Selasa, 1 Mac 2011

No word...

Salam Perjuangan,

Kali ini saya hanya ingin berkongsi koleksi-koleksi gambar yang menyentuh jiwa seorang ahli haraki:

Senyum mereka...









Serius mereka...






Kasih sayang mereka...








Semoga mereka berada didalam golongan yang dipilih Allah untuk memasuki syurga-Nya...

Isnin, 28 Februari 2011

Celaka adalah CELAKA!

Wow!

Awat?

Kenapa posting ko nih ganas semacam je? Bukan ko ni budak haraki ke?

Salah ka? Aku tengok ok je...

Tak la, bukan ko diajar untuk 'berhikmah' ke?

Hang ingat 'berhikmah' tu sopan-santun saja ka?

Oh...cerita sikit. Macam best saja...


Bercakap KASAR?

Ramai ustaz-ustaz meminta kita menyampaikan sesuatu itu dengan 'berhikmah', terutamanya berkaitan makruf dan mencegah yang mungkar. Sememangnya benar kata-kata itu. Cumanya kita saja yang salah faham mengenai 'berhikmah' ini. Didalam otak kita ni, kita tafsirkan 'berhikmah' ini bermaksud berbaik-baik, bersopan-santun, lemah-lembut. Jika itu yang kita tafsirkan mengenai 'berhikmah', maka jawapannya SALAH!
Yang anda faham ini bukan 'berhikmah', tetapi 'berbaik'. Langsung tidak sama, mahupun serupa. Ianya hanyalah cebisan dari berhikmah saja.

Berhikmah dalam erti kata lain ialah method yang kita gunakan untuk mencapai matlamat penyampaian atau ajakan atau teguran. Bila saya katakan bahwa 'berhikmah' ini ialah keberkesanan dalam menegur/ menasihat. Maka 'Berhikmah' juga bermaksud bersopan-santun, lemah-lembut, tegas, garang, bernada keras, berperang, berbunuh.
Wow! Memang gila kan tafsiran saya mengenai 'berhikmah' ini...tunggu dulu, jangan gelabah-gelabah. Dengar dulu penjelasan saya ini.

Semua pendekatan-pendekatan ini boleh dilakukan, tetapi berdasarkan keadaan dan situasi sesuatu itu. Contohnya,

1. Lemah-lembut:
Digunakan bagi mereka yang mudah menerima nasihat, mudah mengikut nasihat. Bagi mereka yang baru dinasihati, mereka yang berhati lembut dan seumpamanya.

2. Tegas:
Bagi mereka yang mengulangi perkara-perkara yang sama. Bila kita bertegas, maka mereka akan sedar bahwa apa yang mereka ulangi ini adalah salah dan tidak boleh berkompromi dengan perkara-perkara ini.
Ketika Rasulullah bertegas kepada Abu Jahal, Abu Talib dan lain-lain yang ingin baginda menghentikan gerakan dakwah (ajakan yang baik dan mencegah yang salah).
"Jika bulan dibawah tanganku, nescaya aku tidak akan tinggalkan kerja ini..."

3. Bernada Keras
Bagi mereka yang degil dengan nasihat-nasihat yang diberikan. Bukan saja degil bahkan mencerca atau mengugut pula golongan yang menasihat itu. Apabila kita bernada keras, mereka akan sedar bahwa kita bukanlah golongan-golongan yang penakut dan lemah-lembut dalam menegakkan kebenaran. Sama seperti saidina Umar mengugut dengan nada yang keras ketika beliau hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah

4. Berperang
Bagi mereka yang sangat-sangat degil dan tidak mahu langsung mendengar lagi nasihat-nasihat kita. Bahkan mereka juga bertindak untuk memerangi kita. Maka kita juga bersiap untuk berperang, mudah-mudahan mereka kalah dan tunduk kepada kita (nasihat yang baik). Sama seperti Rasulullah melancarkan perang-perang ketika baginda di Madinah

5. Berbunuh
Bagi mereka yang teramat degil dan telah bertindak menghasut orang-orang lain untuk keluar dari kebenaran (ISLAM) serta telah membunuh orang-orang yang bersama kebenaran ini. Maka wajar kita membunuh mereka, jika mereka hidup didunia ini sekalipun, mereka akan terus membunuh orang yang dijalan kebenaran. Bila kita membunuh mereka, maka akan menjadi pengajaran kepada orang lain bahwa kebenaran ini (ISLAM) bukanlah bersifat lemah dan hanya tunduk kepada kejahatan.
Seperti mana seruan Allah untuk membunuh golongan-golongan murtad.



