunyai hubungan dengan AP tersebut yang telah membincangkan hal tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semuanya beres cuma memntikan habuan sahaja. Lagi cepat dapat lagi cepat sidang media dibuat. Nah akhirnya senuanya menjadi kenyataan. Saya juga bertanya kepada teman2 di Perak berkenaan dengan AP Bagan Serai...jawapannya AP tersebut tidak dapat dihubungi dan memang beliau seorang bermasaalah terutamanya di Cabang Bagan Serai sendiri. aduhaaaai...mungkian jadi lompatlah kalau macam ni!!!!!. Tentang AP Kulim Bandar Baharu pula......dah hilang dikawasan parlimen dah. Tak nampak muka lansung. Mungkin sibuk berkuliah dan berkutbah kot. Katanya pergi Korea pun parti tak suruh. Banyak duit nampak.....banyak orang susah di Kulim Bandar Baharu yang memerlukan bantuan hang oii.... Nasib baik lah ada Ahli Majlis di Parlimen hang yang bekerja. Mengumpul dana seadanya dan menyelesaikan masalah semampu. Harap kat hang,,Hancuqqq. Dengaq kabarnya sidang media lompat melompat Ahli Parlimen Nibung Tebal ni hang yang URUS kan....Betol ke? Hebat hang jadi pengkianat rakyat lanie.....sampai begitu dasyatnya mainan hang.. Hang bila nak lompat lagi?... Lagi cepat lagi bagus..Pimpinan di Kulim Bandar Baharu termasuk rakyatnya dah tak kebuloq kat hang Zul Nordin oiiii...

Khabarnya dari bekas Setiausaha Agong PKR memaklumkan terdapat dalam 10 orang Ahli Parlimen dari PKR yang akan melompat dan keluar dari PKR. Bermakna lagi ramai keluar lagi besarlah dana dan wang rakyat yang akan digunakan. Ini tak termasuk komisyen broker politik yang bekerja siang malam untuk merealisasikan impian mereka dengan habuan yang akan diperolehi jika Ahli Parlimen ini melompat. Tak percaya tanya Zamil Ibrahim bekas ahli PKR yang kerja buatnya adalah perniagaan politik sehingga menjadi kaya raya. Tapi kaya lagi mentornya siraja kotak Ezam Mohd Noor. Mereka ini lah yang berkerja kuat dengan berhubung dengan Ahli2 Parlimen yang sealiran dengan mereka dulu. Sebab itulah sebelum ini terdengar juga ura2 AP Kuantan dan Kapar juga nak melompat...Apa pun kita tunggu adakah berita ini menjadi kenyataan atau tidak tapi bak kata orang politi sekarang masakan pohon bergoyang jika tidak ada berok yang menggoncang.......

Sebenarnya impian mereka ini adalah impian gerobolan.....ingin menjatuhkan kredebiliti Ketua Umum PKR DSAI. Mereka mahukan jumlah ahli Parlimen PKR berkurangan. Dan jika PKR berkurangan ahli parlimennya maka Ketua Pembangkang perlulah diganti dengan Ketua pembangkang yang baru. Dan pastilah diganti dengan Ahli Parlimen dari DAP. Dan makin senang dan mudahlah keja buat mereka di Parlimen kelak dan semakin mudahlah di mainkan isu2 perkauman nanti dalam kempen2 politik mereka terutamanya kepada orang2 Melayu. Pakatan Rakyat juga akan bercelaru dan berantakan. Inilah tujuan sebenar Gerombolan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan hujah2 Ketua Pembangkang di Parlimen.Mereka tidak mahu Pakatan Rakyat kukuh dan bersatu. Jadi mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal...tambahan pula ada Ahli2 Parlimen yang memang lapaq duit untuk menjadi kaya segera. Lupa kepada amanah dan harapan rakyat agar berjuang untuk rakyat Malaysia. Mereka sanggup persetankan amanah dan tanggung jawab yang diberi semata mata harta dunia. Tambahan pula mereka juga sedar ini lah peluang terakhir mereka unyuk menjadi jutawan segera kerana mereka tahu mereka tidak akan dipilih semula untuk pilihanraya yang akan datang......Akhir kalam kami sebagai rakyat yang memilih hampa sebagai wakil kami dan kamu mekompat dan tidak memikul amanah yang diberi maka kami tidak akan halalkan duit yang kamu dapat di DUNIA dan AKHIRAT.....Amiin..