Celaka adalah CELAKA!

Ko tuju barua ini kepada sape?

Aku tujukan CELAKA ini kepada orang yang layak menerimanya saja...


Ya! Sememangnya CELAKA ini selayaknya bagi mereka yang memenuhi ciri-ciri celaka. Saya tujukan celaka ini kepada orang yang sudah faham mengenai asas-asas Islam dan telah bersama-sama dengan gerakan yang meninggikan kalimah ALLAH namun mempunyai sifat CELAKA. Orang ini berada didalam gerakan bukanlah kerana ini berbakti kepada ALLAH, tetapi untuk mencari kesan-kesan sampingan didalam harakah ini. Seperti mencari perempuan, populariti, ketaksuban, kehebatan jihad dimata ahli gerakan, belas kasihan dan beberapa lagi perkara CELAKA.

Orang ini begitu busuk sekali hatinya. Sanggup memanipulasi orang lain untuk kepentingan dirinya. Untuk dirinya menjadi hebat, dihormati, dikasihi, disanjung didalam haraki dan umat. CELAKA BAGIMU!

Pelbagai perkara yang dilakukannya untuk mencapai tujuan sebagai 'Mutahammil' (menggunakan harakah demi kepentingan diri). Menipu, berpura-pura, putar belit fakta, bermanis bicara dan seumpamanya ialah kebiasaannya. Mempengaruhi orang lain untuk bersama-samanya agar dia mempunyai benteng-benteng yang kukuh. Jika berlaku sesuatu, maka dia akan mempergunakan benteng-benteng ini untuk menyelamatkan dirinya. Selalunya, yang menjadi benteng-benteng orang ini ialah mereka yang mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan manis darinya.
AWAS! mungkin kita juga termasuk didalam senarai benteng-bentengnya itu.
SUNGGUH CELAKA!

Oleh itu saya menyeru kepada semua, pandanglah orang-orang disekeliling anda dengan hati. Bukannya dengan mata, kerana mata itu buta dan tidak nampak dunia. Kerana di hati terdapat kebenaran hakiki.

CELAKALAH BAGI MEREKA YANG TELAH MEMENUHI SIFAT-SIFAT CELAKA INI!

Jumaat, 25 Februari 2011

Dari FB ke Blog semula

Salam...

Fuhhh...lama betul aku tak update blog nih. Berbulan-bulan la jugak.
Firstly, aku nak minta maaf la kepada semua kawan-kawan. I'm BUSY lah! Trult BUSY...
Semester ni aku kena siapkan PSM aku, memang agat kelam-kabut jugak la. Anyway, perjuangan pula mesti diteruskan.

Aku dan PRK

Semester ni pula ada Pilihanraya Kampus, bertambah lagilah ke'busy'an aku ni. Ada orang bertanya kepada aku,
Soalan: "Pik, Hang dah tahun akhir pun nak terlibat dengan PRK jugak ka?"
Jawapan: "Nak buat macam mana Mat, dah ni kerja aku. Kalau aku tak buat kerja ni, sapa yang nak buat?"

Memang busy habis la time PRK nih...asyik dok gadoh dengan geng-geng Aspirasi saja. Al-maklumlah, aku ni kan Pro-Mahasiswa. Itu yang geng-geng Aspirasi menyampah dengan aku. Aku pula asyik dok buat keras kepala, depa lawan, aku balas balik. Peduli apa aku, janji aku buat kerja betul.

Aku nak story sikit la pasal Pro-Mahasiswa ni. Pro-Mahasiswa ini pertubuhan independent, asasnya dari mahasiswa yang menuntut dua perkara utama. Iaitu KEADILAN dan HAK MAHASISWA. Itu saja, bukan minta nak berperang dengan mana-mana golongan pun. Walaupun aku ni dah semester akhir, dan tak ada faedahnya kalau aku dok hendak perjuangkan dua perkara ni dalam kampus ni. Lagi pun aku tinggal beberapa bulan saja lagi kat kampus ni. Tapi bila memikirkan balik pasal adik-adik aku kat kampus, so WAJIB keatas diri aku untuk struggle atas perkara ini.

Tapi sekarang, PRK pun dah selesai. Pro-Mahasiswa pun dah menang hampir semua kampus, kecuali kampus aku saja. Nak buat macam mana, kampus aku ni kuat #$%&. Pentadbiran kampus aku pun org kuat #$%&, itu yang bengong semacam je PRK kali ni. Nak cerita pasal manipulasi tuh, tak payah la. Banyak sangat, tak larat nak kira. Biarlah, itu kerja depa kat dunia. Nanti kat akhirat, aku tuntut kat geng-geng tuh.

Tutup FB sekejap

Lepas saja PRK, aku ambik keputusan untuk rehatkan diri sekejap dari medan FB ni. Dah tak ada lagi isu yang perlu aku counter untuk PRK. Aku pun dah declare kat geng-geng Aspirasi tu, stop d game just focus on our job. Fasa sekarang ialah naikkan suara mahasiswa saja. Coz itu hak kita, anak muda yang berani adalah ditakuti pemimpin yang korupsi!

Dengan FB jugak la, imej aku naik gila. Sampai semua student kampus aku dok baca hujah yang aku bagi kat FB. Expecially berkaitan hak mahasiswa! Dekat FB jugak la muka aku terpampang, buat demonstrasi tak jadi la, buat rapat umum kat kampus (1st time kat kampus aku buat rapat umum), laung slogan-slogan mahasiswa la...Ntah apa lagi yang aku buat time PRK kali ni. Yang paling latest, nama aku masuk dalam Harakah Daily. Tak boleh blah betul. Malam keputusan PRK kampus aku, kakak yang jadi wartawan Harakah Daily mesej aku. Tanya keadaan keputusan PRK kat kampus aku. Maklumlah, PRK kat kampus aku kan yang paling bangang sekali dalam sejarah DUNIA! Aku pun story la kat akak tu, cerita punya cerita kat dia. Lepas tu dia cakap, dia nak publish berita pasal kampus aku. Aku pun 'on' la.

Esoknya, aku dapat mesej dari akak tu, dia cakap dah publish berita tu. Aku pun buka la webpage Harakah Daily, tengok-tengok ada nama "Muhammad ......".
Woit!!! tu nama aku, nama yang ayahanda aku tulis kat surat beranak aku. Geleng kepala aku, mana taknya, aku ingatkan akak tu just nak tahu khabar berita dari kampus aku saja. Tup-tup, dia bubuh nama aku kat berita tuh...mampuih aku kalau bonda tahu!
Mesti bonda karate tengkuk aku nih...
"Mak suruh hang belajaq, bukan suruh pi main politik kat U tuh!"
Tapi tak mengapa bonda, anak bonda ni kan ANAK MUDA REFORMIS! Bela hak rakyat...Bonda dont worry na...sayang bonda!

Apapun, aku still macam biasa. Pergi kelas dalam keadaan normal, berkawan dengan orang yang sama, tak ada lagi yang mencemuh aku. Maknanya, depa setuju dengan apa yang aku buat...perkara ADIL dan HAK ni semua orang nak beb!

Setelah aku gegarkan kampus aku dengan mencapapnya diriku ini. Maka aku isytiharkan bahwa bersara untuk sementara waktu di medan FB. Coz nak concentrate on my PSM. Aku nak grad beb...kalau tak grad, macam mana nak sara mak ayah aku...nak pinang anak orang...huhu.

Apapun, hope u'all doakan aku ye!
Harap-harap aku ni istiqamah dalam perjuangan. ISLAM ITU TETAP MENANG DIHATIKU!
Bye-bye



*Sorry dear, penulisan aku kali ni sempoi semacam je...malas nak bermadah pujangga, pujangga aku dah hilang. Coz lama sangat tinggal medan penulisan nih. huhu

Isnin, 13 Disember 2010

Hidup penuh dengan penipuan???

Salam.