-Kedah La nie-

Isnin, 1 Mac 2010

Memalukan Kampung Aku je....

Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.

Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.

Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.

Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah.

"Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.

Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.

Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.

Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.

Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.

Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.

Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.


*Kampung aku nama dia Guar Perahu, yang Guar Jering tu sebelah kampung aku je...Fairus tu plak x-YB kawasan kampung aku...MALUNYA!!!

Khamis, 10 Disember 2009

United Malays National Organization



Penulis tak mau cakap banyak, tak mau nak tulis panjang berjela...just penulis copy n paste. Hangpa nak baca, bacalah...tak mau baca pun tak pa...suka hatilah hangpa lah.

Penulisan daripada Tun Dr Mahathir Mohammad

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

-petikan dari chedet.co.cc-

Selasa, 8 Disember 2009

Surat terbuka dari Nik Amalina bt Nik Abdul Aziz

Salam. Beliau ialah anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga isteri kepada ir Arif Fahmi. Dengarlah keluhan dari seorang anak pejuang sejati PAS ini...

Oleh : Nik-Amalina

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…
Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami.

(*) sumber dipetik dari - blog Dr. Siti-Mariah

Isnin, 7 Disember 2009

Doa melaknat orang zalim...dari Nasrudin Tantawi

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban


3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

Sabtu, 14 November 2009

SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH! Vol-2

Assalamualaikum.
Mesti semua tertanya-tanya setelah baca artikel (SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!), budak permatangbendang ni kena fitnah ke?
Kalau tidak, kenapa dia 'posting' artikel yang macam ni?
Macam x puas hati dan melepaskan perasaan je?

Bukan tu maksud penulis...
Kalau kita sedar taupun bagi yang sedar la, yang tak sedar tu aku xtau nak cakap camna.
Sekarang ni heboh pasal perlbagai masalah yang kononnya melanda PAS itu sendiri. Aku bukannya bias kepada kerajaan ataupun pembangkang, tapi aku perhatikan dan analisis sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas berfikir. Aku juga bukannya ahli PAS ataupun UMNO, tak percaya cuba check.
Tapi secara jujurnya, aku lebih menghormati pimpinan-pimpinan PAS berbanding parti-parti yang lain. Kerana aku nampak kejujuran dan keikhlasan mereka berkhidmat berbanding yang lain-lain.

Ok. Isunya sekarang ialah begitu banyak sekali kita mendengar cerita dan masalah-masalah yang melanda PAS.
1.) Isu EGM
2.) Isu Seminar Memperkasakan Parti
3.) Isu kenyataan Prof Aziz Bari yang begitu lantang mengkritik
4.) Isu Presiden PAS (TGHH) yang tidak tegas dalam sesuatu masalah
5.) Isu Baiah taklik yang menjatuhkan talak 3
6.) Isu Pengakuan Khalid Samad mengenai baiah ini
7.) Isu Mursyidul Am (TGNA) yang dikatakan di'suap' dengan sponsor haji
8.) Isu TGNA membatalkan untuk mengerjakan haji sehingga dikatakan ada Quraisy Malaysia yang menjadi dalang utama.

Semuanya sedang dialami oleh PAS sekarang. Kalau diikutkan media, kita yang bodoh akan mengiyakan apa yang di'publish'kan. Tapi kebanyakkan yang berlaku ini ialah fitnah semata-mata. Semuanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan PAS yang kian hari kian menyinar dibawah payung Islam.

Apa yang aku 'post'kan dalam artikel sebelum ini, mungkin yang sedang difikirkan oleh TGNA, TGHH, Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan-pimpinan atasan PAS. Fitnah yang melanda sekarang begitu merumitkan untuk diselesaikan bersama.

Sebab itu tercetusnya nukilan 'SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!'...

Hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan PAS dari belenggu fitnah dajal ini.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah ini...

Jumaat, 6 November 2009

SEMUANYA SEMATA-MATA FITNAH!

Assalamualaikum.
Baru aku terasa bertapa pedihnya bila terkena bahang fitnah ini...
tersandar dan termenung aku dibuatnya dek penangan ini...

Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-
Fitnah

An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah

Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Dari Imam Ghazali, "Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Pembohong

Al-Imran:Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.

...hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenaran yang hakiki, sama-sama lah kita tunggu di hari akhirat nanti. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan kebenaran itu.

~Moga Allah sahaja yang membalas atas apa yang telah terjadi kepada diri aku ini, hanya Engkaulah selayaknya dan seadilnya dalam segala pembalasan~