Entah kenapa, sejak sebulan dua ini saya menjadi begitu malas untuk menulis.
Mungkin sibuk dengan pelbagai perkara sehinggakan tiada ruang untuk menulis.
Mungkin juga sememangnya jiwa saya sudah kosong untuk menulis lagi.

Kenapa saya perlu sedemikian rupa?
Padahal di blog inilah medium untuk memperjelaskan fakta kebenaran tatkala zaman sedang dilanda kefitnahan dan penuh pembohongan. Inilah satu-satunya 'lidah' yang saya ada untuk sama-sama berkongsi info dan idea serta membongkar penipuan demi penipuan yang melanda negara kita ini.

Sejarah menipu dan terus menipu.
Ya! Ini sememangnya perkara yang keluar dari mulut saya. Sejarah malaysia ada tipu!
Sejarah yang kita belajar disekolah dahulu adalah satu penipuan mengenai Malaysia. Kenapa saya berkata demikian?
Kerana apa yang kita belajar pendidikan 'Sejarah' di sekolah dulu adalah bersifat berat sebelah. Hanya mengangkat sebelah pihak sedangkan pihak yang lain adalah "salah" dan "syaitan" kepada negara.

Cuba kita luaskan lagi peikiran kita ini.
Bukankah sejarah Malaysia merangkumi sejarah 'keseluruhan Malaysia'?
Maknanya merangkumi kesemua sudut ataupun 360 degree. Apa yang berlaku sekarang, kita hanya mengetahui sudut 90 degree sahaja, manakala lagi 270 degree semuanya telah dilabel sebagai pembelot, pengkhianat, pengganas atau bahasa kurang ajarnya 'syaitan' kepada negara.

Masihkah kita tidak perasan?
Kesemua subjek sejarah yang kita belajar mengangkat parti politik yang namanya UMNO atau PERIKATAN (BARISAN NASIONAL). GILA!!!
Ini bukan sejarah Malaysia, ini sejarah UMNO dan geng-geng UMNO (MCA, MIC, Gerakan dll).
Sejarah ini lah yang kita belajar di sekolah. Sungguh! sistem pendidikan kita telah dinodai oleh 'tangan-tangan kotor' negara. Tujuan utama untuk doktrinisasi rakyat agar terus taat kepada mereka dan jangan sesekali membantah mereka. Walaupun mereka telah 'merogol' hak rakyat.

Apabila hak rakyat dirogol, maka rakyat tidak boleh membantah. Ini kerana rakyat telah tanamkan dalam kepala bahawa UMNO, MCA, MIC dan semua kompenan Barisan Nasional lah yang menjadi wira Malaysia. Dan mereka ini tidak boleh diusik atau dibangkang langsung. Jika rakyat membangkang, maka rakyat akan tergolong dikalangan 'syaitan' negara. Wajib masuk neraka!

Pihak ini telah memperbodohkan rakyat Malaysia selama 50 tahun lebih. Rakyat menjadi seakan-akan dungu bagi mereka. Sebab itu mereka boleh melakukan sesuka hati mereka.
Hanya generasi muda yang mahukan perubahan sahaja yang mampu mengubah lanskap ini.
Maka dengan itu, saya menyeru seluruh generasi muda yang mahukan perubahan bangkit dan bertindak! Jangan kita biarkan rakyat terus terseksa dek kerana generasi yang umpama 'syaitan bisu' (diamkan diri walaupun mengetahui kebenaran)

BANGKIT GENERASIKU!

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pak Ansari wajar jatuh dalam lautan masyarakat Sabah


Patah Sayap Terbang Jua, Terkehel Tangan Berjuang Juga

Dango Mamamat menulis di blognya dengan tajuk Terima kasih Pak Ansari: Tahniah teman kepada calon PKR di PRK Batu Sapi, Pak Ansari. Pak Ansari telah berjaya mendedahkan kedaifan kerajaan BN Sabah.

Dua kali BN Sabah dimalukan oleh Pak Ansari. Tidak payah buka dokumen, tidak payah repot polis. Hanya meniti di titi reput dan ambil risiko basah kuyup. Biarkan BN gelak, biar mereka kata apa-apapun.

Janji rakyat dapat melihat dengan mata sendiri betapa rakyat Sabah yang selama ini begitu setia dengan BN telah diabaikan oleh Kerajaan 1 Malaysia. 1Malaysia tahu yang rakyat miskin ini bukan minta tanah, mereka hanya minta titi ...

Adalah dijangka bahawa dua peristiwa ini akan merupakan satu petanda yang memungkinkan Pak Ansari memenangi PRK Batu Sapi. Selepas hari penamaan calon, calon PKR dilabel sebagai kacau daun kepada BN dan SAPP. Tetapi dengan peristiwa dua kali titi patah, rakyat tanpa mengira status dan kedudukan mula mempertimbangkan semula calon mana yang harus diundi.

Calon mana yang hampir dengan rakyat? Calon BN? Jangan harap. Jikalau mendiang suaminya semasa menjadi wakil rakyatpun tidak menyedari ada titi reput di kawasannya, apakah datinnya akan memperjuangkan nasib rakyat?

Yong Teik Lee? Lagi tak boleh pakai. Pernah jadi KM Sabah. Ketika berkuasa dia tidak ambil pedulipun pasal rakyat miskin yang minta titi baru. Takkan dalam keadaan tidak berkuasa dia mampu mengadakannya.

Sama ada Pak Ansari menang atau kalah, selepas ini titi yang patah akan diganti dengan yang baru. Kerajaan Musa Aman tidak mungkin sanggup dimalukan lagi. Jikalau titi tidak diganti sebelum PRU13, rakyat akan menjauhi BN. Tetapi di hati kecil rakyat kita boleh mendengar kata-kata mereka, terima kasih Pak Ansari.


Ramai yang mentertawakan calon PR yag jatuh ke laut. Dan banyak pula andaian-andaian nakal ekoran dari peristiwa itu. Ada yang menyatakan suwehnya nasib Ansari.

Apakah rahsia di sebalik kejadian tersebut lansung tidak diteroka dan dibaca.

Ansari bakal kalah kali ini. GB juga turut menerimanya. Tetapi jangan tersekat di situ cuma.

Namun daripada peristiwa dua kali jatuh ke laut, ia adalah petunjuk besar dari Ilahi bahawa orang yang bernama Ansari ini perlu "dibenamkan" di dalam laut Sabah - bermaksud Ansari perlu bergelumang dengan rakyat Sabah. Benar-benar bergelumang sehingga dua kali berada di lautan rakyat.

Kemudian Ansari bangkit dari lautan rakyat itu - dengan penuh sedar dan keinsafan bahawa rakyat Sabah memang perlukan pembelaannya. Hanya Ansari yang mampu membawa perubahan. Dan hanya Ansari dipilih Tuhan untuk dijatuhkan ke dalam laut Sabah itu.

Kedua, orang yang bersama dengan Ansari ketika itu ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah petunjuk dari peristiwa itu? Nasib Ansari akan mengikuti apa yang telah dilalui Khalid. Khalid kalah di Ijok di dalam pilihanraya kecil. Dihina, dicaci, ditohmah dan pelbagai lagi. Tetapi kemudiannya beliau menang besar di Ijok dan menang juga di Parlimen. Diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Ya, Ansari akan menerima nasib yang serupa dengannya.

Moga disana juga berkuburnya Be End!

Khamis, 28 Oktober 2010

Anak yang penyejuk mata

Assalamualaikum.



Alangkah indah jika dapat mendidik anak menjadi sebegini sehinggalah mereka dewasa. Pasti tanda-tanda kemenangan Islam itu semakin hampir

Selasa, 26 Oktober 2010

Buat mereka yang mengaku Muslim Haraki

Assalamualaikum,

Menjadi muslim haraki ada perkara yang indah.
Haraki bermaksud 'gerakan' atau 'pergerakan'. Gerakan ini sentiasa mengalir didalam arus peradaban manusia.
Membawa syiar Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah di tengah-tengah peradaban kehidupan manusia itu.
Bermatlamatkan dakwah serta dipandu oleh siasah mengikut siasah syar'iyah. Suatu usul fiqh yang boleh berubah mengikut waqi semasa tetapi masih berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Menjadi muslim haraki bermaksud kita telah mencampakkan diri kita ke lapangan manusia. Ditengah-tengah jutaan manusia, disitulah kita memulakan gerakan kita. Didalam kalangan jutaan manusia, kita berusaha agar kita dikenali mereka, agar senang kita untuk melaksanakan gerak kerja yang berteraskan dakwah. Siasah terus membawa kita menyelusuri jalan-jalan yang berliku didalam gerombolan jutaan manusia itu. Dakwah menjadi sandaran utama pergerakan siasah ini.

Bahtera ini punyai musuh.
Dalam melayari bahtera dakwah ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan dari musuh yang menimpa. Ana yakin, sahabat/sahabiah boleh menyerap sebanyak mungkin cabaran dan dugaan yang menimpa. Kerana kita sudah ditarbiyah agar menjadi 'tegar' ketika menghadapi ujian musuh. Dalam usrah-usrah kita juga menerapkan elemen-elemen pejuang yang tahan lasak. Boleh dikatakan, kita amat menyukai cabaran-cabaran dari musuh. Bahkan kita semakin suka bila semakin ditekan. Itulah muslim haraki acuan tarbiyah islamiyyah.

Ditengah-tengah ujian yang melanda, kehadiran yang semakin dikenali oleh jutaan manusia, gerak kerja dakwah yang semakin berjaya dan petanda-petanda kemenangan semakin hampir.

Namun, kita terlupa sesuatu...
Populariti yang kita perolehi,n ama kita semakin meninggi dan terpapar dikaca tv, surat khabar, website dan sebagainya. Kita terkenal. Kita berbangga-bangga dengan kedudukan kita itu.
Ujian musuh yang menimpa kita, membuatkan kita semakin mencanang-canang ujian itu kepada sahabat/sahabiah. Muslimin bercerita kepada muslimat, muslimat bercerita kepada muslimin. Harapannya, agar kita memperoleh simpati daripada mereka dan menampakkan bahawa kitalah muslim haraki yang sebenar. Mampu menerima cabaran musuh.
Selain itu, kita juga menceritakan perihal gerak kerja yang kita lakukan. Asalnya dalam percaturan siasah, kita lakukan sedemikian agar dakwah kita semakin meluas. Tetapi lain pula jadinya. Kita menceritakan perihal gerak kerja kita kerana ingin memberitahu dunia bahwa kitalah yang melakukan kerja ini. Matlamat percaturan siasah telah kita nodai.

Malangnya, kita sudah sudah terleka dengan gerak kerja sbg muslim haraki acuan dunia.
Kita asyik dengan ujian dan cabaran dari musuh dikalangan manusia, walhal kita lupa.
Bahwa musuh kita sebenar ialah syaitan.
Sememangnya syaitan tidak pernah melepaskan kita hatta kita ini ulama' yg besar, inikan pula hanya seorang muslim haraki yang kerdil.
Tipu daya syaitan begitu hebat. Dalam melakukan gerak kerja dakwah, kita bermaksiat kepada Allah.
Kita sudah leka dengan muslim haraki acuan dunia...

Kembalilah kita ke alam haraki yang sebenar.
Jadilah:
Muslim haraki yang cintakan akhirat,
Muslim haraki yang menganggap dunia sebagai permainan hidupnya.
Muslim haraki yang mampu mencaturkan pergerakan dunia kearah taqwa kepada Allah.
Muslim haraki yang mengharapkan balasan syurga Allah.

Carilah tarbiyah yang 'solid' dari orang yang sepatutnya ataupun murobbi-murobbi Harakah ini. Seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Ust Yahya Othman...
Bertemu dan menuntutlah dengan mereka, nescaya kita akan ketahui perihal sebenar seorang muslim haraki.

Khamis, 23 September 2010

Mengapa Lelaki Lambat Kahwin?

Anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Moga Allah jauhkan kita dengan pasangan kita dari ujian sebegini...

Isnin, 20 September 2010

Sambutan Syawal yang SIAL!

Salam Sejahtera.
Tiada apa yang perlu saya katakan lagi melainkan perkataan pada tajuk posting kali ini.



Dalam bulan Ramadhan kita menahan nafsu,
Selepas bulan Ramadhan kita melepaskan nafsu.

REVOLUTION!!!